Tuesday, February 19, 2019

SASTERA PANJI "RADEN INU/RADEN MENTERI"



SASTERA PANJI “RADEN INU” (BUKU NILAI INSAN)

SINOPSIS
    Terdapat sebuah negeri di Tanah Jawa (Jenggala) bernama Cempaka Jajar.  Rajanya bernama Seri Inu bergelar Sang Nata.  Baginda seorang raja besar mempunyai beratus-ratus hulubalang dan banyak negeri di bawah taklukannya. Di negeri Cempaka Jajar, baginda membina sebuah taman yang indah di mana ditempatkan segala puteri anak-anak raja di bawah takluk baginda. Puteri-puteri tersebut disuruh bertenun kain oleh Permaisuri. Antara puteri tersebut, seorang daripadanya bernama Raden Puspa Kencana yang mempunyai rupa paras yang cantik dan tidak tahu asal usulnya. Baginda dan Permaisuri menggelarnya Ken Tambohan. Ken Tambohan sangat disayangi Baginda dan Permaisuri. Ken Tambohan berumur empat belas tahun.
      Pada suatu malam, Ken Tambohan bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tubuh badannya terang benderang disinari bulan. Di pinggangnya pula berbelit seekor naga. Ken Tambohan menjadi sugul dan tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut.
      Baginda Sang Nata mempunyai seorang putera bernama Raden Inu Kertapati yang juga terkenal dengan nama Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri. Pada suatu malam, dia bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan datang seorang raksasa lalu melarikan bulan itu. Ayah dan bondanya berpendapat Raden Inu patut beristeri kerana sudah berusia tujuh belas tahun. Permaisuri bertanyakan anakandanya siapakah pilihannya namun Raden Inu tidak mencadangkan sesiapa. Pateh menasihatkan Permaisuri meminang Puteri Ratu Banjar yang cantik dan setaraf dengan Raden Inu.
      Pada suatu hari, Raden Inu pergi berburu di dalam taman yang dipagari tempat istana Ken Tambohan. Semasa berburu, disumpitnya burung serindit yang terus terbang memasuki ke dalam kubah tempat Ken Tambohan bertenun. Burung serindit itu datang kepada Ken Tambohan lalu ditangkapnya setelah gagal ditangkap oleh dayang-dayangnya.
      Raden Menteri menitahkan pengiringnya (Wira Wani) untuk mencari burung serindit yang baru disumpit tadi. Setelah puas mencari, akhirnya sampailah hamba tersebut di pintu kubah tempat Ken Tambohan bertenun. Hamba tersebut lalu memberitahu Raden Inu tentang apa yang dilihat iaitu burung serindit berada di sisi seorang puteri yang sungguh cantik. Apabila mendengar cerita hambanya, Raden Menteri terus ke pintu kubah. Apabila terpandang kecantikan Ken Tambohan lalu terpikatlah dia dengan Ken Tambohan. Wira Wani menasihati menasihati Raden Inu supaya jangan jatuh cinta dengan Ken Tambohan kerana puteri itu ialah puteri tawanan, takut dimurkai ayahanda dan bonda Raden Inu. Raden Inu enggan kembali dan menitahkan pintu kubah dibuka. Takutkan dibunuh oleh Raden Menteri, paman penjaga pintu kubah pun membuka pintu kubah tersebut. Raden Menteri masuk ke dalam kubah bertemu Ken Tambohan. Dipegangnya Ken Tambohan yang hendak lari lalu bertanya kepada Ken Tambohan, ke mana hendak pergi dan jangan takut akan kedatangannya. Raden Menteri juga bertanyakan asal usul,nama dan apakah nama kain yang ditenun oleh Ken Tambohan. Raden Menteri terpikat dengan Ken Tambohan lalu memujuk Ken Tambohan dengan pujuk rayu dan cumbu-cumbuan. Namun Ken Tambohan takut untuk menerima Raden Menteri kerana takutkan Permaisuri murka dan lebih-lebih lagi Raden Menteri akan ditunangkan dengan Puteri Ratu Banjar. Ken Tambohan menjadi serba salah namun akhirnya menyerah kepada Raden Menteri. Berkahwinlah Raden Menteri dengan Ken Tambohan tanpa diketahui Baginda Ratu dan Permaisuri.
         Sang Nata dan isterinya menyedari kehilangan anaknya lalu bertanyakan Wira Wani. Akhirnya ketahuilah mereka, Raden Menteri telah berkahwin dengan Ken Tambohan. Perkahwinan itu dipersetujui Sang Nata kerana katanya semua itu atas kehendak Dewata Mulia Raya namun Permaisuri menentang dengan alasan Ken Tambohan itu anak celaka dan anak rampasan(jarahan). Lagipun jika Raden Menteri menjadi raja, Ken Tambohan tidak layak menjadi permaisuri kerana dia anak jarahan. Permaisuri menjadi geram dan mencari jalan untuk membalas dendam lebih-lebih lagi  apabila Sang Nata memihak kepada anaknya.
         Suatu malam, Raden Menteri bermimpi Ken Tambohan ditangkap harimau lalu ghaib dalam hutan. Kedua-dua suami  isteri itu menangis kerana mengetahui alamat mimpi akan berlaku perceraian antara mereka. Keesokan harinya, Raden Menteri pergi ke istana menghadap Sang Nata. Kemudian, Raden Menteri pergi menghadap bondanya. Permaisuri bertitah kepada Raden Menteri bahawa dia tidak suka perkahwinan Raden Menteri dengan Ken Tambohan kerana Ken Tambohan anak jarahan dan sekiranya Raden Menteri menjadi raja nanti, Ken Tambohan tidak layak menjadi permaisuri. Permaisuri kemudian menitahkan Raden Menteri pergi ke hutan, berburu kijang dan pelanduk.
         Sepeninggalan Raden Menteri pergi berburu, Permaisuri pergi ke istana Ken Tambohan. Permaisuri memarahi Ken Tambohan. Permaisuri menitahkan Pelebaya membawa Ken Tambohan ke dalam hutan untuk dibunuh. Ken Tambohan dibawa ke hutan bersama dua orang inang pengasuhnya, Ken Tadahan dan Ken Penglipur. Apabila tiba di pohon cempaka yang berdekatan pohon angsana, Pelebaya membuka rahsia bahawa dia dititah oleh Permaisuri untuk membunuh Ken Tambohan kerana bersuamikan Raden Menteri. Ken Tambohan berpesan supaya Pelebaya meletakkan mayatnya di dalam rakit dan ditaburkan bunga cempaka serta bunga angsana. Kemudian, dihanyutkan rakit di dalam sungai. Pelebaya menikam Ken Tambohan dan dua orang pengasuhnya. Ketiga-tiga mayat itu telah dihanyutkan sebagaimana pesanan Ken Tambohan. Peristiwa itu dilihat oleh dewa-dewa kayangan yang berasa dukacita melihat Ken Tambohan berserta dayangnya mati dibunuh.
         Semasa Raden Menteri dan pengiringnya mandi di sungai setelah berhenti berburu, mereka melihat sebuah rakit berisi bunga cempaka dan bunga angsana hanyut. Pengiring Raden Menteri berkejar-kejar untuk mengambilnya namun tidak berjaya. Baginda cuba nengambilnya. Rakit itu datang sendiri kepada baginda. Baginda terkejut apabila mendapati di dalam rakit itu, isterinya bersama dua orang pengasuhnya. Raden Menteri menyesal meninggalkan isterinya. Raden Menteri telah membunuh dirinya kerana terlalu sedih.
         Berita kematian Raden Menteri dan puncanya disampaikan kepada Sang Nata. Sang Nata terlalu sedih. Penyiasatan telah dilakukan oleh baginda dan sekalian menteri memberitahu perkara sebenar berpunca daripada Permaisuri. Permaisuri turut menyesal akan perbuatannya. Sang Nata memarahi Permaisuri lalu menamparnya. Jenazah Raden Menteri dan Ken Tambohan diarak ke istana. Sang Nata menghukum Permaisuri tinggal di luar istana untuk menjaga anjing perburuan manakala Pelebaya dibunuh serta dibakar rumahnya.
         Sang Nata berdukacita lalu memohon kepada Dewata Mulia Raya, moga-moga anaknya dihidupkan kembali berdua. Atas belas kasihan, Betara Guru menitahkan Betara Kala turun ke dunia untuk menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan. Dengan nenyapu kembang gandapura dan kembang wijaya mala ke tubuh Raden Menteri dan Ken Tambohan, maka hiduplah kembali kedua-duanya. Baginda pun mengampunkan dosa Permaisuri. Setelah itu, Betara Kala menghidupkan pula Ken Penglipur dan Ken Tadahan. Akhir cerita, Sang Nata menabalkan Raden Menteri dan Ken Tambohan menjadi Ratu dan Suri Kuripan menggantikannya.

 TEMA

Cerita Sastera Panji adalah tentang percintaan sesama manusia. Raden Inu mencintai Ken Tambohan lalu mengahwininya tanpa persetujuan kedua-dua orang tuanya iaitu Sang Nata dan Permaisuri. Permaisuri menentang perkahwinan tersebut atas alasan Ken Tambohan merupakan anak jarahan dan tidak layak menjadi permaisuri kelak. Kemarahan Permaisuri membawa kepada pembunuhan Ken Tambohan dan dua orang pengasuhnya. Mayat mereka yang dihanyutkan di dalam rakit di sungai telah dijumpai oleh Raden Menteri. Raden Menteri turut membunuh diri kerana terlalu sedih dengan kematian isterinya. Namun, akhirnya kedua-dua suami isteri itu dihidupkan semula oleh Betara Kala.
                                   
PERSOALAN
1.Tentang percintaan yang tidak mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
Contoh: Percintaan Raden Menteri dengan Ken Tambohan ditentang oleh Permaisuri.
2. Tentang perbezaan antara dua darjat.
Contoh: Ken Tambohan tidak disukai oleh Permaisuri kerana dia anak jarahan yang tidak diketahui asal-usulnya.
3. Tentang sikap dendam-mendendami.
Contoh: Permaisuri mencari jalan membunuh Ken Tambohan kerana marah dan dendam terhadapnya, lebih-lebih lagi Sang Nata tidak menentang perkahwinannya dengan Raden Inu.
4. Tentang kasih sayang suami terhadap isteri.
Contoh: Raden Menteri sanggup membunuh diri kerana terlalu cinta akan isterinya.
5. Tentang perbuatan jahat dibalas kejahatan.
Contoh: Permaisuri dihukum menjaga anjing perburuan manakala Pelebaya dihukum bunuh dan rumahnya telah dibakar.

WATAK & PERWATAKAN

RADEN INU KERTAPATI / RADEN MENTERI / RADEN INU / INU BANGSAWAN
💙 Berumur 17 tahun tahun. 
💙 Seorang putera kepada Sang Nata dengan Permaisuri.
💙 Seorang anak tunggal,tidak mempunyai adik-beradik.
💙 Seorang yang juga dikenali sebagai Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri.
💙 Berumur tujuh belas tahun. Misalnya, ayahanda dan bondanya berkata dia sudah patut beristeri kerana telah berusia tujuh belas tahun.
💙 Seorang yang suka berburu. Contoh: Berburu bersama kedayan-kedayannya dalam taman yang dipagari kota batu tempat terbinanya istana Ken Tambohan.
💙 Seorang yang pandai memujuk. Contoh: Memujuk Ken Tambohan dengan pujuk rayu dan cumbu-cumbuan sehingga Ken Tambohan menyerah lalu mereka berkahwin.
💙 Seorang yang berani. Contoh: Berani melanggar larangan kedua-dua ibu bapanya dengan mengahwini Ken Tambohan.
💙 Seorang yang percaya kepada alamat mimpi. Contoh: Percaya kepada mimpinya iaitu Ken Tambohan yang ditangkap oleh harimau lalu ghaib ke dalam hutan membawa alamat akan berlaku perceraian antara dia dengan isterinya.
💙 Seorang yang taat perintah orang tuanya. Contoh: Menunaikan perintah Permaisuri untuk pergi berburu kijang dan pelanduk di hutan.
💙 Seorang yang penyayang. Contoh: Sanggup membunuh diri apabila mendapati isterinya telah mati kerana terlalu sayang akan isterinya.
💙 Seorang yang akhirnya telah dilantik menjadi Ratu Kuripan.

👸KEN TAMBOHAN🌷🌷🌷
🌸 Seorang puteri tawanan yang tidak diketahui asal-usulnya.
🌸 Berumur empat belas tahun.
🌸 Seorang yang berwajah paling cantik dalam kalangan puteri tawanan. Contoh: Ken Tambohan disayangi oleh Sang Nata dan Permaisuri kerana kecantikannya.
🌸 Seorang yang mempunyai dua inang pengasuh iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur.

🌸 Seorang yang pandai menenun kain. Contoh: Raden Menteri memuji kain tenunan Ken Tambohan.
🌸 Seorang yang merendah diri. Contoh: Membahasakan dirinya,patik yang hina kerana dia anak tawanan.
🌸 Seorang yang berjiwa sensitif. Contoh: Mudah menitiskan air mata. Ketika dipujuk rayu oleh Raden Inu, Ken Tambohan menangis teramat sangat menghempaskan dirinya.
🌸 Seorang isteri kepada Raden Menteri. Contoh: Setelah dipujuk rayu, akhirnya Ken Tambohan bersetuju menjadi isteri kepada Raden Inu.
🌸 Seorang yang mati dibunuh. Contoh: Ken Tambohan mati dibunuh oleh Pelebaya atas arahan Permaisuri.
🌸 Seorang yang akhirnya telah ditabalkan menjadi Permaisuri Kuripan.

SANG NATA
Ayahanda Raden Inu
-          Maharaja Negeri Cempaka Jajar
-          Seorang yang baik hati
-          Tegas
PERMAIRSURI
-          Bonda Raden Menteri
-          Seorang yang pemarah dan berdendam
-          Menyuruh Pelebaya membunuh Ken Tambohan
-          Tegas
-           
CIRI-CIRI SASTERA PANJI
1. Temanya tentang percintaan iaitu percintaan antara Raden Inu dengan Ken Tambohan.
2. Cerita berakhir dengan kegembiraan iaitu Raden Inu dan Ken Tambohan dihidupkan kembali dan dilantik menjadi Ratu dan Suri Kuripan.
🌈🎎🎉🎉🎉
3. Terdapat watak pembantu iaitu Inang Pengasuh Ken Tambohan, Ken Tadahan dan Ken Penglipur.
4. Wira dan wirawati terdiri daripada anak raja iaitu Raden Inu dan Ken Tambohan ialah anak raja.
5. Cerita berasal dari tanah Jawa. Misalnya, Raden Inu dilantik sebagai Ratu Kuripan.
6. Ada unsur Hindu iaitu adanya dewa-dewa.
7. Percaya kepada mimpi iaitu Raden Inu percaya akan mimpi.

LATAR MASYARAKAT

🔲 Masyarakat tanah Jawa.
Contoh:Raden Inu berasal dari negeri di Jenggala (tanah Jawa) iaitu negeri Cempaka Jajar.
🔳 Masyarakat yang penyayang.💑
Contoh:Raden Inu dan Ken Tambohan saling menyayangi.
🔲 Masyarakat yang suka berburu.
Contoh: Raden Inu dan pengiringnya pergi berburu.
🔳 Masyarakat yang percaya kepada alamat mimpi.😱💤
Contoh: Ken Tambohan dan Raden Inu percaya akan alamat mimpi mereka.
🔲 Masyarakat feudal.👑
Contoh: Ketua pemerintah ialah Raja (Ratu).
🔳 Masyarakat yang percaya kepada dewa-dewa.
Contoh: Raden Inu dan Ken Tambohan dihidupkan kembali oleh dewa Betara Kala.

🔲 Masyarakat yang suka akan hiburan.
Contoh: Rakyat jelata bersuka ria dengan tarian dan hiburan semasa pertabalan
🎶 Raden Inu.🎉🎉🎉

NILAI & PENGAJARAN


🌾NILAI🌾

🍒Kasih sayang
Contoh: Raden Inu sangat sayang akan isterinya,Ken Tambohan.

🍒Pengorbanan
Contoh: Raden Inu sanggup berkorban demi isterinya.

🍒Keinsafan
Contoh: Apabila melihat kematian anaknya, Permaisuri menyesal.

🍒Kemaafan
Contoh: Setelah Raden Inu dan Ken Tambohan dihidupkan kembali, Sang Nata memaafkan Permaisuri.

🍒Merendah diri
Contoh: Ken Tambohan merendah diri apabila bertemu Raden Inu.

💡PENGAJARAN🌈🌈🌈

📒Kita hendaklah sayang-menyayangi antara manusia.
Raden Inu sayang akan Ken Tambohan.

📒Kita hendaklah merendah diri.
Ken Tambohan merendah diri ketika bertemu Raden Menteri.

📒Kita hendaklah sanggup berkorban demi kasih sayang.
Raden Inu sanggup membunuh diri kerana sayang akan isterinya.

📒Kita hendaklah insaf akan perbuatan kita yang lalu.
Permaisuri insaf akan perbuatannya membunuh Ken Tambohan.

📒Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain.
Sang Ratu memaafkan kesalahan Permaisuri.