PUISI
TRADISIONAL “SELOKA BOROS DAN JIMAT” – NILAI INSAN SPM
MAKSUD
Katakanlah
kau ada …
Emas
bertimbun,
Ataupun
beras beguni, berkampit, berkarung,
Wang
penuh di gedung, padat di kantung.
Ø Seloka ini memberitahu sekiranya anda
ada emas bertimbun atau beras berguni, berkampit, berkantung dan wang sangat
banyak penuh dalam simpanan
Tetapi
jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya
segera juga akan habis pergi.
Ø Pada rangkap ini, penulis memberitahu
walaupun ada yang dan beras berguni namun jika boros ia akan tetap akan habis.
Walaupun
beras, tak terbilang ulasnya,
Akan
timpas juga, tak tingga sebiji.
Ø Walaupun beras terlalu banyaknya tetap
akan licin dan habis juga jika tidak berjimat cermat
Begitulah
tetap akan akibatnya,
Kalau
bersifat boros dan habur;
Jimat
cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak
mahu harta terkubur.
Ø Itulah kesan sekiranya kita bersikap
boros dan berbelanja secara tidak berhemah. Sikap berjimat cermat sahaja cara
untuk kita tetap berharta dan ada sentiasa.
Bidal
Melayu sedia berkata:
“Nak
kaya berdikit-dikit,
Nak
ramai bertabur urai”;
Masa
mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Ø Bidalan Melayu ada mengatakan jika
hendak kaya raya berdikit-dikit, jika hendak disukai ramai bertabur urai, masa
mewah ramai kawan bila jatuh miskin tinggal keseorangan. Bidalan ini menasihati
agar kita berhati-hati dalam berbelanja dan harus bersikap jimat cermat.
TEMA
Seloka
Boros dan Jimat bertemakan kepentingan mengamalkan jimat cermat dalam
kehidupan. Sikap boros dan jimat adalah satu sikap yang menentukan cara kita
mengurus diri dalam perbelanjaan kita dalam keseharian-harian. Jika kita boros
ia akan habis jika kita berjimat sudah pasti kita akan terjamin masa depan.
Pengurusan kewangan terutamanya perlu dilakukan dengan bijaksana kerana
pengguna bijak adalah pengguna yang berhemah.
PERSOALAN
1)
Persoalan pentingnya sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan kita. Dengan
berjimat cermat kita akan sentiasa berbelanja dengan baik dan ia sudah pasti
menjamin masa depan kita.
2)
Persoalan Kebaikan mengurus perbelanjaan dengan baik. Jika kita bijak mengurus
perbelanjaan dengan baik sudah pasti kita akan mempunyai harta dan juga
simpanan seperti wang ringgit.
3)
Persoalan sikap boros yang akan merugikan diri. Sikap boros adalah satu sikap
yang tidak baik kerana sikap boros akan menyebabkan kita berbelanja sesuka hati
tanpa memikirkan kemudian hari. Apa yang kita miliki sekarang dan kekayaan juga
akan habis jika kita tidak menguruskan dengan baik.
4)
Persoalan kepentingan bersedekah dan berhemah iaitu kita digalakkan bersedekah
dengan membantu orang lain dan berbelanja dengan berhemah.
5)
Persoalan menabung menjamin masa depan. Sikap menabung akan membantu kita pada
kemudian hari, maka hindarilah sikap boros dan mulakan dengan menabung untuk
masa depan yang kita tidak pasti apa yang akan berlaku.
6)
Bidalan Melayu ada menasihati supaya kita sentiasa berdikit-dikit dan nak ramai
kawan bertabur urai, namun lumrah hidup apabila kita senang dan hidup mewah
akan dikeliling kawan yang ramai, bila jatuh miskin seorang pun tidak datang
menolong. Maka kita harus jadikan bidalan ini sebagai panduan masa hidup kita
ini.
BENTUK
1)
Seloka ini mempunyai lima rangkap yang tidak sekata.
2)
Seloka ini juga terdiri daripada dua hingga empat baris serangkap.
3)
Seloka ini mempunyai dua hingga tujuh perkataan sebaris.
4)
Seloka ini mempunyai lima hingga lima belas suku kata dalam sebaris.
5)
Seloka ini berbentuk bebas, rima akhir bebas dan tidak sekata
GAYA
BAHASA
1)
Sinkope iaitu penggunaan penyikatan kata atau singkatan perkataan. Contohnya
“tak” – Walaupun beras, tak
terbilang ulasnya,
2)
Renponsif
3) Kata
ganda
4)
Penggunaan imbuhan ber-
NILAI
1)
BERJIMAT CERMAT
2)
BERHEMAH
3)
NASIHAT-MENASIHAT
PENGAJARAN
1) Kita
hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan.
2) kita
perlulah berhemah dalam mengurus kewangan
3) Kita
mestilah menabung demi menjamin masa depan
4) kita
mestilah hindari sikap boros dan berbelanja secara sambal lewa
No comments:
Post a Comment