Friday, July 14, 2017

ANALISIS KESELURUHAN MENGIKUT BUKU DI KAJI SPM 2016 DAN SOALAN SPOT 2017

BIL
SPM TAHUN 2016
SPM SPOT 2017
1.
BUKU TEKS ‘NILAI INSAN’

BAHAGIAN A:
ü 1. Pantun Enam Kerat (Nilai Insan)
ü 2. Sastera Epik
ü 3. Sastera Panji
BAHAGIAN B :
ü 1. Syair Seratus Siti
ü 2. Sastera Hikayat

BAHAGIAN A:
ü 1. Seloka Boros Dan Jimat
ü 2. Sastera Hikayat
ü 3. Sastera Epik
BAHAGIAN B :
ü 1. Gurindam Beberapa Petua Hidup
ü 2. Sastera Panji

2.
BUKU TEKS ‘KUBENTANG SEHELAI PETA’

BAHAGIAN A :
4. Sajak Kubentang Sehelai Peta
5. Drama Mat Piah Dan Mr. Blackway
6. Drama Anna
7. Cerpen Namun Itulah Hakikat
8. Cerpen Rindu Seorang Rafik
BAHAGIAN B :
3. Sajak Kata Bukit Kepada Jentolak
4. Drama Anna
5. Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
BAHAGIAN A :
4. Sajak Aku Tidak Berani Berjanji
5. Drama Anna
6. Drama Mat Piah Dan Mr. Blackaway
7. Cerpen 000000000000
8. Cerpen Air Mata Dalang
BAHAGIAN B :
3. Sajak Wanita dan Laut
4. Drama Anna
5. Cerpen Bukit Emas
3.
BUKU TEKS NOVEL ‘NARATIF OGONSHOTO’

BAHAGIAN A :
9. Sudut Pandangan
10. Perwatakan
BAHAGIAN B :
6. Bab 1 : Kolonial
BAHAGIAN A :
9. Teknik Plot
10. Latar 
BAHAGIAN B :
6. Bab 4 : Aisberg

Monday, July 10, 2017

SASTERA EPIK “HANG TUAH DIUTUS KE SIAM” BUKU NILAI INSAN

SASTERA EPIK “HANG TUAH DIUTUS KE SIAM” BUKU NILAI INSAN

SINOPSIS

Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan Laksamana untuk pergi ke Patani bagi membeli empat ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina. Raja Melaka juga berhasrat untuk mengalahkan negeri baru iaitu Petani di Benua Siam. Namun Laksamana memberitahu sukar untuk mengalahkan negeri tersebut kerana kedudukannya yang strategik. Lalu Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan surat untuk Laksamana hantarkan ke Patani.
            Lalu Laksamana dan Maharaja Setia belayar dengan angkatannya menuju ke Benua Siam. Setelah beberapa lamanya, maka mereka sampai ke negeri Patani. Laksamana turun melihat bandar dan kotanya, sememangnya sukar dialahkan oleh musuh kerana keadaan yang strategik dan kehebatan kotanya. Setelah selesai mereka meneruskan perjalanan dan sampailah ke Benua Siam. Mereka disambut dengan dentuman bedil meraikan kedatangan pelawat. Lalu laksamana meminta orang bandar tersebut menghadap Syahbandar. Lalu Syahbandar memberitahu Oya Bagelang dan masuk menghadap Phra Cau. Lalu Phra Cau arahkan surat diarak masuk menghadap.
            Semasa Syahbandar menjemput Laksamana, dia memaklumkan Laksamana perlu menghadap Phra Cau dengan seorang diri dan perlu merangkak ikut cara adat Patani. Namun, Laksamana tidak mahu berbuat demikian kerana dia ada penyakit ditubuhnya. Lalu Phra Cau izinkan Laksamana berjalan dan berkeris seperti adat Raja Melaka ia menghadap. Lalu Laksamana dan Maharaja Setia menghadap Phra Cau dan dibacalah utusan Raja Melaka berkehendakan gajah. Dan tersangat kagum Phra Cau kerana Laksamana boleh berbahasa Siam dengan fasih lalu diberikan persalinan.
            Setelah berapa lama Laksamana tinggal di Benua Siam, maka Phra Cau telah menitah 7 pendekar Jepun berlawan dengan Laksamana. Tujuh Pendekar Jepun itu sangat angkuh dan bongkak. Laksamana marah dengan kata-kata Pendekar Jepun yang merendah-rendahkan Laksamana dan hulubalang Melayu. Maka Pendekar Jepun berlawanlah dengan Laksamana. Lalu Laksamana turun dan berlawan dengan Pendekar Jepun itu, Pendekar Jepun memarang Laksamana lalu ditangkis oleh Laksamana. Lalu Laksamana memarang semula putus telinga Jepun itu, lalu mengamuk Jepun itu dan naik ke balairung tetapi Laksamana terjun dan turun memarang lagi putus hidung Jepun itu, lalu dilawannya putus bahu dan akhirnya Jepun itu diparang Laksamana terbelah dua kepalanya. Maka Pendekar Jepun itu matilah. Maka mengamuklah semua pendekar Jepun itu, berlawanlah dengan Laksamana dan 5 orang Pendekar Jepun mati dan dua lagi lari menuju ke Kemboja.
            Lalu Phra Cau ucap syabas kepada Laksamana. Phra Cau telah meraikan Laksamana dengan santapan. Laksamana juga memberi hadiah kepada Phra Cau iaitu Siput Gendaga. Keesokkan harinya Laksamana memohon diri kerana telah berjanji sekadar 40 hari sahaja datang ke Patani dan sampai masa untuk berangkat pulang.
            Lalu Phra Cau menitahkan Oya Bagelang membalas surat dan hantarkan kepada Raja Melaka serta diberikan sepuluh ekor gajah iaitu enam ekor untuk Raja Melaka dan empat ekor untuk Laksamana kerana membalas jasa bakti Laksamana menyelamatkan Phra Cau dari pendekar Jepun yang mengamuk dan Khianat. Lalu Laksamana turun dan mula belayar.
            Maka dua Jepun yang lari Kemboja itu meminta bantuan di sana dan akan menghalang laluan pelayaran Laksamana dengan bantuan dari pasukannya di Kemboja. Semasa dalam perjalanan pelayaran itu, lalu Jepun menyerangkan dan menghalang Laksamana, maka dibedilnya ke arah Laksamana dan rombongannya. Lalu Laksamana amuk dan mati semua Jepun itu. Maka dilihat Laksamana akan perahu Jepun penuh dengan emas, perak, dan harta terlalu banyaknya. Lalu diambil Laksamana isi ke perahu belayar menuju Kuala Melaka.
            Setelah beberapa hari maka sampai Laksamana ke Melaka. Lalu disambut oleh Syahbandar dan Bendahara. Diceritakanlah dari awal hingga akhir kepada Raja Melaka. Gajah yang besar dinamai Pudi Manikam dan seekor lagi Permata Sailan. Beberapa ketika maka Raja Melaka ingin merajakan anakanda Baginda Raden Bajau di Bukit Seguntang dan Laksamana dititahkan membantu merajakan anaknda Baginda. Lalu Raden Emas Ayu hamil dan dapat anak perempuan, manakala Tun Teja hamil dapat putera lalu dinamakan yang pertama Puteri Gunung Ledang, yang tengah Sultan Mahmud dan bongsu Sultan Muhammad.

TEMA

Sastera epik bertajuk “Hang Tuah Diutus ke Siam” bertemakan jalinan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Hal ini dapat dilihat apabila Laksamana Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka untuk diutuskan ke Benua Siam bagi membeli enam ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana disukai oleh Raja Phra Cau kerana pandai bertutur dalam bahasa Siam dan bijak berlawan menewaskan musuh sehinggakan cadangan Laksamana agar Raja Siam menjamu rakyatnya dengan gendana dipersetujui oleh Raja Siam. Laksamana juga telah dianugerahkan dua kali persalinan atas khidmat bakti kepada Benua Siam dan turut menghadiahkan 10 ekor gajah, iaitu enam ekor kepada Raja Melaka dan empat ekor kepada Laksamana.

PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan hubungan diplomatik sesebuah negara dengan negara lain. Hubungan diplomatik ini penting dalam memastikan kestabilan politik dan ekonomi antara sesebuah negara. Contohnya, hubungan diplomatik Melaka dengan Siam terjalin apabila Laksamana Hang Tuah diutuskan ke Benua Siam untuk membeli gajah dan Laksamana juga seorang yang fasih bertutur dalam bahasa Siam dan dikagumi oleh Raja Phra Cau. Maka hasilnya hubungan antara Siam dan Melak lebih akrab dan rapat.
2. Persoalan keberanian seorang Laksamana, hal ini terbukti apabila Hang Tuah berjaya mengalahkan 7 pendekar Jepun yang mengamuk di Balairung Raja Phra Cau dan dapat menewaskan pendekar Jepun dari Kemboja yang menyekat kapal mereka ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka.
3. Persoalan tentang kebijaksanaan. Contohnya, Hang Tuah bijak dalam melakukan helah. Hang Tuah telah melakukan helah bahawa dia mempunyai penyakit dan tidak boleh masuk menghadap Raja Siam dalam keadaan merangkak. Selain itu, Hang Tuah juga telah menguasai bahasa Siam menyebabkan Raja Siam menghadiahkan satu persalinan cara Siam kepadanya.
4. Persoalan tentang ketangkasan dalam bertarung. Ketangkasan bermain senjata sebagai contoh Raja Phra Cau menyuruh pendekar Jepun bermain senjata dengan Laksamana Hang Tuah sebagai pertunjukan. Akhirnya Hang Tuah menang dalam perlawanan tesebut.
5. Persoalan tentang kesetiaan dan ketaatan kepada raja atau pemerintah. Hang Tuah bersetuju untuk menjadi utusan Raja Melaka ke Siam. Hang Tuah telah menjalankan tugasnya kepada Raja Melaka dengan baik.
6. Persoalan mencintai dan menghormati adat dan budaya bangsa. Hang Tuah tetap mempertahankan cara masuk menghadap Raja Phrau dengan cara adat Melaka bukannya cara Siam yang merangkak. Ini menunjukkan jati diri yang tinggi dan menunjukkan Hang Tuah amat tegas dalam adat dan peraturan.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. LAKSAMANA HANG TUAH
i.      Seorang Laksamana Melaka
ii.     Seorang yang berani dalam tindakan
iii.    Seorang yang bijaksana membuat keputusan
iv.   Seorang yang taat setia kepada pemerintah dan negara
v.    Seorang yang tangkas dalam berlawan dan bermain keris
vi.   Seorang yang fasih bertutur bahasa Siam
vii.  Seorang yang tegas dan menyanjung tinggi adat dan budaya bangsa
viii. Seorang yang berpegang pada janji dan menurut perintah
2. RAJA PHRA CAU
i.      Raja Siam di negeri Patani
ii.     Mempunyai negeri yang kuat dan kukuh
iii.    Mempunyai banyak gajah
iv.   Seorang yang mengkagumi Laksamana Hang Tuah yang tangkas berlawan
v.    Menghormati adat dan peraturan negara lain
3. 7 PENDEKAR JEPUN
i.      Pendekar Jepun dari Kemboja
ii.     Angkuh dan sombong
iii.    Tewas dalam perlawanan dengan Laksamana
iv.   Pihak yang membuat huru hara di balairung Raja Phra Cau
4. OYA BAGELANG
i.      Pembesar kepada Raja Phra Cau
ii.     Menurut perintah dan setia
5. RAJA MELAKA
i.      Pemerintah negeri Melaka
ii.     Mengutuskan Laksamana ke Siam untuk membeli enam ekor Gajah
6. BENDAHARA
i.      Pembesar Melaka
ii.     Menulis surat untuk diutuskan ke Benua Siam
iii.    Taat dan setia



PLOT

1) BINAAN PLOT

PERMULAAN
Raja Melaka menghantar utusan ke Siam untuk membeli gajah. Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka untuk ke Siam membeli 6 ekor gajah. laksamana dianugerahkan dua kali persalinan atas khidmat bakti kepada benua Siam. Raja Siam mengahadiahkan 10 ekor gajah...6 ekor untuk Raja Melaka...4 ekor kepada Hang Tuah. Bendahara Seri maharaja mencadangkan supaya Laksamana Hang Tuah yang diutus ke siam .Dalam perjalanan ke siam, mereka telah  singgah di Patani dan sempat membuat lawatan di sekitar bandar tersebut. Mereka  meneruskan perjalanan
PERKEMBANGAN
Setibanya di Siam, mereka disambut dengan adat kebesaran kerajaan Siam. Syahbandar siam menerangkan budaya menghadap Raja Siam. Mereka perlu  masuk  seorang diri dan tidak boleh membawa budak-budak dan merangkak sambil menyembah. Laksamana Hang Tuah memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit dan tidak boleh merangkak. Raja Siam membenarkan laksamana menghadap cara budaya Melayu. Laksama memberitahu tujuan mereka datang ke Siam.
PUNCAK / KLIMAKS
Raja Siam menyuruh pendekar Jepun, bermain senjata dengan Laksamana Hang Tuah sebagai pertunjukan. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Pendekar 7 Jepun. Pendekar 7 Jepun mengamuk dan ingin membunuh Raja Siam. Raja Siam berjaya menyelamatkan diri. Pendekar 7 Jepun mengamuk di pasar. Lima daripada tujuh pendekar Jepun itu berjaya dikalahkan oleh Laksamana Tun Tuah dan dua lagi melarikan diri ke Kemboja. Raja Siam menghadiahkan  4 ekor gajah kepada Hang Tuah dan 6 ekor gajah kepada Raja Melaka. Dalam perjalanan Pulang, Laksamana Tuah telah disekat oleh Pendekar Jepun dari Kemboja tetapi dapat dikalahkan oleh Laksamana dan rombongan.  Harta benda Pendekar Jepun  itu dirampas
PELERAIAN
Kepulangan Laksamana Hang Tuah  disambut dengan penuh adat kebesaran.  Raja Melaka menitahkan Laksamana Hang Tuah mengiringi Raden Bajau ke Bukit Si Guntang Mahabiru  untuk dirajakan di sana. Raden Emas Ayu melahirkan seorang puteri diberi nama Puteri Gunung Ledang. Tun Teja melahirkan dua orang putera diberi nama Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.

2. TEKNIK PLOT
1.      Teknik Pemerian
2.      Teknik Dialog
3.      Monolog Dalaman
4.      Monolog Luaran
5.      Saspens
6.      Imbas Muka

GAYA BAHASA

1.      Bahasa Melayu Klasik dan bahasa Istana – Laksamana, Raja, Bendahara
2.      Repetisi. Contohnya; ekor….ekor…
3.      Diksi iaitu pemilihan kata yang sesuai - semayam
4.      Inversi  - akan sekarang
5.      Sinkope contohnya; Kunaiki (m/s 52)  hatimu (m/s 53)

LATAR

LATAR MASA
1.      40 hari
2.      Beberapa hari
3.      Waktu malam

LATAR TEMPAT
1.      Melaka
2.      Benua Siam
3.      Negeri Patani
4.      Kemboja
5.      Sungai
6.      Laut
7.      Hujung Sawang
8.      Balairung Seri
9.      Bukit Seguntang
10.    Istana

LATAR MASYARAKAT
1.      Masyarakat golongan pemimpin dan dipimpin
2.      Masyarakat yang mempunyai sistem pemerintahan
3.      Masyarakat yang tinggal di Melaka
4.      Masyarakat yang tinggal di Siam
5.      Masyarakat yang setia dan taat kepada Raja
6.      Masyarakat yang pandai dan tangkas berlawan
7.      Masyarakat yang menyanjung adat dan budaya bangsa
8.      Masyarakat yang berani dan bijaksana


NILAI

1.      Kesetiaan
2.      Ketaatan
3.      Keberanian
4.      Ketangkasan
5.      Kebijaksanaan
6.      Keamanan
7.      Hormat-menghormati
8.      Bertanggungjawab
9.      Amanah
10.    Patriotik

PENGAJARAN

1.      Kita hendaklah taat dan setia kepada Raja dan negara. Contohnya Laksamana Hang Tuah taat dan setia kepada Raja Melaka.
2.      Kita perlulah patuh dengan arahan pemerintah.
3.      Kita mestilah amanah dalam melaksanakan tugas.
4.      Kita mestilah mempertahankan maruah bangsa dan negara.
5.      Kita seharusnya berani mempertahankan diri dan kebenaran.
6.      Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan.
7.      Kita semestinya menjalinkan hubungan politik antara setiap negara lain untuk hubungan luar demi pengukuhan politik dan ekonomi.
8.      Kita janganlah mudah mengaku kalah.
9.      Kita haruslah menyanjung tinggi dan adat dan budaya bangsa.


Sunday, July 9, 2017

ANALISIS SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU (2215) SPM 2016

ANALISIS SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU (2215) SPM 2016
     BAHAGIAN SATU (40 MARKAH)
     JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN SATU
´ SOALAN 1 : PUISI TRADISIONAL (NILAI INSAN: PANTUN 6 KERAT)        (4 MARKAH)
´ SOALAN 2 : PROSA TRADISIONAL (SASTERA EPIK)                               (4 MARKAH)
´ SOALAN 3 : PROSA TRADISIONAL (SASTERA PANJI)                             (4 MARKAH)
´ SOALAN 4 : PUISI MODEN (SAJAK) KUBENTANG SEHELAI PETA           (4 MARKAH)
´ SOALAN 5 : DRAMA (MAT PIAH DAN MR. BLACKWAY)                            (4 MARKAH)
´ SOALAN 6 : DRAMA (ANNA)                                                                    (4 MARKAH)
´ SOALAN 7 : CERPEN (NAMUN ITULAH HAKIKAT)                                     (4 MARKAH)
´ SOALAN 8 : CERPEN (RINDU SEORANG RAFIK)                                        (4 MARKAH)
´ SOALAN 9 : NOVEL  (SUDUT PANDANGAN : NARATIF OGONSHOTO)        (4 MARKAH)
´ SOALAN 10 : NOVEL (PERWATAKAN : NARATIF OGONSHOTO)                 (4 MARKAH)

BAHAGIAN DUA (60 MARKAH)

JAWAB 3 SOALAN SAHAJA SATU SOALAN SETIAP BAHAGIAN A, B, DAN C (PILIHAN SOALAN)

BAHAGIAN A : PUISI TRADISIONAL DAN PROSA TRADISIONAL

´ SOALAN 1 : PUISI TRADISIONAL (SYAIR SERATUS SITI)                  (20 MARKAH)
´ SOALAN 2 : PROSA TRADISIONAL (SASTERA HIKAYAT)                 (20 MARKAH)

BAHAGIAN B : PUISI MODEN DAN DRAMA

´ SOALAN 3 : PUISI MODEN (SAJAK) KATA BUKIT KEPADA JENTOLAK       (20 MARKAH)
´ SOALAN 4 : DRAMA (ANNA)                                                           (20 MARKAH)

BAHAGIAN C : CERPEN DAN NOVEL

´ SOALAN 5 : CERPEN (GULAI SEMBILANG UNTUK ABAH)                  (20 MARKAH)
´ SOALAN 6 : NOVEL (BAB 1 : KOLONIAL [NARATIF OGONSHOTO])      (20 MARKAH)