DRAMA “ANNA”
SINOPSIS
DRAMA “ANNA” KARYA KEMALA (AHMAD KAMAL
ABDULLAH)
Drama “Anna” karya Kemala memaparkan
kisah Anna seorang gadis peranakan Inggeris dan Melayu dibesarkan di England,
ibunya meninggal dunia ketika zaman darurat di Malaya, ditembak komunis. Anna
anak kesayangan THOMAS CARPENTAR, bekas Pengurus Besar sebuah Ladang Getah
Inggeris di Malaya. Anna siswa jurusan ekonomi di Universiti Cambridge, tetapi
tidak meneruskan pengajiannya itu kerana cinta akan Zaki dan mengikutnya ke
Malaysia.
Kisah bermula di sebuah kaunter
lapangan terbang pada tahun 1967, jam menunjukkan 8.00 malam Anna berlari-lari
anak menuju ke kaunter lapangan terbang untuk menanyakan jadual perjalanan
kapal terbang ke London pada jam 8.30 malam, namun kerana masalah teknikal
kapal terbang dijangka bertolak lewat setengah jam. Sambil menanti, Anna
teringat pesanan dan kata-kata Ayahnya yang menyatakan ‘Anna’ tidak akan
bahagia dengan Zaki kerana Zaki orang timur, orang timur lebih sayangkan
ibunya.
Sedang Anna menunggu jam 9.00
terdengar petugas kaunter menjawab telefon menyatakan kapal terbang akan
bertolak jam 9.15. Dari arah luar lapangan terbang Zaki sedang mencari Anna dan
cuba memujuk Anna untuk tidak pulang ke London demi dia dan anak mereka iaitu
Tina, namun Anna tetap berkeras ingin pulang ke London. Puas Zaki memujuk
namun, tetap dengan keputusannya. Hal, ini gara-gara kerana selama 4 tahun Anna
merasakan diri dia terpenjara, tidak disayangi oleh Zaki kerana Zaki lebih
sayang ibunya Mak Munah. Sedang Zaki memujuk Anna muncul Dr. Chan. Dr. Chan
memberitahu Anna tentang Zaki sangat menyayangi Anna dan Mak Munah pula akan
menjalani operation mata tidak lama lagi. Dr. Chan berharap Anna akan kembali
kepangkuan Zaki. Sambil mereka berbual muncul Mak Munah dan Tina datang menuju
ke arah Anna.
Mak Munah memujuk Anna agar fikir
panjang-panjang tentang tindakan yang Anna buat untuk pulang ke London demi
masa depan Tina dan Zaki. Puas Mak Munah memujuk dan Tina merayu pada Anna
supaya tidak pergi tinggalkan Tina. Namun, Anna tetap dengan pendiriannya dan
meneruskan juga perjalanannya dengan memasuki balai berlepas.
****TAMAT****
TEMA
@ PEMIKIRAN DRAMA “ANNA”
Drama “Anna” karya Kemala
bertemakan/membawa pemikiran tentang pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam
kehidupan sepasang suami isteri yang berasal dari negara, bangsa dan latar
belakang keluarga yang berbeza. Watak suami, iaitu Zai berketurunan Melayu,
manakala isterinya Anna peranakan Inggeris dan Melayu. pergolakan ini berlaku
kerana Anna kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya Zaki
dan menganggap Zaki terlebih sayang kepada ibunya Mak Munah. konflik timbul
apabila Anna terasa dirinya diabaikan dan cinta mereka semakin pudar. Anna
bertindak dengan mengambil keputusan pulang kepada daddy di London.
PERSOALAN
1. Pentingnya bersikap sabar dalam membuat
keputusan dan tindakan. Anna membuat keputusan terburu-buru. Sepatutnya, dia
perlu memahami tentang situasi Zaki dan memikirkan masa depan anaknya. Sikap
sabar sangat penting dalam kehidupan kita kerana dengan sabar kita akan
bertindak dengan waras.
2. Sikap jujur dan ikhlas. Jujur dan ikhlas
sangat penting dalam membentuk keperibadian kita. Sikap jujur dapat dilihat
pada watak Zaki yang ikhlas dan jujur menyayangi dan mencintai Anna begitu juga
Anna hingga sanggup berhenti belajar di Universiti Cambridge kerana berkahwin
dengan Zaki.
3. Persoalan pengorbanan, Mak Munah
berkorban demi anaknya Zaki untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai
pelajaran Zaki di Universiti Cambridge London.
4. Persoalan mengenang jasa kepada orang
yang telah banyak menolong kita. Contohnya, Zaki mengenang jasa dan budi ibunya
dengan berusaha untuk mengubati penyakit mata yang dihidapi oleh ibunya.
5. Pentingnya mencurahkan kasih sayang.
Kasih sayang ialah perasaan cinta yang lahir dari hati kepada orang-orang yang
kita kasih dan sayangi. Dalam drama ini Zaki lebih mencurahkan kasih sayang
kepada ibunya sehingga isterinya Anna terabai.
6. Masyarakat yang berpelajaran tinggi.
Contohnya, Zaki seorang lepasan Universiti Cambridge di London dalam jurusan
sejarah begitu juga dengan Anna seorang gadis jurusan ekonomi di universiti
yang sama.
7. Masyarakat yang mementingkan sejarah.
Contohnya Zaki sangat bersemangat patriotik kerana meminati sejarah tanah air.
8. Kepentingan menjaga keharmonian rumah
tangga. Sesebuah institusi keluarga akan harmoni jika saling menggambil berat
antara satu sama lain.
9. Keprihatinan dan tanggungjawab. Zaki
seorang yang sangat bertanggungjawab kepada anak, ibu dan isterinya manakala
Dr. Chan sangat prihatin dengan permasalahan dan kesusahan yang dihadapi Anna
dengan Anna. Dr. Chan menasihati Anna supaya membuat keputusan terbaik dan
fikir tentang anak mereka Tina dan Zaki.
WATAK
DAN PERWATAKAN
ANNA
1. Anna berumur 26 tahun.
2. Isteri kepada Zaki.
3. Peranakan Inggeris dan Melayu dibesarkan
di England.
4. Ibunya meninggal dunia ketika zaman
darurat di Malaya kerana ditembak oleh komunis.
5. Anna anak kesayangan THOMAS CARPENTAR
seorang Pengurus Besar Ladang Getah Inggeris di Malaya.
6. Anna siswa jurusan ekonomi di Unversiti
Cambrigde tetapi tidak meneruskan pengajiannya kerana cinta akan Zaki dan
mengikutnya ke Malaysia.
7. Anna seorang yang terburu-buru.
8. Anna mempunyai seorang anak perempuan
bernama Tina.
ZAKI
1. Suami Anna, berusia kira-kira 30 tahun.
2. Seorang lulusan jurusan sejarah di
Universiti Cambrigde, walaupun cintanya kuat terhadap Anna tetapi ini tidak
menjadikannya lupa akan tanggungjawab terhadap ibunya yang telah tua, uzur,
separuh lumpuh, dan hampir-hampir buta matanya.
3. Seorang anak yang mengenang jasa ibunya
yang banyak berkorban demi pelajarannya.
4. Seorang anak yang berbakti dan
bertanggungjawab
5. Seorang yang mencintai sejarah tanah air
6. Seorang yang rajin berusaha
7. Mempunyai anak bernama Tina
8. Seorang yang penyayang
MAK
MUNAH
1. Ibu yang berkorban untuk mendidik
anaknya, ZAKI.
2. Berumur kira-kira 57 tahun.
3. Dia juga ibu mentua yang baik hati dan
cuba menyesuaikan dirinya dengan ANNA, menantunya itu.
4. Seorang ibu yang penyabar
5. Seorang ibu yang rajin
DR.
CHAN
1. Seorang Doktor pakar mata.
2. Berumur kira-kira 32 tahun.
3. Sahabat ZAKI sejak di bangku sekolah.
4. Bersimpati terhadap krisis yang dihadapi
oleh ZAKI dan keluarganya.
5. Membuat tawaran merawat ibu ZAKI yang
hilang penglihatan itu.
PETUGAS
KAUNTER/PRAMUGARI
1. Lengkap dengan pakaiannya, berumur
kira-kira 21 tahun
2. Sibuk menjawab telefon dan melayan orang
ramai
PEKERJA
1. Berumur
kira-kira 40 tahun.
TINA
1. Anak perempuan ANNA dan ZAKI.
2. Berumur kira-kira 4 tahun.
PLOT
DAN TEKNIK PLOT
Binaan
Plot
1)
Permulaan :
Kisah berlaku di lapangan terbang pada
tahun 1967, Anna turun dari kereta menuju ke kaunter di balai berlepas bertanya
jadual penerbangan ke London. Penerbangan lewat sedikit kerana ada masalah
teknikal yang sepatutnya jam 8.00 malam ditunda ke 9.15 malam.
2) Perkembangan :
Anna teringat kepada daddynya dan ada
suara ghaib yang berpesan Anna akan menyesal kerana tidak mendengar cakap
daddynya yang menghalang perkahwinan Anna dengan Zaki. Zaki dianggap orang
timur yang lebih sayangkan ibunya daripada segala-galannya.
3) Perumitan :
Zaki datang dari luar balai berlepas dan
datang memujuk ANNA yang membuat keputusan untuk pulang ke London. Puas Zaki
mengimbas kisah cinta mereka namun Anna tetap dengan pendiriannya dan Anna
menganggap Zaki sudah tidak menyayanginya lagi, namun lebih menyayangi Mak
Munah iaitu ibu Zaki.
4) Klimaks / Puncak Cerita
Dr. Chan sampai dan memaklumkan Tina dan
Mak Munah juga datang ke lapangan terbang untuk memujuk Anna. Dr. Chan
menasihati Anna agar buat keputusan yang betul demi anak mereka Tina. Dr. Chan
juga memberitahu Mak Munah akan menjalani operation mata tidak lama lagi.
5)
Peleraian :
Anna tetap dengan pendiriannya dan
menuju ke balai berlepas. Puas Tina anaknya meronta-ronta namun Anna tetap
pergi. Semua yang datang memujuk hanya mampu berserah kerana Anna tetap pulang
ke London.
Teknik
Plot
1)
Teknik Pemerian
Teknik Pemerian atau teknik penceritaan
merupakan kaedah penulisan yang digunakan oleh
pengarang dalam menulis drama “Anna”.
Pemerian bermaksud penceritaan iaitu penulis yang
menceritakan sebahagian cerita dalam memperkenalkan
watak dan sebagainya.
2)
Teknik Imbas Kembali
Teknik imbas kembalik digunakan dalam
menulis drama ini. Imbas kembali ialah mengimbas
kembali peristiwa yang lepas. Dalam drama
Anna teknik imbas kembali digunakan sewaktu
Anna teringat dan terdengar suara ghaib
iaitu suara daddy Anna yang berpesan Anna akan
tidak bahagian dengan Zaki kerana kasih
sayang daddynya lebih kuat dari Zaki dan tidak
akan mendapat kasih sayang sepenuhnya
dari Zaki.
3)
Teknik Monolog Dalaman
Drama ini juga menggunakan teknik monolog
dalaman iaitu watak berkata-kata dalam hati
dan berlaku konflik dengan apa yang dia
hadapi. Monolog dalaman Anna adalah tentang Zaki
yang kurang mencurahkan kasih sayang
kepada dirinya.
4) Teknik Dialong
Drama Anna menggunakan dialong iaitu
percakapan antara watak yang menimbulkan aksi
gerak laku dan juga tindakan. Dialog
menghidupkan drama Anna.
5) Saspens
Teknik saspens digunakan oleh pengarang
dalam menentukan apa yang akan berlaku atau
apa yang akan berlaku pada pengakhiran
cerita.
GAYA
BAHASA DAN UNSUR BUNYI
1)
Kata ganda iaitu penggunaan kata ganda dalam menulis cerita. Contohnya,
kekuning-kuningan m/s 130, tergesa-gesa dan lain lain lagi.
2)
Pengguna Bahasa Asing iaitu bahasa Inggeris. Contohnya,
Yes, mam, is there anything that I can do
for you?
daddy
Thank you
3)
Imbas kembali iaitu mengingat kembali peristiwa yang lepas, Anna teringat akan
pesanan dan kata-kata daddynya yang pernah berpesan Anna akan menyesal
berkahwin dengan Zaki.
4)
Dialog. Dialog merupakan teknik utama digunakan dalam menggarapkan karya drama
Anna.
5)
Sinkope iaitu singkatan perkataan atau penyingkatan kata contohnya, tak, kau,
tapi, saja
6) Repetisi
iaitu perulangan perkataan sama dalam baris yang sama contohnyan karut, karut
semata-mata
7)
Metafora iaitu perbandingan secara langsung contohnya hidup dalam penjara
bersamamu
cahaya hidupnya kembali.
LATAR
1)
LATAR MASA
I.
Tahun
1967
II.
8.00
malam
III.
9.15
malam
IV.
9.30
malam
2)
LATAR TEMPAT
I.
London
II.
Universiti
Cambridge
III.
Kuala
Lumpur
IV.
Lapangan
Terbang
V.
Bilik
menanti
VI.
parking
lapangan terbang
VII.
Malaysia
VIII.
Tratalgar
Square
IX.
Estet
syarikat Inggeri
X.
Kerusi
roda
3)
LATAR MASYARAKAT
I.
Masyarakat
berpendidikan tinggi
II.
Masyarakat
Zaman selepas perang
III.
Masyarakat
berkahwin campur
IV.
Masyarakat
Barat yang kurang memahami budaya timur
V.
Masyarakat
yang penyayang
VI.
Masyarakat
moden
VII.
Masyarakat
mencintai sejarah
VIII.
Masyarakat
menghargai orang tua
IX.
Masyarakat
era pasca penjajahan
NILAI
1. Kasih sayang iaitu cinta yang mendalam
dan hati yang ikhlas terhadap seseorang dan sesame makhluk ciptaan tuhan. Kasih
sayang Zaki terserlah apabila dia amat menyintai Anna dan berkahwin dengan
Anna.
2. Patriotisme iaitu semangat cintakan
tanah air dan sejarah tanah air. Zaki seorang yang sangat mencintai tanah air
dan kerana minat kepada sejarah dia menyambung penvajian dalam jurusan sejarah
di Universiti Cambridge London.
3. Kegigihan. Kegigihan ialah kesungguhan
dan kecekalan hati berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan usaha serta tekad
yang jitu. Zaki gigi berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya. Anna
juga gigih dengan impian untuk hidup bersama Zaki. Mak Munah ibu kepada Zaki
juga seorang ibu yang sangat gigih mencari rezeki demi menampung perbelanjaan
Zaki belanja di London.
4. Kejujuran. Kejujuran ialah keluhuran
hati nurani dalam percakapan dan perbuatan. Sikap jujur dapat dilihat pada
waktu Anna yang jujur mencintai Zaki dan sanggup mengikut Zaki ke Malaysia.
5. Kesetiaan. Sikap setia dan ikhlas
terserlah pada watak Anna yang setia dan ikhlas menyintai Zaki dan sanggup
mengikut Zaki ke Malaysia.
6. Berpendidikan. Zaki seorang
berpendidikan lepas jurusan sejarah di Universiti Cambridge.
7. Menghormati. Menghormati dan menyanjung
tinggi seseorang. Contohnya, Zaki sangat menghormati dan menghargai ibunya yang
banyak berjasa dan berkorban demi masa depan Zaki.
8. Tolenrasi. Tolenrasi atau bertolak ansur
adalah satu sikap yang baik dan perlu dicontohi oleh semua.
9. Mencintai sejarah. Zaki adalah seorang
pemuda yang sangat mecintai sejarah tanah air dan kerana minatnya terhadapa
sejarah dia menyambung pengajian dalam bidang sejarah.
10. Pengorbanan. Pengorbanan seorang ibu
dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anaknya contohnya Mak Munah
bertukus lumus mencari rezeki demi menampung perbelajaran Zaki di London
sehingga dia lumpuh dan hampir buta.
PENGAJARAN
@ DIDAKTIK
1. Kita perlulah mempunyai sikap kasih
sayang kepada ahli keluarga. Kasih sayang ialah perasaan cinta kasih kepada
seseorang dan sesama insan. Contohnya, Anna amat menyayangi Zaki dan sanggup
berhenti belajar untuk hidup bersama Zaki dan begitu juga Zaki sangat
menyayangi Anna. Zaki juga cinta dan sayang kepada ibunya Mak Munah yang banyak
berkorban untuk Zaki berjaya dalam hidup.
2. Kita hendaklah mempunyai semangat
patriotisme dan cinta akan tanah air. Patriotisme ialah semangat hadir dalam
diri kita yang cinta akan negara dan sanggup berkorban dan berjuang demi tanah
air tercinta. Contohnya, Zaki sangat cinta akan sejarah tanah air dan menyambung
pengajian hingga ke peringkat Univerisiti di London dalam jurusan sejarah
Universiti Cambridge.
3. Kita mestilah mempunyai sikap gigih.
Contohnya Zaki gigih berusaha dalam menyambung pelajaran di London. Sikap gigih
juga boleh dilihat pada watak Mak Munah yang sangat gigih berusaha mencari
rezeki demi menampung pengajian Zaki di London.
4. Kita seharusnya mempunyai sikap jujur.
Kejujuran ialah keikhlasan yang lahir dari hati nurani. Contohnya, Zaki jujur
dalam menyintai Anna dan begitu juga Anna jujur dalam mencintai Zaki.
5. kita mestilah menuntut ilmu sehingga
berjaya. Setiap pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
pelajaran. Contohnya, Zaki adalah seorang pemuda yang sangat gigih menuntut
ilmu hingga berjaya ke Menara gading.
6. Kita hendaklah menghargai sejarah tanah
air. Sejarah yang lepas merupakan petunjuk kepada masa depan sesebuah negara,
oleh itu kita seharusnya menghargai sejarah yang tercatit dalam lipatan negara
kita.
“KEJARLAH ILMU SETINGGI GUNUNG”
*HAK CIPTA KAJIAN TULEN OLEH CIKGU SAMOZIN
assalamualaikum, untuk sinopsis drama di bumi lain ada atau tidak?
ReplyDeleteassalamualaikum saya share nota ya
ReplyDeletethanks
DeleteMcm mn mau tulis konflik anna
Deletebetul ke nota ni??sebab nak guna untuk exam
ReplyDeleteBetul, mmg utk exam ni.. saya sikgu sastera
DeleteIt is very helpful tq
DeleteIt's very helpful...thanks
ReplyDeletetq for this notes... its very helpful
ReplyDeletePale otak ang
ReplyDeleteSepatutnya sertakan contoh pada bahagian latar masa,tempat dan masyarakat baru jelas.
ReplyDeleteBenda nk mudah x boleh semua kena susah dulu njir
DeleteLogik ke latar tempat tu kerusi roda
ReplyDeleteSalam.. ciri drama dia tak de ke ?
ReplyDeletex de kot
DeleteNak tanya apa sudut pandangan dalam drama ini?
ReplyDeletenice
ReplyDelete