KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT)
Maksud Pantun :
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik
berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Ø
Penyajak memberitahu penjual mempelawa pembeli
membeli barang yang baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di
kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan
membeli.
Ø
Pembeli memberitahu dia tidak berhajat untuk
membeli Cuma datang tengok dahulu.
Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk
berniaga.
Ø
Penjual memberitahu dia bukanlah orang yang suka
memaksa, dia hanya menawarkan barang jualan.
Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup
keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat
lelaki.
Ø
Pembeli menyindir penjual yang tidak berani
untuk membeli dan memerli pembeli tiada sifat lelaki.
Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari
menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak
terbeli!
Ø
Penjual memberitahu pembeli adalah seorang yang
kedekut untuk membeli walaupun untuk barang yang baik dan berpatutan.
Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya
bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya
habis!
Ø
Pembeli memberitahu kepada penjual dia seorang
yang berjimat-cermat dalam berbelanja.
Air hangat air bertapis,
Tuangkan saya agak
secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak
melawan.
Ø
Penjual menyindir pembeli yang berkira-kira
untuk membeli dan tidak pandai untuk tawar menawar dalam harga.
Pasang panjut keliling rumah,
Bunga api di tengah
laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cuma hati belum
berkenan.
Ø
Pembeli memberitahu secara ikhlas dia tidak
ingin membeli kerana hati belum berkenan.
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa
ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual
beli.
Ø
Penjual memberitahu pembeli bahawa dalam
berniaga hati manusia(kasih sayang) sememangnya tidak boleh dijual beli.
Tema
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) bertemakan peradaban manusia dalam
dunia perniagaan. Contohnya mereka ada peraturan hidup dalam urusan jual beli.
Persoalan
1) Sikap bertolak ansur dalam masyarakat. Contohnya; dalam urusan jual
beli penjual dan pembeli saling tawar menawar dengan bermain bahasa, kiasan dan
sindiran.
2) Masyarakat peniaga yang gigih berusaha. Contohnya; Penjual yang
sangat berbakat dalam berkata-kata untuk menarik pembeli memberi barangan yang
mereka jual.
3) Sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat dapat dilihat pada
pembeli yang menyatakan dia hanya datang untuk melihat dan memilih barang
dahulu sebelum membelinya.
4) Sikap ikhlas dan jujur dalam urusan jual beli. Hal ini dapat dilihat
apabila penjual menjual pembeli menolak dengan baik dan sopan, penjual juga
ikhlas dan jujur dalam berkata begitu juga dengan pembeli.
5) Harga diri tidak boleh dijual beli. Nilai harga diri dan kasih
sayang diungkapkan dalam pantun ini untuk meletakkan taraf tertinggi perkara
yang sememangnya bukan mudah dijual beli.
6) Berpendirian. Pembeli adalah orang yang ada pendirianya sendiri
dalam membeli dan memilih barang, walaupun disindir kedekut namun pembeli tidak
mudah tergugat dengan pendiriannya.
Bentuk
1) Pantun ini terdiri daripada 9 rangkap.
2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris (kerat).
3) Pantun ini juga mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan sebaris.
4) Puisi ini juga mempunyai 8 hingga 11 suku kata dalam sebaris.
5) Rima akhir terikat iaitu abab.
Gaya Bahasa & Unsur Bunyi
1) Kata ganda – R1B2
2) Personifikasi – R5B1
3) Repetisi – R7B1
4) Sinkope – R9B4
5) Asonansi – R1B1
6) Aliterasi – R1B2
Nilai
1) Bertolak ansur. Penjual seorang yang bertolak ansur dengan pembeli
contohnya; penjual menggunakan bahasa sindirian dan mempelawa dengan baik.
2) Kegigihan. Contohya; penjual gigih berusaha untuk mendapatkan
keuntungan dalam urusan jual beli.
3) Kesopanan. Sikap kesopanan dan budi bahasa penjual dan pembeli
terserlah apabila mereka tawar menawar dengan baik dan menggunakan bahasa yang
elok.
4) Keikhlasan. Penjual memberitahu pembeli dia ikhlas dalam melakukan
urusan jual beli.
5) Berjimat-cermat. Pembeli adalah seorang yang berjimat cermat dalam
berbelanja dan membeli.
6) Harga diri. Penjual mengakui bahawa kasih sayang dan harga diri
tidak boleh dijual beli.
Pengajaran
1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya;
peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli.
2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya;
pembeli bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.
3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli.
Contohnya peniaga tidak menipu pembeli.
4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya;
penjual bersungguh-sungguh untuk menjual ikan yang dijual.
5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya;
pembeli berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang.
suku katanya tuan, 8 hingga 11
ReplyDeleteterima kasih, maklum
DeleteTak boleh tengik
ReplyDeleteCth pantun perlu letakkan
ReplyDeleteThanks alot
ReplyDelete