RESAM HIDUP MANUSIA (PANTUN DUA KERAT)
Maksud Pantun
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
- Setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza-beza. Jadi makin banyak orang makin banyak ragamnya.
Lain dulang lain kakinya,
Lain dahulu lain sekarang.
- Setiap orang mempunyai minat dan keinginan yang berbeza-beza.
Lain ulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
- Setiap manusia akan berubah mengikut peredaran masa dan waktu
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
- Setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik.
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
- Tiap-tiap pemberian orang dibalas dengan terima kasih
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.
- Orang mengata sesuatu perkara itu tentulah sesuatu ada sebabnya.
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
- Kerana perbuatan orang lain kita dapat kecelakaannya.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
- Mudah mendapat ilmu jika hati kita tenang dan faham.
TEMA
Pantun Dua kerat Resam Hidup Manusia bertemakan adat resam kehidupan manusia. Adat resam merupakan satu hal yang sangat penting dalam tatacara kehidupan masyarakat Melayu dari turun temurun. Adat resam ini adalah perlambangan cara hidup dan budi bahasa masyarakat Melayu yang menitikberatkan norma hidup yang sopan santun, hormat menghormati dan menyanjung tinggi budaya bangsa.
PERSOALAN
1) Persoalan berbudi bahasa. Sebagai manusia sikap berbudi bahasa perlu diamalkan dalam kehidupan. Contohnya, budi yang baik akan dibalas baik.
2) Persoalan perangai dan tingkahlaku setiap manusia berbeza-beza. Banyak manusia banyak ragamnya.
3) Persoalan batas dan pergaulan. Dalam pergaulan kita perlu menjaga bahasa dan percakapan, sekiranya kita bercakap kasar buruk padahnya.
4) Setiap orang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan masa. Contohnya, lain dulu lain sekarang.
CIRI-CIRI BENTUK
KATA KUNCI = RaBaPaSuRi
Ra - Rangkap
Ba - Baris
Pa - Patah Perkataan
Su - Suku kata
Ri - Rima akhir
1) Pantun Resam Hidup Manusia secara keseluruhannya mempunyai 8 rangkap.
2) Pantun ini mempunyai baris yang sama iaitu 2 baris setiap rangkap.
3) Pantun ini mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan.
4) Pantun ini mempunyai 8 hingga 11 suku kata.
5) Pantun ini mempunyai rima akhir yang sama atau terikat iaitu aa
GAYA BAHASA/UNSUR BUNYI
KATA KUNCI : PeRiBaHaSa-M
P - Personifikasi, Perlambangan
e - Epifora,
R - Rensponsif, Repetisi,
i - Imejan, Inversi
B - Bahasa asing, Diksi,
a - Anafora
H - Hiperbola
a - Aliterasi
S - Simile, sinkope,
a - Asonansi
M - Metafora
1) Repetisi iaitu perulangan perkataan dalam baris yang sama. Contohnya;
"Banyak udang banyak ragam,"
perulangan perkataan "banyak"
2) Sinkope iaitu memendekkan perkataan atau singkatan perkataan. Contohnya;
"Tak tumbuh tak melata,"
singkatan perkataan tidak kepada tak
3) Aliterasi iaitu perulangan perkataan konsonan yang sama dalam baris puisi. Contohnya;
Banyak udang banyak garam, Perulangan huruf "n".
4) Asonansi iaitu perulangan perkataan vokal yang sama dalam baris puisi. Contohnya;
Lain dahulu lain sekarang. Perulangan vokal "a".
NILAI
1) Berbudi bahasa - contohnya setiap orang digalakkan berbudi bahasa.
2) Hormat-menghormati - setiap orang perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
3) Menghargai - contohnya setiap pemberian orang kita perlu ucapkan terima kasih sebagai penghargaan.
4) Bersopan santun - perlakuan dan percakapan kita perlu dijaga agak tidak terlanjur bicara
5) kasih sayang - kasih sayang akan menjamin kesejahteraan hidup dalam masyarakat
PENGAJARAN/DEDAKTIK
1) Kita hendaklah berbudi bahasa dalam perlakuan kita. Contohnya kita menjaga percakapan dan berbuat baik kepada orang lain.
2) Kita hendaklah menghormati orang lain kerana apabila kita saling menghormati wujudlah aman dan harmoni.
3) Kita seharusnya menghargai setiap jasa dan bakti orang lain supaya setiap perlakuan kita disanjung tinggi.
4) Kita mestilah mempunyai sikap sopan santun kerana ia melambangkan perilaku dan sifat sebenar kita kepada orang lain.
5) Kita perlulah saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana dengan kasih sayang kita dapat menjalin ikatan silatulrahim.
CORETAN : CIKGU SAMOZINN :)