CERPEN “BUKIT
EMAS” Karya Mufidah Hanum Yusuf
SINOPSIS
CERPEN
Cerpen ini mengisahkan seorang
pemuda bernama Sahat dari Kampung Kuah, Kuching Sarawak dalam mempertahankan
Bukit Emas daripada dimusnahkan dengan pembangunan sebagai tapak kuari.
Penghulu Sudin merupakan perancang utama untuk membangunkan kuari kerana
kepentingan dirinya sendiri dalam mengejar keuntungan yang lumayan. Penghulu
Sudin sangat membenci Sahat kerana Sahat
banyak menghalang rancangannya terutama sekali semasa majlis randau. Apabila
ada sesuatu majlis atau randau dengan penduduk kampung, Penghulu Sudin sentiasa
menyuruh orang kuatnya Ayub, Kassim dan Tahot untuk memastikan bahawa Sahat
tidak akan pernah hadir dalam majlisnya kerana Sahat pasti akan memeningkan
kepalanya dan pasti akan membantah cadangannya.
Empat puluh tahun lalu, sepatutnya
ayah Sahat yang diangkat menjadi Penghulu namun kerana fitnah dilempar Penghulu
Sudin kepada Pak Jaya maka dia digugurkan sebagai calon penghulu. Penduduk
simpati namun tidak boleh menonjolkan perasaan tersebut kerana akan menerima
padah daripada Penghulu Sudin dengan ugutan dan tidak akan diberikan apa-apa
kepada mereka. Penghulu Sudin telah mengadakan mesyuarat mengejut dengan
penduduk kampung dan memastikan Sahat tidak akan muncul kerana telah menyuruh
Kassim, Ayub dan Tahot memantau perkara tersebut. Ketibaan Encik Firdaus wakil
rakyat bersama beberapa orang pegawai Jabatan tanah dan Survei disambut oleh
penduduk kampung kuah. Terbeliak mata penduduk Kampung Kuah apabila Encik
Firdaus memberitahu mereka bahawa Bukit Emas akan dimajukan. Melihat reaksi
penduduk kampung Encik Firdaus menjadi berubah air muka. Perkara sebenar tidak
pernah Penghulu Sudin maklumkan kepada penduduk kampung.
Tiba-tiba Sahat datang ke majlis
tersebut dan terus membantah lalu Sahat mengatakan bahawa mereka ingin
mengekalkan Bukit Emas yang kaya dengan buah-buahan seperti durian, langsat,
cempedak dan rambutan. Penghulu Sudin berasa sangat marah dan gelisah setelah
melihat kedatangan Sahat kerana Sahat telah menghancurkan harapannya yang ingin
menjadi Ahli Lembaga Pengarah kuari yang akan dibina, mendapat kereta mewah,
dan rumah mewah serta dapat pakej melancong seluruh dunia. Akhirnya dewan
senyap seketika apabila Sahat menjelaskan perkara sebenar dan Penghulu Sudin tidak
pernah bawa berbincang tentang pembangunan yang dijanjikan dengan penduduk
kampung. Encik Firdaus telah dihidangkan dengan buah-buahan Bukit Emas dan
mengatakan buah Bukit Emas sangat sedap. Maka encik Firdaus telah membatalkan
hasratnya itu dengan Penghulu Sudin kerana Penghulu Sudin tidak berbincang
dengan penduduk kampung dan faham kehendak penduduk kampung.
Orang kuat Penghulu Sudin iaitu
Kassim, Ayub dan Tahot insaf dengan perbuatan mereka yang selalu menganiayai
penduduk kampung dan meminta maaf kepada Sahat. Mereka akan menerima apa sahaja
hukuman yang akan dibuat Sahat tetapi Sahat mengatakan bahawa dia tidak ada
kuasa untuk menghukum mereka. Dan tiba-tiba Ayub datang dengan berlari laju dan
tercunggap-cunggap kepada Sahat dan Tahot memberitahu Penghulu Sudin telah
diserang penyakit jantung. Sahat dan Tahot terus pergi ke rumah Penghulu Sudin
dan menziarahinya. Sahat berasa bersalah. Penghulu Sudin yang melihat Sahat
menjadi makin marah kerana segala impiannya hancur dan musnah kerana Sahat muncul
di majlis randau pagi tadi. Penghulu Sudin juga marah kepada Bilal Haji Amid, Imam
Haji Ali kerana membela Sahat. Akhirnya, Sahat berjaya mempertahankan flora dan
fauna di Bukit Emas dari dimusnahkan.
TEMA
@ PEMIKIRAN
Cerpen
‘Bukit Emas’ karya Mufidah Hanum Yusof memaparkan tema kepentingan
mempertahankan alam semula jadi daripada arus pembangunan. Sahat mempertahankan
pokok buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak
kuari. Sahat menerangkan kepada wakil rakyat potensi buah-buahan di Kampung
Kuah yang bermutu tinggi hingga Kampung Kuah terkenal dalam kalangan pelancong
serta seluruh negara kerana mempunyai buah-buahan bermutu terutamanya durian
yang sangat wangi dan sedap. Selain itu, buah-buahan inilah yang menjadi sumber
rezeki penduduk kampung kuah. Alam semula jadi yang berperanan penting kepada
manusia dalam menyeimbangi suhu bumi, membekal udara segar dan ekosistem semula
jadi haruslah dipertahankan.
PERSOALAN
1. Persoalan tentang kepentingan
mempertahankan alam semula jadi daripada terus lenyap kerana arus pembangunan.
Mempertahankan alam semula jadi anugerah ciptaan tuhan yang terindah dari
musnah adalah tugas manusia selaku penghuni alam. Sahat begitu gigih dalam
mempertahankan Bukit Emas daripada dimusnahkan dengan pembangunan kuari yang
dimaklumkan oleh Encik Firdaus yang sudah mendapat persetujuan Penghulu Sudin
dan penduduk kampung, namun sebenarnya Penghulu Sudin menipu penduduk kampung
dan Encik Firdaus untuk kepentingan dirinya sendiri. Sahat telah bertindak
menceritakan hal sebenar kepada YB Firdaus dan penduduk Kampung, maka
terbongkarlah niat Penghulu Sudin. Semangat Sahat yang mencintai alam sekitar
patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.
2. Persoalan sikap tamak haloba dan
pentingkan diri sendiri. Sikap tamak haloba dan pentingkan diri sendiri dapat
dilihat pada watak Penghulu Sudin yang mengejar kekayaan dan kemewahan dunia
sehingga sanggup menggadaikan anugerah ciptaan tuhan yang terindah iaitu Bukit
Emas demi kepentingannya yang mahu menjadi Ahli Lembaga Pengarah kuari, Kereta
dan rumah mewah serta melancong ke seluruh dunia. Sikap tamak haloba dan
pentingkan diri perlu kita hindari.
3. Persoalan sikap pemimpin yang gila
kuasa. Penghulu Sudin seorang penghulu Kampung Kuah yang gila kuasa dan
pentingkan diri. Segala keputusan hal pembangunan kampung tidak dibawa
berbincang dan beliua putuskan sendiri.
4. Persoalan pentingnya sikap berani kerana
benar. Sikap berani kerana benar perlu ada dalam diri setiap orang. Keberanian
sangat penting dalam menyatakan isi hati. Sahat seorang pemuda yang sangat
berani dalam menentang Penghulu Sudin yang pentingkan diri dan mengabaikan
kemahuan penduduk kampung.
5. Persoalan pentingnya mencintai dan
menjaga alam semula jadi. Mencintai dan menyayangi alam semula jadi sangat
penting untuk memastikan alam sekitar terus seimbang. Manusia wajib menjaga
alam sekitar supaya berfungsi dengan baik. Ekosistem yang musnah akan
menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan kemusnahan flora dan fauna.
6. Persoalan tentang masyarakat yang kurang
pendidikan. Penduduk Kampung Kuah digambarkan masyarakat yang lemah dari segi
pendidikan. Mereka mudah ditipu daya kerana dianggap lurus bendul. Penghulu
Sudin mengambil kesempatan dengan kelemahan penduduk Kampung Kuah.
WATAK
DAN PERWATAKAN
1)
SAHAT
v Seorang pemuda yang berumur 40 tahun
v Seorang anak jati Kampung Kuah dan
petani sepenuh masa
v Lulusan sarjana bidang pertanian
Universiti Putra Malaysia (UPM)
v Pensyarah sambilan dalam bidang
pertanian
v Anak kepada Pak Jaya dan Mak Bedah yang
berpindah ke Sri Aman kerana kematian suaminya.
v Seorang yang mempunyai pendidikan yang
tinggi.
v Seorang yang ingin mempertahankan hak
orang-orang kampung dan Bukit Emas
v Seorang yang rasional dalam bertindak
v Seorang pecinta alam sekitar
v Seorang yang bertanggungjawab dalam
menyatakan kebenaran mengenai isu kuari
2)
PENGHULU SUDIN
v Seorang Penghulu Kampung Kuah
v Seorang yang gila kuasa dan pemimpin
kampung yang pentingkan diri sendiri
v Seorang yang tidak suka berterus terang
v Seorang yang sangat panas baran
v Seorang yang suka membuat fitnah
v Seorang yang tamak haloba
v Seorang yang pendendam
v Seorang yang mengejar kemewahan dunia
3)
ENCIK FIRDAUS / YB
v Seorang wakil rakyat yang bakal
mempengerusikan majlis randau
v Seorang yang berhati mulia
v Seorang yang tidak mementingkan diri
sendiri
v Seorang yang adil
v Seorang yang berfikiran terbuka
v Seorang yang bertindak dengan matang dan
benar
4)
KASSIM, AYUB, TAHOT
v Orang kanan Penghulu Sudin
v Sentiasa memastikan bahawa tiada
kehadiran Sahat di majlis dan randau dibuat
v Patuh akan arahan Penghulu Sudin
v Berubah fikiran apabila mengetahui
kebenaran tentang pembangunan yang dikejar Penghulu Sudin yang kaut keuntungan
dirinya sendiri sahaja
5)
PAK JAYA
v Seorang ayah kepada Sahat
v Bekas Penghulu kampung yang kalah
bertanding kerana difitnah oleh Penghulu Sudin
v Telah disenarai hitamkan oleh Penghulu
Sudin kerana membantah rancangan Penghulu Sudin
6)
MAK BEDAH
v Ibu kepada Sahat
v Seorang janda selepas kematian Pak Jaya
v Pernah dilamar oleh Penghulu Sudin
tetapi ditolak
v Telah berpindah ke Sri Aman tinggal
bersama anaknya disana
7)
WAHID
v Anak saudara Penghulu Sudin
v Pengacara majlis randau
8)
MAK SENAH
v Isteri Penghulu Sudin
9)
JAMILAH
v Anak tunggal Penghulu Sudin
10)
BILAL HAJI AMID & IMAM HAJI ALI
v Seorang Imam dan Bilal Kampung Kuah
v Menyokong cadangan Sahat untuk
mengekalkan keindahan Bukit Emas dari dibangunkan
11)
Orang kampung Kuah - Pak Daud, Karim,
Abol
12)
Encik Lim – pelabur kuari syarikat swasta
PLOT
DAN TEKNIK PLOT
Binaa Plot
1)
Permulaan :
Kisah bermula apabila Sahat pemuda
kampung banyak membangkang cadangan Penghulu Sudin dan Penghulu Sudin sangat
benci dan marah kepada Sahat dalam hal di majlis dan randau dibuat oleh Penghulu
Sudin. Untuk itu, bagi kelancaran majlis yang ingin diadakan Penghulu Sudin
akan memastikan anak-anak buahnya menyiasat dan mengesahkan bahawa Sahat tidak
hadir majlis yang dibuat oleh Penghulu Sudin.
2) Perkembangan
Ayah Sahat iaitu Pak Jaya yang
sepatutnya bertanding sebagai penghulu telah disenarai hitam kerana difitnah
oleh Penghulu Sudin. Dendam wujud antara keluarga Penghulu Sudin dengan
keluarga berlanjutan hingga ke anaknya iaitu Sahat. Sahat selaku pemuda kampung
yang berjuang demi kebenaran tetap akan mempertahankan kampung kuah dan bukit
emas dari dimajukan dengan pembangunan kerana keindahan dan kelazatan
buah-buahan durian, cempedak, langsat dan rambutan bukit emas menarik pelancong
datang ke Bukit emas.
3) Perumitan
Majlis randau telah dibuat secara
mengejut dan Penghulu Sudin telah yakin Sahat tidak ada di Kampung Kuah kerana
ke Sri Aman berjumpa keluarganya disana. Yb Firdaus telah disambut dengan
meriah dan penduduk kampung hadir dalam majlis randau yang dibuat Penghulu
Sudin. Yb Firdaus telah menyatakan tujuan dia datang dengan rombongan Pejabat
Tanah dan Survei. Semua penduduk kampung terkejut dan tergaman dengan hasrat yb
nyatakan secara tersirat iaitu untuk jadikan bukit emas akan memuntahkan emas?
4) Konflik / Klimaks /
Puncak Cerita
Penduduk kampung yang terkejut dengan
khabar berita tersebut terbeliak mata dan dalam tanda tanya apa yang
disampaikan yb Firdaus. Maka yb firdaus juga kebingungan kerana hairan penduduk
kampung yang terkejut. Maka Penghulu Sudin jadi serba salah kerana sikapnya
yang menipu orang kampung dan Yb Firdaus. Dengan tiba-tiba muncul Sahat yang
mempertahankan kebenaran bagi pihak penduduk kampung dengan menyatakan penduduk
kampung tidak tahu menahu tentang hal pembanguan kuari kampung kuah. Bukit Emas
yang memberi sumber rezeki penduduk kampung selama ini akan dimajukan dengan
kuari gara-gara sikap gila kuasa dan pentingkan diri sendiri Penghulu Sudin. Namun
hasrat Penghulu Sudin terkubur dengan kehadiran Sahat yang tiba-tiba muncul dan
menyatakan kebenaran. Yb Firdaus telah membatalkan hasratnya setelah menikmati
kelazatan buah-buahan tempatan hasil kebun Bukit Emas. Penghulu Sudin sangat
marah dengan Sahat kerana hasratnya untuk jadi Ahli Lembaga Pengarah Kuari
tidak tercapai, kereta mewah dan rumah besar juga lebur.
5) Peleraian
Penghulu Sudin diserang sakit jantung
dan Bilal Haji Amid dan Imam Haji Ali menenangkan Penghulu Sudin dan menyokong
apa yang Sahat pertahankan. Hal ini membangkitkan lagi kemarahan Penghulu
Sudin.
Teknik
Plot
1) Pemerian iaitu
penceritaan oleh pengarang dalam menjelaskan susun galur cerita. Penggunaan
pemerian memberi kesan yang jelas dan baik dalam teknik penceritaan oleh
pengarang.
2) Dialog. Penggunaan
dialong juga menghidupkan cerita cerpen Bukit Emas. Dialog yang berlaku dalam
cerpen memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah untuk pembaca menghayati
cerita yang disampaikan.
3) Teknik imbas kembali.
Teknik imbas kembali digunakan dalam menyusun jalan cerita cerpen ini. Imbas
kembali berlaku apabila perkisahan Pak Jaya yang difitnah oleh Penghulu Sudin.
4) Teknik imbas muka.
Teknik imbas muka diselitkan untuk membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya
pembanguan kuari dilakukan di Bukit Emas.
5) Teknik Kejutan. Unsur
kejutan juga digunakan oleh pengarang iaitu pengarang membuat kejutan dengan
kehadiran Sahat secara tiba-tiba dalam majlis randau yang dibuat Penghulu
Sudin. Semua penduduk kampung terkejut terutama sekali Penghulu Sudin. Begitu juga
dengan pembaca turut terkesan dengan kehadiran Sahat yang muncul secara
tiba-tiba.
6) Teknik saspens iaitu
teknik pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika Sahat tidak muncul dan
apa yang akan berlaku sekiranya Sahat muncul.
7) Monolog dalaman iaitu
bisikan hati atau berkata-kata dalam hati. Teknik diselitkan dalam watak Sahat
dan Penghulu Sudin yang masing-masing berdialog dalam diri sendiri tentang apa
yang mereka lakukan dan bertindak. Contoh
monolog dalaman Penghulu Sudin : “Terlalu ramai mereka yang akan tersenarai
dalam senarai hitamnya, ‘bisik hati Penghulu Sudin”.
8) Monolog luaran iaitu
percakapan sendirian . Penghulu Sudin bermolonog luaran dengan berharap Sahat
tidak akan muncul dalam majlis yang dia anjurkan bersama YB Firdaus.
LATAR
LATAR MASA
v
Petang
semalam
v
40
puluh tahun lalu
v
1
hari sepanjang majlis randau hingga akhir cerita
LATAR TEMPAT
v
Kampung
Kuah
v
Balai
Raya Kampung Kuah
v
Bukit
Emas
v
Sri
Aman
v
Kuching,
Sarawak
v
Universiti
Putra Malaysia - Universiti Pertanian Malaysia (Kolej Pertanian Malaya)
v
Pejabat
daerah
v
Jabatan
Tanah dan Survei
LATAR
MASYARAKAT
v
Masyarakat
yang kampung yang menjalankan kerja pertanian. Penduduk kampung Kuah
menjalankan aktiviti pertanian dengan berkebun dan bercucuk tanam. Kampung Kuah
kaya dengan hasil tanaman buah-buahan yang lazat dan sedap.
v
Masyarakat
kampung yang jauh dari pembangunan. Corak berfikir penduduk kampung yang tidak
berani meluahkan isi hati.
v
Masyarakat
yang mempertahankan alam semula jadi dari dimusnahkan. Penduduk kampung Kuah
sangat menyayangi alam sekitar dan bukit emas yang menjadi tempat sumber rezeki
mereka.
v
Masyarakat
yang berpendidikan tinggi. Sahat merupakan antara pemuda kampung yang
berkelulusan sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
v
Masyarakat
kampung yang cintakan tanah air dan khazanah kurniaan Tuhan. Penduduk kampung
Kuah sangat sayang dan mahu kekalkan Bukit Emas seperti sediakala.
v
Masyarakat
pemimpin yang gila kuasa. Penghulu Sudin merupakan antara pemimpin yang sangat
gila kuasa dan bertindak mengikut kepentingan sendiri dan siap mempunyai
senarai hitam untuk sesiapa sahaja yang menentangnya.
NILAI
1.
Berani
kerana benar
2.
Kegigihan
3.
Kejujuran
4.
Cinta
alam sekitar
5.
Berpendidikan
6.
Rasional
dalam bertindak
7.
Ketabahan
8.
Menghargai
anugerah ciptaan Tuhan
9.
Hormat-menghormati
10. Berpendirian tegas
PENGAJARAN
1.
Kita
hendaklah berani bertindak demi kebenaran. Sahat seorang pemuda kampung yang sangat
berani bertindak demi menegakkan kebenaran untuk penduduk Kampung Kuah dan masa
depan Bukit Emas.
2.
Kita
perlulah berusah gigih dalam mencapai hasrat yang diimpikan. Sahat seorang yang
gigih mempertahankan alam semula jadi dari musnahkan dengan pembangunan yang
ingin dibuat Penghulu Sudin. Sahat gigih dalam menegakkan pendiriannya.
3.
Kita
mestilah jujur dalam berkata-kata. Sahat jujur dalam menerangkan kepada Yb
Firdaus tentang penduduk kampung mahu kekalkan Bukit Emas sebagai tempat sumber
rezeki penduduk kampung dengan hasil buah-buahan yang sangat sedap seperti
durian, cempedak, langsat, rambutan dan banyak lagi hasil hutan yang lain.
4.
Kita
seharusnya, mempunyai perasaan cinta terhadap alam sekitar. Sahat merupaka
antara pemuda kampung yang memilih untuk menjadi petani kerana cinta akan alam
sekitar yang indah damai kerana hutan lah sumber udara dan ekosistem yang
terbaik untuk atasi masalah pemanasan global.
5.
Kita
hendaklah berpendidikan barulah kita akan bertindak dengan rasional dalam
setiap perbuatan kita.
6.
Kita
hendaklah hindari sikap pentingkan diri. Sikap ini pasti akan membuat kita
tidak disenangi oleh sesiapapun.
Terima kasih admin !!! Sangat sangat membantu
ReplyDeletenk tanya gambaran masyarakat tu mcm mna ehh?
ReplyDeleteGambaran masyarakat tu kita tengok watak watak yang mewakili cerita jika penduduk kampung petani => masyarakat golongan petani dan pesawah
ReplyDeleteSangat lengkap dan sangat membantu untuk membuat nota . Tq
ReplyDeleteKalau bentuk kronologi dan bukan kronologi tu apa...boleh tolong jelaskan?
ReplyDeleteokeyy..mntapp..lngkapp..juga.cun❤😉
ReplyDeletenk tanya gaya bahasa ada takk
ReplyDeleteBagus semuanya ada👌❤️❤️❤️❤️❤️
ReplyDeleteApa kritikan sosial,boleh tlg jelaskan dua ke
DeleteNk tanya boleh jelaskan dua kritikan sosial yang terdapat dalam cerpen bukit emas ke
ReplyDeleteApa dua kritikan sosial
ReplyDeleteApa pandangan krisis tentang perwatakan penghulu sudin ?
ReplyDeleteAde tak contoh teknik plot di sini??
ReplyDeleteapa dua keperibadian unggul utk cerpen ni?
ReplyDelete