CERPEN “KAMI
AKAN MATI, LIN” karya Saroja Theavy Balakrishnan
SINOPSIS
CERPEN
Cerpen
‘Kami Akan Mati, Lin’ karya Saroja Theavy Balakrishnan memaparkan kisah
mengenai penghuni atau warga laut iaitu Batu Karang yang mengalami proses
kemusnahan akibat pencemaran alam. Batu Karang meluahkan perasaannya kepada
sahabatnya Lin akan kemusnahan kehidupan mereka penghuni laut sedikit demi
sedikit akibat kerakusan manusia yang mencemarkan laut, menjual anak-anak
karang kepada orang kaya untuk keuntungan manakala kapal-kapal besar silih
berganti hadir di kawasan kejiranan batu karang dengan memuntahkan cecair hijau
perang sehingga memusnahkan koloni warga laut. Batu karang berharap agar Lin
datang membantu dan menyelamatkan mereka kerana tiada sesiapa yang mahu
membantu, selain Lin.
TEMA
@ PEMIKIRAN
Cerpen
‘Kami Akan Mati, Lin’ karya Saroja Theavy Balakrishnan bertemakan kemusnahan
karangan laut atau batu karang akibat pencemaran alam sekitar. Batu karang
meluahkan perasaannya kepada sahabatnya Lin akan kemusnahan kehidupan mereka
sedikit demi sedikit akibat sikap rakus manusia mencemarkan laut dan mengejar
keuntungan dengan menangkap hasil laut yang kecil tanpa belas kasihan. Saban
hari kapal-kapal besar silih berganti hadir di kawasan kejiranan mereka dengan
memuntahkan cecair hijau perang yang sangat berbahaya kepada warga laut.
PERSOALAN
1. Kemusnahan alam akibat kerakusan
manusia. Alam lautan musnah akibat perbuatan manusia yang mengejar keuntungan
dan sikap tidak bertanggungjawab. Contohnya, manusia mengutip anak-anak batu
karang untuk dijual seperti yang dilakukan Caka dan Daka menjual koleksi koloni
warga laut. Caka dan Daka juga membuka kilang dan kedai jualan hiasan batu
karang demi keuntungan dan kekayaan mereka.
2. Pembangunan dan kemodenan memusnahkan
komuniti alam lautan. Warga laut musnah akibat pembangunan yang dilakukan oleh
manusia. Sisa-sisa kilang dan bahan buangan kapal-kapal besar memuntahkan bahan
toksid berbahaya ke daerah lautan yang mempunyai kehidupan di dasar lautan
bergantung kepada sumber makanan cahaya matahari dan plankton-plankton.
Pembangunan yang tidak seimbang pasti akan memusnahkan keindahan lautan yang
ada hari ini.
3. Sikap cuai dan alpa manusia terhadap
alam sekitar. Manusia cuai dan alpa sebagai tugas asal mereka penghuni dunia
yang saling bergantungan antara satu sama lain. Hidupan laut juga merupakan
penyumbang kepada ekosistem alam yang mengawal suhu bumi dan memastikan paras
laut sentiasa stabil.
4. Pentingnya pendidikan cintai alam
sekitar. Pendidikan cintai alam sekitar perlu bagi memastikan alam lautan,
hutan, udara dan daratan seimbang dan sentiasa dijaga. Dengan pendidikan kita
dapat bentuk generasi penyayang dan menghargai alam.
5. Pentingnya sikap bertanggungjawab dan
menyayangi alam. Sikap bertanggungjawab akan memastikan setiap penghuni bumi
menghargai dan menjaga alam dengan baik. Alam lautan juga merupakan sumber
ekonomi dan pendapatan kepada nelayan maka setiap kita mesti bertanggungjawab
menjaga dan memelihara lautan kurniaan Tuhan.
6. Kepentingan memelihara dan memulihara
alam lautan. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam lautan perlu dilakukan agar
tidak berlaku kepupusan generasi batu karang. Batu karang merupakan ciptaan
Tuhan yang sangat indah dan merupakan sejenis haiwan laut yang hidup secara
berkoloni.
WATAK
DAN PERWATAKAN
1)
AKU / BATU KARANG
- Warga laut yang mengalami kemusnahan
akibat perbuatan manusia
- Penghuni dasar laut yang hidup secara
berkoloni
- meluahkan perasaan dan mengharap kawannya
Lin datang membantu
- menceritakan apa yang berlaku dan bakal
berlaku kepada warga penghuni laut
2)
LIN
- kawan kepada Aku
- orang yang diharapkan akan menyelamatkan
mereka batu karang kerana Lin pencinta alam
- sahabat kepada batu karang
3)
Caka dan Daka
- orang yang membina kilang dan kedai
- menjual hasil laut dan barangan hiasan
4)
WARGA LAUT
- Hidupan laut yang hampir musnah
- Plankton, obor-obor, ikan, ketam,
anak-anak ikan warna-warni
PLOT
DAN TEKNIK PLOT
Binaan
Plot
1)
Permulaan
Kami warga laut yang menghuni di bawah
kanopi biru. Di atas putih pasir kami membina koloni indah. Namun kini ianya
semua berubah akibat pencemaran dan perbuatan manusia. Itu antara luahan batu
karang kepada Lin.
2)
Perkembangan
Aku mengimbas kembali kenangan manis
bersama Lin. Dan berharap Lin datang melihat kami yang mengalami kemusnahan
kerana perubahan cuaca dan pencemaran yang berlaku. Kini laut kian masin kerana
air mata kami yang tidak putus-putus mengalir.
3)
Perumitan
Tahukah engkau Lin yang aku kesepian?
Kekasih pujaanku sudah tiada dan cintaku sudah punah. Aku adalah antara
penghuni laut yang satu per sepuluh daripada satu peratus keluasan lautan
dunia. Antara monolog dan luahan batu karang untuk menarik perhatian Lin datang
menyelamatkan mereka.
4)
Konflik / Klimaks / Puncak Cerita
Banyak koloni kami mengalami nasib ini
menderita kerana berates-ratus sebab. Antaranya angkara Caka yang membuka
kilang di tepi sungai supaya senang
membuang sisa, atau ini kekejaman Daka yang sering mencuri anak-anak ikan
bersisik warna-warni untuk akuarium di kedai besarnya itu. Kapal-kapal besar
memuntahkan cecari hijau dan kami mengalami kemusnahan akibat kerakusan
manusia.
5)
Peleraian
Kami mahu keadilan dan pembelaan, Lin
datang bantu kami kerana tiada sesiapa yang dapat membantu kami warga laut selain
Lin.
Teknik
Plot
1)
Monolog dalaman – penggunaan monolog dalaman sebagai teknik penceritaan
2)
Imbas Kembali – mengimbas masa lampau saat-saat indah dijaga dan dihargai
3)
Imbas Muka – memikirkan apa nasib dan apa yang bakal berlaku dengan aktiviti
mengebom cara mudah mendapat hasil laut, sungguh kejam
4)
Saspen
5)
Kejutan
LATAR
Latar Masa
-
Koloni laut yang hidup sudah berjuta-juta tahun
- masa
kini
Latar Tempat
-
Dasar laut
- Laut
-
Sungai
-
Kilang
-
Kedai hiasan Daka
- Alam
sekitar
-
Kapal-kapal
Latar Masyarakat
-
masyarakat laut atau warga laut yang mengalami kemusnahan dan kepupusan akibat
perbuatan manusia.
-
masyarakat manusia yang mengejar keuntungan dan kekayaan memikirkan nasib
penghuni laut
-
masyarakat yang mementingkan diri iaitu melakukan kerosakan tanpa segan silu
dan bersalah dengan membuang sisa kilang, cecair kapal dan banyak lagi
-
masyarakat pencinta alam yang sibuk dengan kesibukan dunia hingga lupa peranan
mereka dalam menyedarkan manusia lain tentang peri pentingnya warga penghuni
laut terutama sekali batu karang yang sangat berjasa kepada manusia dalam
mengawal penipisan ozon dan kesan rumah hijau.
-
masyarakat alpa dan cuai dengan peranan selaku penghuni bumi yang berkongsi
alam yang saling bergantungan antara satu sama lain.
GAYA
BAHASA
1)
Kata ganda
2)
Simile
3)
Metafora
4)
Sinkope
5)
Personifikasi
6)
Hiperbola
7)
Peribahasa
8)
Diksi
NILAI
1)
Ketabahan
2)
Kegigihan
3)
Menghargai alam
4)
kasih sayang
5)
Tolenrasi
6)
Simpati
7)
Empati
8)
Kesabaran
9)
Pengorbanan
10)
Keikhlasan
PENGAJARAN
1)
Kita perlulah tabah dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang. Batu karang dan
koloni laut tabah menghadapi apa sahaja perbuatan manusia terhadap mereka yang
setiap hari membuat pencemaran dan kerosakan kepada alam laut.
2)
Kita hendaklah gigih dalam meneruskan sisa-sisa hidup dengan berjuang demi mencapai
apa yang diimpikan. Aku selaku batu karang gigih meminta tolong dan gigih lalui
hari-hari mereka dengan segala apa yang terjadi dan berharap Lin datang
menyelamatkan mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai penghuni laut.
3)
Kita mestilah menghargai alam semulajadi ciptaan Tuhan. Alam sekitar dana lam laut
merupakan antara ekosistem bumi yang membantu dalam mengawal suhu bumi dan
membekalkan kadar oksigen yang berterusan selain hutan belantara. Maka kita
semua sewajarnya menjaga dan menghargai alam semula jadi terutamanya alam
lautan.
No comments:
Post a Comment