Tuesday, August 23, 2016

PENGENALAN GENRE PROSA TRADISIONAL NILAI INSAN

GENRE PROSA TRADISIONAL

Pengenalan

-kesusasteraan melayu tradisional di hasilkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.
-ianya mencakupi ruang lingkup yang amat luas.
-peringkat awal ianya merupakan hasil karya yang bersifat kolektif yang di sampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
-setelah kedatangan islam barulah ianya dihasilkan dalam bentuk tulisan.
-kesusasteraan melayu tradisional terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bersifat naratif(prosa) dan non-naratif(puisi)
-karya-karya berbentuk naratif seperti
1. sastera sejarah
2. sastera epik
3. sastera lipur lara
4. sastera hikayat
5. sastera panji
6. cerita lagenda
7.cerita binatang
8. cerita jenaka

-karya berbentuk non naratif (puisi ) ialah syair,seloka,gurindam,pantun.

1. sastera sejarah
-sebuah karya yang mengisahkan salasilah dan jurai keturunan raja-raja. tujuan penulisan adalah untuk merakamkan salasilah keturunan dan zaman pemerintahan raja.
contoh sastera sejarah:adapt istiadat melayu perak, sejarah melayu.

ciri-ciri sastera sejarah
1.         tema –keagungan Negara kota dan tentang asal usul keturunan raja-raja yang memiliki keistimewaan yang luar biasa.
2.         plot-bersifat kronologi dan terbahagi kpd 3 iaitu:
a)         peringkat awal-dimulakan dengan kisah pembukaan negeri dan jurai keturunan raja yang dikaitkan dengan tokoh2 agung dunia.
b)         peringkat pertengahan-mengisahkan keagungan dan kegemilangan negara kota.
c)         peringkat akhir- zaman kemerosotan dan kejatuhan negara kota yang disebabkan kelemahan sistem pentadbiran raja2.
3.         latar-(latr tempat )banyak negeri-melaka,pahang,majapahit dll.(latar masa)-zaman awal pembukaan Negara,perkembangan,kegemilangan,kejatuhan.
4.         watak perwatakan-watak raja2 yang memerintah,anak2 raja, pembesar,hulubalang, pahlawan.
5.         unsure lagenda dan mitos-wujud unsure ini tujuan untuk meninggikan dan mengukuhkan kedudukan raja.

2. Sastera epik
-iaitu kerya yang mengisahkan tentang kepahlawanan,keberanian,dan kesetiaan watak wira yang luar biasa.Contoh sastera epik:pahlawan terbilang kerajan gemilang.hikayat hang tuah.

ciri2 sastera epik
1.         tema- tentang kepahlawanan, keberanian, kesetiaan, dan mempunyai sifat yang luar biasa yang ada pada wira.
2.         plot cerita epik berkisarkan kehidupan wira daripada kecil sehingga dewasa.plot terbahagi kepada 3 iaitu asal usul wira, zaman kegemilangan wira dan kematian wira.
3.         watak perwatakan-ramai watak( manusia,binatang,dewa dewi dll)tumpuan kepada watak wira yang memiliki keistimewaan, berani,bijak,setia, mempunyai kuasa sakti.
4.         contoh cerita epik hikayat hang tuah/ pahlawan terbilang kerajaan gemilang.

3. sastera lipur lara
-ciri-ciri
a) tema-tentang percintaan, penyamaran,dan peperangan yang diakitkan dengan wira dan wirawati
b) plot mengisahkan tentang kehidupan anak raja iaitu putera raja yang memiliki pelbagai kesaktian dan puteri raja yang memiliki kecantikkan yang luar biasa.plot bergerak secara kronologi dan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum pengembaraan yang dikaitkan dengan pengenalan watak2 wira dan wirawati dilahirkan .gambaran kelahiran adalah secara luar biasa.diceritakan juga bagaimana wira dan wirawati keluar mengembara.peringkat kedua iaitu semasa mengembra iaitu wira keluar mengembara den semasa mengembara terpaksa mengharungi pelbagai dugaan.peringkat terakhir seleps pengembaraan iaitu wir berjaya menempuh semua halangan dan berjaya pulang ke negeri asal membawa isterinya.
c) watak perwatakan-berpusat kepada watak anak2 raja. watak utama ( iaitu watak dikalangan putera puteri raja yang memiliki keistimewaan yang luar biasa dari segi rupa paras,dan kesaktian )watak pembantu(watak yang membantu wira dan wirawati apabila menghadapi pelbagai masalah.watak jahat( watak yang cuba menghalang wira dan wirawati daripada bersatu.

4.sastera hikayat
ahila saster dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa melayu klasik.isinya tentang cerita-cerita ajaib yang berunsur hiburan.
jenis2 sastera hikayat
a)         sastera hikayat berunsur hindu-temanya tentang pengembaraan,precintan serta peperangn yang berakhir kepada kemenangan wira.
b)         sastera hikayat berunsur hindu-islam- tema tentang pengembaraan watak utama iaitu putera raja yang mempunyai kesaktian,plot terbahagi 3 sebelum pengembaraan ,semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan.,latarnya luas
c)         sastera hikayat berunsur islam(cerita berbingkai)-setiap cerita mempunyai dua bahagian iaitu bahagian bingkai dan bahagian isi.bahagian bingkai dianggap sebagai maksud cerita .Bahagian 2 ialah cerita disipan dalam cerita bingkai.- Tema berhubung dengan persoalan pengajaran-


5. sastera panji
-berasal dari negeri jawa. mengisahkan tentang zaman kegemilangan kerajaan majapahit yang berkisarkan tentang 4buah kerajaan iaitu Daha,Gagelang
ciri-ciri
1.         tema-tentang percintaan dan pengembaraan wira dan wirawati.dalam pengembaraan tersebut berlaku unsur penyamaran agar diri tidak dikenali.
2.         plt bersifat kronologi iaitu sebelum pengembaraan,semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan.cerita berakhir dengan kegembiraan kerana wira dan wirawati bertemu dan akhirnya hidup bajía.
3.         watak perwatakan-terdiri daripada watak wira dan wira wati, pembantu wira dan wira wati.

prosa tradicional

-ciri-ciri
1. isi cerita tidak tetap kerana berlaku tokok tambah kerana ianya disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain
2. bersifat universal atau sejagat-iaitu prosa tradicional ini adalah hak milik bersama masyarakat
3. mempunyai banyak versi
4. terdapat menyerapan unsur lagenda dan unsur mitos

prosa melayu tradicional / golongan sastera

1.         adat istiadat melayu perak ( sastera sejarah)
2.         pahlawan terbilang kerajaan gemilang ( sastera epik)
3.         Hikayat ali bada syah ( sastera hikayat)
4.         tiga negeri semawar ( sastera lipur lara)
5.         usul menunjukkan asal(sastera panji)
6.         bunga bakawali( sastera hikayat)

FOKUS UTAMA UNTUK BUKU NILAI INSAN ADALAH 3 PROSA TRADISIONAL SAHAJA

1) SASTERA PANJI (RADEN INU DAN KEN TAMBOHAN)
2) SASTERA EPIK (HANG TUAH DI UTUS KE SIAM)
3) SASTERA HIKAYAT (HIKAYAT PARANG PUTING)

1 comment:

  1. X de pun sastera hikayat parang puting Dan cerpen Lin pn Ada Dua no bodoh betul

    ReplyDelete