Bahagian Satu
[40
markah]
Jawab
semua soalan.
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik
berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru
keluar.
(Dipetik
daripada Nilai Insan)
|
a)
Nyatakan maksud puisi di atas. (2 markah)
b) Berikan
gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. (2 markah)
Sebermula
Si Jepun yang bertujuh itu pun terlalu amarah serta katanya, “Cih, tiada
berbudi Melayu ini! Ia hendak menunjukkan beraninya kepadaku,” lalu ia
menghunus pedangnya lalu diparangnya segala hulubalang yang di hadapan itu.
Maka gemparlah segala oban dan akum, aprak, amum-amum pun habis berterjunan
di balairung itu. Maka maksud Jepun itu hendak membunuh Phrau Cau; Phrau
cau itu pun segera masuk ke istana. (Dipetik daripada Nilai Insan)
|
Berdasarkan peristiwa di atas apakah punca
utama menyebabkan pendekar Jepun amarah
dan mengamuk di balairung istana.
(4
markah)
Maka Laksamana pun
beriwayatlah daripada pertamanya datang kesudahannya. Maka raja dan segala
pegawai pun hairan menengar dia. Maka titah baginda, “Adapun gajah yang
besar ini kita namai Pudi Manikam dan yang seekor ini Permata Sailan,”
Setelah sudah maka baginda pun berangkat masuk ke dalam istana itu.
(Dipetik daripada Nilai Insan)
|
Berdasarkan
peristiwa di atas, Hang Tuah telah di utus ke Siam untuk mendapatkan gajah
seperti permintaan Sultan Melaka, negeri apakah yang Hang Tuah pergi dan berapa ekor gajah yang diminta oleh
Sultan Melaka dengan raja negeri tersebut? (4 markah)
Berkali-kali resahnya disengat
matahari
yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak
berpagar
(Dipetik daripada sajak Kubentang Sehelai Peta)
|
a) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam
rangkap puisi di atas? (2 markah)
b) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat
dalam puisi di atas?
(2 markah)
BLACKWAY : Good God!
MAT PIAH : Nasib baik tak mencarut … (Menenteramkan dirinya dan segera tersenyum ramah sebaik-baik sahaja
melihat BLACKWAY).
MAT PIAH : Yes, Sir, Trishaw;
Sir?
BLACKWAY : Boleh bawa saya pergi jalan-jalan?
(Dipetik daripada
drama Mat Piah dan Mr. Blackway)
|
5.
a) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat
dalam petikan di atas? (2 markah)
b) Dimanakah peristiwa ini berlaku dan kemanakah
tempatBlackway ingin pergi? (2 markah)
BLACKWAY :
Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu,
penindas, penyamun. Saya sendiri malu dengan apa-apa yang pernah kami
lakukan dulu. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal
yang pernah saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk!
(Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway)
|
a) Berikan empat perwatakan Blackway yang
terdapat dalam petikan drama di atas.
(4 markah)
7.
Berdasarkan Teks Kubentang Sehelai Peta yang
telah anda pelajari dalam Antologi Teks
Kesusasteraan Melayu Moden, nyatakan :
a) Maksud drama? (2 markah)
b) Nyatakan dua nilai yang anda pelajari dalam
drama yang telah anda kaji?
(2 markah)
Aku mengambil sehelai kertas
yang lain yang masih putih tanpa garis dan warna dan kugariskan menjadi bulatan banyak-banyak: 0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 00000000000000000000000000000000000000000 |
Berdasarkan petikan di atas kenapakah watak
Aku melukis sedemikian? Nyatakan pendapat
anda berdasarkan anda pelajari? (4 markah)
Bertahun-tahun lamanya kami bekerja di Kawai Maru
yang didaftarkan di kobe. kapal raksasa itu milik Tuan Kawai. Dia telah
menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Dia lebih kenal ombak
gelombang Jepun dari pesisir Hokkaido hingga Pulau Parece Vela di selatan,
daripada mengenal daratan.
(Dipetik
daripada Novel Naratif Ogoshoto karya Anwar Ridhwan) (Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto)
|
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat
dalam petikan di atas. (4 markah)
10. Berdasarkan novel yang anda kaji.
a) Nyatakan 4 nilai yang anda boleh
contohi dari karya novel tersebut. (4 markah)
Bahagian Dua
[60
markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab
sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca
puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
Burung
kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar; Kalau
mengail ikan tenggiri,
Mari
encik marilah tuan, Umpan di taut ikannya bilis;
Barang baik baru keluar. Makanan
baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
Hari
Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta
maaf belum berhajat, Air
hangat air bertapis,
Datang menengok, bukan membeli. Tuangkan saya agak secawan;
Sayang
sangat duitnya habis,
Empat
lima kuda di medan, Kurang tenaga tidak melawan?
Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan
panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga. Pasang panjut
keliling rumah,
Bunga api di tengah laman;
Kuda
tengkot menang berlumba, Bukan
kedekut, bukannya lemah,
Lompat bertangkup keempat kaki; Cumanya hati belum berkenan.
Mengapa
takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Dari
Medan ke Sibolga,
Penakut
sungguh rupanya ikan, Padi di Langkat bawa ke Deli;
Umpan di kail lari menerpi; Kasih
bukan barang berniaga,
Kedekut
sungguh tuan nak makan, Hati tak dapat dijual beli.
Makanan baik tidak terbeli!
Kalung Bunga, 2008
Dewan
Bahasa dan Pustaka
|
a) Jelaskan tiga ciri pantun di atas. (6 markah)
b) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat
dalam pantun tersebut. (6 markah)
c) Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti anda. (8 markah)
2. Berdasarkan Sastera Epik:
a) Jelaskan dua kehebatan Laksamana Hang
Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik “Hang
Tuah Diutus ke Siam. (8 markah)
b) Jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam sastera epic tersebut.
(8 markah)
c) Berdasarkan karya tersebut berapakah
jumlah gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dan
berapa ekor gajah yang diberikan oleh Phra
Cau? Jelaskan. (4 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab
sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.
a) Jelaskan tema puisi di atas. (4 markah)
b) Huraikan gambaran masyarakat yang
terdapat dalam puisi di atas.
(4markah)
c) Nyatakan dua gaya Bahasa di atas
berserta contoh. (4
markah)
d) Cipta sebuah sajak bertemakan alam sekitar. Panjangnya sajak tersebut
antara 12 hingga
15 baris (8 markah)
4. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway :
a) Jelaskan lima perwatakan Mat Piah. (10 markah)
b) Huraikan lima persoalan yang terdapat
dalam drama ini. (10 markah)
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab
sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.
5. Cerpen “00000000000”,
karya Shanon Ahmad memaparkan jati diri manusia yang lemah.
a) Nyatakan lima peristiwa yang
menggambarkan sikap tersebut. (10 markah)
b) Berikan lima pengajaran yang kita perolehi
daripada karya tersebut.
(10 markah)
6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhuan :
a) Huraikan lima persoalan yang ingin
disampaikan oleh pengarang.
(10 markah)
b) Terangkan lima citra masyarakat yang
dipaparkan oleh pengarang.
(10 markah)
*******KERTAS
SOALAN TAMAT*******
SKEMA
JAWAPAN PPT KESUSASTERAAN MELAYU 2016
BAHAGIAN SATU (40 MARKAH)
1. a) Maksud
puisi di atas ialah penyajak memberitahu penjual dengan mempelawa pembeli
membeli barang yang baru keluar. (2 markah)
b) Gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di
atas ialah :
i.
Kata ganda – contohny; terbang naik berlegar-legar
(2 markah)
ii.
Repetisi – Burung kekek burung di hutan, (2 markah)
2. Punca
utama menyebabkan pendekar Jepun amarah dan mengamuk di balairung istana:
i.
Hang Tuah menunjukkan beraninya dengan mencabar pendekar Jepun
ii. Hang Tuah telah berlawan salah
seorang pendekar dan memotog telinga, hidung dan
membelah dua kepalanya.
iii. Hang Tuah mengatakan dia boleh
bunuh 40 orang dengan mudah.
3. i.
Negeri Patani
ii. 6 ekor gajah – 4 jantan, 2
betina
4. a) Persoalan pengaruh luar yang
mempengaruhi pemikiran dan budaya masyarakat.
Kemajuan membawa pengaruh asing yang
memberi kesan terhadap pemikiran dan budaya
masyarakat.
b) Dua
gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas ialah :
i.
Personifikasi – berkali-kali resahnya disengat matahari
ii. Kata ganda separa penuh –
Berkali-kali
iii.
metafora – langit peradaban
iv. Sinkope – tak sepatutnya “tidak”
v. Asonansi – vocal “a” berkali-kali
resahnya disengat matahari
vi.
Aliterasi – konsonan “n” di langit peradaban yang tak
berpagar
5. a) Dua gaya bahasa
yang terdapat dalam petikan di atas :
i. Bahasa asing iaitu Enggeris –
Good God!, Yes, Sir, Trishaw; Sir?
ii. Sinkope – nasib baik tak
mencarut
iii. Kata ganda - jalan-jalan, sebaik-baik
b) Peristiwa ini berlaku di hadapan Hotel
E&O
Blackway ingin pergi ke Padang kota
Lama hadapan Fort Cornwallis
6. Empat
perwatakan Blackway yang terdapat dalam petikan drama di atas ialah :
i.
Seorang yang mudah mengaku kesalahan dan memohon maaf
ii. Seorang yang menyesal atas
perbuatan yang telah dilakukannya
iii. Seorang yang kejam dan tamak
haloba
iv. Pemarah dan bercakap besar
v.
Seorang penipu, penindas, dan penyamun
7. a) Maksud drama – drama ialah sebuah
karya prosa atau sebuah cerita yang mempunyai dialog
yang melibatkan aksi, pergerakan dan mempunyai babak dalam setiap cerita.
b)
Dua nilai yang saya pelajari dari drama saya kaji ialah :
1) Nilai semangat patriotisme. Contohnya, Mat Piah menyatakan “saya
sekolah sampai darjah enam sahaja, tapi boleh hafal
tarikh pembukaan pulau pinang.
2) Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon maaf “saya minta
ampun, minta maaf kepada semua orang melayu
dan orang Pulau Pinang.
3) Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik
beca demi mencari sesuap nasi.
4) Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat menghargai sejarah tanah
airnya iaitu Pulau Pinang.
5) Nilai kesabaran. Mat Piah sabar dengan sikap dan perlakuan Blackway
yang pelik dan kadang-kadang membuat dia marah.
6) Nilai kejujuran. Kejujuran dapat dilihat dari sikap Mr. Blackway yang
menceritakan fakta sebenar tentang francis Light
yang menipu daya Sultan kedah untuk merampas Pulau Pinang.
7) Nilai ketaatan dan kesetiaan. Nilai ketaatan terserlah dalam diri Mr.
Blackway yang dengan sejarah penjajah bangsa mereka.
8. Watak aku
melukis sedemikian kerana Aku dapati Dol tidak mempunyai apa-apa yang baik yang boleh dicontohi dan diikuti oleh
masyarakat terutama sekali anak-anak mudah ini
kerana penampilan Dol tiada nilai dan identiti sebaliknya memaparkan jati diri
manusia yang lemah.
9. Dua latar
masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
i. Masyarakat yang bekerja di atas
kapal
ii. Masyarkat yang bekerja sebagai
nelayan
iii. Masyarakat yang bergantung
hidup dengan lautan – rezeki di lautan
10. 4 nilai yang
boleh dicontohi dari karya tersebut ialah :
i.
Kegigihan iv. Kebijaksanaan
ii. Ketabahan v. Kepimpinan
iii. Keyakinan vi. Kerakusan vii. Hormat-menghormati
BAHAGIAN DUA (60 MARKAH)
BAHAGIAN A
1.
a) Tiga ciri pantun
di atas ialah pertama pantun tersebut terdiri daripada 9 rangkap, ciri yang kedua ialah setiap rangkap mempunyai
4 baris yang sama iaitu 2 pembayang 2 maksud,
ciri yang ketiga ialah jumlah patah perkataan hampir sekata iaitu 4 hingga 5 patah kata, ciri yang keempat ialah
pantun ini mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris dan ciri bentuk yang terakhir iaitu rima akhir
pantun adalah terikat iaitu abab.
ATAU
1) Pantun ini terdiri daripada 9
rangkap.
2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris
(kerat).
3) Pantun ini juga mempunyai 4
hingga 5 patah perkataan sebaris.
4) Puisi ini juga mempunyai 9 hingga
10 suku kata dalam sebaris.
5) Rima akhir terikat iaitu abab.
b)
Tiga
pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah pertama kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual
beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli dengan melayan tawar menawar dengan pembeli. Pengajaran
yang kedua ialah kita hendaklah
bersopan-santun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun menolak pelawaan
penjual dengan baik menggunaka bahasa yang sopan. Pengajaran yang ketiga ialah kita mestilah
mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual
beli. Contohnya, peniaga tidak menipu pembeli sebaliknya penjual jujur dalam berkata-kata. Pengajaran yang keempat ialah
kita hendaklah gigih daam melakukan sesuatu
perkara atau pekerjaan. Contohnya, penjual bersungguh-sungguh untuk menjual barang yang dijualnya. Pengajaran
yang kelima yang diperolehi dari pantun di atas juga ialah kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli-belah, contohnya
pembeli berjimat- cermat dalam
membeli sesuatu barang.
ATAU
1) Kita mestilah bertolak ansur
dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli.
2) Kita hendaklah bersopan-samtun
dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.
3) Kita mestilah mempunyai sikap
keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya peniaga tidak menipu pembeli.
4) Kita hendaklah gigih dalam
melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual bersungguh-sungguh
untuk menjual ikan yang dijual.
5) Kita mestilah berjimat-cermat
ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang.
c)
Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti
anda. (8 markah)
CONTOH : Terbang tinggi burung
merpati
Datang
hinggap ke pohon jati
Pohon
jati ditepi kali
Hidup
bernilai tinggi
saling
berkasih hormat-menghormati
barulah
hidup disanjungi
2.
a) Dua
kehebatan Laksamana Hang Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik “Hang Tuah Diutus ke Siam” ialah pertama
Hang Tuah seorang yang sangat bijaksana. Kebijaksanaan
Hang Tuah terbukti dan dapat dilihat pada peristiwa Hang Tuah yang disambut oleh Oya Bagelang yang meminta Hang
Tuah memenuhi permintaan Raja mereka
iaitu Phrau Cau mengadap sembah dengan merangkak. Namun, Hang Tuah yang bijaksana tidak ingin berbuat demikian
dengan tegas dan bijaksana memohon masuk mengadap
mengikut cara adat Melayu Melaka.
Kehebatan kedua Laksamana Hang Tuah ialah dia
pandai bermain keris dan melawan
musuh dengan menggunakan taktik dan cara yang bijak. Hang Tuah telah berjaya tewaskan Pendekar Jepun
dengan memotong telinga, hidung dan membelah dua kepala pendekar
tersebut dan membunuh empat lagi yang lain semasa kejadian amukan pendekar Jepun di balairung istana Phrau
Cau.
Kehebatan Hang Tuah seterusnya ialah dia
seorang yang sangat berani hal ini disokong
dengan peristiwa Hang Tuah tewaskan sekatan kumpulan Pendekar Jepun yang telah menahan dan menyekat laluan
kapal Hang Tuah yang menuju balik ke Melaka. Semua
Jepun dibunuh dan ditewaskan oleh Hang Tuah.
b) Dua latar tempat yang terdapat
dalam sastera epik tersebut ialah pertama di istana Melaka. Contohnya, balairung tempat Sultan Melaka
bertitah menginginkan enam ekor
gajah dan Laksamana telah dipilih untuk dihantar ke Benua Siam untuk pergi mendapatkan gajah tersebut.
Latar tempat yang kedua ialah negeri Patani
di Benus Siam. Negeri Patani merupakan
negeri baru dibuka oleh Phrau Cau. Hang Tuah pergi ke Patani untuk mengutus surat dari Sultan Melaka dan
mendapatkan gajah yang diminta oleh Sultan Melaka.
Latar tempat yang ketiga ialah teluk siam
iaitu laluan kapal Hang Tuah dari selat Melaka
menuju ke Patani perlu melalui teluk siam.
Latar tempat yang keempat ialah Gunung Ledang
dimana Hang Tuah dihantar untuk
membantu Putera dan Puteri Raja Melaka yang akan ditabal menjadi raja ditempat tersebut.
c) Jumlah gajah yang diminta oleh
Sultan Melaka ialah sebanyak 6 ekor iaitu 4 jantan dan 2 betina manakala yang diberikan oleh Phrau Cau kepada
Hang Tuah untuk dibawa pulang
ialah sebanyak 10 ekor gajah iaitu ditambah lagi 2 ekor jantan dan 2 ekor
betina kerana atas jasa bakti
dan kehebatan Hang Tuah dalam menewaskan pendekar Jepun yang telah mengamuk.
BAHAGIAN
B
3. a) Tema
puisi di atas ialah Sajak ini mengemukakan tema pembangunan yang melenyapkan tradisi. Perubahan
dialami oleh masyarakat di mana kemajuan dan pembaharuan
semakin diraih. Kesannya adalah terkoyaknya tradisi dan kehilangan budaya dan adat yang menjadi warisan
bangsa. Penghakisan berlaku disebabkan oleh ketamakan
dan pengaruh kebendaan yang mempengaruhi nilai hidup.
Ia dijelaskan melalui :
Inilah sawah tradisi
yang semakin dibiaki
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak
b) Gambaran masyarakat yang terdapat
dalam puisi di atas ialah pertama masyarakat
petani yang bekerja sebagai pesawah padi di kampung. Seorang tua yang bekerja sebagai petani gigih berusaha
bercucuk tanam padi demi mencari sesuap nasi. Jasa
dan peranan petani sangat besar dalam menabur sumbangan dan bakti pada negara.
Gambaran masyarakat yang kedua masyarakat
moden yang mementingkan keuntungan
dan mengejar pembangunan dan kemajuan tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan. Tanah sawah yang
dipertahankan selama ini oleh petani tua hampir musnah dengan kemajuan dan penerokaan pembanguna yang
berlaku.
Gambaran masyarakat yang ketiga masyarakat
yang mementingkan tinggal nenek moyang
iaitu tradisi bersawah adalah satu pekerjaan tinggalan nenek moyang yang masih dipertahankan dari musnah dan binasa
akibat kemajuan yang berlaku.
c)
Dua gaya bahasa dalam sajak di atas
ialah :
Sinkope
yang tak pernah lekang
Pengulangan kata
Contoh : yang
Metafora
Contoh : selut sejarah
langit peradaban
tikus oportunis
Aliterasi
Contoh : onak dan lalang dari
belukar seberang (pengulangan bunyi konsonan n)
Asonansi
Contoh : pada laung azan semakin
retak (pengulangan bunyi vokal a)
Personifikasi
Saat petang bersandar di surau usang
Hiperbola
Contoh : cita-cita tinggal Cuma
sepadang lalang
d) Ciptakan
sajak bertemakan ALAM SEKITAR. (8 MARKAH)
4. a) Lima perwatakan Mat Piah ialah :
Nama sebenar Mat Piah ialah MUHAMMAD HANIFAH
Berusia 40-an
Bekerja sebagai penarik beca di sekitar bandar Georgetown
Pulau Pinang
Bekas pesakit jiwa atau mental tetapi telah pulih namun
masih juga berhalusinasi
Seorang yang lucu dan kuat ketawa
Periang dan sesekali sentimentalis
Hidup membujang bersama beca tuanya dan becanya juga
tempat tidur serta rumahnya.
b) Lima persoalan yang terdapat dalam drama ini
ialah :
1) Persoalan tentang sikap gigih dan tekun seorang lelaki
berusia 40-an untuk meneruskan hidup
selepas pulih dari sakit mental dengan menjadi penarik beca. Walaupun dia bekas pesakit mental lelaki
tersebut iaitu Mat Piah gigih dan tekun mencari rezki dengan menjadi penarik beca bagi meneruskan sisa sisa
hidup di bandar Georgetown.
2) Persoalan tentang pengetahuan sejarah tanah air iaitu
sejarah penjajahan British di Pulau
Pinang oleh Francis Light. Mat Piah tahu akan sejarah Pulau Pinang dan ditambah
dengan fakta sebenar sejarah
perampasan Pulau Pinang oleh Francis Light dari Sultan kedah.
3) Persoalan tentang sikap rakus penjajah yang suka
merampas, mencuri, merompak, menipu
daya dan rasuah demi mendapatkan tanah Pulau Pinang dengan perlbagai helah semata-mata untuk mengaut untung dengan
emas, perak, dan bijih timah.
4) Persoalan tipu helah dan perjanjian yang menyebabkan
pulau pinang jatuh ke tangan British iaitu
Francis Light adakan perjanjian Inggeris-kedah untuk menguasai Pulau Pinang dengan tipu helah bagi membuat
pangkalan tentera mereka di Pulau Pinang.
5) Persoalan tentang sikap kesetiaan pada penguasa dan
pemerintah. Blackway dan Francis
Light sangat setia kepada King Goerge III dengan meluaskan tanah jajahan. Blackway juga selalu menyebut “ save the
king,, save my king,,” sentiasa mendaokan raja mereka
dan taat setia pada raja mereka.
6) Persoalan tentang sikap bangga dan kemegahan bangsa
penjajah. Persoalan ini jelas ketara
apabila Blackway melihat tanda jalan “Lebuh Light” yang menjadi tanda tempat
itu penah dikuasai oleh bangsa
mereka. Terlihat kebanggaan diwajah Blackway dengan pencapain bangsa mereka dalam penjajahan penguasaan bangsa mereka.
7) Persoalan tentang masyarakat Melayu yang kuat semangat
Patriotisme. Hal ini dapat dilihat dengan
aksi dan gaya perbuatan dan percakapan Mat Piah yang marah dengan Blackway yang menceritakan tentang Francis
Light menipu daya Sultan Muhammad Jiwa untuk
mendapatkan Pulau Pinang dengan cara tipu helah.
8) Persoalan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh
golongan masyarakat yang hidup
gelandangan yang merempat. Namun mereka boleh dirawat dan pulih. Contohnya Mat Piah merupakan bekas pesakit
mental yang hanya hidup dan berkelana dengan becanya
sahaja.
9) Persoalan tentang gejala sosial anak muda iaitu Mat
Rempit. Contohnya, Blackway takut
dengan bunyi enjin motor yang disangkanya serangan siam, sebaliknya anak-anak muda bermain motor dan Mat Piah
menyatakan itu semua bala kepada masyarakat. Terdapat
unsur teguran secara sinis dalam persoalan ini.
BAHAGIAN
C
5.
a) Lima peristiwa yang menggambarkan sikap tersebut
ialah :
a) Dol penyanyi rock kegilaan remaja
dijemput untuk datang ke studio “aku” bagi melukis
dan menulis tentang penampilan
dan identity diri Dol
b) Dol datang ke studio dan Aku juga
menjemput Kawan baiknya sasterawan iaitu Daiman Kreko bagi
sama-sama menelaah tentang diri Dol
c) Aku dan Daiman Kreko mula melukis
dan menulis tentang Dol dari kepala hingga kaki.
d) Aku mula melukis dari kepala Dol
turun ke tubuh Dol semuanya menampilkan pakaian cara barat iaitu rambutnya gerbang macam sarang tupai dan
subang di telinga, manakala dilehernya
terdapat rantai yang panjang hingga ke pusat.
e) Aku terus melukis tentang Dol
hinggalah kaki Dol yang memakai kasut but tebal semuanya tidak memberi apa-apa makna semuanya 000000000000000000000000000000000000000000000000000.
f) Aku dan Daiman Kreko hanya mampu
ketawa Dol turut ketawa yang mana dia ketawakan
dirinya sendiri yang hanya berpakaian seperti bertelanjang bulat itu.
b) Lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen
“000000000” karya Shahnon Ahmad ialah
a) Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh dan
kuat. Contohnya generasi anak muda
perlu ada identiti dan menanam budaya bangsa dalam diri dan jiwa dan tidak
perlu terikut budaya barat yang
merosakkan.
b) Kita janganlah mengagung-agungkan budaya barat.
Contohnya, Dol yang berpenampilan
gaya rock dan punk.
c) Kita wajarlah menjadi orang cerdik pandai. Contohnya
Daiman Kreko dan Aku merupakan golongan
cerdik pandai dan berpelajaran.
d) Kita mestilah mengembangkan potensi diri contohnya Aku
dan Daiman Kreko bersaing menjadi
orang yang hebat dan berjaya.
e) Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dalam
diri agar kita sentiasa berpijak dibumi
yang nyata dan tidak lupa asal usul kita dan cinta dan sayang budaya bangsa dan
agama.
f) Kita perlulah menjalinkan hubungan baik dan ikatan
siltulrahim. Contohnya, Aku dan Daiman
Kreko merupakan sahabat baik.
6.
a) Lima persoalan yang disampaikan oleh pengarang
dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan ialah :
1) Persoalan tentang masyarakat yang bergantung hidup
dengan aktiviti/ekonomi kelautan
2) Persolan tentang sikap bijak ambil peluang dan gunakan
peluang
3) Persoalan tentang sikap kepimpinan dan politik
4) Persoalan tentang ketabahan dan kegigihan penduduk
Pulau Ogonshoto
5) Persoalan tentang golongan bijak pandai dan golongan
bawahan
b) Lima citra masyarakat yang dipaparkan oleh
pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto ialah
:
1) Masyarakat yang berpelajaran, contohnya Anak Malagna
tekah diberikan pelajaran dan pendidikan
sehingga ke Universiti.
2) Masyarkat yang bekerja di lautan sebagai nelayan dan
bekerja di atas kapal.
3) Masyarakat yang penyayang.
4) Masyarakat golongan pemimpin yang gila kuasa. Pegawai
Provinsi Ture sanggup melakukan apa
sahaja demi kuasa dan menjadi ketua, walaupun dirinya sendiri yang terbunuh.
5) Masyarakat yang hidup di kepulauan.
6) Masyarakat yang akur dan menurut perintah.
**********************SKEMA
JAWAPAN TAMAT***********************
“Kita penentu kejayaan diri kita
sendiri” -samozin-
terima kasih membantu.Tetapi banyak bahagian esei seperti bahagian c no.6 tiada contoh.Ada isi tetapi tiada contoh dalam ayat...
ReplyDeleteboleh buat nota lengkap pasal novel naratif ogonshoto
ReplyDeleteterima kasih cikgu. blh buat latih tubi dalam kls.
ReplyDelete