SYAIR
SERATUS SITI (JUNAINI KASDAN)
MAKSUD
RANGKAP SYAIR
|
MAKSUD SYAIR
|
Tersebut pula suatu
perkataan,
Raja Malabari empunya
kerajaan,
Sehari-hari
bersuka-sukaan,
Rakyatnya banyak tiada
terkian.
|
Maka tersebut sebuah
kisah Raja Malabari dan kerajaannya yang hidup gembira bersuka ria serta
rakyatnya terlalu ramai tidak terkira banyaknya.
|
Bangsanya Ajam baginda itu,
Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk
banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.
|
Bangsa Ajam keturunan baginda memiliki
kerajaan besar dan berkuasa kerana mempunyai jajahan takluk yang banyak dan
semua memberi ufti kepada baginda.
|
Ada kepada suatu hari,
Baginda semayam di balai seri,
Dihadap sekalian hulubalang menteri,
Ramainya tidak lagi terperi.
|
Pada suatu hari Baginda berehat di
balairung seri dihadap semua menteri dan hulubalang yang sangat ramai.
|
Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.
|
Ramai rakyatnya hidup aman sejahtera,
dari desa hingga kota tiada sengsara dan mereka semua datang menghadap
baginda.
|
Lasykarnya banyak beribu laksa,
Penuh sesak segenap desa,
Negerinya makmur sangat sentosa,
Sehari-hari suka termasa.
|
Baginda mempunyai beribu kapal dan
lasykar sehingga ceruk desa negeri aman makmur dan hidup dengan gembira.
|
Baginda melihat kebesarannya,
Sangatlah takbur pada rasanya,
Lalu bertitah kepada menterinya,
Aku nan siapa tara bandingnya.
|
Baginda bangga dengan kebesarannya dan
kehebatannya kerajaan miliknya sehingga takbur dan angkuh lalu berkata siapa
lagi yang setara dengan kebesarannya.
|
Adakah raja terlebih kaya,
Daripada aku terlebih mulia,
Akulah raja di dalam dunia,
Terlebih daripada aku manakah dia.
|
Baginda turut bertanya adakah lagi
orang lebih kaya daripadanya lebih mulia dan mempunyai kerajaan besar
setaranya, siapakah hebat lagi dari Aku?
|
Baiklah segera kamu berkata,
Kepada kau supaya nyata,
Aku nan hendak mendengar warta,
Adakah raja bermahkota.
|
Baginda terus bertanya untuk mendapat
jawapan siapa lagi lebih kaya dan hebat dari baginda raja bermahkota?
|
Berdatang sembah seorang pahlawan,
Kaya tuanku tiada berlawan,
Serta adil dengan kelimpahan,
Rakyat tentera berkoyan-koyan.
|
Lalu datang seorang pahlawan
memberitahu tiada siapa yang standing dengan Baginda Raja Malabari yang adil
dan memiliki rakyat serta tentera yang sangat ramai.
|
TEMA
Syair Seratus Siti
bertemakan kehebatan dan keangkuhan seorang pemerintah.
PERSOALAN
1) Persoalan pemerintahan raja yang
hebat dan besar jajahan takluknya. Raja Malabari seorang baginda raja yang
menguasai banyak negeri dan menerima ufti iaitu hadiah dari negeri takluknya.
Raja Malabari hebat dalam mentadbir dan mengurus negerinya.
2) Persoalan pentingnya Raja mempunyai
tentera yang ramai dan menurut perintah. Raja Malabari mempunyai tentera yang
sangat ramai dan semuanya patuh dan tunduk kepada baginda.
3) Persoalan kepentingan rakyat bersatu
padu dan sejahtera. Rakyat jelata kerajaan Raja Malabari hidup aman makmur dan
bahagia.
4) Persoalan sikap angkuh dan takbur
seorang pemerintah. Raja Malabari angkuh dan takbur dengan kehebatan, kekayaan
dan kemuliaan dirinya.Baginda bertanya pada semua siapa yang setara dengannya
untuk membandingkan dan menunjukkan bahawa dia adalah raja paling hebat dan
berkuasa.
5) Persoalan pentingnya menurut perintah
raja. Rakyat jelata semua akur dan tunduk hormat kepada baginda raja dan
bersatu mempertahankan kesejahteraan dengan menjadi tentera menjaga keamanan.
6) Persoalan kekayaan dan kehebatan
raja. Raja Malabari mempunyai beribu lasykar dan tentera.
BENTUK
1)
Syair ini mempunyai 9 rangkap yang sekata barisnya.
2)
Syair ini terdiri daripada 4 baris serangkap.
3)
Syair ini terdiri daripada 2 hingga 5 patah perkataan serangkap
contohnya :
Sehari-hari bersuka-sukaan ( 2 patah perkataan)
: Berlimpah sampai ke tepi kota (5 patah perkataan)
4) Syair ini terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata dalam
sebaris
5) Syair ini mempunyai rima akhir yang sekata iaitu aaaa
GAYA BAHASA
1) Kata Ganda – contohnya : sehari-hari , bersuka-sukaan
2) Bahasa Melayu klasik – empunya, terkian, terperi,
3) Bahasa Istana – Raja, Baginda, Tuanku,
4) Sinkope – ku
NILAI
1) Ketaatan
2) Kejujuran
3) Kebijaksanaan
4) Kemegahan
5) Kemakmuran
6) Kedamaian
7) Keadiilan
PENGAJARAN
1) Kita hendaklah taat dan setia kepada
pemerintah, raja dan negara. Rakyat Baginda Raja Malabari taat dan setia kepada
baginda dan ramai menjadi askar dan benteng negara.
2) Kita mestilah jujur dalam berkata.
Contohnya, pahlawan jujur mengatakan tiada siapa setanding dengan baginda raja
Malabari dari segi kekayaan, kemewahan, kehebatan, kebesaran, kekuasaan
baginda.
3) Kita haruslah bijaksana dalam
mentadbir dan mengurus negara. Raja Malabari bijak menjaga kerajaan baginda
dengan mempunyai ramai rakyat, lasykar dan tentera serta negeri jajahan
takluknya yang banyak.
4) kita perlulah bersikap adil dan
saksama. Raja Malabari juga adil dan saksama dengan rakyatnya.
5) Kita seharusnya menjaga negara dengan
makmur dan sentosa. Contohnya, Raja Malabari mempunyai kerajaan yang rakyatnya
hidup makmur, aman dan sentosa.
terimakasih
ReplyDeleteThank you ππ
ReplyDeleteThank you...this really help meπ
ReplyDeleteit's good for my daughter to learn more about her sastera form 5
ReplyDeleteTenkiu π€π
ReplyDeleteNk tnya ?? Klau soalan mintak stu pndangan anda dri rangkap tu lbih kurang mcm maksud jugk ke?
ReplyDelete