Monday, October 30, 2017

PECUTAN AKHIR SPM 2017

PROGRAM INTERVENSI “TOKOH SASTERA”
31 OKTOBER 2017
6.55 – 9.55
MAKMAL KOMPUTER B

SESI 1 (7.00 – 8.00)
LATIHAN BERFOKUS INDIVIDU
1) DAPATKAN LEMBARAN LATIHAN
2) JAWAB MENGIKUT KEHENDAK SOALAN
3) PENYOALAN SECARA RAWAK

SESI 2 (8.00 – 9.15)
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) “TOKOH SASTERA”
ARAHAN :
1) BENTUK KUMPULAN MENGIKUT SENARAI NAMA YANG TELAH DITETAPKAN
2) DAPATKAN BAHAN LEMBARAN
3) BUAT PERBINCANGAN
4) PEMBENTANGAN SETIAP KUMPULAN

SESI 3 (9.15 – 9.55)
TAYANGAN SLIDE KEMBARA SASTERA DAN MOTIVASI DIRI





LATIHAN BERFOKUS CALON SASTERA CEMERLANG “A+”

1. Senaraikan ciri-ciri drama ? (4 markah)
   1. Dialog
   2. Tema/persoalan
   3. Watak/perwatakan
   4. Adegan/aksi
   5. Latar
   6. Konflik
   7. Plot iaitu Binaan Plot/Teknik Plot

2. Nyatakan empat gaya bahasa yang anda kaji berserta maksudnya?  (4 markah)
    1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.



3. Jelaskan dua perwatakan Sahat dalam cerpen “Bukit Emas” karya Mufidah Hanum  Yusof? (6 markah)

v  Seorang pemuda yang berumur 40 tahun
v  Seorang anak jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa
v  Lulusan sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
v  Pensyarah sambilan dalam bidang pertanian
v  Anak kepada Pak Jaya dan Mak Bedah yang berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v  Seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi.
v  Seorang yang ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas
v  Seorang yang rasional dalam bertindak
v  Seorang pecinta alam sekitar
v  Seorang yang bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari








4. Nyatakan dua pengajaran yang diperolehi daripada drama “Anna” karya kemala.
   (6 markah)
1.    Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang kepada ahli keluarga. Kasih sayang ialah perasaan cinta kasih kepada seseorang dan sesama insan. Contohnya, Anna amat menyayangi Zaki dan sanggup berhenti belajar untuk hidup bersama Zaki dan begitu juga Zaki sangat menyayangi Anna. Zaki juga cinta dan sayang kepada ibunya Mak Munah yang banyak berkorban untuk Zaki berjaya dalam hidup.
2.    Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dan cinta akan tanah air. Patriotisme ialah semangat hadir dalam diri kita yang cinta akan negara dan sanggup berkorban dan berjuang demi tanah air tercinta. Contohnya, Zaki sangat cinta akan sejarah tanah air dan menyambung pengajian hingga ke peringkat Univerisiti di London dalam jurusan sejarah Universiti Cambridge.
3.    Kita mestilah mempunyai sikap gigih. Contohnya Zaki gigih berusaha dalam menyambung pelajaran di London. Sikap gigih juga boleh dilihat pada watak Mak Munah yang sangat gigih berusaha mencari rezeki demi menampung pengajian Zaki di London.
4.    Kita seharusnya mempunyai sikap jujur. Kejujuran ialah keikhlasan yang lahir dari hati nurani. Contohnya, Zaki jujur dalam menyintai Anna dan begitu juga Anna jujur dalam mencintai Zaki.
5.    kita mestilah menuntut ilmu sehingga berjaya. Setiap pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pelajaran. Contohnya, Zaki adalah seorang pemuda yang sangat gigih menuntut ilmu hingga berjaya ke Menara gading.
6.    Kita hendaklah menghargai sejarah tanah air. Sejarah yang lepas merupakan petunjuk kepada masa depan sesebuah negara, oleh itu kita seharusnya menghargai sejarah yang tercatit dalam lipatan negara kita.



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) “TOKOH SASTERA”

1. Senaraikan 10 puisi yang anda kaji dalam buku Nilai Insan.
Genre Puisi Tradisional mengandungi :

1. Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
2. Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
3. Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)
4. Seloka Boros dan Jimat
5. Seloka Kehilangan Adat Melayu
6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
7. Gurindam 12 (Fasal Ketiga dan Kelima)
8. Gurindam Beberapa Petua Hidup
9. Syair Seratus Siti
10. Syair Bidasari

Prosa Tradisional pula mengandungi

1. Sastera Panji
2. Sastera Epik
3. Sastera Hikayat

2. Senaraikan 10 cerpen yang anda kaji dalam buku Kubentang Sehelai Peta.
Cerpen  Dalam Antologi Kubengkan Sehelai Peta  mengandungi :

1. OOOOOOOOOO - Shahnon Ahmad
2. Rindu Seorang Rafik - Nisah Hj. Haron
3. Res Judicata - Aidil Khalid
4. Namun Itulah Hakikat - Nazel Hashim Mohamad
5. Air Mata Dalang - Rahimidin Zahari
6. Profesor Sufi - A. Rahmad
7. Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail
8. Kami Akan Mati, Lin - Seroja Theavy Balakrishnan
9. Perspektif - NF Abdul Manaf
10. Bukit Emas - Mufidah Hanum Yusuf

3. Nyatakan kata kunci untuk menjawab soalan ciri puisi?
    RaBaPaSuRiNa

4. Senaraikan perbandingan watak Penghulu Sudin dengan Sahat menggunakan peta pemikiran “peta i-Think”
  
    Peta Buih Berganda

    Peta Dakap

  Banding Dua Watak dibawah persamaan dan perbezaannya
1) SAHAT
v  Seorang pemuda yang berumur 40 tahun
v  Seorang anak jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa
v  Lulusan sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
v  Pensyarah sambilan dalam bidang pertanian
v  Anak kepada Pak Jaya dan Mak Bedah yang berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v  Seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi.
v  Seorang yang ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas
v  Seorang yang rasional dalam bertindak
v  Seorang pecinta alam sekitar
v  Seorang yang bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari
2) PENGHULU SUDIN
v  Seorang Penghulu Kampung Kuah
v  Seorang yang gila kuasa dan pemimpin kampung yang pentingkan diri sendiri
v  Seorang yang tidak suka berterus terang
v  Seorang yang sangat panas baran
v  Seorang yang suka membuat fitnah
v  Seorang yang tamak haloba
v  Seorang yang pendendam

v  Seorang yang mengejar kemewahan dunia

Monday, October 23, 2017

NOTA PENTING PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM : CALON SASTERA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU SPM (2215/1)

KATA KUNCI PENTING CEMERLANG SASTERA A+++
Ciri Puisi = RaBaPaSuRi
Tema = Persoalan Pokok / Utama
Persoalan =     1) Persoalan tentang ….
                        2) Persoalan pentingnya…
                        3) Persoalan kepentinganya…
Watak/Perwatakan = seseorang yang bersikap …. / seorang yang
Gaya Bahasa = PeRiBaHaSa-MK

GB PENGULANGAN
GB PERBANDINGAN
GB KATA/AYAT
Anafora
(p. kata awal baris)
Simile
Diksi
Responsif
(p. kata tengah baris)
Personifikasi
Inversi
Epifora
(p. kata akhir baris)
Metafora
Ayat pendek
Repetisi
(p. kata dlm baris yg sama)
Hiperbola
Ayat panjang
KATA KUNCI : ARER
Imejan

Bahasa/Asing



Perlambangan


Kata Ganda

Aliterasi



Asonansi



Teknik penceritaan = Tekni Plot     1) Pemerian
                                                        2) Dialog
                                                        3) Monolog Dalaman
                                                        4) Monolog Luaran
                                                        5) Imbas Kembali
                                                        6) Imbas Muka
                                                        7) Kejutan
                                                        8) Saspens
                                                        9) Konflik

Latar Tempat = Lokasi / tempat kejadian “ke Kuala Lumpur”  “Di Selangor” kata sendi ke atau di
Latar Masa = saat, minit, detik, sejak, bulan, minggu, hari, tahun, dekad, abad
Latar Masyarakat = Gambaran masyarakat, citra masyarakat à setiap manusia dlm watak wakili masyarakat
Nilai = Ke……..an   1) Kesabaran                         
                                2) Kegigihan
                                3) Keberanian
                                4) Kejujuran
                                5) Ketaatan
                                6) Kesetiaan
                                7) Keyakinan
                                8) Kebijaksanaan
                                9) Hormat-menghormati
                                10) Tolong-menolong
                                11) Baik Hati
                                12) Kerajinan
                                13) Amanah
                                14) Bertanggungjawab
                                15) Rasional
                                16) Patriotik/patriotisme/jati diri
                                17) Keikhlasan

Pengajaran =   1) Kita hendaklah…
                        2) Kita mestilah…
                        3) Kita perlulah…
                        4) Kita haruslah…
                        5) Kita wajarlah…
                        6) Kita seharusnya…
                        7) Kita semestinnya…
                        8) Kita sewajarnya..
                        9) Kita sepatutnya…
                        10) Kita janganlah..
                        11) Kita tidak boleh..




PENGUMUMAN PENTING : KESALAHAN YANG SELALU KITA TERLEPAS PANDANG



BERIKUT MERUPAKAN SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU BAGI SOALAN CIRI PUISI

CIRI PUISI TERDIRI DARIPADA 
RANGKAP
BARIS
PATAH PERKATAAN
SUKU KATA
RIMA AKHIR
NADA

SUKA CIKGU INGATKAN BAHAGIAN YANG SERING CALON TERLEPAS PANDANG IALAH BAHAGIAN PERGIRAAN JUMLAH PATAH PERKATAAN

PUISI A : Pelajar akan menyatakan : Puisi di atas mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
                 (JAWAPAN INI ADALAH SALAH )
                ini kerana pelajar mengira kata sendi nama dan kata ganda 

                sepatutnya "Burung kekek burung di hutan"  4 patah perkataan "di" kata sendi nama TIDAK DIKIRA dalam patah perkataan.

BEGITU JUGA DENGAN KATA GANDA "BERLEGAR-LEGAR" 1 PATAH KATA SAHAJA. 

Jadi puisi A jumlah patah perkataan yang sebenarnya ialah 3 hingga 4 Patah perkataan. 


******MOHON PARA GURU DAN PELAJAR SEMAK SEMULA CONTOH BUKU YANG SAYA JUAL DAN PERBETULKAN KESALAHAN YANG KITA TERLEPAS PANDANG INI******

Friday, July 14, 2017

ANALISIS KESELURUHAN MENGIKUT BUKU DI KAJI SPM 2016 DAN SOALAN SPOT 2017

BIL
SPM TAHUN 2016
SPM SPOT 2017
1.
BUKU TEKS ‘NILAI INSAN’

BAHAGIAN A:
ü 1. Pantun Enam Kerat (Nilai Insan)
ü 2. Sastera Epik
ü 3. Sastera Panji
BAHAGIAN B :
ü 1. Syair Seratus Siti
ü 2. Sastera Hikayat

BAHAGIAN A:
ü 1. Seloka Boros Dan Jimat
ü 2. Sastera Hikayat
ü 3. Sastera Epik
BAHAGIAN B :
ü 1. Gurindam Beberapa Petua Hidup
ü 2. Sastera Panji

2.
BUKU TEKS ‘KUBENTANG SEHELAI PETA’

BAHAGIAN A :
4. Sajak Kubentang Sehelai Peta
5. Drama Mat Piah Dan Mr. Blackway
6. Drama Anna
7. Cerpen Namun Itulah Hakikat
8. Cerpen Rindu Seorang Rafik
BAHAGIAN B :
3. Sajak Kata Bukit Kepada Jentolak
4. Drama Anna
5. Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
BAHAGIAN A :
4. Sajak Aku Tidak Berani Berjanji
5. Drama Anna
6. Drama Mat Piah Dan Mr. Blackaway
7. Cerpen 000000000000
8. Cerpen Air Mata Dalang
BAHAGIAN B :
3. Sajak Wanita dan Laut
4. Drama Anna
5. Cerpen Bukit Emas
3.
BUKU TEKS NOVEL ‘NARATIF OGONSHOTO’

BAHAGIAN A :
9. Sudut Pandangan
10. Perwatakan
BAHAGIAN B :
6. Bab 1 : Kolonial
BAHAGIAN A :
9. Teknik Plot
10. Latar 
BAHAGIAN B :
6. Bab 4 : Aisberg