SAJAK
“PANCANG
KENANGAN” karya Khadijah Hashim
MAKSUD
SAJAK
Ada
telinga cuma hiasan muka
dia
pekak diasak bunyi jentolak
tidak
terdengar kicau murai
nyaring
katak memanggil hujan
bising
cengkerik di kala senja
desir
daun kelapa disentuh angina
juga
kocakan air di sungai
ke
manakah suara itu menghilang?
1. Penyajak memberitahu bahawa disebabkan
mengejar pembangunan telinga yang sepatutnya mendengar dipekakkan akibat bunyi
jentolak yang kuat bekerja membangunkan tanah maka tidak diendahkan bunyi sang
burung, katak, cengkerik, desir daun kelapa dan aliran air sungai akibat
perbuatan manusia yang mengejar kemajuan dan pembangunan dan penyajak bertanya
ke mana perginya suara-suara tersebut?
Dia
mengangkat muka letih
setelah
lama tunduk menurut perintah
akur
dengan rentak arus perubahan
di
sana terhampar padang nan tandus
di
sini bukit gondola hilang hutan
bumi
merekah telaga kontang
kering
dasar sungai tebing pun hilang
kita
berjalan kaki tak perlu bersampan!
2. Penyajak mengatakan bahawa semuanya
telah berubah akur dengan apa yang berlaku mengikut arus perubahan dan kesannya
tinggallah padang yang ketandusan, bukit yang digondol tiada lagi hutan
belantara, bumi merekah akibat telaga kekeringan air, dasar sungai pula juga
kering dan tebing tebing juga turut hilang dan akibatnya sungai tidak dapat
lagi dilalui sampan, maka akhirnya hanya berjalan kaki hilang sudah
pengangkutan air akibat sungai sudah musnah.
Suara
kapitalis kain lantang
bantahan
pencinta alam dicatatkan
janjinya
akan segera bertindak
kempen
dan slogan cintai sungai
tidak
berdaya menjernihkan air
mempertahankan
nyatuh dan merbau
memanggil
datang terkukur dan punai
tiada
lagi ngauman berani harimau
letih
lesu hilang daya melawan
yang
tinggal hanya pancang kenangan.
3. Pada rangkap ini, penyajak memberitahu
bahawa hanya suara dan omongan pemaju dan kapitalis sahaja yang kuat
kedengaran. Bantahan dan luahan perasaan para pencinta alam hanya dicatat
sahaja, segala usaha kempen dan slogan cintai sungai hanya mampu berdiri
sebagai slogan semata dan tidak mampu memulihkan kekeruhan air, menyelamatkan
nyatuh dan merbau, terkukur dan punai dan sudah tidak kedengaran lagi bunyi
ngauman harimau akibat pembangunan alam sekitar musnah dan segala isinya terkorban
yang tinggal hanya sebuah kenangan iaitu tunggul kayu sebagai pancang kenangan.
TEMA
SAJAK
Sajak “Pancang
Kenangan” membawakan tema proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam
sekitar. Alam sekitar iaitu hutan, sungai, padang, daratan semua musnah akibat
pembangunan yang dilakukan segala isi hutan habis mati dan hilang begitu juga
dengan sungai menjadi kering dan tidak mengalirkan air seperti dahulu boleh
mendayung sampan. Inilah akibat pembangunan yang dilakukan sekiranya tidak
seimbang dengan ekosistem.
PERSOALAN
1. Persoalan sikap manusia yang begitu
rakus terhadap alam sekitar. Manusia membuat pembangunan dan kemajuan dengan
memekakkan telinga tentang kesengsaraan dan kemusnahan isi hutan sungai dan
alam sekitar. Manusia rakus mengejar keuntungan dan kemewahan semata tanpa
memikirkan akibat perbuatan mereka.
2. Persoalan kemusnahan dan kepupusan flora
dan fauna. Flora dan fauna musnah dan pupus akibat pembangunan yang dilakukan
semua bukit dan padang digondolkan untuk membuat pembangunan. Akibatnya hidupan
flora dan fauna akan pupus dan musnah.
3. Persoalan hilangnya habitat atau tempat
tinggal flora dan fauna. Akibat pembangunan tempat tinggal tumbuhan dan haiwan
musnah.
4. Persoalan ekosistem alam sekitar
bercelaru dan mengakibatkan suhu bumi berubah. Cuaca dan suhu bumi menjadi
tidak menentu kerana tangan-tangan manusia yang melakukan segala kerosakan dan
kemusnahan alam sekitar.
5. Pentingnya sikap cintai alam sekitar dan
sungai. Penyajak mengajak pembaca untuk sama-sama menyintai dan menghargai alam
semula jadi anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya.
6. Kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar. Sebagai manusia penghuni bumi kita perlu sedar akan peranan alam
sekitar yang menyediakan zon udara yang terbaik dalam proses fotosintesis. Maka
kita sewajarnya memelihara dan memulihara alam sekitar sebaikmungkin.
BENTUK
SAJAK
1. Sajak ini mempunyai 3 rangkap.
2. Sajak ini terdiri daripada 8 hingga 10
baris serangkap.
3. Sajak ini mempunyai 4 hingga 6 patah
perkataan dalam sebaris.
4. Sajak ini mempunyai 9 hingga 13 suku
kata dalam sebaris.
5. Rima akhir sajak ini berbentuk bebas
iaitu Rangkap 1 : abcdadce, rangkap 2 : aabcdeed, dan rangkap 3 : abcdefdfbb
GAYA
BAHASA
1. Sinkope – tak
2. Anafora – di sana ….
di sini …. perkataan di adalah anaphora
3.
Personifikasi – katak memanggil hujan
4.
Aliterasi – yang tinggal hanya pancang kenangan
5.
Asonansi – Ada telinga hanya hiasa
muka = perulangan huruf a
NILAI
1. Amanah
2. Bertanggungjawab
3. Kasih sayang
4. Tidak mudah berputus asa
5. Cintai alam sekitar
6. Menghargai alam
7. Bersyukur
8. Hindari sikap rakus dan tamak haloba
PENGAJARAN
1. Kita mestilah amanah ketika melakukan
sesuatu perkara. Contohnya, amanah dalam melakukan sesuatu perkara yang
diarahkan oleh ketua dan seseorang.
2. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga
alam sekitar , kerana kita selaku penghuni alam perlu memastikan keseimbangan
pembangunan dengan ekosistem alam semula jadi.
3. Kita hendaklah mempunyai nilai kasih
sayang kepada alam sekitar. Contohnya, menjaga alam sekitar dan menjaga sungai
agar terpelihara daripada pencemaran akibat pembangunan yang dilakukan.
4. Kita perlulah menghargai alam sekitar.
Udara yang kita sedup dan hirup setiap hari adalah hasil fotosintesis yang
dilakukan oleh pokok-pokok dihutan, maka kita kena sedar bahawa pembangunan
yang dilakukan mesti seimbang dengan kemusnahan hutan yang digondol.
5. Kita hendaklah bersyukur dengan kurniaan
Tuhan. Alam sekitar yang indah dan terpelihara akan menjadi pengekalan habitat
flora dan fauna, pengawalan suhu bumi yang baik dan kita juga hidup dalam udara
yang segar.
Terima Kasi atas nota trsbut
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteapa nadaa ngn contoh sajak ni
ReplyDeletehaah nk nada jugak
DeleteHaah nk thu nada jugak
ReplyDelete