Tuesday, May 3, 2016

SAJAK : VIRUS DARI LANGIT GLOBAL karya Nur Suhada Sayuti

SAJAK : VIRUS DARI LANGIT GLOBAL karya Nur Suhada Sayuti

MAKSUD SAJAK

Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda. 

  • Penyajak memberitahu bahawa gejala sosial menjadi wabak dalam dunia moden hari ini. Demikian generasi moden diracuni oleh sikap kurang ajar dengan perlakuan hedonisme yang wujud dalam diri. 

Kontang sudah ladang yang subur 
semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diterapkan angin hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi

  • Penyajak menyatakan nilai hidup generasi moden terhakis dengan gejala sosial dan perlakuan yang buruk meresap ke dalam jati diri generasi muda.

Virus-virus ini diutus dari langit global
percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur sonsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar atma
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
susila dan budaya tidak lagi bernyawa
pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
hilangnya nanti dan kupingku dinoda
menjadi puing-puing harapan ayahanda. 

  • Penyajak memberitahu bahawa penyakit ini datang dari dunia tanpa sempadan. Gejala sosial menakluki jiwa dan hati sehingga generasi muda hilang pertimbangan, tiada lagi tatasusila dan budaya bangsa musnah akhirnya harapan negara hancur berkecai. 

TEMA 

Sajak ini bertemakan jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden. 

PERSOALAN 

1. Sikap masyarakat yang tiada adab dan menyanjung budaya hedonisme.

2. Perlakuan buruk menyerap dalam diri generasi anak muda.

3. Gejala sosial yang parah dalam jiwa generasi muda yang tiada tatasusila dan hilang jati 
    diri budaya bangsa. 

BENTUK 

1. Sajak ini mempunyai 3 rangkap.
2. Rangkap 1 dan 2 terdiri daripada 3 baris manakala rangkap 3 mempunyai 13 baris.
3. Sajak ini mempunyai 3 hingga 6 patah perkataan.
4. Sajak ini mempunyai 9 hingga 17 suku kata. 
5. Rima akhir tidak sama atau berbentuk bebas. Contohnya ;
    rangkap 1 : abacdeec
    rangkap 2 : abcddedd
    rangkap 3 : abbcbcccccccc

GAYA BAHASA 

1. Kata Ganda. Contohnya; R1B1 - "virus-virus"
2. Metafora. Contohnya; R1B3 - "menjengah ruang fikir"
3. Anafora. Contohnya; R1B5 - "Virus....."
                                                   "Virus...."
4. Perlambangan. Contohnya; - "almari peribadi"
5. Responsif. Contohnya; R1B5 - ".....kian....."
                                                     "......kian....."
6. Sinkope. Contohnya; R3B11 - "pabila...."

NILAI 

1. Hormat-menghormati.
2. Jati diri dan harga diri.
3. Hargai budaya bangsa kita
4. Kasih sayang. 

PENGAJARAN 

1. Kita mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Kita haruslah mempunyai jati diri ataupun harga diri.
3. Kita hendaklah menghargai budaya bangsa kita.
4. Kita seharusnya mempunyai kasih sayang. 

"Belajarlah untuk menghargai orang lain, pasti kita akan dihargai"

samozin 8.32 am 5/5/2016







6 comments:

  1. bait bait sajak ada baris yang tertinggal. mohon reader take note dan buat sedikit pemeriksaan dengan buku teks asal. :)

    ReplyDelete
  2. Gaya bahasa personifikasi ape ye?

    ReplyDelete
  3. Gaya Bahasa Personifikasi ialah perorangan atau sifat manusia diletak pada benda atau perkara, contohnya "Pohon melambai-lambai" septutnya ayat biasa pohon bergoyang-goyang,, melambai-lambai adalah sifat manusia.

    ReplyDelete
  4. Ni buku teks saya kubentang sebelah peta.aliran sastera.

    ReplyDelete