MAT PIAH DAN MR.BLACKWAY
(Mahizan
Husain)
Sinopsis;
MUHAMMAD HANIFAH atau lebih dikenali dengan nama MAT PIAH, seorang bekas
pesakit mental. Dia mencari nafkah hidup dengan menjadi penarik beca di
Georgetown. MAT PIAH tidak mempunyai rumah dan hidup berkelana dengan
becanya di sekitar Bandar Georgetown. Rumah dan dunia MAT PIAH ialah
becanya. Itulah sahaja harta yang dia ada. Biarpun telah pulih, sesekali MAT
PIAH masih mengalami halusinasi. Pada suatu dinihari, MAT PIAH mengambil penumpang
terakhirnya yang berpakaian serba putih di hadapan hotel E & O bernama
JAMES ROLLAND BLACKWAY. BLACKWAY pandai bertutur bahasa Melayu dan mendakwa dia
ialah teman baik Francis Light. MAT PIAH pada mulanya menyangka BLACKWAY sedang
mabuk dan dia melayan lelaki Inggeris itu sekadar untuk bersenda, tetapi
BLACKWAY menimbulkan provokasi yang membuatkan MAT PIAH menjadi keliru, sama
ada dia kembali gila atau BLACKWAY yang sebenarnya gila.
Tema:
Drama “Mat
Piah dan Mr. Blackway” karya Mahizan Husain, memaparkan tema atau pemikiran
kehidupan Muhammad Hanifah atau lebih dikenali dengan nama Mat Piah. Mat Piah
seorang bekas pesakit mental. Dia mencari nafkah hidup dengan menjadi penarik
beca di Georgetown. Mat Piah tidak mempunyai rumah dan hidup berkelana dengan
becanya di sekitar bandar Georgetown. Rumah dan dunia Mat Piah ialah becanya.
Itulah sahaja harta yang ada padanya.
Persoalan :
1) Persoalan tentang sikap gigih dan tekun seorang lelaki
berusia 40-an untuk meneruskan hidup selepas pulih dari sakit mental dengan
menjadi penarik beca. Walaupun dia bekas pesakit mental lelaki tersebut iaitu
Mat Piah gigih dan tekun mencari rezki dengan menjadi penarik beca bagi
meneruskan sisa sisa hidup di bandar Georgetown.
2) Persoalan tentang pengetahuan sejarah tanah air iaitu
sejarah penjajahan British di Pulau Pinang oleh Francis Light. Mat Piah tahu
akan sejarah Pulau Pinang dan ditambah dengan fakta sebenar sejarah perampasan
Pulau Pinang oleh Francis Light dari Sultan kedah.
3) Persoalan tentang sikap rakus penjajah yang suka merampas,
mencuri, merompak, menipu daya dan rasuah demi mendapatkan tanah Pulau Pinang
dengan perlbagai helah semata-mata untuk mengaut untung dengan emas, perak, dan
bijih timah.
4) Persoalan tipu helah dan perjanjian yang menyebabkan pulau
pinang jatuh ke tangan British iaitu Francis Light adakan perjanjian Inggeris-kedah
untuk menguasai Pulau Pinang dengan tipu helah bagi membuat pangkalan tentera
mereka di Pulau Pinang.
5) Persoalan tentang sikap kesetiaan pada penguasa dan
pemerintah. Blackway dan Francis Light sangat setia kepada King Goerge III
dengan meluaskan tanah jajahan. Blackway juga selalu menyebut “ save the king,,
save my king,,” sentiasa mendaokan raja mereka dan taat setia pada raja mereka.
6) Persoalan tentang sikap bangga dan kemegahan bangsa
penjajah. Persoalan ini jelas ketara apabila Blackway melihat tanda jalan “Lebuh
Light” yang menjadi tanda tempat itu penah dikuasai oleh bangsa mereka.
Terlihat kebanggaan diwajah Blackway dengan pencapain bangsa mereka dalam
penjajahan penguasaan bangsa mereka.
7) Persoalan tentang masyarakat Melayu yang kuat semangat
Patriotisme. Hal ini dapat dilihat dengan aksi dan gaya perbuatan dan
percakapan Mat Piah yang marah dengan Blackway yang menceritakan tentang
Francis Light menipu daya Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang
dengan cara tipu helah.
8) Persoalan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh
golongan masyarakat yang hidup gelandangan yang merempat. Namun mereka boleh
dirawat dan pulih. Contohnya Mat Piah merupakan bekas pesakit mental yang hanya
hidup dan berkelana dengan becanya sahaja.
9) Persoalan tentang gejala sosial anak muda iaitu Mat
Rempit. Contohnya, Blackway takut dengan bunyi enjin motor yang disangkanya
serangan siam, sebaliknya anak-anak muda bermain motor dan Mat Piah menyatakan
itu semua bala kepada masyarakat. Terdapat unsur teguran secara sinis dalam
persoalan ini.
Watak dan perwatakan;
MAT PIAH
Nama
sebenar Mat Piah ialah MUHAMMAD HANIFAH
Berusia
40-an
Bekerja
sebagai penarik beca di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang
Bekas
pesakit jiwa atau mental tetapi telah pulih namun masih juga berhalusinasi
Seorang
yang lucu dan kuat ketawa
Periang
dan sesekali sentimentalis
Hidup
membujang bersama beca tuanya dan becanya juga tempat tidur serta rumahnya.
JAMES ROLLAND BLACKWAY
Lelaki
inggeris yang berpakaian kapten armada tentera British zaman King George III.
Berwajah
pucat seperti orang sakit
Mengaku
kawan Francis Light
Bijak
dan berpengetahuan tentang sejarah Francis Light menipu daya Sultan kedah untuk
merampas Pulau Pinang dengan perjanjian dan tipu helah.
Penyedih
dan nostalgik
Seorang
yang penakut dan cepat marah
Bangga
dengan pencapaian bangsa mereka dalam menjajah pelusuk dunia dibawah SHTI
Plot dan Teknik Plot :
1) Teknik Pemerian :
Teknik penceritaan digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan situasi
Dan cara
mudah menyampaikan cerita. Setiap babak pengarang membuat
Penerangan tentang
tempat dan masa babak drama berlaku di mana.
2) Imbas kembali :
Pengarang juga menggunakan teknik imbas kembali untuk menyampaikan
Fakta-fakta sejarah. Contohnya Blackway
mengimbas sejarah perampasan
Pulau Pinang dari Sultan Kedah oleh
Francis Light.
3) Teknik dialog :
Teknik dialog digunakan untuk menjadikan drama ini Nampak jelas dan mudah
Menyampaikan cerita.
Dialog Mat Piah dengan Mr. Blackway berlaku dengan
Aksi dan pergerakan.
4) Teknik monolog :
Pengarang juga menggunakan teknik monolog. Contohnya Mat Piah bermonolog dengan
diri sendiri adakah dia gila atau Blackway yang gila.
Latar tempat;
Hotel
E&O
Georgetown
Padang
kota lama berhampiran Cornwallis
Latar masa;
Dinihari,pukul
2:32 pagi
Dinihari,pukul
3:00 pagi
Dinihari,pukul
4:00 pagi
Latar masyarakat;
Masyarakat yang tahu tentang sejarah. Mat Piah
dan Blackway sangat berpengetahuan tentang sejarah Pulau Pinang dan kedah serta
penipuan Francis Light untuk mendapatkan Pulau Pinang dari Sultan Muhammad Jiwa,
Sultan Abdullah dan menipu orang Melayu.
Masyarakat
yang bekerja sebagai penarik beca. Contohnya Mat Piah bekerja sebagai penarik
beca dan mencari rezeki dengan becanya di sekitar bandar Georgetown.
Masyarakat
yang berani menegakkan kebenaran. Contohnya, Mat Piah yang berani berbahas dan
marah dengan Blackway yang menceritakan fakta sebenar Francis Light bukan
meneroka Pulau Pinang sebaliknya merampas dari Sultan Kedah demi kepentingan
mereka tanpa pengetahuan kompeni SHTI.
Masyarakat
yang bangga dengan pencapaian bangsa mereka dalam menjajah. Contohnya, Blackway
bangga dengan bangsanya yang dapat menjajah dan ada tanda nama “Lebuh light”
yang membuktikan bangsa mereka pernah menguasai Pulau Pinang.
Masyarakat
yang hidup dengan hiburan dan bersosial. Contohnya, peserta pakaian beragam dan
Mat rempit yang hidup dengan dengan sikap tidak berfikir panjang tentang
perbuatan mereka.
Nilai;
1)
Nilai semangat patriotisme. Contohnya,
Mat Piah menyatakan “saya
sekolah sampai darjah enam sahaja, tapi boleh hafal tarikh pembukaan pulau
pinang.
2)
Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon maaf “saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang melayu dan
orang Pulau Pinang.
3)
Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik beca demi
mencari sesuap nasi.
4)
Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat menghargai sejarah tanah airnya iaitu
Pulau Pinang.
5)
Nilai kesabaran. Mat Piah sabar dengan sikap dan perlakuan Blackway yang pelik
dan kadang-kadang membuat dia marah.
6)
Nilai kejujuran. Kejujuran dapat dilihat dari sikap Mr. Blackway yang
menceritakan fakta sebenar tentang francis Light yang menipu daya Sultan kedah
untuk merampas Pulau Pinang.
7)
Nilai ketaatan dan kesetiaan. Nilai ketaatan terserlah dalam diri Mr. Blackway
yang bangga dengan sejarah penjajah bangsa mereka.
Pengajaran;
Kita
mestilah mempunyai semangat patriotisme terhadap negara atau negeri seperti MAT
PIAH yang masih menghafal tarikh pembukaan pulau pinang
Kita
haruslah bersikap rendah diri seperti MR.BLACKWAY yang meminta maaf
kepada semua orang melayu di pulau pinang tentang kesalahannya
Kita
hendaklah jujur dalam berkata-kata dan bercakap seperti Mr. Blackway jujur
dengan salah dan silap mereka yang telah berlaku kejam demi menguasai Pulau
Pinang.
Kita
perlulah berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa kerja
siang dan malam seperti Mat Piah menjadi penarik beza dinihari demi mendapatkan
sesuap nasi.
Kita
sewajarnya menghargai sejarah dan juga keamanan negara yang wujud ini dengan
bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.