SAJAK : INGATAN KEPADA KAWAN “XXIV” karya
Zaen Kasturi
MAKSUD SAJAK
Risik hujan dan gersangnya dedaunan
adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui
segala-galanya berjalan dan terus berjalan
segala-galanya akan ada untukmu
segala-galanya akan bersatu dalam
kejernihan sukmamu.
Ø
Dunia sentiasa berubah dan kita harus melalui
perubahan tersebut yang lalu terus berlalu semua yang ada membantu kita yang
mempunyai sifat dan jiwa yang murni.
Aku adalah bayangan yang entah
sementara atau nyata
di sebalik rendang dan
redupnya pohon hayat
mungkin saat kita mengunyah
makna semua ini
kita akan menjadi diri kita yang tahu
apa itu resah angin dan risik hujan
tak kunjung mimpi tanpa
tidur yang panjang
tak hadir cinta tanpa hidup yang
ditakdirkan.
Ø Hidup
ini adalah sementara di bumi yang indah ini. Disaat kita begitu asyik mengejar
kehidupan bersama kawan. Kawan yang tahu erti sebuah persahabatan, kesetiaan
disaat susah dan senang. Perasaan cinta dan sayang tidak mungkin hadir jika
tidak ditakdir sebegitu dan begitu juga sebaliknya.
Saat kita menyedari bahawa hidup
menggendong kita
pada suatu arah yang benar dan terang
kita akan terus menjadi sepasang
serangga yang mengerti di mana angin
berguling, di mana bunga berpuing aku
akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku.
Ø Suatu
hari kita akan sedar yang hidup ini sentiasa ada untuk akan menyedari ialah
kawan sentiasa sejati sepasang kawan yang bersama merempuhi dugaan hidup,
saling membantu disaat susah dan senang.
Mengerti kejadian cinta adalah
perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya.
Kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita.
Ø Erti
sebuah cinta bukan sekadar inginkan sesuatu yang diingini. Dia menampung segala
peritnya kesusahan sebuah kehidupan.
Kau adalah samudera
yang menenggelamkan
segenap benci dan angkara.
Hidup ini bagaikan karang segara
kan sering dipukul gelombang.
(Kautahu? Itulah yang membuatnya indah)
Ø Dia
terpaksa menampung semua kebencian dengan pertengkaran yang berlaku dalam
hidup. Hidup ini selalu ditempuh masalah yang datang menguji kita dan
disebabkan itulah kehidupan sekawan ini indah.
TEMA
Sajak Ingatan Kepada Kawan “XXIV” memaparkan tema
tentang kasih sayang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup berkongsi
masalah bersama-sama.
PERSOALAN
1. Kepentingan
sikap setia kawan. Contohnya, kawan sentiasa sejati, sepasang kawan yang
bersama menempuhi dugaan hidup.
2. Pentingnya
bersikap sabar. Contohnya, dia menampung segala peritnya kesusahan sebuah
kehidupan.
3. Pentingnya
bersikap berjiwa murni. Contohnya, semua yang membantu kita mempunyai sifat
berjiwa murni.
4. Pentingnya
perasaan kasih sayang dan cinta sesama insan. Kasih sayang merapatkan hubungan
silatulrahim antara kawan.
5. Kepentingan
mengekalkan hubungan silalturahim. Hubungan dan ikatan boleh dieratkan dengan
saling percaya antara satu sama lain.
BENTUK
1. Sajak
ini mempunyai 5 rangkap yang tidak sekata.
2. Sajak
ini terdiri daripada 6 hingga 12 baris dalam setiap rangkap.
3. Sajak
ini terdiri daripada 1 hingga 7 patah perkataan sebaris.
4. Bilangan
suku kata sajak ini ialah 4 hingga 15 suku kata.
5. Rima
akhir sajak ini berbentuk bebas iaitu :
rangkap 1 :
abcadbd
rangkap 2 :
abcdaefcgggc
rangkap 3 :
abcdefe
rangkap 4 :
abbccb
rangkap 5 :
abaacd
GAYA BAHASA
1. Bahasa
klasik - sukma
2. Hiperbola
– risik hujan dan gersangnya kedaulatan
3. Unsur
alam – hujan, angina, samudera, gunung
4. Kata
ganda – segala-galanya
5. Metafora
– pohon hayat
6. Anafora
– segala-galanya
7. Simile
– bagaikan karang segara
8. Sinkope
– tak, kau
NILAI
1. Nilai
setia kawan. Contohnya, kawan sentiasa sejati, sepasang kawan yang bersama
menempuhi dugaan.
2. Nilai
kesabaran. Dia menampung segala peritnya kesusahan sebuah kehidupan.
3. Nilai
kerajinan. Contohnya, semua yang ada membantu kita yang mempunyai sifat dan
jiwa yang murni.
4. Nilai
kejujuran. Dalam bersahabat sifat jujur sangat penting untuk lahirkan perasaan
saling percaya antara satu sama lain.
5. Cinta
dan kasih sayang. Perasaan cinta dan kasih sayang kepada kawan merupakan tanda
kita tulus menyayangi kawan yang hidup bersama melalui senang dan susah
berjuang dalam hidup.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah setia kawan dalam persahabatan. Contohnya, kawan sentiasa sejati,
sepasang kawan yang bersama menempuhi dugaan.
2. Kita
mestilah mempunyai kesabaran dalam hidup. Contohnya, dia menampung segala
peritnya kesusahan sebuah kehidupan.
3. Kita
perlulah mempunyai sikap kerajinan, Contohnya, semua yang ada membantu kita
yang mempunyai sifat dan jiwa yang murni.
4. Kita
seharusnya cinta dan sayang kepada sahabat. Perasaan cinta dan sayang akan
mengeratkan lagi hubungan persahabatan kerana segala susah senang akan
ditempuhi bersama.
Kalau sajak lidah anakku berbelang belang ada tak?
ReplyDeleteNada dea apa ek?
ReplyDeleteapa nada dia
Deleteapa nada dia?
ReplyDeleteApe maksud redupnye pohon hayat ?
ReplyDelete