Tuesday, March 7, 2017

FORMAT KERTAS SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU (2215)

FORMAT KERTAS SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU (2215)

BAHAGIAN SATU (40 MARKAH)

JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN SATU

´ SOALAN 1 : PUISI TRADISIONAL                        (4 MARKAH)
´ SOALAN 2 : PROSA TRADISIONAL                     (4 MARKAH)
´ SOALAN 3 : PROSA TRADISIONAL                     (4 MARKAH)
´ SOALAN 4 : PUISI MODEN (SAJAK)                   (4 MARKAH)
´ SOALAN 5 : DRAMA                                             (4 MARKAH)
´ SOALAN 6 : DRAMA                                             (4 MARKAH)
´ SOALAN 7 : CERPEN                                             (4 MARKAH)
´ SOALAN 8 : CERPEN                                             (4 MARKAH)
´ SOALAN 9 : NOVEL                                               (4 MARKAH)
´ SOALAN 10 : NOVEL                                             (4 MARKAH)

   BAHAGIAN DUA (60 MARKAH
  
   JAWAB 3 SOALAN SAHAJA SATU SOALAN SETIAP BAHAGIAN A, B, DAN C (PILIHAN SOALAN)

BAHAGIAN A : PUISI TRADISIONAL DAN PROSA TRADISIONAL

´ SOALAN 1 : PUISI TRADISIONAL                         (20 MARKAH)
´ SOALAN 2 : PROSA TRADISIONAL                      (20 MARKAH)

BAHAGIAN B : PUISI MODEN DAN DRAMA

´ SOALAN 3 : PUISI MODEN (SAJAK)                    (20 MARKAH)
´ SOALAN 4 : DRAMA                                             (20 MARKAH)

BAHAGIAN C : CERPEN DAN NOVEL

´ SOALAN 5 : CERPEN                                             (20 MARKAH)
´ SOALAN 6 : NOVEL                                               (20 MARKAH)


Saturday, March 4, 2017

CERPEN “NAMUN ITULAH HAKIKAT” KARYA NAZEL HASHIM MOHAMAD

CERPEN “NAMUN ITULAH HAKIKAT” KARYA NAZEL HASHIM MOHAMAD

SINOPSIS

Mengisahkan seorang lelaki tua yang bernama Pak Mid yang gigih membersihkan tanah miliknya yang dianggap tidak subur untuk ditanam dengan pokok hutan yang bernilai tinggi. Usahanya yang tidak difahami oleh orang kampung menyebabkan dia dianggap orang gila. Namun Pak Mid tetap tidak mempedulikan perkara tersebut. Usaha terbukti berjaya apabila tanah miliknya dibayar dengan pampasan yang lumayan oleh kerajaan.

TEMA

Cerpen “Namun itulah hakikat” karya Nazel Hashim Mohamad bertemakan kegigihan dan kerajinan seorang lelaki tua. Kegigihan ini dilihat menerusi watak yang bernama Pak Mid. Beliau mengusahakan tanah miliknya dengan menanam pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi, akan tetapi usahanya tidak difahami oleh penduduk kampung sehingga dia dianggap gila oleh orang kampung. Walaubagaimanapun, Pak Mid tidak mempedulikan perkara tersebut dan akhirnya usahanya terbukti berjaya apabila tanah miliknya dibayar dengan pampasan yng tinggi oleh kerajaan.

PERSOALAN

1. Persoalan kegigihan dan kerajinan. Contohnya, Pak Mid dengan tulang empat keratnya memugar tanah mereka. Disamping itu, dia menebas sebahagian belukar, membuat parit-parit yang menghala ke sungai dan menanam anak-anak pokok hutan di situ. (m/s 69-70)
2. Kepentingan pokok-pokok hutan untuk kehidupan dan generasi akan datang. Contohnya, Hutan buatan Pak Mid menjadi tempat anak kampung menjelajah dan belajar tentang alam semula jadi yang terhad itu, misalnya beberapa jenis pokok, serangga dan burung-burung. Contohnya pokok, pokok jati, pokok sentang dan teja kegunaannya untuk kehidupan.
3. Persoalan masyarakat yang mempunyai sifat buruk sangka dan suka menyindir. Contohnya, Apabila mereka mendapati tanaman yang ditanam oleh Pak Mid bukan buah-buahan dan mendatangkan hasil pendapatan, mereka mengatakan Pak Mid sudah gila. Contoh yang kedua, Sehingga watak Aku berada sekolah menengah, Pak Mid masih meneruskan usahanya tersebut. Tetap dia dipanggil gila kerana menanam pokok. (m/s 72)
4. Kepentingan pembangunan dalam memajukan kawasan perkampungan. Contohnya, dahulu kehidupan penduduk kampung terpencil ketika itu memang susah. Oleh itu, pembangunan luar Bandar yang dilaksanakan sangat penting. Akhirnya, datanglah pasukan juruukur  menentukan kawasan untuk dijadikan jalan dan surau. (m/s 72)
5. Persoalan kesedaran tentang kepentingan pendidikan. Contohnya, Pak Mid dapat melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anaknya. (m/s 74)
6. Persoalan keyakinan dan taat pada perintah tuhan. Contohnya, Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya dalam apa-apa jua yang diinginkan. (m/s 74)

WATAK DAN PERWATAKAN

PAK MID
1. Nama sebenar Encik Hamid, mempunyai seorang isteri dan dua orang anak bernama
    Zul dan Fitri.
2. Mempunyai tanah, harta pusaka ayahnya.
3. Menanam pokok-pokok hutan
4. Seorang yang rajin dan berdisplin
5. Seorang yang baik hati dan mulia
6. Seorang yang bijak
7. Seorang yang bertanggungjawab
8. Seorang yang sentiasa berdoa dan bersyukur
9. Seorang yang tidak pendendam dan tidak mudah melatah.

AKU

1. Kawan kepada anak-anak Pak Mid iaitu Zul dan Fitri
2. Mempunyai seorang ayah yang kini menjadi setiausaha lembaga masjid.
3. Menuntut dalam tahun satu bidang Zoologi (kajian tentang haiwan)
4. Tinggal sekampung dengan Pak Mid dan Tuk Nyan.
5. Seorang yang selalu melihat keadaan dan orang disekeliling.
6. Mudah terpengaruh
7. Tidak mudah mempercayai perkara-perkara yang karut.
8. Seorang yang suka menjelajah dan belajar.
9. Berminat dengan kehidupan dalam hutan.

TUK NYAN

1. Sekampung dengan Pak Mid dan watak Aku.
2. Mengusahakan sawah dengan tradisi lama.
3. Seorang yang cepat berburuk sangka tanpa menyelidiki perkara tersebut terlebih
    dahulu.
4. Seorang yang mudah kecewa.
5. Seorang yang sering tidak berpuas hati apabila terdapat perkara-perkara ganjil.

ZUL

1. Anak pertama Pak Mid
2. Seorang lulusan ijazah bidang perhutanan
3. Berkawan dengan Aku semasa kecil
4. Minat dengan tumbuh-tumbuhan

FITRI

1. Anak kedua Pak Mid  dan berkawan dengan Aku sejak kecil
2. Sedang menuntut dalam bidang perakaunan
3. Minat membilang. contohnya, semasa kecil Fitri amat cekap membilang itu ini di dalam hutan itu. (m/s 74)

PLOT

BINAAN PLOT

1) PERMULAAN
            Aku teringat kata-kata “Pak MID gila! Pak Mid gila!” sewaktu kecil dahulu. Kata-kata yang dilafazkan oleh beberapa orang kampung terhadap Pak Mid. Namun kini Pak Mid tidak gila, tetapi Aku tengok semacam hendak gila Tuk Nyan. Sekarang Pak Mid hidup senang lenang.

2) PERKEMBANGAN
            Aku masih teringat sewaktu kecil Pak Mid memugar tanah rang itu. Ditebang tebas belukar. Dibuatnya parit-parit yang menghala ke sungai, ditinggikan lagi tanah di bohor. Tiba musim hujan, Pak Mid mula menanam anak-anak pokok hutan. Di samping itu, Pak Mid tetap menguruskan tanah sawahnya seperti orang lain juga.

3) PERUMITAN
            Tuk Nyan mengatakan Pak Mid sudah gila kerana menanam pokok hutan, bukan sahaja di bohor tanah rang malah di petak sawah sebelah laman rumahnya juga. Aku turut terpengaruh dengan kata-kata Tuk Nyan dan orang kampung. Namun Pak Mid tidak kisah dengan kata-kata orang kampung. Pak Mid tetap dengan usahanya mengusahakan tanah rang di bohor.

4) PUNCAK CERITA/KLIMAKS
            Pembangunan luar bandar dilaksanakan seluruh negara. Termasuk kampung Aku. Akhirnya, datanglah pasukan juruukur untuk menentukan kawasan yang hendak dijadikan jalan. Tanah Pak Mid terpilih dan Pak Mid mendapat pampasan lumayan. Tergaman Tuk Nyan apabila diberitahu oleh Tuk Penghulu tanah rang Pak Mid mendapat bayaran pampasan yang tinggi hal ini kerana pokok-pokok yang ada ditanah tersebut bernilai tinggi. Pokok hutan yang ditanam Pak Mid ialah pokok jati, pokok sentang dan pokok teja untuk buat minyak wangi. Semua pokok itu dinilai dan dibayar mengikut harga semasa.

5) PELERAIAN
            Pak Mid telah menggunakan wang pampasan membina rumah yang sederhana dan lengkap dengan elektrik, dan air paip dan Pak Mid juga membiayai persekolahan anak-anaknya dengan wang tersebut. Dia juga membantu menyumbangkan sedikit daripada habuan pampasan kepada surau dengan membeli lima puluh helai kain sejadah. Kini anak-anak Pak Mid telah berjaya dalam pelajaran. Zul sudah lulus ijazah tentang perhutanan, Fitri sedang menuntut dalam bidang perakaunan dan Aku juga sedang belajar tahun satu bidang Zoologi. Kampung Aku juga aman, maju dan masyarakatnya mula bersatupadu.

TEKNIK PLOT

1. Dialog. Penulis cerpen ini menggunakan teknik dialong untuk memulakan cerita dan penggunaan dialong menjadikan cerita lebih terkesan. Contohnya, “Pak MID gila! Pak Mid gila!”

2. Imbas kembali. Teknik ini digunakan untuk mengimbau perkara yang lepas. Aku teringat kisah semasa kecil semasa berkawan dan bermain dengan anak-anak Pak Mid dan melihat Pak Mid mengusahakan tanah rang dengan pokok-pokok hutan.

3. Pemerian. Teknik pemerian digunakan untuk perkisahan cerita dalam cerpen ini. Aku telah menggerakkan cerita dengan teknik penceritaan.

4. Monolog luaran. Tuk Nyan bermonolog dengan Pak Mid dan Tuk Penghulu tentang pampasan dan tanah yang telah dipilih oleh pihak kerajaan untuk dibuat jalan.

5. Saspens. Unsur tertanya-tanya dan ingin tahu pembaca dalam cerpen ini juga diterapkan oleh penulis. Pembaca tertanya-tanya apa jadi dengan pokok hutan yang ditanam Pak Mid? kenapa Pak Mid dikatakan gila? dan banyak lagi.

GAYA BAHASA

Ø  SINKOPE
Sementara  itu, Tuk Nyan dan juga  keluargaku tetap dengan cara tradisi
            kau tu?.... (m/s 72)
tak .... (m/s 73)
Ø  SIMILE
Sekalipun  kadang-kadang  seperti  sindiran  tajam

Ø  IMEJ ALAM
-Pokok jati,bendang,sungai dan sawah
Ø  IMEJ HAIWAN / UNGGAS
- burung, ular, harimau
Ø  KATA GANDA
-Tentu dibayar seperti tanah-tanah lain juga
-Tuk Nyan tidak berkata apa-apa
Ø  DIALOG – “Zoologi,Pak Nyan. Maksudnya.......”
Ø  REPETISI – Teringat aku akan...kata-kata yang aku dan kawan-kawan...(m/s 69)
Ø  DIKSI – pemilihan kata yang mudah dan senang difahami
Ø  SIMPULAN BAHASA – lintang-pukang

LATAR

LATAR MASA

1. Sewaktu Aku kecil zaman sekolah
2. Beberapa tahun
3. Pada waktu malam
4. Musim tengkujuh
5. Hari ini

LATAR TEMPAT

1. Kampung
2. Bohor tanah rang
3. sungai
4. Sawah
5. belukar
6. Halaman rumah
7. Bendang
8. Sekolah
9. Surau
10. Masjid

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani iaitu bersawah dan berkebun dan menanam pokok hutan dan buah-buahan.
2. Masyarakat gigih dan berusaha memelihara pokok hutan iaitu Pak Mid menanam pokok jati, pokok sentang dan pokok teja.
3. Masyarakat bersatu padu
4. Masyarakat berilmu dan berpendidikan
5. masyarakat yang berpandangan jauh ke hadapan.
6. Masyarkat yang menghargai alam sekitar dan anugerah tuhan
 7. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan dan beriman kepada tuhan.

NILAI

1. Berwawasan                                11. Menghargai
2. Pemurah                                       12. Berpendidikan
3. Kegigihan                                     13. Keamanan
4. Bertanggungjawab                      14. Kemajuan
5. Ketekunan                                                15. Bersepadu
6. Baik hati                                        16. Perpaduan
7. Ketaatan                                        17. Kesabaran
8. Keimanan                                     18. Ketabahan
9. Keyakinan                                                19. Tawakal
10. Kesederhanaan                                    20. Kerajinan

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai wawasan dan impian untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Contohnya, Pak Mid seorang yang berwawasan tinggi. Dia menanam pokok-pokok hutan kerana mengetahui nilai ekonomi dan komersial pada masa akan datang.

2. Kita mestilah bersikap pemurah dan suka membantu. Contohnya, Pak Mid telah menyumbangkan lima puluh helai sejadah kepada surau di kampung. a

3. Kita perlulah gigih berusaha dalam menjalani kehidupan ini. Contohnya, Pak Mid masih meneruskan usahanya menanam pokok-pokok hutan walaupun sering disindir oleh orang kampung sebagai orang gila.

4. Kita haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab. Contohnya, Pak Mid menguruskan sawah dan menanam sayur-sayuran untuk mencari pendapatan bagi melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anaknya.

5. Kita hendaklah mempunyai sikap baik hati. Contohnya, Pak Mid seorang yang baik hati. Walaupun orang-orang kampung dan Tuk Nyan menyindir dia gila, namun Pak Mid tidak berdendam sebaliknya dia membantu orang-orang kampung.

6. Kita seharusnya taat pada perintah Allah dan berserah diri kepadaNya. Contohnya, bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan.

7. Kita janganlah berburuk sangka. Contohnya, Tuk Nyan dan orang kampung berburuk sangka dengan Pak Mid dengan mengatakan Pak Mid gila menanam pokok hutan. Sebaliknya Pak Mid menanam pokok hutan yang bernilai komersial dan akan mahal dipasaran apabila pokok tersebut matang nanti.

“Belajarlah kerana dengan belajar kita jadi pandai” - samozin