Wednesday, March 14, 2018

HIDUP INI BELAJARLAH MENGHARGAI BENDA PERCUMA

Sering manusia lupa, lupa akan semua perkara. Lupa diri, lupa peranan. lebih-lebih lagi benda percuma. Semua terhidang di depan mata, tetapi tetap malas untuk bergerak mendapatkannya. Malahan tidak bersyukur. Bahkan diejek dihina. Yang dilihat kononnya diri nya itu adalah terbaik. Wahai manusia  sedarlah diri belajarlah bersyukur. Apa yang kau miliki bukan milik mu, bahkan nyawamu pun bukan milikmu. Suatu hari nyawa mu pun tetap dicabut. Jadi siapa yang berkuasa, siapa pemilik sebenar?? siapa? adakah engkau? Bukan!
Tuhanlah pemilik segalanya. Jadi janganlah kau bermegah dan bangga. 
Janganlan pula suka menabur fitnah, menyebar kepalsuan dan penipuan.  

Hidup ini belajarlah menghargai benda atau perkara percuma yang engkau dapat. Ia bukan mudah kau perolehi dan ia bukan selalu datang kepadamu. Wahai manusia yang punya akal fikiran janganlah engkau berlagak sombong dan angkuh dan mendabik dada. Kelak kau merana sengsara. 

Belajarlah menghargai benda percuma. Percuma itu kadang pemberian orang, kadang bantuan orang, teguran orang, nasihat orang, ilmu orang dan banyak lagi. Jadi mengapa kau ingin sombong. Mengapa kau rasa diri hebat sangat. Sedarlah apa kau miliki sekarang ini bukanlah milikmu ia adalah pinjaman sementara. Bahkan apa yang kau paling kasihi dan sayangi. Maka belajarlah menghargai dan bersyukur. Ucaplah terima kasih, kenanglah jasa orang. Bukannya kau hina, herdik, caci, ejek, dan sombong, berlagak. 

:::::CATATAN INI BUAT PENGUNJUNG YANG DATANG DAN PERGI SERTA  YANG PANDAI MENGHARGAI DAN MENDOAKAN KEPADA PEMBERI PERCUMA ILMU DAN AMAL. 
BELAJARLAH BERSYUKUR:::::

5 comments:

  1. Trima kasih atas psanan dan ilmu yg telah d kongsikn,,, semoga Allah swt mmberikn rahmat kpada si pengkongsi...amin

    ReplyDelete
  2. Aamiinn,, pesanan buat diriku juga..hargai dan bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya atas perkongsian ini. Pahala untukmu saudara setiap kata ilmu yg akan disebarkan kpd anak2 murid. Mohon halalkan ilmu yg diperolehi dalam blog ini.

    ReplyDelete
  5. Saya kongsi dan halalkan ilmu semua pengunjung. Gunalah sebaikmungkin.

    ReplyDelete