PROGRAM INTERVENSI
“TOKOH SASTERA”
31 OKTOBER 2017
6.55 – 9.55
MAKMAL KOMPUTER B
SESI
1 (7.00 – 8.00)
LATIHAN
BERFOKUS INDIVIDU
1)
DAPATKAN LEMBARAN LATIHAN
2)
JAWAB MENGIKUT KEHENDAK SOALAN
3)
PENYOALAN SECARA RAWAK
SESI
2 (8.00 – 9.15)
LATIHAN
DALAM KUMPULAN (LDK) “TOKOH SASTERA”
ARAHAN
:
1)
BENTUK KUMPULAN MENGIKUT SENARAI NAMA YANG TELAH DITETAPKAN
2)
DAPATKAN BAHAN LEMBARAN
3)
BUAT PERBINCANGAN
4)
PEMBENTANGAN SETIAP KUMPULAN
SESI 3 (9.15 –
9.55)
TAYANGAN SLIDE
KEMBARA SASTERA DAN MOTIVASI DIRI
LATIHAN
BERFOKUS CALON SASTERA CEMERLANG “A+”
1.
Senaraikan ciri-ciri drama ? (4 markah)
1. Dialog
2. Tema/persoalan
3. Watak/perwatakan
4. Adegan/aksi
5. Latar
6. Konflik
7. Plot iaitu Binaan Plot/Teknik Plot
2.
Nyatakan empat gaya bahasa yang anda kaji berserta maksudnya? (4 markah)
1.
Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa
pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi
keriangan.
2.
Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu
benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke
arahnya.
3.
Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan.
Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan
fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu
maksud iaitu berfikir atau otak).
4.
Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada
persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan
dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.
5.
Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya
berapi-api.
6.
Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai
maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.
7.
Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal
a).
8.
Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan
konsonan n)
9.
Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang
sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.
10.
Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri
(sepatutnya; badan sihat wajah berseri)
11.
Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia
jalan, bila dibuka ia berhenti.
12.
Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah
tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.
13.
Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi
14.
Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.
15.
Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).
16.
Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.
17.
Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.
3. Jelaskan dua perwatakan Sahat dalam cerpen “Bukit
Emas” karya Mufidah Hanum Yusof? (6
markah)
v Seorang
pemuda yang berumur 40 tahun
v Seorang anak
jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa
v Lulusan
sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
v Pensyarah
sambilan dalam bidang pertanian
v Anak kepada
Pak Jaya dan Mak Bedah yang berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v Seorang yang
mempunyai pendidikan yang tinggi.
v Seorang yang
ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas
v Seorang yang
rasional dalam bertindak
v Seorang
pecinta alam sekitar
v Seorang yang
bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari
4. Nyatakan dua pengajaran yang diperolehi daripada
drama “Anna” karya kemala.
(6 markah)
1. Kita
perlulah mempunyai sikap kasih sayang kepada ahli keluarga. Kasih sayang ialah
perasaan cinta kasih kepada seseorang dan sesama insan. Contohnya, Anna amat
menyayangi Zaki dan sanggup berhenti belajar untuk hidup bersama Zaki dan
begitu juga Zaki sangat menyayangi Anna. Zaki juga cinta dan sayang kepada
ibunya Mak Munah yang banyak berkorban untuk Zaki berjaya dalam hidup.
2. Kita
hendaklah mempunyai semangat patriotisme dan cinta akan tanah air. Patriotisme
ialah semangat hadir dalam diri kita yang cinta akan negara dan sanggup
berkorban dan berjuang demi tanah air tercinta. Contohnya, Zaki sangat cinta
akan sejarah tanah air dan menyambung pengajian hingga ke peringkat Univerisiti
di London dalam jurusan sejarah Universiti Cambridge.
3. Kita
mestilah mempunyai sikap gigih. Contohnya Zaki gigih berusaha dalam menyambung
pelajaran di London. Sikap gigih juga boleh dilihat pada watak Mak Munah yang
sangat gigih berusaha mencari rezeki demi menampung pengajian Zaki di London.
4. Kita
seharusnya mempunyai sikap jujur. Kejujuran ialah keikhlasan yang lahir dari
hati nurani. Contohnya, Zaki jujur dalam menyintai Anna dan begitu juga Anna
jujur dalam mencintai Zaki.
5. kita
mestilah menuntut ilmu sehingga berjaya. Setiap pelajar perlu berusaha
bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pelajaran. Contohnya, Zaki adalah
seorang pemuda yang sangat gigih menuntut ilmu hingga berjaya ke Menara gading.
6. Kita
hendaklah menghargai sejarah tanah air. Sejarah yang lepas merupakan petunjuk
kepada masa depan sesebuah negara, oleh itu kita seharusnya menghargai sejarah
yang tercatit dalam lipatan negara kita.
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) “TOKOH SASTERA”
1. Senaraikan 10 puisi yang anda kaji dalam buku Nilai
Insan.
Genre Puisi Tradisional mengandungi :
1. Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
2. Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
3. Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)
4. Seloka Boros dan Jimat
5. Seloka Kehilangan Adat Melayu
6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
7. Gurindam 12 (Fasal Ketiga dan Kelima)
8. Gurindam Beberapa Petua Hidup
9. Syair Seratus Siti
10. Syair Bidasari
Prosa Tradisional pula mengandungi
1. Sastera Panji
2. Sastera Epik
3. Sastera Hikayat
2. Senaraikan 10 cerpen yang anda kaji dalam buku
Kubentang Sehelai Peta.
Cerpen Dalam
Antologi Kubengkan Sehelai Peta
mengandungi :
1. OOOOOOOOOO - Shahnon Ahmad
2. Rindu Seorang Rafik - Nisah Hj. Haron
3. Res Judicata - Aidil Khalid
4. Namun Itulah Hakikat - Nazel Hashim Mohamad
5. Air Mata Dalang - Rahimidin Zahari
6. Profesor Sufi - A. Rahmad
7. Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail
8. Kami Akan Mati, Lin - Seroja Theavy Balakrishnan
9. Perspektif - NF Abdul Manaf
10. Bukit Emas - Mufidah Hanum Yusuf
3. Nyatakan kata kunci untuk menjawab soalan ciri
puisi?
RaBaPaSuRiNa
4. Senaraikan perbandingan watak Penghulu Sudin
dengan Sahat menggunakan peta pemikiran “peta i-Think”
Peta Buih
Berganda
Peta Dakap
Banding Dua
Watak dibawah persamaan dan perbezaannya
1) SAHAT
v Seorang
pemuda yang berumur 40 tahun
v Seorang anak
jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa
v Lulusan
sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
v Pensyarah
sambilan dalam bidang pertanian
v Anak kepada Pak
Jaya dan Mak Bedah yang berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v Seorang yang
mempunyai pendidikan yang tinggi.
v Seorang yang
ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas
v Seorang yang
rasional dalam bertindak
v Seorang
pecinta alam sekitar
v Seorang yang
bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari
2) PENGHULU SUDIN
v Seorang
Penghulu Kampung Kuah
v Seorang yang
gila kuasa dan pemimpin kampung yang pentingkan diri sendiri
v Seorang yang
tidak suka berterus terang
v Seorang yang
sangat panas baran
v Seorang yang
suka membuat fitnah
v Seorang yang
tamak haloba
v Seorang yang
pendendam
v Seorang yang
mengejar kemewahan dunia