Tuesday, February 19, 2019

SASTERA PANJI "RADEN INU/RADEN MENTERI"



SASTERA PANJI “RADEN INU” (BUKU NILAI INSAN)

SINOPSIS
    Terdapat sebuah negeri di Tanah Jawa (Jenggala) bernama Cempaka Jajar.  Rajanya bernama Seri Inu bergelar Sang Nata.  Baginda seorang raja besar mempunyai beratus-ratus hulubalang dan banyak negeri di bawah taklukannya. Di negeri Cempaka Jajar, baginda membina sebuah taman yang indah di mana ditempatkan segala puteri anak-anak raja di bawah takluk baginda. Puteri-puteri tersebut disuruh bertenun kain oleh Permaisuri. Antara puteri tersebut, seorang daripadanya bernama Raden Puspa Kencana yang mempunyai rupa paras yang cantik dan tidak tahu asal usulnya. Baginda dan Permaisuri menggelarnya Ken Tambohan. Ken Tambohan sangat disayangi Baginda dan Permaisuri. Ken Tambohan berumur empat belas tahun.
      Pada suatu malam, Ken Tambohan bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tubuh badannya terang benderang disinari bulan. Di pinggangnya pula berbelit seekor naga. Ken Tambohan menjadi sugul dan tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut.
      Baginda Sang Nata mempunyai seorang putera bernama Raden Inu Kertapati yang juga terkenal dengan nama Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri. Pada suatu malam, dia bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan datang seorang raksasa lalu melarikan bulan itu. Ayah dan bondanya berpendapat Raden Inu patut beristeri kerana sudah berusia tujuh belas tahun. Permaisuri bertanyakan anakandanya siapakah pilihannya namun Raden Inu tidak mencadangkan sesiapa. Pateh menasihatkan Permaisuri meminang Puteri Ratu Banjar yang cantik dan setaraf dengan Raden Inu.
      Pada suatu hari, Raden Inu pergi berburu di dalam taman yang dipagari tempat istana Ken Tambohan. Semasa berburu, disumpitnya burung serindit yang terus terbang memasuki ke dalam kubah tempat Ken Tambohan bertenun. Burung serindit itu datang kepada Ken Tambohan lalu ditangkapnya setelah gagal ditangkap oleh dayang-dayangnya.
      Raden Menteri menitahkan pengiringnya (Wira Wani) untuk mencari burung serindit yang baru disumpit tadi. Setelah puas mencari, akhirnya sampailah hamba tersebut di pintu kubah tempat Ken Tambohan bertenun. Hamba tersebut lalu memberitahu Raden Inu tentang apa yang dilihat iaitu burung serindit berada di sisi seorang puteri yang sungguh cantik. Apabila mendengar cerita hambanya, Raden Menteri terus ke pintu kubah. Apabila terpandang kecantikan Ken Tambohan lalu terpikatlah dia dengan Ken Tambohan. Wira Wani menasihati menasihati Raden Inu supaya jangan jatuh cinta dengan Ken Tambohan kerana puteri itu ialah puteri tawanan, takut dimurkai ayahanda dan bonda Raden Inu. Raden Inu enggan kembali dan menitahkan pintu kubah dibuka. Takutkan dibunuh oleh Raden Menteri, paman penjaga pintu kubah pun membuka pintu kubah tersebut. Raden Menteri masuk ke dalam kubah bertemu Ken Tambohan. Dipegangnya Ken Tambohan yang hendak lari lalu bertanya kepada Ken Tambohan, ke mana hendak pergi dan jangan takut akan kedatangannya. Raden Menteri juga bertanyakan asal usul,nama dan apakah nama kain yang ditenun oleh Ken Tambohan. Raden Menteri terpikat dengan Ken Tambohan lalu memujuk Ken Tambohan dengan pujuk rayu dan cumbu-cumbuan. Namun Ken Tambohan takut untuk menerima Raden Menteri kerana takutkan Permaisuri murka dan lebih-lebih lagi Raden Menteri akan ditunangkan dengan Puteri Ratu Banjar. Ken Tambohan menjadi serba salah namun akhirnya menyerah kepada Raden Menteri. Berkahwinlah Raden Menteri dengan Ken Tambohan tanpa diketahui Baginda Ratu dan Permaisuri.
         Sang Nata dan isterinya menyedari kehilangan anaknya lalu bertanyakan Wira Wani. Akhirnya ketahuilah mereka, Raden Menteri telah berkahwin dengan Ken Tambohan. Perkahwinan itu dipersetujui Sang Nata kerana katanya semua itu atas kehendak Dewata Mulia Raya namun Permaisuri menentang dengan alasan Ken Tambohan itu anak celaka dan anak rampasan(jarahan). Lagipun jika Raden Menteri menjadi raja, Ken Tambohan tidak layak menjadi permaisuri kerana dia anak jarahan. Permaisuri menjadi geram dan mencari jalan untuk membalas dendam lebih-lebih lagi  apabila Sang Nata memihak kepada anaknya.
         Suatu malam, Raden Menteri bermimpi Ken Tambohan ditangkap harimau lalu ghaib dalam hutan. Kedua-dua suami  isteri itu menangis kerana mengetahui alamat mimpi akan berlaku perceraian antara mereka. Keesokan harinya, Raden Menteri pergi ke istana menghadap Sang Nata. Kemudian, Raden Menteri pergi menghadap bondanya. Permaisuri bertitah kepada Raden Menteri bahawa dia tidak suka perkahwinan Raden Menteri dengan Ken Tambohan kerana Ken Tambohan anak jarahan dan sekiranya Raden Menteri menjadi raja nanti, Ken Tambohan tidak layak menjadi permaisuri. Permaisuri kemudian menitahkan Raden Menteri pergi ke hutan, berburu kijang dan pelanduk.
         Sepeninggalan Raden Menteri pergi berburu, Permaisuri pergi ke istana Ken Tambohan. Permaisuri memarahi Ken Tambohan. Permaisuri menitahkan Pelebaya membawa Ken Tambohan ke dalam hutan untuk dibunuh. Ken Tambohan dibawa ke hutan bersama dua orang inang pengasuhnya, Ken Tadahan dan Ken Penglipur. Apabila tiba di pohon cempaka yang berdekatan pohon angsana, Pelebaya membuka rahsia bahawa dia dititah oleh Permaisuri untuk membunuh Ken Tambohan kerana bersuamikan Raden Menteri. Ken Tambohan berpesan supaya Pelebaya meletakkan mayatnya di dalam rakit dan ditaburkan bunga cempaka serta bunga angsana. Kemudian, dihanyutkan rakit di dalam sungai. Pelebaya menikam Ken Tambohan dan dua orang pengasuhnya. Ketiga-tiga mayat itu telah dihanyutkan sebagaimana pesanan Ken Tambohan. Peristiwa itu dilihat oleh dewa-dewa kayangan yang berasa dukacita melihat Ken Tambohan berserta dayangnya mati dibunuh.
         Semasa Raden Menteri dan pengiringnya mandi di sungai setelah berhenti berburu, mereka melihat sebuah rakit berisi bunga cempaka dan bunga angsana hanyut. Pengiring Raden Menteri berkejar-kejar untuk mengambilnya namun tidak berjaya. Baginda cuba nengambilnya. Rakit itu datang sendiri kepada baginda. Baginda terkejut apabila mendapati di dalam rakit itu, isterinya bersama dua orang pengasuhnya. Raden Menteri menyesal meninggalkan isterinya. Raden Menteri telah membunuh dirinya kerana terlalu sedih.
         Berita kematian Raden Menteri dan puncanya disampaikan kepada Sang Nata. Sang Nata terlalu sedih. Penyiasatan telah dilakukan oleh baginda dan sekalian menteri memberitahu perkara sebenar berpunca daripada Permaisuri. Permaisuri turut menyesal akan perbuatannya. Sang Nata memarahi Permaisuri lalu menamparnya. Jenazah Raden Menteri dan Ken Tambohan diarak ke istana. Sang Nata menghukum Permaisuri tinggal di luar istana untuk menjaga anjing perburuan manakala Pelebaya dibunuh serta dibakar rumahnya.
         Sang Nata berdukacita lalu memohon kepada Dewata Mulia Raya, moga-moga anaknya dihidupkan kembali berdua. Atas belas kasihan, Betara Guru menitahkan Betara Kala turun ke dunia untuk menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan. Dengan nenyapu kembang gandapura dan kembang wijaya mala ke tubuh Raden Menteri dan Ken Tambohan, maka hiduplah kembali kedua-duanya. Baginda pun mengampunkan dosa Permaisuri. Setelah itu, Betara Kala menghidupkan pula Ken Penglipur dan Ken Tadahan. Akhir cerita, Sang Nata menabalkan Raden Menteri dan Ken Tambohan menjadi Ratu dan Suri Kuripan menggantikannya.

 TEMA

Cerita Sastera Panji adalah tentang percintaan sesama manusia. Raden Inu mencintai Ken Tambohan lalu mengahwininya tanpa persetujuan kedua-dua orang tuanya iaitu Sang Nata dan Permaisuri. Permaisuri menentang perkahwinan tersebut atas alasan Ken Tambohan merupakan anak jarahan dan tidak layak menjadi permaisuri kelak. Kemarahan Permaisuri membawa kepada pembunuhan Ken Tambohan dan dua orang pengasuhnya. Mayat mereka yang dihanyutkan di dalam rakit di sungai telah dijumpai oleh Raden Menteri. Raden Menteri turut membunuh diri kerana terlalu sedih dengan kematian isterinya. Namun, akhirnya kedua-dua suami isteri itu dihidupkan semula oleh Betara Kala.
                                   
PERSOALAN
1.Tentang percintaan yang tidak mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
Contoh: Percintaan Raden Menteri dengan Ken Tambohan ditentang oleh Permaisuri.
2. Tentang perbezaan antara dua darjat.
Contoh: Ken Tambohan tidak disukai oleh Permaisuri kerana dia anak jarahan yang tidak diketahui asal-usulnya.
3. Tentang sikap dendam-mendendami.
Contoh: Permaisuri mencari jalan membunuh Ken Tambohan kerana marah dan dendam terhadapnya, lebih-lebih lagi Sang Nata tidak menentang perkahwinannya dengan Raden Inu.
4. Tentang kasih sayang suami terhadap isteri.
Contoh: Raden Menteri sanggup membunuh diri kerana terlalu cinta akan isterinya.
5. Tentang perbuatan jahat dibalas kejahatan.
Contoh: Permaisuri dihukum menjaga anjing perburuan manakala Pelebaya dihukum bunuh dan rumahnya telah dibakar.

WATAK & PERWATAKAN

RADEN INU KERTAPATI / RADEN MENTERI / RADEN INU / INU BANGSAWAN
💙 Berumur 17 tahun tahun. 
💙 Seorang putera kepada Sang Nata dengan Permaisuri.
💙 Seorang anak tunggal,tidak mempunyai adik-beradik.
💙 Seorang yang juga dikenali sebagai Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri.
💙 Berumur tujuh belas tahun. Misalnya, ayahanda dan bondanya berkata dia sudah patut beristeri kerana telah berusia tujuh belas tahun.
💙 Seorang yang suka berburu. Contoh: Berburu bersama kedayan-kedayannya dalam taman yang dipagari kota batu tempat terbinanya istana Ken Tambohan.
💙 Seorang yang pandai memujuk. Contoh: Memujuk Ken Tambohan dengan pujuk rayu dan cumbu-cumbuan sehingga Ken Tambohan menyerah lalu mereka berkahwin.
💙 Seorang yang berani. Contoh: Berani melanggar larangan kedua-dua ibu bapanya dengan mengahwini Ken Tambohan.
💙 Seorang yang percaya kepada alamat mimpi. Contoh: Percaya kepada mimpinya iaitu Ken Tambohan yang ditangkap oleh harimau lalu ghaib ke dalam hutan membawa alamat akan berlaku perceraian antara dia dengan isterinya.
💙 Seorang yang taat perintah orang tuanya. Contoh: Menunaikan perintah Permaisuri untuk pergi berburu kijang dan pelanduk di hutan.
💙 Seorang yang penyayang. Contoh: Sanggup membunuh diri apabila mendapati isterinya telah mati kerana terlalu sayang akan isterinya.
💙 Seorang yang akhirnya telah dilantik menjadi Ratu Kuripan.

👸KEN TAMBOHAN🌷🌷🌷
🌸 Seorang puteri tawanan yang tidak diketahui asal-usulnya.
🌸 Berumur empat belas tahun.
🌸 Seorang yang berwajah paling cantik dalam kalangan puteri tawanan. Contoh: Ken Tambohan disayangi oleh Sang Nata dan Permaisuri kerana kecantikannya.
🌸 Seorang yang mempunyai dua inang pengasuh iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur.

🌸 Seorang yang pandai menenun kain. Contoh: Raden Menteri memuji kain tenunan Ken Tambohan.
🌸 Seorang yang merendah diri. Contoh: Membahasakan dirinya,patik yang hina kerana dia anak tawanan.
🌸 Seorang yang berjiwa sensitif. Contoh: Mudah menitiskan air mata. Ketika dipujuk rayu oleh Raden Inu, Ken Tambohan menangis teramat sangat menghempaskan dirinya.
🌸 Seorang isteri kepada Raden Menteri. Contoh: Setelah dipujuk rayu, akhirnya Ken Tambohan bersetuju menjadi isteri kepada Raden Inu.
🌸 Seorang yang mati dibunuh. Contoh: Ken Tambohan mati dibunuh oleh Pelebaya atas arahan Permaisuri.
🌸 Seorang yang akhirnya telah ditabalkan menjadi Permaisuri Kuripan.

SANG NATA
Ayahanda Raden Inu
-          Maharaja Negeri Cempaka Jajar
-          Seorang yang baik hati
-          Tegas
PERMAIRSURI
-          Bonda Raden Menteri
-          Seorang yang pemarah dan berdendam
-          Menyuruh Pelebaya membunuh Ken Tambohan
-          Tegas
-           
CIRI-CIRI SASTERA PANJI
1. Temanya tentang percintaan iaitu percintaan antara Raden Inu dengan Ken Tambohan.
2. Cerita berakhir dengan kegembiraan iaitu Raden Inu dan Ken Tambohan dihidupkan kembali dan dilantik menjadi Ratu dan Suri Kuripan.
🌈🎎🎉🎉🎉
3. Terdapat watak pembantu iaitu Inang Pengasuh Ken Tambohan, Ken Tadahan dan Ken Penglipur.
4. Wira dan wirawati terdiri daripada anak raja iaitu Raden Inu dan Ken Tambohan ialah anak raja.
5. Cerita berasal dari tanah Jawa. Misalnya, Raden Inu dilantik sebagai Ratu Kuripan.
6. Ada unsur Hindu iaitu adanya dewa-dewa.
7. Percaya kepada mimpi iaitu Raden Inu percaya akan mimpi.

LATAR MASYARAKAT

🔲 Masyarakat tanah Jawa.
Contoh:Raden Inu berasal dari negeri di Jenggala (tanah Jawa) iaitu negeri Cempaka Jajar.
🔳 Masyarakat yang penyayang.💑
Contoh:Raden Inu dan Ken Tambohan saling menyayangi.
🔲 Masyarakat yang suka berburu.
Contoh: Raden Inu dan pengiringnya pergi berburu.
🔳 Masyarakat yang percaya kepada alamat mimpi.😱💤
Contoh: Ken Tambohan dan Raden Inu percaya akan alamat mimpi mereka.
🔲 Masyarakat feudal.👑
Contoh: Ketua pemerintah ialah Raja (Ratu).
🔳 Masyarakat yang percaya kepada dewa-dewa.
Contoh: Raden Inu dan Ken Tambohan dihidupkan kembali oleh dewa Betara Kala.

🔲 Masyarakat yang suka akan hiburan.
Contoh: Rakyat jelata bersuka ria dengan tarian dan hiburan semasa pertabalan
🎶 Raden Inu.🎉🎉🎉

NILAI & PENGAJARAN


🌾NILAI🌾

🍒Kasih sayang
Contoh: Raden Inu sangat sayang akan isterinya,Ken Tambohan.

🍒Pengorbanan
Contoh: Raden Inu sanggup berkorban demi isterinya.

🍒Keinsafan
Contoh: Apabila melihat kematian anaknya, Permaisuri menyesal.

🍒Kemaafan
Contoh: Setelah Raden Inu dan Ken Tambohan dihidupkan kembali, Sang Nata memaafkan Permaisuri.

🍒Merendah diri
Contoh: Ken Tambohan merendah diri apabila bertemu Raden Inu.

💡PENGAJARAN🌈🌈🌈

📒Kita hendaklah sayang-menyayangi antara manusia.
Raden Inu sayang akan Ken Tambohan.

📒Kita hendaklah merendah diri.
Ken Tambohan merendah diri ketika bertemu Raden Menteri.

📒Kita hendaklah sanggup berkorban demi kasih sayang.
Raden Inu sanggup membunuh diri kerana sayang akan isterinya.

📒Kita hendaklah insaf akan perbuatan kita yang lalu.
Permaisuri insaf akan perbuatannya membunuh Ken Tambohan.

📒Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain.
Sang Ratu memaafkan kesalahan Permaisuri.



Saturday, August 11, 2018

TIPS MENJAWAB SOALAN CIRI-CIRI PUISI ATAU BENTUK PUISI !!

Semua sedia maklum ciri-ciri puisi atau bentuk puisi sama ada puisi tradisional mahupun puisi moden iaitu sajak terbina dan terbentuk dari ciri-ciri yang mengukuhkan sifat puisi itu sendiri. 

Untuk perbincangan kali ini, suka saya kongsikan tips dan teknik menjawab ciri-ciri puisi atau bentuk puisi yang selalu diajukan pada Bahagian Satu soalan satu Peperiksaan Kesusasteraan Melayu SPM.

Peruntukkan markah bagi soalan satu ini adalah sebanyak 4 markah. Baiklah berikut merupakan teknik mudah untuk anda kuasai dalam mengingati ciri-ciri puisi. Dan teknik ini telah saya gunakan selama 3 tahun dan ia amat berkesan. 

Untuk melihat ciri-ciri puisi kita perlu lihat secara menyeluruh dari rangkap hinggalah setiap huruf dan kata. 

Ciri-ciri puisi terdiri daripada : rangkap, baris, patah perkataan, suku kata, rima akhir, dan nada

TIPS MUDAH INGAT --->> RaBaPaSuRiNa

Ra = Rangkap
Ba = Baris
Pa = Patah perkataan
Su = Suku kata
Ri  = Rima Akhir
Na = Nada

Enam ciri ini sudah memadai untuk pelajar kuasai bagi menjawab soalan bahagian satu (4) markah dan bahagian dua (8 - 10 markah) dan sertakan dengan bukti dan contoh yang tepat dan betul. 

CONTOH SOALAN BAHAGIAN SATU




1.            Burung kekek burung di hutan,
                    Terbang naik berlegar-legar,
               Mari encik marilah tuan,
                    Barang baik baru keluar. 


                                          (Dipetik daripada puisi tradisional Teks Nilai Insan)

     Nyatakan empat ciri puisi di atas.                                         (4 markah)

     
     Empat ciri puisi di atas ialah pertama rangkap, contohnya puisi di atas mempunyai satu rangkap, ciri kedua ialah terdapat baris iaitu puisi di atas mempunyai empat baris serangkap. Ciri yang ketiga ialah patah perkataan, contohnya puisi di atas mempunyai tiga hingga empat patah kata. Ciri yang keempat ialah suku kata, puisi di atas mempunyai suku kata yang sama setiap baris iaitu sembilan suku kata. Rima akhir jenis yang terikat iaitu mempunyai rima yang sama berselang abab. Manakala nada puisi di atas ialah sinis. 

markah bagi jawapan di atas 4/4 markah.

Ulasan :

Jawapan yang diberikan sudah melebihi empat ciri jika mempunyai masa galakkan pelajar jawab lebih sekiranya terdapat kesalahan dan yang lain akan bantu dalam permarkahan. 

Sila galakkan pelajar conteng kertas soalan dengan kata kunci yang dihafal dan terus cari jawapan menggunakan kata kunci : RaBaPaSuRiNa

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa patah perkataan jawapan di atas ialah tiga hingga empat patah kata. 

tiga = Terbang naik berlegar-legar (kata ganda dikira satu patah sahaja)

empat = Burung kekek burung di hutan (pasti yang anda fikir 5 patah perkataan) jawapan anda salah kerana kata sendi nama "di" dan "ke" tidak di kira dalam patah kata kerana ia sudah membentuk satu kata "di hutan" sudah menunjukkan satu lokasi atau tempat. Namun untuk suku kata semua perkataan adalah wajib dikira kerana suku kata melibatkan semua huruf yang terbentuk. 

SEMOGA SEDIKIT PERKONGSIAN INI MEMBANTU GURU DAN MURID DALAM MENDAPATKAN 4 MARKAH PENUH BAGI SOALAN 1 BAHAGIAN SATU SEKIRANYA IA MENGAJUKAN SOALAN CIRI-CIRI PUISI. JIKA SOALAN BERTANYA GAYA BAHASA TUNGGU TIPS YANG BERIKUTNYA. DOAKAN SAYA MEMPUNYAI MASA YANG CUKUP UNTUK MEMBERI TIPS A++++++ BUAT CALON SASTERA SEMUA. 


















Wednesday, April 18, 2018

CIRI-CIRI SASTERA EPIK

CIRI-CIRI SASTERA EPIK


  1. Wiranya merupakan tokoh yang agung dalam sejarah bangsanya dan dianggap sebagai lambang kemegahan di peringkat antarabangsa.
  2. Epik mempunyai latar tempat yang luas dan melibatkan latar masa yang panjang untuk menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya.
  3. Epik menonjolkan sifat kepahlawanan wiranya.
  4. Di dalamnya terdapat unsur-unsur ghaib (supernatural) yang melibatkan kesaktian dan campur tangan kuasa bukan manusia (non-human).
  5. Pengarangnya memberikan gambaran yang bersifat objektif. Semasa menggambarkan sesuatu peristiwa, pengarang tidak campur tangan dan tidak menyelebahi mana-mana pihak.

Wednesday, March 14, 2018

HIDUP INI BELAJARLAH MENGHARGAI BENDA PERCUMA

Sering manusia lupa, lupa akan semua perkara. Lupa diri, lupa peranan. lebih-lebih lagi benda percuma. Semua terhidang di depan mata, tetapi tetap malas untuk bergerak mendapatkannya. Malahan tidak bersyukur. Bahkan diejek dihina. Yang dilihat kononnya diri nya itu adalah terbaik. Wahai manusia  sedarlah diri belajarlah bersyukur. Apa yang kau miliki bukan milik mu, bahkan nyawamu pun bukan milikmu. Suatu hari nyawa mu pun tetap dicabut. Jadi siapa yang berkuasa, siapa pemilik sebenar?? siapa? adakah engkau? Bukan!
Tuhanlah pemilik segalanya. Jadi janganlah kau bermegah dan bangga. 
Janganlan pula suka menabur fitnah, menyebar kepalsuan dan penipuan.  

Hidup ini belajarlah menghargai benda atau perkara percuma yang engkau dapat. Ia bukan mudah kau perolehi dan ia bukan selalu datang kepadamu. Wahai manusia yang punya akal fikiran janganlah engkau berlagak sombong dan angkuh dan mendabik dada. Kelak kau merana sengsara. 

Belajarlah menghargai benda percuma. Percuma itu kadang pemberian orang, kadang bantuan orang, teguran orang, nasihat orang, ilmu orang dan banyak lagi. Jadi mengapa kau ingin sombong. Mengapa kau rasa diri hebat sangat. Sedarlah apa kau miliki sekarang ini bukanlah milikmu ia adalah pinjaman sementara. Bahkan apa yang kau paling kasihi dan sayangi. Maka belajarlah menghargai dan bersyukur. Ucaplah terima kasih, kenanglah jasa orang. Bukannya kau hina, herdik, caci, ejek, dan sombong, berlagak. 

:::::CATATAN INI BUAT PENGUNJUNG YANG DATANG DAN PERGI SERTA  YANG PANDAI MENGHARGAI DAN MENDOAKAN KEPADA PEMBERI PERCUMA ILMU DAN AMAL. 
BELAJARLAH BERSYUKUR:::::

Monday, October 30, 2017

PECUTAN AKHIR SPM 2017

PROGRAM INTERVENSI “TOKOH SASTERA”
31 OKTOBER 2017
6.55 – 9.55
MAKMAL KOMPUTER B

SESI 1 (7.00 – 8.00)
LATIHAN BERFOKUS INDIVIDU
1) DAPATKAN LEMBARAN LATIHAN
2) JAWAB MENGIKUT KEHENDAK SOALAN
3) PENYOALAN SECARA RAWAK

SESI 2 (8.00 – 9.15)
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) “TOKOH SASTERA”
ARAHAN :
1) BENTUK KUMPULAN MENGIKUT SENARAI NAMA YANG TELAH DITETAPKAN
2) DAPATKAN BAHAN LEMBARAN
3) BUAT PERBINCANGAN
4) PEMBENTANGAN SETIAP KUMPULAN

SESI 3 (9.15 – 9.55)
TAYANGAN SLIDE KEMBARA SASTERA DAN MOTIVASI DIRI





LATIHAN BERFOKUS CALON SASTERA CEMERLANG “A+”

1. Senaraikan ciri-ciri drama ? (4 markah)
   1. Dialog
   2. Tema/persoalan
   3. Watak/perwatakan
   4. Adegan/aksi
   5. Latar
   6. Konflik
   7. Plot iaitu Binaan Plot/Teknik Plot

2. Nyatakan empat gaya bahasa yang anda kaji berserta maksudnya?  (4 markah)
    1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.



3. Jelaskan dua perwatakan Sahat dalam cerpen “Bukit Emas” karya Mufidah Hanum  Yusof? (6 markah)

v  Seorang pemuda yang berumur 40 tahun
v  Seorang anak jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa
v  Lulusan sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
v  Pensyarah sambilan dalam bidang pertanian
v  Anak kepada Pak Jaya dan Mak Bedah yang berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v  Seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi.
v  Seorang yang ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas
v  Seorang yang rasional dalam bertindak
v  Seorang pecinta alam sekitar
v  Seorang yang bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari








4. Nyatakan dua pengajaran yang diperolehi daripada drama “Anna” karya kemala.
   (6 markah)
1.    Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang kepada ahli keluarga. Kasih sayang ialah perasaan cinta kasih kepada seseorang dan sesama insan. Contohnya, Anna amat menyayangi Zaki dan sanggup berhenti belajar untuk hidup bersama Zaki dan begitu juga Zaki sangat menyayangi Anna. Zaki juga cinta dan sayang kepada ibunya Mak Munah yang banyak berkorban untuk Zaki berjaya dalam hidup.
2.    Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dan cinta akan tanah air. Patriotisme ialah semangat hadir dalam diri kita yang cinta akan negara dan sanggup berkorban dan berjuang demi tanah air tercinta. Contohnya, Zaki sangat cinta akan sejarah tanah air dan menyambung pengajian hingga ke peringkat Univerisiti di London dalam jurusan sejarah Universiti Cambridge.
3.    Kita mestilah mempunyai sikap gigih. Contohnya Zaki gigih berusaha dalam menyambung pelajaran di London. Sikap gigih juga boleh dilihat pada watak Mak Munah yang sangat gigih berusaha mencari rezeki demi menampung pengajian Zaki di London.
4.    Kita seharusnya mempunyai sikap jujur. Kejujuran ialah keikhlasan yang lahir dari hati nurani. Contohnya, Zaki jujur dalam menyintai Anna dan begitu juga Anna jujur dalam mencintai Zaki.
5.    kita mestilah menuntut ilmu sehingga berjaya. Setiap pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pelajaran. Contohnya, Zaki adalah seorang pemuda yang sangat gigih menuntut ilmu hingga berjaya ke Menara gading.
6.    Kita hendaklah menghargai sejarah tanah air. Sejarah yang lepas merupakan petunjuk kepada masa depan sesebuah negara, oleh itu kita seharusnya menghargai sejarah yang tercatit dalam lipatan negara kita.



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) “TOKOH SASTERA”

1. Senaraikan 10 puisi yang anda kaji dalam buku Nilai Insan.
Genre Puisi Tradisional mengandungi :

1. Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
2. Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
3. Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)
4. Seloka Boros dan Jimat
5. Seloka Kehilangan Adat Melayu
6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
7. Gurindam 12 (Fasal Ketiga dan Kelima)
8. Gurindam Beberapa Petua Hidup
9. Syair Seratus Siti
10. Syair Bidasari

Prosa Tradisional pula mengandungi

1. Sastera Panji
2. Sastera Epik
3. Sastera Hikayat

2. Senaraikan 10 cerpen yang anda kaji dalam buku Kubentang Sehelai Peta.
Cerpen  Dalam Antologi Kubengkan Sehelai Peta  mengandungi :

1. OOOOOOOOOO - Shahnon Ahmad
2. Rindu Seorang Rafik - Nisah Hj. Haron
3. Res Judicata - Aidil Khalid
4. Namun Itulah Hakikat - Nazel Hashim Mohamad
5. Air Mata Dalang - Rahimidin Zahari
6. Profesor Sufi - A. Rahmad
7. Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail
8. Kami Akan Mati, Lin - Seroja Theavy Balakrishnan
9. Perspektif - NF Abdul Manaf
10. Bukit Emas - Mufidah Hanum Yusuf

3. Nyatakan kata kunci untuk menjawab soalan ciri puisi?
    RaBaPaSuRiNa

4. Senaraikan perbandingan watak Penghulu Sudin dengan Sahat menggunakan peta pemikiran “peta i-Think”
  
    Peta Buih Berganda

    Peta Dakap

  Banding Dua Watak dibawah persamaan dan perbezaannya
1) SAHAT
v  Seorang pemuda yang berumur 40 tahun
v  Seorang anak jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa
v  Lulusan sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)
v  Pensyarah sambilan dalam bidang pertanian
v  Anak kepada Pak Jaya dan Mak Bedah yang berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v  Seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi.
v  Seorang yang ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas
v  Seorang yang rasional dalam bertindak
v  Seorang pecinta alam sekitar
v  Seorang yang bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari
2) PENGHULU SUDIN
v  Seorang Penghulu Kampung Kuah
v  Seorang yang gila kuasa dan pemimpin kampung yang pentingkan diri sendiri
v  Seorang yang tidak suka berterus terang
v  Seorang yang sangat panas baran
v  Seorang yang suka membuat fitnah
v  Seorang yang tamak haloba
v  Seorang yang pendendam

v  Seorang yang mengejar kemewahan dunia