Tuesday, May 10, 2016

KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT)

KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT)

Maksud Pantun :

Burung kekek burung di hutan,
         Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
         Barang baik baru keluar.

Ø  Penyajak memberitahu penjual mempelawa pembeli membeli barang yang baru keluar.

Hari Jumaat pergi memukat,
          Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
          Datang menengok, bukan membeli.

Ø  Pembeli memberitahu dia tidak berhajat untuk membeli Cuma datang tengok dahulu.

Empat lima kuda di medan,
          Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
         Makanya takut masuk berniaga.

Ø  Penjual memberitahu dia bukanlah orang yang suka memaksa, dia hanya menawarkan barang jualan.

Kuda tengkot menang berlumba,
         Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
         Kurangkah sanggup sifat lelaki.

Ø  Pembeli menyindir penjual yang tidak berani untuk membeli dan memerli pembeli tiada sifat lelaki.

Penakut sungguh rupanya ikan,
         Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
         Makanan baik tidak terbeli!

Ø  Penjual memberitahu pembeli adalah seorang yang kedekut untuk membeli walaupun untuk barang yang baik dan berpatutan.

Kalau mengail ikan tenggiri,
         Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
         Sayang takut duitnya habis!

Ø  Pembeli memberitahu kepada penjual dia seorang yang berjimat-cermat dalam berbelanja.
Air hangat air bertapis,
           Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
           Kurang tenaga tidak melawan.

Ø  Penjual menyindir pembeli yang berkira-kira untuk membeli dan tidak pandai untuk tawar menawar dalam harga.

Pasang panjut keliling rumah,
            Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
            Cuma hati belum berkenan.

Ø  Pembeli memberitahu secara ikhlas dia tidak ingin membeli kerana hati belum berkenan.

Dari Medan ke Sibolga,
            Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
           Hati tak dapat dijual beli.

Ø  Penjual memberitahu pembeli bahawa dalam berniaga hati manusia(kasih sayang) sememangnya tidak boleh dijual beli.

Tema

Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) bertemakan peradaban manusia dalam dunia perniagaan. Contohnya mereka ada peraturan hidup dalam urusan jual beli.

Persoalan

1) Sikap bertolak ansur dalam masyarakat. Contohnya; dalam urusan jual beli penjual dan pembeli saling tawar menawar dengan bermain bahasa, kiasan dan sindiran.

2) Masyarakat peniaga yang gigih berusaha. Contohnya; Penjual yang sangat berbakat dalam berkata-kata untuk menarik pembeli memberi barangan yang mereka jual.

3) Sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat dapat dilihat pada pembeli yang menyatakan dia hanya datang untuk melihat dan memilih barang dahulu sebelum membelinya.

4) Sikap ikhlas dan jujur dalam urusan jual beli. Hal ini dapat dilihat apabila penjual menjual pembeli menolak dengan baik dan sopan, penjual juga ikhlas dan jujur dalam berkata begitu juga dengan pembeli.

5) Harga diri tidak boleh dijual beli. Nilai harga diri dan kasih sayang diungkapkan dalam pantun ini untuk meletakkan taraf tertinggi perkara yang sememangnya bukan mudah dijual beli.

6) Berpendirian. Pembeli adalah orang yang ada pendirianya sendiri dalam membeli dan memilih barang, walaupun disindir kedekut namun pembeli tidak mudah tergugat dengan pendiriannya.

Bentuk

1) Pantun ini terdiri daripada 9 rangkap.
2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris (kerat).
3) Pantun ini juga mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan sebaris.
4) Puisi ini juga mempunyai 8 hingga 11 suku kata dalam sebaris.
5) Rima akhir terikat iaitu abab.

Gaya Bahasa & Unsur Bunyi

1) Kata ganda – R1B2
2) Personifikasi – R5B1
3) Repetisi – R7B1
4) Sinkope – R9B4
5) Asonansi – R1B1
6) Aliterasi – R1B2

Nilai

1) Bertolak ansur. Penjual seorang yang bertolak ansur dengan pembeli contohnya; penjual menggunakan bahasa sindirian dan mempelawa dengan baik.
2) Kegigihan. Contohya; penjual gigih berusaha untuk mendapatkan keuntungan dalam urusan jual beli.
3) Kesopanan. Sikap kesopanan dan budi bahasa penjual dan pembeli terserlah apabila mereka tawar menawar dengan baik dan menggunakan bahasa yang elok.
4) Keikhlasan. Penjual memberitahu pembeli dia ikhlas dalam melakukan urusan jual beli.
5) Berjimat-cermat. Pembeli adalah seorang yang berjimat cermat dalam berbelanja dan membeli.
6) Harga diri. Penjual mengakui bahawa kasih sayang dan harga diri tidak boleh dijual beli.

Pengajaran

1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli.

2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.

3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya peniaga tidak menipu pembeli.

4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual bersungguh-sungguh untuk menjual ikan yang dijual.

5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang.



Sunday, May 8, 2016

SINOPSIS NOVEL NARATIF OGONSHOTO 2016 TINGKATAN 4 DAN 5

PROLOG
KAWAI MARU
Kawai Maru merupakan sebuah kapal kepunyaan Tuan Kawai.  Dia telah bekerja sebagai nelayan selama 15 tahun. Walaupun dia mampu memperoleh kekayaan dan hidup di Bandar namun Tuan Kawai lebih suka menghambakan dirinya bersama Kawai Maru di lautan. Tuan Kawai sangat mahir tentang ikan di lautan dan amat pandai tentang hidupan laut. Kawai Maru merupakan sebuah kapal yang lengkap dengan segala keperluan untuk memperoleh pelbagai jenis ikan. Sebahagian besar hasil tangkapan dijual terus di perairan antarabangsa. Kepulauan Ogonshoto ditemui oleh pelayar Jepun pada pemulaan zaman Edo. Merekalah yang menamakan Ogonshoto. Ogonshoto merupakan sebuah pulau yang sangat cantik. Tuan Kawai sering berulang alik ke Ogonshoto kerana pearairannya merupakan lubuk ikan yang luar biasa dan berkualiti tinggi. Di dalam Kawai Maru mereka banyak bercerita tentang Ogonshoto.

1.  KOLONIAL

Cerita bermula dengan perihal gelaran yang diberi kepada Presiden.  Pelbagai gelaran diberi kepadanya. Ada yang menggelarnya Belut Selat Morauka, Dewa Badak dan bermacam-macam lagi.  Antaranya termasuk juga ‘kolonial’ . Itulah gelaran yang diberi kepada Presiden. Presiden merupakan seorang anak luar nikah Malagana. 

Malagana terkenal sebagai sebuah pusat hiburan.  Ketika dia berusia tujuh tahun, dia selalu menghabiskan masanya di pantai Tanjung Takatea.  Semasa di pantai,  dia asyik memandang sebuah kapal orang asing yang sering datang ke pulau itu.   Kapal besar itu dirapatinya.  Dia duduk bersembunyi di dalam  kapal tersebut.  Dia bertekad untuk mengikut kapal itu ke Eropah tanpa pengetahuan ibu dan rakan-rakan.  Dia pun tertidur dalam kelaparan.   Semasa dalam pelayaran pada hari yang ke sepuluh dia diserang selesema.
Seorang nakhoda kapal yang telah lama memerhatikan kepintarannya  telah membawa dia  ke rumah seorang kelasi tua dan dihantar ke sekolah.  Barulah dirasainya keperitan hidup sebatang kara di negara asing.  Di sini dia telah berkawan dengan orang kulit putih.  Nakhoda telah mengambilnya sebagai anak angkat  dan telah memberi pendidikan kepadanya sehingga ke peringkat universiti.  Presiden juga merupakan sorang yang cepat belajar menyesuaikan diri , pintar dan dihormati rakan sebaya di sekolah. Dia sentiasa mendapat tempat teratas dalam pelajarannya.  Dia telah berjaya menyiapkan kajian ilmiahnya yang bertajuk “Kumpulan-kumpulan Haram di China dan Jepun”.  Dia juga telah mendapat markah tertinggi atas kajian ilmiahnya yang berjudul “Peranan Pihak Berkuasa Menghapuskan Pengaruh Kumpulan Haram di China dan Jepun”.  Tidak lama selepas itu dia diterima menjadi mahasiswa di universiti. Setelah lulus di universiti dia mendapat tawaran bekerja di sebuah firma Eropah.  Sebelum dia memulakan pekerjaannya dia ingin menghabiskan masa dua minggu di laut.  Malangnya baru tiga hari belayar, ribut taufan yang luar biasa telah  melanda. Kapalnya telah musnah dan dia telah keputusan makanan.   Ribut tersebut telah menghantar kapalnya ke pesisir negaranya yang sekian lama ditinggalkannya. Dia menjerit kegembiraan. Dia menceritakan segala-gala tentang Ogonshoto.   Akhirnya dia telah kembali ke negara asalnya. 

Presiden telah mengarahkan rakannya untuk mencari ibunya.  Akhirnya dia telah bertemu semula dengan ibunya dengan disaksikan oleh ribuan penduduk yang membanjiri pantai itu.  Dia mengambil keputusan untuk menetap di Ogonshoto manakala tiga rakannya kembali ke Tokyo sebelum ke Eropah. Dia telah menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik sebagai Timbalan Presiden.  Selepas Presiden mati, dia ditabal sebagai Presiden yang baharu. Ucapan penting selepas memegang jawatan Presiden ialah dia menyatakan  kolonial Eropah  berjaya menjajah Ogonshoto adalah disebabkan dasar Ogonshoto yang memilih dasar demokrasi dan kapitalisme.  Pilihan yang telah dipilih amat tidak sesuai untuk rakyat Ogonshoto yang tidak mampu bertanding dengan bebas dan adil serta tidak tahu maksudnya.  Baginya pemerintahan yang kekal lama jika tiada penentangan.  Oleh sebab itu setiap penentangan mesti segera dihapuskan.  Kata-kata Presiden telah mencabar minda golongan mahasiswa dan mereka merupakan kuman pertama yang memberikan reaksi kritis terhadap pendapat Presiden.  Langkah yang telah dibuat untuk menghapuskan kuman ini daripada terus merebak, konsep asrama tempat mereka berkumpul dan membuat gerakan kolektif segera dihapuskan. Para mahasiswa terpaksa mencari rumah sewa di luar.  Sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan dan mereka akan dihukum . Mahasiswa tugas utamanya adalah untuk mengikuti kuliah dan menelaah di perpustakaan sahaja.

Presiden terus mengorak langkah untuk memajukan Ogonshoto. Ogonshoto mulai berubah. Pembangunan telah berlaku dengan pesatnya.  Pelaburan Jepun mencurah-curah masuk.  Reka bentuk pelabuhan dan bangunan seolah-olah seperti berada di Yokohama. Dalam tempoh yang singkat , Presiden telah melihat gaya hidup anggota Dewan Presiden, keluarga dan penyokong mereka telah berubah.  Kerangka kapitalisme yang diamalkan telah berjaya menjadikan setiap individu untuk berlumba-lunab mengumpul kekayaan. Hal ini amat bertentangn dengan fikiran rakyat Ogonshoto bahawa kekayaan itu adalah milik bersama dan bukan milik individu.  Keadaan ini telah memberi peluang kepada orang-orang Presiden untuk mengumpul kekayaan kerana rakyat menolak kekayaan sebagai tujuan hidup.  Pada suatu hari Presiden republik Afrika mengunjungi Ogonshoto.  Mereka saling bertukar pendapat dan pengalaman cara-cara mengendalikan negara masing-masing.  Presiden menyatakan keberuntungannya kerana dia telah bijak memainkan peranannya sebagai seornag Presiden yang berjaya menguasai rakyatnya.  Rakyat amat menghormatinya dan apabila kemewahan bukan merupakan matlamat akhir kehidupan rakyat Ogonshoto maka kekayaan itu telah diagih-agihkan kepada orang-orangnya.  Presiden Afrika menyatakan  kekagumannya terhadap Presiden kerana amat dihormati oleh Dewan Presiden dan rakyat Ogonshoto  tetapi disangkal oleh Presiden kerana baginya mereka bukan menghormatinya tetapi takut kepadanya. Presiden berjaya mengekalkan kedudukannya dengan memainkan peranannya sebagai seorang kolonial.




2.  JENERAL

Ia kisah mengenai nasib seorang bekas jeneral dalam usahanya untuk berkecimpung ke dalam politik yang bermula dengan strategi yang ampuh namun akhirnya kecundang.


Bahagian ini mengisahkan seorang jeneral. Jeneral baru bersara  daripada angkatan bersenjata.  Dia membeli sebuah rumah kecil di Ture.  Dia berulang alik dari Ture ke Tatamanu.  Dia mengatakan bahawa dia dilahirkan di Ture walaupun beberapa orang tua di Futu-Ata mengatakan dia dilahirkan di Pukana. Penduduk Ture amat menyenangi kedatangan Jeneral ke tempat mereka dan menjadikannya tempat tinggal.  Setiap pagi jeneral dan isterinya akan pergi ke kampung-kampung nelayan atau kepedalaman bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung yang baru dikenalinya.  Selepas upacara naik ke rumah baru dia dan isteri terus menetap di situ dan tidak lagi berulang-alik ke Tatamanu.

Namun bagi seorang pegawai provinsi Ture itu satu petanda tidak baik.  Dia amat mengharapkan agar jeneral tidak ada di situ.  Pegawai tersebut telah lama menanam pengaruhnya di Ture.   Dia juga sudah lama menjadi umang-umang atau menyamar. Di pejabat dia sentiasa berpakaian kemas dan bila menemui penduduk di situ dia akan berpakaian seperti mereka.  Kehadiran jeneral di Ture menjadi tanda tanya kepada pegawai itu.  Baginya kedatangan  Jeneral bakal  menggugat kedudukannya di Ture.  Dia mencari jalan untuk menghalau Jeneral dari Ture. Pegawai tersebut cuba mencari pengaruh dengan meluahkan rasa bimbangnya kepada orang-orang yang pernah menerima pertolongannya. Dia cuba mempertahankan dirinya sebagai pegawai yang paling layak untuk penduduk Ture.  Sebaran mengatakan jeneral dilahirkan di Pukana Pulau Futu-Ata dan bukannya  di Ture telah disebarkan ke seluruh pelusuk kampung. Mereka telah menokok tambah cerita untuk lebih menyakinkan penduduk kampung bahawa Jeneral memang bukan lahir di Ture.  Perkhabaran ini sampai kepada jeneral dan Jeneral merasa amat sedih lebih-lebih lagi penghinaan terhadap isteri dan ibu mertuanya. 

Pegawai kanan mula memainkan peranannya untuk menyelidiki asal usul Jeneral dengan menghubungi rakannya di pejabar pendaftaran Pukana.  Harapannya agar berita Jeneral  lahir di Pukana adalah benar dan dapatlah pengaruh Jeneral ditamatkan.  Jeneral telah melalui proses penghapusan identiti di mana tempat lahirnya dihapuskan dari rekod pejabat pendaftaran sebelum pertempuran Kiribati.  Setelah misi Kiribati berjaya, sebelum bersara, proses kartu tentera kepada kartu awam, dia memilih Ture sebagai tempat kelahirannya. Pegawai kecewa bila mendapat tahu nama Jeneral tidak ada dalam buku pendaftaran kelahiran Pukana.  Dalam masa yang sama Jeneral telah mempunyai pengagum dan pengikutnya.  Kali ini tersebar pula kisah pegawai kanan itu yang dilahirkan dalam sebuah kapal dan turun di Ture. Peristiwa ini telah menjadi tanda tanya pula pada pegawai itu. Ibunya telah lama meninggal dunia untuk dia dapatkan maklumat tersebut. 

Jeneral memilih Ture bukan atas sebab keindahannya tetapi lebih kepada faktor politik yang mulai lemah kerana wakil Dewan Presiden sudah terlalu tua dan pembangunan di Ture tidak berkembang.  Bandarnya mundur dan rakyatnya tidak berpendidikan tinggi.  Tambahan pula wakil tersebut sering membayangkan akan berundur atas faktor usia dan sakit hilang ingatan.  Jadi wakil dewan presiden itu tidak sangat menjadi faktor yang sukar tetapi ada seorang lagi yang perlu diatasi, iaitu pegawai kanan provinsi Ture.  Walau bagaimanapun pegawai ini banyk kekurangannya. Oleh sebab itulah jeneral memilih Ture.  Matlamat jangka pendek untuk menggantikan wakil dalam pemilihan umum dan matlamat jangka panjang mendpat kedudukan dan penghormatan dalam kedudukan Jeneral dan imbuhan kewangan.

Pada malam itu Jeneral dan Pegawai Kanan Provinsi telah dijemput oleh wakil Dewan Presiden untuk makan  malam di sebuah restoran makanan laut di Ture. Malam itu mereka bertiga akan bersua muka .  Seperti biasa Jeneral dengan ketepatan masanya telah tiba lebih awal dengan pakaian lengkap beserta sepucuk pistol.  Lima belas minit  kemudian pegawai kanan tiba.  Mereka menunggu tuan wakil yang masih belum tiba.  Satu jam kemudian barulah tuan wakil tiba dengan mengatakan dia terlupa akan perjumpaan malam itu.  Oleh sebab itulah dia menyatakan ingin menarik diri dalam pemilihan umum akan datang kerana sifat pelupanya itu.  Apabila tuan wakil bertanyakan  kepada pegawai tentang hasratnya untuk bertanding pegawai mengatakan dia akan melihat kepada sokongan dan sekiranya perlu bertanding dia harus meletak jawatan sebagai pegawai pemerintah.  Apabila ditanya pula kepada Jeneral, dia mengatakan bahwa dia masih baru dan belum terfikir utuk bertanding  kerana tuan wakil masih ada. Melihatkan keadaan tuan wakil yang semakin teruk lupa ingatannya Jeneral merasakan bahawa wajarlah dia meletakkan jawatan dan digantikan dengan pegawai.  Pegawai berbesar hati mendengar dan berharap akan menjadi kenyataan. Pengawai mula berangan-angan kerana baginya laluan telah terbuka luas untuknya.  Pada masa yang sama Jeneral menyusun strategi kerana tuan wakil sudah terlalu tua dan pegawai pula sedang asyik dengan angan-anganya.  Di sinilah Jeneral akan memainkan peranannya.  Seminggu selepas itu pegawai telah meletakkan jawatan dan membuat liputan tentang hasratnya untuk bertanding. Dia sudah tidak lagi pergi ke kampung tetapi terus merangka strategi dengan mengadakan beberapa mesyuarat.  Sementara itu Jeneral terus berkempen dengan anggota komiti parti provinsi untuk membangunkan Ture. Keuntungan akan dibahagi sama rata dengan syarat memilih Jeneral sebagai pemerintah. Sokongan yang diberi lebih memihak kepada Jeneral.  Keadaan ini sangat tidak disenangi oleh pegawai lalu menyusun strategi. 

Tiba-tiba bunyi deringan telefon yang menyampaikan pesanan penting daripada pejabat Presiden.  Presiden ingin menemui Jeneral dan pegawai pada jam sembilan malam di dalam bot di hujung pengkalan Ture.  Presiden ingin menyelesaikan kemelut antara mereka.  Kedua-duannya tiba dengan berpakaian rasmi mengadap Presiden.  Namun Presiden masih belum tiba.  Mereka terus ke pengkalan namun Presiden masih belum ada di situ.  Pegawai tertarik dengan pistol Jeneral dan ingin melihatnya.  Jeneral telah memberi pistol tersebut tanpa prasangka. Pegawai telah cuba mengacukan pistol untuk membunuh Jeneral.  Malangnya pistol tersebut tiada peluru.  Jeneral merasa marah lalu merampas semula pistol tersebut dan menolak pegawai sampai terlentang di pengkalan. Sekarang giliran Jeneral untuk mengacukan pistol kepada pegawai tersebut lalu terus menembak pegawai dan dicampak ke dalam laut. Setelah menunggu satu jam, jelas presiden tidak datang, Jeneral pulang ke rumah dengan rasa tidak bersalah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh tuan wakil berjalan lancar.  Ketika mesyuarat berhenti rehat sebelum pemilihan dibuat wakil telah memanggil Jeneral ke bilik mesyuarat.  Tuan wakil telah melemparkan sampul surat yang mengandungi gambar kepada Jeneral dengan marahnya. Gambar tersebut adalah gambar semasa kejadian tembakan dipengkalan. Jeneral sangat terkejut. Semua anggota komiti telah melihat gambar-gambar tersebut.  Jeneral terperangkap dan telah digari oleh empat orang anggota polis seterusnya dibawa ke balai polis. Kerusi Ture terus dikekalkan dalm pemilihan umum akan datang. Punahlah harapannya untuk menjadi wakil dalam pemilihan umum.




3.  PENYAMARAN
Ia mengenai kisah seorang SB yang menyamar dan mensabotaj agenda sebuah kumpulan pembangkang.


Tubua merupakan pekan pelabuhan di barat Gora-gora.  Tubua juga kaya dengan keindahan alam semulajadi.  Orang-orang Presiden ingin membangunkan Tubua. Sekumpulan penduduk di pedalaman Tubua tidak bersetuju dengan rancangan ini. Mereka menubuhkan sebuah komiti untuk memprotes rancangan tersebut. Pada suatu petang, protes itu terhenti apabila terlihat seorang lelaki tua berjalan menuju ke arah mereka.  Lelaki tua itu menyatakan dia datang ke situ kerana mendengar bantahan ini.   Ketua kumpulan protes berterima kasih kepada lelaki tua itu yang turut memberi sokongan kepada mereka dan mengatakan Presiden tidak mahu campurtangan dalam urusan ini.  Lelaki itu telah dipelawa tidur dan dijamu dengan makanan dan minuman serta arak.  Tuan rumah menceritakan kepada lelaki tua perihal pemimpin pada zaman dahulu yang sangat perihatin terhdap rakyat sehingga ada yang menyamar untuk mengetahui kedaan rakyat dengan lebih dekat.   Lelaki itu tertawa mendengar cerita tuan rumah dengan mengatakan bahawa Presiden tidak akan buat perkara penyamaran kerana zaman sudah berubah. 
Lelaki tua itu menerangkan bahawa perbincangan masalah penduduk dengan cara berkumpul untuk menyelesaikannya sudah dilupakan oleh penduduk Ogonshoto.  Hal ini telah disangkal oleh seorang anak muda dengan mengatakan bukan mereka tidak mahu tetapi perbincangan itu telah berpindah ke Dewan Presiden yang tertutup sehingga jarang dapat mendengar keputusan yang telah diambil. Lelaki tua itu seolah-olah mencadangkan agar protes itu dihentikan jika ingin pendapat mereka didengar oleh Presiden.  Semua yang mendengar terkejut dan tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tua itu. Lelaki tua itu ingin tahu mengapa mereka tidak mahu Tubua dimajukan.  Lalu diterangkan oleh tuan rumah bahawa mereka tidak mahu Tubua akan tercemar dengan perjudian  dan pelancongan yang membawa banyak keburukan serta kerosakan alam semulajadi.
Lelaki tua itu mengatakan bahwa perbincangan mereka pada malam itu sangat bagus.  Mereka ingin meneruskan protes ke Tubua dan seterusny ke Tatamanu ke pintu Presiden. Kumpulan protes itu semakin ramai dan laungan semangat telah dilakukan oleh lelaki tua itu untuk menyedarkan Presiden tentang kepentingan Tubua untuk dikekalkan tanpa sebarang pembangunan dibuat di situ. Dengan jumlah 100 orang dewasa bersama 30 remaja lelaki dan wanita serta 20 sepanduk mereka berarak ke Tubua. Perarakan itu diketuai oleh lelaki tua dari Kuri.  Mereka tiba di Tubua menjelang senja dan jumlah yang bermalam semakin bertambah. Lelaki tua itu terus mengepalai perarakan ke Tatamanu. Perubahan lelaki tua itu disedari oleh pemuda dua puluhan. Sampai dipersimpangan jalan, mereka berhadapan dengan sekumpulan anggota angkatan bersenjata.  Tiba-tiba lelaki tua itu meluru ke arah anggota brsenjata dan menjerit dengan mengatakan “dari Kuri”..lalu terus lenyap dalam kepulan asap yang dilepaskan oleh pihak anggota bersenjata. Akhirnya semua bertempiaran.  Lelaki yang menjadi ketua perarakan itu merasakan bahawa lelaki tua dari Kuri itu adalah Presiden.  Teori penyamaran itu telah tersebar tetapi segera ditutup oleh akhbar tunggal Ogonshoto dengan mengatakan bahawa Presiden bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali dari Peru serta terdapat satu berita kecil yang mengatakan seorang lelaki telah ditangkap dalam ‘Peristiwa Tubua’ kini sedang disiasat oleh pihak tentera.  Teori penyamaran ini lama kelamaan hilang.  Namun tidak kepada lelaki yang pernah mengetuai kumpulan protes di Tubua.  Mreka masih mempersoalkan lelaki dari Kuri itu. Walaubagaimanapun persoalan itu tidak ada jawapan.

4.  AISBERG
Ia tentang propaganda bagi menutup kesilapan kerajaan. Janji-janji yang tak pasti.
Aisberg daripada kutub utara dan kutub selatan dikatakan telah dapat ditarik untuk menuju ke Ogonshoto.  Berita di stesyen dan radio republik menyiarkan ucapan Presiden tentang 14 orang nakhoda sedang menarik aisberg untuk kelangsungan hidup di Ogonshoto. Dalam tempoh dua bulan lagi Ogonshoto akan dilanda kemarau yang sangat dahsyat. Dengan ketibaan aisberg ini nanti bakal menyelamatkan keadaan kemarau di Ogonshoto.  Sejak berita penarikan aisberg diumumkan, pantai Teluk Pinavana sering dikunjungi penduduk.  Antaranya termasuk seorang lelaki tua dari Runakita. Penduduk hanyut dengan angan-angan ketibaan aisberg tersebut sehingga lupa bahawa bumi Ogonshoto sudah mula merekah dan tiada setitik air hujan pun yang turun membasahi bumi.  Setelah letih menunggu lelaki tua itu balik ke rumah dengan membawa 14 tong kosong untuk mencari sumber air sama ada dengan membeli atau sumber asli.  Dia ingin memastikan bahawa 14 tong itu harus penuh dengan air sebelum sampai ke rumah.  Dalam masa yang sama pihat pentadbir sebok membincangkan proses pengagihan aisberg itu nanti. Berita itu telah tersebar di radio dan televisyen namun setelah seminggu barulah lelaki tua itu dapat berita tersebut melalui jirannya.
Pada suatu pagi ketika jirannya hendak pergi ke Teluk Pinavana untuk menunggu ketibaan aisberg lelaki tua itu mula menggali satu kawasan kecil di rumahnya untuk membuat kolam.  Beberapa hari kemudian, jirannya memaklumkan kepadanya bahawa kontraktor memberi kata dua kepada pentadbir supaya digandakan tiga kali bayaran yang telah ditetapkan dan mesti dilunaskan sebelum aisberg tiba atau mereka tidak akan memberi kerjasama.  Lelaki tua itu hanya tersenyum lalu menerusakan kerja-kerja mendalamkan kolamnya.  Tidak lama kemudian muncul lagi jirannya memaklumkan pihak pentadbir bersetuju dengan tuntutan tersebut.  Lelaki tua itu ingin menunggu saat aisberg itu dagih-agihkan. Dalam masa yang sama dia meneruskan kerja-kerja mendalamkan kolam dengan harapan akan muncul mata air. Namun masih belum ada tanda-tanda mata air. Setelah tiga bulan berlalu, jirannya juga tidak muncul-muncul membawa berita tentang aisberg. Aisberg yang dinanti juga tidak muncul.  Kolam yang digali juga tidak menampakkan sebarang tanda ada mata air.  Jelaslah difikirannya bahawa penantian untuk aisberg tiba hanyalah fatamorgana semata-mata.

5.  MAINAN
Agar rahsia tidak terbongkar, kekejaman adalah satu perkara yang harus dilakukan walupun kepada anak angkat sendiri. 
Seorang pemuda sedang leka bermain dengan binatang buruannya.  Dia tidak pernah terfikir dia akan pandai bermain permainan ini.  Keadaan ini berlaku  setelah dia terlibat dalam tragedi karam di lautan selama 60 hari.  Kejadian tersebut menjadi heboh dan kelurganya sebok mencarinya selama 7 hari 7 malam . namun tidak berjumpa. Pada suatu malam ibunya mengalami mimpi buruk dan keesokan harinya mereka seperti biasa pergi ke gereja untuk mendoakan anaknya itu.  Tatkala ingin keluar rumah, datang seorang tentera membawa khabar anaknya telah selamat dan dirawat di hospital Tubua.  Anaknya sudah beransur pulih dan yang paling mengejutkan ibunya ialah anaknya itu akan menjadi anak angkat Presiden Ogonshoto setelah dia sihat kelak. 
Media memuji tindakan Presiden mengambil pemuda dari Banaba ini sebagai anak angkat. Pemuda ini telah diajar cara berpakaian, bercakap dan menghadiri majlis rasmi.  Namun pada peringkat awal pemuda ini dtempatkan di stor peralatan sukan. Setahun kemudian dia dtempatkan di bahagian stor pemakanan istana bagi menentukan bekalan makanan basah dan kering sentiasa mencukupi.  Beberapa tahun kemudian, kerana sifatnya yang rajin, dedikasi, disiplin dan amanah, dia telah bebas pergi ke setiap tempat di dalam istana kecuali kamar Presiden. Walau bagaimnapun dia tetap mengambil sikap berdiam diri atau tidak bercakap banyak.
Tiba masa permainan dimulakan. Gerhana matahari pernuh akan berlaku setiap 1642hari. Sehari selepas gerhana penuh, permainan memburu peliharaan diadakan. Waktu permainan bermula dari matahari gelincir sampai matahari terbenam.  Setiap pemburu dibenarkan menggunakan senjatanya tiga kali sahaja.  Jika setelah tiga kali, binatang buruan tidak mati maka binatang tersebut bebas. Permainan diadakan di sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggang gunung yang berhutan. Di situ terdapat kediaman terpencil sejumlah resi. ( orang bertapa ).
Menurut pekerja istana Papa tidak pernah ketinggalan untuk bersama dalam permainan ini.  Mainan buruan papa sebelum ini ialah keluang, musang, babi hutan tua dan seekor beruk. Semua binatang buruan ini berjaya menjadi sasaran papa. Kali ini tidak tahu apakah binantang buruan papa.
Pesta bermula. Presiden dan keluarga berada di barisan hadapan diikuti dengan menteri dan rakyat biasa. Masing-masing dengan binatang buruan masing-masing tetapi Presiden tidak memegang apa-apa binatang di tangannya. Pemuda Banaba itu mencengkam tupai keruwaknya dan mengerling ke arah Presiden dan melihat Presiden menyeluk poket seluar seolah-olah menyeluk sesuatu dari poket seluarnya dan mula mengejar mainannya.  Dia pun terus memburu tupai keruwaknya dan tidak sempat menyumpit untuk yang ke tiga tupai itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba dia terdengar suara papanya memanggilnya. Dia rasa sangsi. Dia sudah pasrah bahawa dia akan kembali sebagai pemain yang tewas.  Dia terfikir mungkin panggilan papanya adalah datang untuk membantunya mengejar tupai keruwak tersebut. Tapi sangkaannya meleset kerana tiba-tiba dia mendengar satu das tembakan berdesing di sisinya.  Apabila dia menoleh dilihatnya papanya sedang meluru ke arahnya sambil mengacukan pistol dengan tembakan das kedua menembusi lengan kanannya. Dia cuba melaungkan dan menyedarkan papnya  bahawa yang ditembak itu bukan binatang buruan tetapi dirinya tetapi Presiden terus mendekat dan melepaskan das yang ketiga lalu mengenai betis kirinya. Dia benar-benar bingung dengan keadaan itu dan terus berlari. Apabila teringat dah tiga kali tembakan dilepaskan dia memperlahankan langkahnya dan terus menuju ke dalam hutan.
Sementara menunggu matahari terbenam, pemuda banaba yang kesakitan tadi melihat semak-semak bergoyang. Tanpa disangka-sangka Presiden muncul dan melepaskan das yang keempat menghancurkan tapak tangan kanannya. Dalam semak yang bergoyang tadi muncul beberapa orang tentera elit Presiden menyerbu ke arahnya dan mencengkam pipi memaksa mengeluarkan lidah lalu memotong lidahnya dan kedua-dua pergelangan tangannya dikerat. Presiden telah memberi amaran supaya dia tidak pulang ke istana dan kembali ke Ogonshoto.
Pemuda berasa amat sedih kerana permainan itu telah dikhianati dan dia menjadi mangsa kezaliman Presiden dan tenteranya. Dalam keadaan parah dia terus masuk ke dalam hutan dan telah ditemui oleh sekumpulan resi. Resi tersebut merawatnya. Dalam tempoh itu pemuda ini telah mengimbas kembali kehidupannya yang karam di lautan dan diselamatkan dan menikmati satu kehidupan yang sangat hebat tetapi dalam sekelip mata peraturan permainan telah dikhianati dan ratusan lamanya Eropah telah mengharamkan manusia menjadi binatang buruan tetapi dirinya kini merupakan mangsa buruan. Pelbagai macam andaian dibuat ke atas dirinya sehingga dia diperlakukan sedemikian rupa. Namun tiada jawapan pasti.  Dia amat menyesali betapa palsunya dunia warna warni Ogonshoto. Pemuda tersebut mengambil keputusan untuk terus berada di hutan bersama sekumpulan resi di situ kerana baginya Ogonshoto sudah tertutup untuknya dan Banaba juga bukan tempat yang sesuai baginya.

6.  PENTAFSIR
Ia juga mengenai tekanan yang dikenakan dari pihak pemerintah ke atas bijak pandai.
Lelaki tua yang gemar menyelam merupakan resi yang mereka kenal di Aitu. Tiada siapa yang sanggup bertentang mata dengan resi tersebut. Resi tersebut tidak bercakap banyak. Jika bercakap kata-katanya penuh dengan maksud yang tersirat.  Ada seorang penduduk menjadi pendamping resi tersebut.  Tetapi setelah 10 tahun dia mendampingi resi, kini dia mula mentafsir semua pengalamannya bersama resi.
Pada peringkat awal ada 11 buah rumah sahaja di Aitu. Salah sebuah rumah tersebut merupakan rumah resi. Terdapat empat bandar sahaja yang telah membangun, iaitu Tatamanu, Pukana, Tubua dan Malagana. Pada suatu hari Aitu dilanda dua petanda buruk.  Petanda buruk itu ialah terdapat bangkai seekor paus terdampar di pantai debu gunung berapi meliputi seluruh Aitu.  Keadaaan tersebut membuatkan resi dan seluruh penduduk mula mentafsir  keadaan yang berlaku.
Presiden baru Ogonshoto akan datang ke Aitu.  Presiden Ogonshoto merupakan seorang Presiden yang luar biasa riwayat hidupnya.  Seorang yang pintar, berjaya membawa kapal yang mengalami kerosakan besar kembali ke pantai tanah airnya sendiri. Dia memeluk ibunya sebaik sahaja mendarat dan diperhatikan oleh ribuan manusia tanpa rasa segan dan malu. Presiden ingin memajukan Aitu. 
Pada satu hari datang utusan Presiden ke Aitu memberitahu tentang perancangan pembangunan di Aitu dan untuk mengadili satu sayembara tentang ‘ciptaan yang hidup’. Hadiahnya sebutir kelapa emas.Tiga orang telah memberanikan diri menyertai sayembara termasuk resi yang paling muda.  Masing-masing mula mentafsir dan cuba menyiapkan ciptaan mereka. Pada hari sayembara Presiden datang untuk mengadili hasil ciptaan mereka. Setiap ciptaan diletakkan di tepi pantai dan ditutup. Hanya Presiden sahaja yang akan membuka kain penutup dan melihat hasil ciptaan tesebut untuk diadili. Apabila dilihat ketiga-tiga ciptaan, Presiden menyatakan bahawa ciptaan resi muda itu yang terbaik.  Presiden telah melontarkan kelapa emas menghancurkan segala ciptaan resi muda itu. Bagi mereka mungkin itu cara seorang Presiden menyampaikan hadiah. Namun bagi resi muda itu adalah cara seorang terpelajar membodohkan dirinya sebagai manusia biasa.
Resi muda mentafsirkan peristiwa tersebut dengan memberi satu gambaran yang menunjukkan dua kuasa sedang bergelut iaitu kuasa baik dan kuasa jahat.  Dalam pertapaannya,  tuhan telah menggantikan ikan-ikan ciptaannya  menjadi ikan-ikan karang pancawarna dan hadiah ciptaan Presiden menjadi hidupan laut perosak karang. Jelas menunjukkan bahawa dua petanda telah tuhan turunkan di bumi Aitu.  Keadaan ini juga memberi tafsiran bahawa mustahil untuk rakyat biasa mampu melawan seorang Presiden yang berkuasa. Keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Kezaliman harus ditentang.
Selepas 21 hari pendamping resi memberi tafsiran, datang seorang wakil dari Pejabat Presiden di Tatamamu untuk mendapat maklumat dan mentafsir tentang imbuhan nirwana yang akan diberi kepada orang yang berjaya membunuh hidupan laut perosak karang. Dia menemui resi dan mereka telah bersoaljawab tentang isu tafsiran imbuhan nirwana kepada yang membunuh hidupan laut perosak karang. Orang dari Tatamamu memberi amaran bahawa resi boleh dikenakan hukuman atas pendapat yang diberinya itu. Namun resi menafikan kerana baginya tuhan akan memberi imbuhan kepada perkara kebaikan. Orang Tatamamu menyatakan bahawa amat mudah memahami resi dan tidak perlu kepada pentafsir. Apa yang dikatakan jelas. Pentafsir menyatakan bahawa kata-kata resi yang berbunyi “akan tiba” perlu ditafsir dan difikirkan. Orang Tatamamu tidak mahu memikirkannya dan menyatakan bahawa dia akan tunggu ketibaan Tuhan kerana baginya tuhan yang akan beri jawapan.
Orang Tatamamu menunggu ketibaan Tuhan yang tidak  kunjung tiba itu sehingga menemui ajalnya ditepi pantai dengan mata yang terbuka. Apa yang berlaku sebenaranya ialah “akan tiba’ itu bukan bermaksud tuhan yang akan tiba tetapi kebenaran yang akan tiba untuk mereka nantikan.

7.  JARI
Betapa rakyat itu sukar menaakul apa tindakan seterusnya dari kerajaan sehingga sanggup mempertaruhkan anggota badan sendiri.
Kisah seorang guru sains yang mempunyai sepotong jari manis yang terendam di dalam tabung kaca. Pada satu ketika dahulu pengkritik di Ogonshoto sangat kuat. Presiden telah memberi kebenaran untuk mengkritik dan tidak akan mengambil tindakan atas keluarga atau siapa sahaja atas kritikan tersebut dan menjadikan Republik Ogonshoto sebagai contoh terbaik fahaman demokrasi moden.  Guru itu telah mengkritik beberapa kepincangan yang berlaku di Ogonshoto. Dia telah menyiapkan satu makalah utk diterbitkan. Pada masa itulah guru ini telah berkata kepada dirinya bahawa dia akan mengerat jari manis tangan kanan jika makalah itu diterbitkan dan dia serta keluarga atau saudara –mara bebas daripada tindakbalas keras pemerintah. Makalah yang bertajuk Daratan telah mengkritik pentadbiran Ogonshoto yang dengan mudah menyerahkan daratan kepada kuasa luar sehingga hak anak peribumi Ogonshoto terabai.  Makalah tersebut telah diterbitkan. 
Setelah beberapa lama tempoh berlalu, didapati tiada apa tindakan yang dikenakan lalu dia teringat akan janjinya untuk mengerat jari manis tangan kanannya sekiranya dia bebas daripada tindakan tersebut. Guru tersebut terpaksa melunaskan janjinya dengan berjumpa sahabatnya pengidap pesakit kusta untuk meminta pertolongan.  Dengan bantuan sahabatnya akhirnya telah berjya memotong jari manisnya tanpa guru itu rasa sakit lalu diambilnya jari yang sudah putus dan dimasukkan ke dalam balang kaca.  Tetapi malang baginya kerana hukuman itu datang lewat selepas jarinya dipotong. Dua minggu kemudian dia mendapat sepucuk surat diarahkan meninggalkan Tatamanu dalam tempoh 24 jam. Ini adalah tindakan yang dikenakan terhadapnya akibat penerbitan makalahnya.  Saudara-maranya juga terlibat dengan hukuman tersebut dan guru tersebut menjadi bahan kemarahan saudara-maranya. 
Beberapa minggu kemudian pendalaman Kuri gempar apabila tiga syarikat dari Turki, Jepun dan Jerman datang untuk menebang hutan bagi dijadikan padang golf.  Beberapa orang datang berjumpa guru tersebut untuk meminta pendapatnya. Guru itu menyatakan kemarahannya dan tidak bersetuju dengan apa yang bakal berlaku. Tambahan pula kajian alam sekitar belum dilakukan.  Guru itu memberi jaminan bahawa sekiranya kajian alam sekitar dilakukan nescaya projek itu akan terbatal dan dia berani pertaruhkan jari hantunya pula. Guru kidal ini terlalu yakin dengan dirinya bahawa jari hantunya itu tidak akan jadi korban kerana mereka telah melalui satu tempoh yang amat getir iaitu kemarau yang sangat dahsyat.  Sudah tentu mereka tidak akan mahu peristiwa itu berulang kembali dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hutan itu daripada diteroka untuk dijadikan padang golf. 
Seminggu kemudian kumpulan pencinta alam secara rasmi membantah projek tersebut.  Guru kidal sangat gembira.  Pemerintah Ogonshoto telah membatalkan projek tersebut. Dalam masa yang sama penyokong kuat Presiden sedang merencanakan sesuatu untuk membina juga padang golf tersebut.  Mereka menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk bertindak.  Guru kidal yang sedang gembira pula merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran kerana projek tersebut telah dibatalkan.  Majlis kesyukuran itu sangat meriah. Walau bagaimanapun kemeriahan majlis itu telah dikejutkan dengan pengumuman daripada pejabat Presiden tentang rancangan pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa akan dibina dan projek tersebut tidak akan memudharatkan Ogonshoto.  Semua yang hadir terkejut terutama guru kidal.  Namun mereka sudah pasrah dengan ketentuan itu dan menasihati guru kidal agar tidak mengerat jarinya. Namun guru kidal yang berpegang teguh kepada janjinya cuba menelefon sahabatnya itu untuk melaksanakan tugas memotong jari tetapi sahabatnya telah meninggal dunia.   Akhirnya guru kidal telah memotong jarinya sendiri sebagaimana yang telah dijanjikan.

8.  KAMERA
Betapa sukarnya seorang teknologis dalam mempersembahkan ideanya kepada kerajaan.
Kamera menceritakan perihal adik seorang aktivis hak asasi manusia telah terpilih sebagai Penyelidik Muda Asia-Pasifik.  Dia berasal dari Runakita. Dia dipilih mewakili Ogonshoto. Ditempatkan di sebuah politeknik pinggir Tokyo dibawah penyeliaan seorang professor. Pada suatu pagi di dalam teksi untuk balik ke rumah dia membelek  sebuah akbar Ogonshoto yang dbelinya dan terpandang sebuah  iklan tentang seorang komandan tua yang memohon maaf kepada semua pihah atas kesilapannya sepanjang perkhidmatannya dalam Angkatan Bersenjata Republik Ogonshoto. Pemandu teksi menceritakan perihal komandan  tua itu dan membawanya ke rumah komandan tersebut untuk melihat sendiri keadaannya.  Jelas bahawa komandan itu terus meracau untuk meminta maaf atas semua kesalahannya.
Sekembalinya ke kamar, dia telah memasang dengan lengkap kamera yang dibelinya. Dia telah berjaya mencantumkan semua peralatan untuk kamera eksperimentalnya itu.  Kamera itu sangat canggih kerana dapat merakam foto dan suara yang sangat hebat untuk setiap detik peristiwa yang dilaluinya.  Semua pergerakan dan suara temannya semasa pergi ke airport telah dirakamkan di dalam kamera tersebut. Temannya terkejut hasil kamera yang sangat canggih itu. Dia menceritakan pengalamannya ketika mencuri-curi melihat rumah bekas komandan itu. Lelaki itu juga ada menyebut tentang lelaki aktivis hak asasi manusia iaitu abang tuanya yang hilang.
Mereka pun mengambil keputusan untuk mendaki gunung berapi Gora-Gora. Sepanjang perjalanan mereka kamera aksperimental itu  telah merakamkan setiap detik yang berlaku.  Apabila dicuci, dia menjerit apabila didapati terdapat 3 foto dan 3 pita suara yang terakam dalam kamera tersebut.  Dalam foto 1 adalah abang tuanya dalam keadaan matanya telah diikat dengan sehelai kain dan komandan memegang pistolnya. Pita suara pula merakamkan suara abangnya meminta tolong supaya tidak diapa-apakan. Foto 2 pula memperlihatkan abangnya ditepi jurang dan komandan mengacukan pistol ke arah kepala abang tuanya.  Pita suara memperdengarkan abangnya merayu supaya jangan dibunuh dan dibawa ke pengadilan tetapi das tembakan kedengaran. Foto 3 pula kelihatan tentera meneranjang mayat abang tuanya masuk ke dalam kawah gunung berapi dan komandan menyarungkan pistolnya semula.
Barulah kini dia tahu bahawa abang tuanya  bukan menghilangkan diri tetapi telah dibunuh dengan kejam di kawah gunung berapi Gora-Gora.  Temannya memintanya untuk membawa isu ini ke muka pengadilan.  Dia bersetuju dan menyediakan panduan cara-cara menggunakan kamera untuk temannya sekiranya berlaku sesuatu terhadap dirinya dan meminta temannya amanahkan kamera itu kepada orang yang dipercayai jika sesuatu terjadi kepada temannya itu. Kamera tersebut merupakan teknologi yang dicipta untuk membolehkan sesiapa sahaja melihat  semula peristiwa masa lampau dan merakamkan visual serta suaranya.  Pergerakan serta perbuatan manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi boleh dirakamkan semula....termasuk yang pernah dilakukan oleh orang yang punya...
Dia telah menyerahkan tiga keping foto dan pita suara sebagai bukti laporan rasminya di pejabat undang-undang Tatamanu.  Dia ingin mendapatkan keadilan untuk abang tuanya supaya dapat membawa komandan ke muka pengadilan. Tiba-tiba datang dua orang tentera menahannya kerana memiliki kamera yang belum diluluskan penggunaannya.  Tanpa disedarinya, tiga keping foto dan pita suara telah dibuat salinan kepada hospital tentera tempat komandan itu diawasi.  Foto dan pita suara itu telah dipertontonkan kepada komandan tersebut.  Komandan menjerit ketakutan dan pengsan beberapa kali selama dua hari dua malam.  Menurut doktor komandan tersebut sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan maut sedang menghampirinya.  Pihak hospital telah memanggil sebuah teksi untik menghantar komandan pulang ke rumah asalnya.
Setelah dua hari ditahan, keesokkannya akan bermula perbicaraan ke atas dirinya. Namun dia belum dimaklumkan bilakan kes pembunuhan abang tuanya akan dibicarakan.  Dia terbayang kamera eksperimentalnya yang boleh merakam peristiwa masa lampau pada masa kini dan tidak tahu di tangan siapa kamera itu berada.  Kamera itu akan  berada di pasaran tidak lama lagi.

9.  BAHTERA
Dejavu kisah nabi nuh dan bahteranya. 
Bahtera mengisahkan seorang lelaki berumur lewat 50-an bakal menjadi nakhodabagi sebuah bahtera yang bakal dibinanya bermula daripada peristiwa seekor penyu raksasa yang melintas di bawah perahunya yang membawa perkhabaran bahwa mereka perlu meninggalkan Ogonshoto dan mencari dataran baru bagi mengelakkan gempa bumi  yang bakal menimpa mereka.  Sejak bertemu dengan penyu  raksasa itu nakhoda ini telah menceritakan kepada semua penduduk agar bersiap sedia untuk membina sebuah bahtera bagi membawa mereka semua ke sebuah dataran yang baru. Pada mulanya semua orang tidak mempercayai kata-katanya.  Tetapi ada seorang lelaki mengatakan perkara itu ada didengar daripada bapanya yang mendengar daripada datuknya.  Lama kelamaan semua orang sudah mempercayainya. Ramailah pengikutnya akan turut serta naik bahtera untuk meninggalkan Ogonshoto bagi mencari daratan baru kecuali anak lelakinya.Anaknya tidak percaya Ogonshoto akan dilanda gempa bumi dan bertentang pendapat dengannya.  Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk membina sebuah bahtera.
               Untuk membina sebuah bahtera memerlukan peralatan yang banyak dan dia telah membuat permohonan. Namun birokrasi Ogonshoto yang begitu rumit menyebabkan di ditolak seperti bola. Akhirnya dia memohon bantuan sbuah firma Jepun di Futu-Ata.  Seminggu selepas itu dia diberi surat resmi dan diberi kebenaran membina bahtera.  Kerja-kerja membina bahtera dimulakan.  Setelah bahtera siap semua penduduk mula menaiki bahtera.  Dalam kesebokan itu terdapat tiga orang penduduk yang tidak dibenarkan naik bahtera kerana sakit parah dibimbangi akan menyebarkan penyakit dalam bahtera.  Nakhoda terpaksa memberi kebenaran kepada mereka untuk naik dan menempatkan mereka di bahagian buritan.  Akhirnya anak lelakinya juga turut serta menaiki bahtera.
               Namun nakhoda terlepas pandang satu perkara yang anak lelakinya meneliti setiap gerak geri dan perbuatannya lalu membuat catatan bahawa perbuatan bapanya memberi izin tiga penumpang  berpenyakit itu kelak akan menjadi bala besar di dalam bahtera tersebut dan menyebabkan semua penghuni akan menerima bala.  Semasa sauh dibongkar untuk memulakan pelayaran, pada ketika itulah anak lelakinya terjun ke dalam air menuju ke pantai.
Nakhoda telah memanggil tukang masak yang menyediakan makanan di Istana Presiden untuk menyiasat perihal mangsa keracunan makanan. Tukang masak menceritakan perihal dia merasa sakit hati dengan Presiden kerana bagi mereka orang di kalangan mereka sahaja yang boleh makan makanan yang enak-enak.  Apabila mereka ingin makan bubur tradisional yang mengandungi daging rusa, tukang masak jadi bingung kerana rusa sudah tidak ada lagi di Ogonshoto.  Kebetulan ada seorang lelaki datang ke rumahnya , maka lelaki itu telah jadi mangsanya. Dia melapah daging lelaki itu dan memasukkan ke dalam bubur tradisional tersebut. Apabila diselidiki lelaki itu punya penyakit kelamin yang kronik. Maka dengan itu kepada yang makan bubur tersebut telah mendapat jangkitan tersebut. Kemudian nakhoda terjumpa catatan anaknya dan merasa sangat gementar kerana anaknya sudah tidak ada lagi dalam bahtera.
Tiba-tiba mereka terdengar dentuman yang sangat kuat. Nakhoda mengarahkan layar dipasang dan bahtera terangkat 600 kaki ke udara. Semua penumpang menjerit dan muntah dan perlahan-lahan bahtera turun semula dan meninggalkan bumi Ogonshoto yang sudah tidak bersisa. Nakhoda teringat akan anak lelakinya. Namun semua itu tidak dapat diselamatkan lagi. Bahtera terus belayar.  Berbulan-bulan bahtera menempuh samudera dan akhirnya mereka menemui daratan untuk berlabuh.   

EPILOG
TSUNAMI
Naratif Ogonshoto berakhir dengan cerita berlabuhnya Kawai Maru dan bahtera dari Ogonshoto di perairan pulau itu.  Walaupun bahtera tidak sebesar Kawai Maru, tetapi ukurannya luar biasa dan dibuat dengan tangan sepenuhnya. Apabila mereka bertemu, mereka bercerita tentang tsunami yang berlaku yang menghancurkan Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata.
               Sepuluh penumpang bahtera telah meninggal dunia. Separuh lagi dimasukkan ke dalam wad dan yang lain ditempatkan di khemah-khemah khas sementara menunggu keputusan pemerintah pulau tersebut.  Nakhoda pasrah dengan keputusan yang bakal dibuat samada mereka nak menerima mereka atau pun tidak.
               Pertemuan di pulau itu membuat mereka lebih akrab dan telah menemui pelbagai watak dalam cerita Ogonshoto. Kenangan yang telah berpuluh tahun yang lalu masih segar dalam ingatan.  Penulis kini sudah berusia 80 tahun dan telah meninggalkan Kawai Maru 20 tahun yang lalu.  Peristiwa tsunami itu berlaku ketika penulis berusia 45 thn 10 hari. Cerita tsunami yang dahsyat itu sering menjadi bahan bualan mereka dan mereka tidak jemu-jemu mengulang cerita.
               Kebanyakan teman penulis telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Penulis tidak kembali ke kampung  halamannya.  Isterinya juga telah meninggal dunia  30 tahun yang lalu dan tidak mempunyai anak. Penulis tinggal di rumah orang-orang tua di Daerah Kita, Tokyo.  Penulis telah merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada keluarganya. Namun penyakit itu semakin serius ketika dia bertugas di sebuah organisasi Asia-Pasifik di Tokyo.  Dia telah berjaya menjalani pembedahannya. Dia terus teringat akan kampung halamannya yang jauh di Malaya.
Novel ini digarap secara penceritaan dari rekod pihak ketiga yang kemudiannya dicambah kepada kumpulan-kumpulan episod yang berlainan situasi, geografi dan budayanya dan sehingga keakhir epilog barulah penaakul tersedar yang semua itu adalah mimpi yang dicerap dari seorang penglipur lara.




SAJAK : SEORANG TUA DI KAKI TAMADUN karya Fadh Razy

SEORANG TUA DI KAKI TAMADUN


seorang tua di kaki tamadun

Tema
Sajak ini mengemukakan tema pembangunan yang melenyapkan tradisi. Perubahan dialami oleh masyarakat di mana kemajuan dan pembaharuan semakin diraih. Kesannya adalah terkoyaknya tradisi dan kehilangan budaya dan adat yang menjadi warisan bangsa. Penghakisan berlaku disebabkan oleh ketamakan dan pengaruh kebendaan yang mempengaruhi nilai hidup.
Ia dijelaskan melalui :

Inilah sawah tradisi
yang semakin dibiaki
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak

Persoalan
Persoalan pengaruh luar yang mempengaruhi pemikiran dan budaya masyarakat.
Kemajuan membawa pengaruh asing yang memberi kesan terhadap pemikiran dan budaya masyarakat.

Menurut penyair :
Berkali-kali resahnya disengat matahari
yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar

Persoalan kegigihan untuk membangunkan tanahair
Penyair mengemukakan persoalan berkaitan dengan kegigihan masyarakat untuk membangunkan tanahair. Mereka tidak jemu berbakti demi kemajuan negara :

tetap dia turun meredah bendang
sebagai badang nusa
yang tak pernah lekang

Persoalan sikap oportunis manusia yang merosakkan tradisi.
Di dalam masyarakat lahirnya manusia yang bersikap oportunis yang hanya mementingkan keuntungan diri tanpa menghiraukan kesan tindakannya terhadap budaya dan nilai masyarakat :
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak


seorang tua di kaki tamadun

Persoalan mengingati pesan orang tua atau jasa mereka yang membangunkan tanahair.
Meskipun kemajuan telah dicapai tetapi segala pesanan golongan tua tidak harus diabaikan. Malah jasa mereka perlu dikenang kerana pengorbanan mereka terhadap negara pada masa lalu. Jelas penyair :

Dia petani tua yang berkali-kali
menghafal pesan wasiat betapa
selut sejarah
yang berkematu di tumit usia
adalah sengsara yang membesarkannya
dengan manis dan manusia

Persoalan negara dibangunkan dari pengorbanan dan bakti orang-orang terdahulu.
Kemajuan dikecapi negara tidak harus melenyapkan bakti dan pengorbanan orang-orant terdahulu yang berjuang dan berkorban untuk tanahair.

selut sejarah
yang berkematu di tumit usia
adalah sengsara yang membesarkannya
dengan manis dan manusia

Persoalan budaya baru yang memberi kesan buruk terhadap masyarakat.
Pembangunan membawa budaya baru yang memberi impak terhadap masyarakat. Pengaruh budaya baru melunturkan tradisi dan meninggalkan pengaruh buruk dalam masyarakat

kampung leluhur
kini dipijak oleh segunung
kemodenan yang meluluh


seorang tua di kaki tamadun

Bahasa

Sinkof
yang tak pernah lekang

Pengulangan kata
Contoh : yang

Metafora
Contoh : selut sejarah
langit peradaban
tikus oportunis

Aliterasi
Contoh : onak dan lalang dari belukar seberang (pengulangan bunyi konsonan n)

Asonansi
Contoh : pada laung azan semakin retak (pengulangan bunyi vokal a)

Personifikasi
Saat petang bersandar di surau usang

Hiperbola
Contoh : cita-cita tinggal Cuma sepadang lalang

Bentuk
Sajak ini terdiri daripada 6 rangkap

Bilangan baris serangkap tidak tetap
Contoh : R1 3 baris R2 5 baris R3 6 baris R4 6 baris R5 5 baris dan R6 7 baris

Jumlah kata dalam sebaris tidak tetap
Terdapat bilangan kata yang minima iaitu 2 patah perkataan dan maksima 6 patah perkataan dalam sebaris

Jumlah suku kata dalam setiap baris adalah bebas
R1 abb
R2 abcbc

Kesimpulannya, sajak ini merupakan sajak berbentuk bebas


seorang tua di kaki tamadun

Pengajaran

Hendaklah gigih mempertahankan adat dan tradisi bangsa
Contohnya :
Berkali-kali resahnya disengat matahari
yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar

Sikap tamak manusia merosakkan nilai dan budaya tradisi.
Contohnya :
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak

Pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti boleh membunuh tradisi
kampung leluhur
kini dipijak oleh segunung
kemodenan yang meluluh

Hendaklah mengenang jasa dan bakti mereka yang berjuang untuk negara
selut sejarah
yang berkematu di tumit usia
adalah sengsara yang membesarkannya
dengan manis dan manusia

Penjajahan merosakkan tradisi bangsa
cita-citanya tinggal cuma sepadang lalang
dibelit lidah penjajah yang berpetualang

Saturday, May 7, 2016

TAJUK-TAJUK PENTING PEPERIKSAAN (PPT 2016) SMK TATAU

BAHAGIAN SATU (40 MARKAH)

´SOALAN 1 : PUISI TRADISIONAL   (4 MARKAH)  Pantun 2 kerat dan 4 kerat
´SOALAN 2 : PROSA TRADISIONAL   (4 MARKAH) Sastera Epik - Hang Tuah
´SOALAN 3 : PROSA TRADISIONAL   (4 MARKAH) Sastera Epik - Hang Tuah
´SOALAN 4 : PUISI MODEN (SAJAK)  (4 MARKAH) Sajak Seorang Tua Di Kaki Tamadun
´SOALAN 5 : DRAMA   (4 MARKAH) Drama Mat Piah/Mr Blackway
´SOALAN 6 : DRAMA   (4 MARKAH) Drama Mat Piah/Mr Blackway
´SOALAN 7 : CERPEN   (4 MARKAH) Cerpen "000000000000"
´SOALAN 8 : CERPEN   (4 MARKAH) Cerpen "000000000000"
´SOALAN 9 : NOVEL   (4 MARKAH)  Tema Novel Naratif Ogonshoto

´SOALAN 10 : NOVEL   (4 MARKAH) Latar Masyarakat naratif ogonshoto

BAHAGIAN DUA (60 MARKAH)

´JAWAB 3 SOALAN SAHAJA SATU SOALAN SETIAP BAHAGIAN A, B, DAN C (PILIH SOALAN)
´BAHAGIAN A : PUISI TRADISIONAL DAN PROSA TRADISIONAL
´SOALAN 1 : PUISI TRADISIONAL    (20 MARKAH) Pantun 2 kerat dan 4 kerat
´SOALAN 2 : PROSA TRADISIONAL   (20 MARKAH) Sastera Epik
´BAHAGIAN B : PUISI MODEN DAN DRAMA
´SOALAN 3 : PUISI MODEN (SAJAK)  (20 MARKAH) Sajak Seorg Tua di K. Tamdun
´SOALAN 4 : DRAMA   (20 MARKAH) Drama Mat Piah/Mr Blackway
´BAHAGIAN C : CERPEN DAN NOVEL
´SOALAN 5 : CERPEN   (20 MARKAH)  w/Perwatakan Cerpen "000000000000"
´SOALAN 6 : NOVEL   (20 MARKAH) Latar masy.Novel
 

Tuesday, May 3, 2016

SAJAK : VIRUS DARI LANGIT GLOBAL karya Nur Suhada Sayuti

SAJAK : VIRUS DARI LANGIT GLOBAL karya Nur Suhada Sayuti

MAKSUD SAJAK

Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda. 

  • Penyajak memberitahu bahawa gejala sosial menjadi wabak dalam dunia moden hari ini. Demikian generasi moden diracuni oleh sikap kurang ajar dengan perlakuan hedonisme yang wujud dalam diri. 

Kontang sudah ladang yang subur 
semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diterapkan angin hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi

  • Penyajak menyatakan nilai hidup generasi moden terhakis dengan gejala sosial dan perlakuan yang buruk meresap ke dalam jati diri generasi muda.

Virus-virus ini diutus dari langit global
percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur sonsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar atma
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
susila dan budaya tidak lagi bernyawa
pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
hilangnya nanti dan kupingku dinoda
menjadi puing-puing harapan ayahanda. 

  • Penyajak memberitahu bahawa penyakit ini datang dari dunia tanpa sempadan. Gejala sosial menakluki jiwa dan hati sehingga generasi muda hilang pertimbangan, tiada lagi tatasusila dan budaya bangsa musnah akhirnya harapan negara hancur berkecai. 

TEMA 

Sajak ini bertemakan jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden. 

PERSOALAN 

1. Sikap masyarakat yang tiada adab dan menyanjung budaya hedonisme.

2. Perlakuan buruk menyerap dalam diri generasi anak muda.

3. Gejala sosial yang parah dalam jiwa generasi muda yang tiada tatasusila dan hilang jati 
    diri budaya bangsa. 

BENTUK 

1. Sajak ini mempunyai 3 rangkap.
2. Rangkap 1 dan 2 terdiri daripada 3 baris manakala rangkap 3 mempunyai 13 baris.
3. Sajak ini mempunyai 3 hingga 6 patah perkataan.
4. Sajak ini mempunyai 9 hingga 17 suku kata. 
5. Rima akhir tidak sama atau berbentuk bebas. Contohnya ;
    rangkap 1 : abacdeec
    rangkap 2 : abcddedd
    rangkap 3 : abbcbcccccccc

GAYA BAHASA 

1. Kata Ganda. Contohnya; R1B1 - "virus-virus"
2. Metafora. Contohnya; R1B3 - "menjengah ruang fikir"
3. Anafora. Contohnya; R1B5 - "Virus....."
                                                   "Virus...."
4. Perlambangan. Contohnya; - "almari peribadi"
5. Responsif. Contohnya; R1B5 - ".....kian....."
                                                     "......kian....."
6. Sinkope. Contohnya; R3B11 - "pabila...."

NILAI 

1. Hormat-menghormati.
2. Jati diri dan harga diri.
3. Hargai budaya bangsa kita
4. Kasih sayang. 

PENGAJARAN 

1. Kita mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Kita haruslah mempunyai jati diri ataupun harga diri.
3. Kita hendaklah menghargai budaya bangsa kita.
4. Kita seharusnya mempunyai kasih sayang. 

"Belajarlah untuk menghargai orang lain, pasti kita akan dihargai"

samozin 8.32 am 5/5/2016