Tuesday, August 23, 2016

PENGENALAN GENRE PROSA TRADISIONAL NILAI INSAN

GENRE PROSA TRADISIONAL

Pengenalan

-kesusasteraan melayu tradisional di hasilkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.
-ianya mencakupi ruang lingkup yang amat luas.
-peringkat awal ianya merupakan hasil karya yang bersifat kolektif yang di sampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
-setelah kedatangan islam barulah ianya dihasilkan dalam bentuk tulisan.
-kesusasteraan melayu tradisional terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bersifat naratif(prosa) dan non-naratif(puisi)
-karya-karya berbentuk naratif seperti
1. sastera sejarah
2. sastera epik
3. sastera lipur lara
4. sastera hikayat
5. sastera panji
6. cerita lagenda
7.cerita binatang
8. cerita jenaka

-karya berbentuk non naratif (puisi ) ialah syair,seloka,gurindam,pantun.

1. sastera sejarah
-sebuah karya yang mengisahkan salasilah dan jurai keturunan raja-raja. tujuan penulisan adalah untuk merakamkan salasilah keturunan dan zaman pemerintahan raja.
contoh sastera sejarah:adapt istiadat melayu perak, sejarah melayu.

ciri-ciri sastera sejarah
1.         tema –keagungan Negara kota dan tentang asal usul keturunan raja-raja yang memiliki keistimewaan yang luar biasa.
2.         plot-bersifat kronologi dan terbahagi kpd 3 iaitu:
a)         peringkat awal-dimulakan dengan kisah pembukaan negeri dan jurai keturunan raja yang dikaitkan dengan tokoh2 agung dunia.
b)         peringkat pertengahan-mengisahkan keagungan dan kegemilangan negara kota.
c)         peringkat akhir- zaman kemerosotan dan kejatuhan negara kota yang disebabkan kelemahan sistem pentadbiran raja2.
3.         latar-(latr tempat )banyak negeri-melaka,pahang,majapahit dll.(latar masa)-zaman awal pembukaan Negara,perkembangan,kegemilangan,kejatuhan.
4.         watak perwatakan-watak raja2 yang memerintah,anak2 raja, pembesar,hulubalang, pahlawan.
5.         unsure lagenda dan mitos-wujud unsure ini tujuan untuk meninggikan dan mengukuhkan kedudukan raja.

2. Sastera epik
-iaitu kerya yang mengisahkan tentang kepahlawanan,keberanian,dan kesetiaan watak wira yang luar biasa.Contoh sastera epik:pahlawan terbilang kerajan gemilang.hikayat hang tuah.

ciri2 sastera epik
1.         tema- tentang kepahlawanan, keberanian, kesetiaan, dan mempunyai sifat yang luar biasa yang ada pada wira.
2.         plot cerita epik berkisarkan kehidupan wira daripada kecil sehingga dewasa.plot terbahagi kepada 3 iaitu asal usul wira, zaman kegemilangan wira dan kematian wira.
3.         watak perwatakan-ramai watak( manusia,binatang,dewa dewi dll)tumpuan kepada watak wira yang memiliki keistimewaan, berani,bijak,setia, mempunyai kuasa sakti.
4.         contoh cerita epik hikayat hang tuah/ pahlawan terbilang kerajaan gemilang.

3. sastera lipur lara
-ciri-ciri
a) tema-tentang percintaan, penyamaran,dan peperangan yang diakitkan dengan wira dan wirawati
b) plot mengisahkan tentang kehidupan anak raja iaitu putera raja yang memiliki pelbagai kesaktian dan puteri raja yang memiliki kecantikkan yang luar biasa.plot bergerak secara kronologi dan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum pengembaraan yang dikaitkan dengan pengenalan watak2 wira dan wirawati dilahirkan .gambaran kelahiran adalah secara luar biasa.diceritakan juga bagaimana wira dan wirawati keluar mengembara.peringkat kedua iaitu semasa mengembra iaitu wira keluar mengembara den semasa mengembara terpaksa mengharungi pelbagai dugaan.peringkat terakhir seleps pengembaraan iaitu wir berjaya menempuh semua halangan dan berjaya pulang ke negeri asal membawa isterinya.
c) watak perwatakan-berpusat kepada watak anak2 raja. watak utama ( iaitu watak dikalangan putera puteri raja yang memiliki keistimewaan yang luar biasa dari segi rupa paras,dan kesaktian )watak pembantu(watak yang membantu wira dan wirawati apabila menghadapi pelbagai masalah.watak jahat( watak yang cuba menghalang wira dan wirawati daripada bersatu.

4.sastera hikayat
ahila saster dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa melayu klasik.isinya tentang cerita-cerita ajaib yang berunsur hiburan.
jenis2 sastera hikayat
a)         sastera hikayat berunsur hindu-temanya tentang pengembaraan,precintan serta peperangn yang berakhir kepada kemenangan wira.
b)         sastera hikayat berunsur hindu-islam- tema tentang pengembaraan watak utama iaitu putera raja yang mempunyai kesaktian,plot terbahagi 3 sebelum pengembaraan ,semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan.,latarnya luas
c)         sastera hikayat berunsur islam(cerita berbingkai)-setiap cerita mempunyai dua bahagian iaitu bahagian bingkai dan bahagian isi.bahagian bingkai dianggap sebagai maksud cerita .Bahagian 2 ialah cerita disipan dalam cerita bingkai.- Tema berhubung dengan persoalan pengajaran-

5. sastera panji
-berasal dari negeri jawa. mengisahkan tentang zaman kegemilangan kerajaan majapahit yang berkisarkan tentang 4buah kerajaan iaitu Daha,Gagelang
ciri-ciri
1.         tema-tentang percintaan dan pengembaraan wira dan wirawati.dalam pengembaraan tersebut berlaku unsur penyamaran agar diri tidak dikenali.
2.         plt bersifat kronologi iaitu sebelum pengembaraan,semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan.cerita berakhir dengan kegembiraan kerana wira dan wirawati bertemu dan akhirnya hidup bajía.
3.         watak perwatakan-terdiri daripada watak wira dan wira wati, pembantu wira dan wira wati.

prosa tradicional

-ciri-ciri
1. isi cerita tidak tetap kerana berlaku tokok tambah kerana ianya disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain
2. bersifat universal atau sejagat-iaitu prosa tradicional ini adalah hak milik bersama masyarakat
3. mempunyai banyak versi
4. terdapat menyerapan unsur lagenda dan unsur mitos

prosa melayu tradicional / golongan sastera

1.         adat istiadat melayu perak ( sastera sejarah)
2.         pahlawan terbilang kerajaan gemilang ( sastera epik)
3.         Hikayat ali bada syah ( sastera hikayat)
4.         tiga negeri semawar ( sastera lipur lara)
5.         usul menunjukkan asal(sastera panji)
6.         bunga bakawali( sastera hikayat)

FOKUS UTAMA UNTUK BUKU NILAI INSAN ADALAH 3 PROSA TRADISIONAL SAHAJA

1) SASTERA PANJI (RADEN INU DAN KEN TAMBOHAN)
2) SASTERA EPIK (HANG TUAH DI UTUS KE SIAM)
3) SASTERA HIKAYAT (HIKAYAT PARANG PUTING)

Monday, August 22, 2016

CERPEN “KAMI AKAN MATI, LIN” karya Saroja Theavy Balakrishnan

CERPEN “KAMI AKAN MATI, LIN” karya Saroja Theavy Balakrishnan

SINOPSIS CERPEN

Cerpen ‘Kami Akan Mati, Lin’ karya Saroja Theavy Balakrishnan memaparkan kisah mengenai penghuni atau warga laut iaitu Batu Karang yang mengalami proses kemusnahan akibat pencemaran alam. Batu Karang meluahkan perasaannya kepada sahabatnya Lin akan kemusnahan kehidupan mereka penghuni laut sedikit demi sedikit akibat kerakusan manusia yang mencemarkan laut, menjual anak-anak karang kepada orang kaya untuk keuntungan manakala kapal-kapal besar silih berganti hadir di kawasan kejiranan batu karang dengan memuntahkan cecair hijau perang sehingga memusnahkan koloni warga laut. Batu karang berharap agar Lin datang membantu dan menyelamatkan mereka kerana tiada sesiapa yang mahu membantu, selain Lin.

TEMA @ PEMIKIRAN

Cerpen ‘Kami Akan Mati, Lin’ karya Saroja Theavy Balakrishnan bertemakan kemusnahan karangan laut atau batu karang akibat pencemaran alam sekitar. Batu karang meluahkan perasaannya kepada sahabatnya Lin akan kemusnahan kehidupan mereka sedikit demi sedikit akibat sikap rakus manusia mencemarkan laut dan mengejar keuntungan dengan menangkap hasil laut yang kecil tanpa belas kasihan. Saban hari kapal-kapal besar silih berganti hadir di kawasan kejiranan mereka dengan memuntahkan cecair hijau perang yang sangat berbahaya kepada warga laut.

PERSOALAN

1.    Kemusnahan alam akibat kerakusan manusia. Alam lautan musnah akibat perbuatan manusia yang mengejar keuntungan dan sikap tidak bertanggungjawab. Contohnya, manusia mengutip anak-anak batu karang untuk dijual seperti yang dilakukan Caka dan Daka menjual koleksi koloni warga laut. Caka dan Daka juga membuka kilang dan kedai jualan hiasan batu karang demi keuntungan dan kekayaan mereka.
2.    Pembangunan dan kemodenan memusnahkan komuniti alam lautan. Warga laut musnah akibat pembangunan yang dilakukan oleh manusia. Sisa-sisa kilang dan bahan buangan kapal-kapal besar memuntahkan bahan toksid berbahaya ke daerah lautan yang mempunyai kehidupan di dasar lautan bergantung kepada sumber makanan cahaya matahari dan plankton-plankton. Pembangunan yang tidak seimbang pasti akan memusnahkan keindahan lautan yang ada hari ini.
3.    Sikap cuai dan alpa manusia terhadap alam sekitar. Manusia cuai dan alpa sebagai tugas asal mereka penghuni dunia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Hidupan laut juga merupakan penyumbang kepada ekosistem alam yang mengawal suhu bumi dan memastikan paras laut sentiasa stabil.
4.    Pentingnya pendidikan cintai alam sekitar. Pendidikan cintai alam sekitar perlu bagi memastikan alam lautan, hutan, udara dan daratan seimbang dan sentiasa dijaga. Dengan pendidikan kita dapat bentuk generasi penyayang dan menghargai alam.
5.    Pentingnya sikap bertanggungjawab dan menyayangi alam. Sikap bertanggungjawab akan memastikan setiap penghuni bumi menghargai dan menjaga alam dengan baik. Alam lautan juga merupakan sumber ekonomi dan pendapatan kepada nelayan maka setiap kita mesti bertanggungjawab menjaga dan memelihara lautan kurniaan Tuhan.
6.    Kepentingan memelihara dan memulihara alam lautan. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam lautan perlu dilakukan agar tidak berlaku kepupusan generasi batu karang. Batu karang merupakan ciptaan Tuhan yang sangat indah dan merupakan sejenis haiwan laut yang hidup secara berkoloni.

WATAK DAN PERWATAKAN

1) AKU / BATU KARANG
    - Warga laut yang mengalami kemusnahan akibat perbuatan manusia
    - Penghuni dasar laut yang hidup secara berkoloni
    - meluahkan perasaan dan mengharap kawannya Lin datang membantu
    - menceritakan apa yang berlaku dan bakal berlaku kepada warga penghuni laut

2) LIN
    - kawan kepada Aku
    - orang yang diharapkan akan menyelamatkan mereka batu karang kerana Lin pencinta alam
    - sahabat kepada batu karang

3) Caka dan Daka
    - orang yang membina kilang dan kedai
    - menjual hasil laut dan barangan hiasan
4) WARGA LAUT
    - Hidupan laut yang hampir musnah
    - Plankton, obor-obor, ikan, ketam, anak-anak ikan warna-warni

PLOT DAN TEKNIK PLOT

Binaan Plot

1) Permulaan
    Kami warga laut yang menghuni di bawah kanopi biru. Di atas putih pasir kami membina koloni indah. Namun kini ianya semua berubah akibat pencemaran dan perbuatan manusia. Itu antara luahan batu karang kepada Lin.
2) Perkembangan
    Aku mengimbas kembali kenangan manis bersama Lin. Dan berharap Lin datang melihat kami yang mengalami kemusnahan kerana perubahan cuaca dan pencemaran yang berlaku. Kini laut kian masin kerana air mata kami yang tidak putus-putus mengalir.
3) Perumitan
    Tahukah engkau Lin yang aku kesepian? Kekasih pujaanku sudah tiada dan cintaku sudah punah. Aku adalah antara penghuni laut yang satu per sepuluh daripada satu peratus keluasan lautan dunia. Antara monolog dan luahan batu karang untuk menarik perhatian Lin datang menyelamatkan mereka.
4) Konflik / Klimaks / Puncak Cerita
    Banyak koloni kami mengalami nasib ini menderita kerana berates-ratus sebab. Antaranya angkara Caka yang membuka kilang di tepi sungai  supaya senang membuang sisa, atau ini kekejaman Daka yang sering mencuri anak-anak ikan bersisik warna-warni untuk akuarium di kedai besarnya itu. Kapal-kapal besar memuntahkan cecari hijau dan kami mengalami kemusnahan akibat kerakusan manusia.
5) Peleraian
    Kami mahu keadilan dan pembelaan, Lin datang bantu kami kerana tiada sesiapa yang dapat membantu kami warga laut selain Lin.
Teknik Plot
1) Monolog dalaman – penggunaan monolog dalaman sebagai teknik penceritaan
2) Imbas Kembali – mengimbas masa lampau saat-saat indah dijaga dan dihargai
3) Imbas Muka – memikirkan apa nasib dan apa yang bakal berlaku dengan aktiviti mengebom cara mudah mendapat hasil laut, sungguh kejam
4) Saspen
5) Kejutan

LATAR

Latar Masa
- Koloni laut yang hidup sudah berjuta-juta tahun
- masa kini

Latar Tempat
- Dasar laut
- Laut
- Sungai
- Kilang
- Kedai hiasan Daka
- Alam sekitar
- Kapal-kapal

Latar Masyarakat
- masyarakat laut atau warga laut yang mengalami kemusnahan dan kepupusan akibat perbuatan manusia.
- masyarakat manusia yang mengejar keuntungan dan kekayaan memikirkan nasib penghuni laut
- masyarakat yang mementingkan diri iaitu melakukan kerosakan tanpa segan silu dan bersalah dengan membuang sisa kilang, cecair kapal dan banyak lagi
- masyarakat pencinta alam yang sibuk dengan kesibukan dunia hingga lupa peranan mereka dalam menyedarkan manusia lain tentang peri pentingnya warga penghuni laut terutama sekali batu karang yang sangat berjasa kepada manusia dalam mengawal penipisan ozon dan kesan rumah hijau.
- masyarakat alpa dan cuai dengan peranan selaku penghuni bumi yang berkongsi alam yang saling bergantungan antara satu sama lain.

GAYA BAHASA
1) Kata ganda
2) Simile
3) Metafora
4) Sinkope
5) Personifikasi
6) Hiperbola
7) Peribahasa
8) Diksi
NILAI
1) Ketabahan
2) Kegigihan
3) Menghargai alam
4) kasih sayang
5) Tolenrasi
6) Simpati
7) Empati
8) Kesabaran
9) Pengorbanan
10) Keikhlasan

PENGAJARAN
1) Kita perlulah tabah dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang. Batu karang dan koloni laut tabah menghadapi apa sahaja perbuatan manusia terhadap mereka yang setiap hari membuat pencemaran dan kerosakan kepada alam laut.
2) Kita hendaklah gigih dalam meneruskan sisa-sisa hidup dengan berjuang demi mencapai apa yang diimpikan. Aku selaku batu karang gigih meminta tolong dan gigih lalui hari-hari mereka dengan segala apa yang terjadi dan berharap Lin datang menyelamatkan mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai penghuni laut.
3) Kita mestilah menghargai alam semulajadi ciptaan Tuhan. Alam sekitar dana lam laut merupakan antara ekosistem bumi yang membantu dalam mengawal suhu bumi dan membekalkan kadar oksigen yang berterusan selain hutan belantara. Maka kita semua sewajarnya menjaga dan menghargai alam semula jadi terutamanya alam lautan.

SAJAK : INGATAN KEPADA KAWAN “XXIV” karya Zaen Kasturi

SAJAK : INGATAN KEPADA KAWAN “XXIV” karya Zaen Kasturi

MAKSUD SAJAK
Risik hujan dan gersangnya dedaunan
adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui
segala-galanya berjalan dan terus berjalan
segala-galanya akan ada untukmu
segala-galanya akan bersatu dalam
kejernihan sukmamu.

Ø  Dunia sentiasa berubah dan kita harus melalui perubahan tersebut yang lalu terus berlalu semua yang ada membantu kita yang mempunyai sifat dan jiwa yang murni.

Aku adalah bayangan yang entah
sementara atau nyata
di sebalik rendang dan
redupnya pohon hayat
mungkin saat kita mengunyah
makna semua ini
kita akan menjadi diri kita yang tahu
apa itu resah angin dan risik hujan
tak kunjung mimpi tanpa
tidur yang panjang
tak hadir cinta tanpa hidup yang
ditakdirkan.

Ø  Hidup ini adalah sementara di bumi yang indah ini. Disaat kita begitu asyik mengejar kehidupan bersama kawan. Kawan yang tahu erti sebuah persahabatan, kesetiaan disaat susah dan senang. Perasaan cinta dan sayang tidak mungkin hadir jika tidak ditakdir sebegitu dan begitu juga sebaliknya.

Saat kita menyedari bahawa hidup
menggendong kita
pada suatu arah yang benar dan terang
kita akan terus menjadi sepasang
serangga yang mengerti di mana angin
berguling, di mana bunga berpuing aku
akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku.

Ø  Suatu hari kita akan sedar yang hidup ini sentiasa ada untuk akan menyedari ialah kawan sentiasa sejati sepasang kawan yang bersama merempuhi dugaan hidup, saling membantu disaat susah dan senang.

Mengerti kejadian cinta adalah
perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya.
Kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita.

Ø  Erti sebuah cinta bukan sekadar inginkan sesuatu yang diingini. Dia menampung segala peritnya kesusahan sebuah kehidupan.

Kau adalah samudera
yang menenggelamkan
segenap benci dan angkara.
Hidup ini bagaikan karang segara
kan sering dipukul gelombang.
(Kautahu? Itulah yang membuatnya indah)

Ø  Dia terpaksa menampung semua kebencian dengan pertengkaran yang berlaku dalam hidup. Hidup ini selalu ditempuh masalah yang datang menguji kita dan disebabkan itulah kehidupan sekawan ini indah.

TEMA

Sajak Ingatan Kepada Kawan “XXIV” memaparkan tema tentang kasih sayang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup berkongsi masalah bersama-sama.

PERSOALAN

1.       Kepentingan sikap setia kawan. Contohnya, kawan sentiasa sejati, sepasang kawan yang bersama menempuhi dugaan hidup.
2.       Pentingnya bersikap sabar. Contohnya, dia menampung segala peritnya kesusahan sebuah kehidupan.
3.       Pentingnya bersikap berjiwa murni. Contohnya, semua yang membantu kita mempunyai sifat berjiwa murni.
4.       Pentingnya perasaan kasih sayang dan cinta sesama insan. Kasih sayang merapatkan hubungan silatulrahim antara kawan.
5.       Kepentingan mengekalkan hubungan silalturahim. Hubungan dan ikatan boleh dieratkan dengan saling percaya antara satu sama lain.

BENTUK 

1.       Sajak ini mempunyai 5 rangkap yang tidak sekata.
2.       Sajak ini terdiri daripada 6 hingga 12 baris dalam setiap rangkap.
3.       Sajak ini terdiri daripada 1 hingga 7 patah perkataan sebaris.
4.       Bilangan suku kata sajak ini ialah 4 hingga 15 suku kata.
5.       Rima akhir sajak ini berbentuk bebas iaitu :
rangkap 1 : abcadbd
rangkap 2 : abcdaefcgggc
rangkap 3 : abcdefe
rangkap 4 : abbccb
rangkap 5 : abaacd

GAYA BAHASA
1.       Bahasa klasik  - sukma
2.       Hiperbola – risik hujan dan gersangnya kedaulatan
3.       Unsur alam – hujan, angina, samudera, gunung
4.       Kata ganda – segala-galanya
5.       Metafora – pohon hayat
6.       Anafora – segala-galanya
7.       Simile – bagaikan karang segara
8.       Sinkope – tak, kau

NILAI
1.       Nilai setia kawan. Contohnya, kawan sentiasa sejati, sepasang kawan yang bersama menempuhi dugaan.
2.       Nilai kesabaran. Dia menampung segala peritnya kesusahan sebuah kehidupan.
3.       Nilai kerajinan. Contohnya, semua yang ada membantu kita yang mempunyai sifat dan jiwa yang murni.
4.       Nilai kejujuran. Dalam bersahabat sifat jujur sangat penting untuk lahirkan perasaan saling percaya antara satu sama lain.
5.       Cinta dan kasih sayang. Perasaan cinta dan kasih sayang kepada kawan merupakan tanda kita tulus menyayangi kawan yang hidup bersama melalui senang dan susah berjuang dalam hidup.

PENGAJARAN
1.       Kita hendaklah setia kawan dalam persahabatan. Contohnya, kawan sentiasa sejati, sepasang kawan yang bersama menempuhi dugaan.
2.       Kita mestilah mempunyai kesabaran dalam hidup. Contohnya, dia menampung segala peritnya kesusahan sebuah kehidupan.
3.       Kita perlulah mempunyai sikap kerajinan, Contohnya, semua yang ada membantu kita yang mempunyai sifat dan jiwa yang murni.
4.       Kita seharusnya cinta dan sayang kepada sahabat. Perasaan cinta dan sayang akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan kerana segala susah senang akan ditempuhi bersama.

SAJAK “PANCANG KENANGAN” karya Khadijah Hashim

SAJAK “PANCANG KENANGAN” karya Khadijah Hashim

MAKSUD SAJAK
Ada telinga cuma hiasan muka
dia pekak diasak bunyi jentolak
tidak terdengar kicau murai
nyaring katak memanggil hujan
bising cengkerik di kala senja
desir daun kelapa disentuh angina
juga kocakan air di sungai
ke manakah suara itu menghilang?

1.    Penyajak memberitahu bahawa disebabkan mengejar pembangunan telinga yang sepatutnya mendengar dipekakkan akibat bunyi jentolak yang kuat bekerja membangunkan tanah maka tidak diendahkan bunyi sang burung, katak, cengkerik, desir daun kelapa dan aliran air sungai akibat perbuatan manusia yang mengejar kemajuan dan pembangunan dan penyajak bertanya ke mana perginya suara-suara tersebut?

Dia mengangkat muka letih
setelah lama tunduk menurut perintah
akur dengan rentak arus perubahan
di sana terhampar padang nan tandus
di sini bukit gondola hilang hutan
bumi merekah telaga kontang
kering dasar sungai tebing pun hilang
kita berjalan kaki tak perlu bersampan!

2.    Penyajak mengatakan bahawa semuanya telah berubah akur dengan apa yang berlaku mengikut arus perubahan dan kesannya tinggallah padang yang ketandusan, bukit yang digondol tiada lagi hutan belantara, bumi merekah akibat telaga kekeringan air, dasar sungai pula juga kering dan tebing tebing juga turut hilang dan akibatnya sungai tidak dapat lagi dilalui sampan, maka akhirnya hanya berjalan kaki hilang sudah pengangkutan air akibat sungai sudah musnah.

Suara kapitalis kain lantang
bantahan pencinta alam dicatatkan
janjinya akan segera bertindak
kempen dan slogan cintai sungai
tidak berdaya menjernihkan air
mempertahankan nyatuh dan merbau
memanggil datang terkukur dan punai
tiada lagi ngauman berani harimau
letih lesu hilang daya melawan
yang tinggal hanya pancang kenangan.

3.    Pada rangkap ini, penyajak memberitahu bahawa hanya suara dan omongan pemaju dan kapitalis sahaja yang kuat kedengaran. Bantahan dan luahan perasaan para pencinta alam hanya dicatat sahaja, segala usaha kempen dan slogan cintai sungai hanya mampu berdiri sebagai slogan semata dan tidak mampu memulihkan kekeruhan air, menyelamatkan nyatuh dan merbau, terkukur dan punai dan sudah tidak kedengaran lagi bunyi ngauman harimau akibat pembangunan alam sekitar musnah dan segala isinya terkorban yang tinggal hanya sebuah kenangan iaitu tunggul kayu sebagai pancang kenangan.

TEMA SAJAK

Sajak “Pancang Kenangan” membawakan tema proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar. Alam sekitar iaitu hutan, sungai, padang, daratan semua musnah akibat pembangunan yang dilakukan segala isi hutan habis mati dan hilang begitu juga dengan sungai menjadi kering dan tidak mengalirkan air seperti dahulu boleh mendayung sampan. Inilah akibat pembangunan yang dilakukan sekiranya tidak seimbang dengan ekosistem.

PERSOALAN

1.    Persoalan sikap manusia yang begitu rakus terhadap alam sekitar. Manusia membuat pembangunan dan kemajuan dengan memekakkan telinga tentang kesengsaraan dan kemusnahan isi hutan sungai dan alam sekitar. Manusia rakus mengejar keuntungan dan kemewahan semata tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka.
2.    Persoalan kemusnahan dan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna musnah dan pupus akibat pembangunan yang dilakukan semua bukit dan padang digondolkan untuk membuat pembangunan. Akibatnya hidupan flora dan fauna akan pupus dan musnah.
3.    Persoalan hilangnya habitat atau tempat tinggal flora dan fauna. Akibat pembangunan tempat tinggal tumbuhan dan haiwan musnah.
4.    Persoalan ekosistem alam sekitar bercelaru dan mengakibatkan suhu bumi berubah. Cuaca dan suhu bumi menjadi tidak menentu kerana tangan-tangan manusia yang melakukan segala kerosakan dan kemusnahan alam sekitar.
5.    Pentingnya sikap cintai alam sekitar dan sungai. Penyajak mengajak pembaca untuk sama-sama menyintai dan menghargai alam semula jadi anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya.
6.    Kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai manusia penghuni bumi kita perlu sedar akan peranan alam sekitar yang menyediakan zon udara yang terbaik dalam proses fotosintesis. Maka kita sewajarnya memelihara dan memulihara alam sekitar sebaikmungkin.

BENTUK SAJAK

1.    Sajak ini mempunyai 3 rangkap.
2.    Sajak ini terdiri daripada 8 hingga 10 baris serangkap.
3.    Sajak ini mempunyai 4 hingga 6 patah perkataan dalam sebaris.
4.    Sajak ini mempunyai 9 hingga 13 suku kata dalam sebaris.
5.    Rima akhir sajak ini berbentuk bebas iaitu Rangkap 1 : abcdadce, rangkap 2 : aabcdeed, dan rangkap 3 : abcdefdfbb

GAYA BAHASA

1.    Sinkope – tak
2.    Anafora – di sana ….
                            di sini ….     perkataan di adalah anaphora
      3.  Personifikasi – katak memanggil hujan
      4.  Aliterasi – yang tinggal hanya pancang kenangan
      5.  Asonansi – Ada telinga hanya hiasa
                              muka = perulangan huruf a

NILAI
1.    Amanah
2.    Bertanggungjawab
3.    Kasih sayang
4.    Tidak mudah berputus asa
5.    Cintai alam sekitar
6.    Menghargai alam
7.    Bersyukur
8.    Hindari sikap rakus dan tamak haloba

PENGAJARAN
1.    Kita mestilah amanah ketika melakukan sesuatu perkara. Contohnya, amanah dalam melakukan sesuatu perkara yang diarahkan oleh ketua dan seseorang.
2.    Kita haruslah bertanggungjawab menjaga alam sekitar , kerana kita selaku penghuni alam perlu memastikan keseimbangan pembangunan dengan ekosistem alam semula jadi.
3.    Kita hendaklah mempunyai nilai kasih sayang kepada alam sekitar. Contohnya, menjaga alam sekitar dan menjaga sungai agar terpelihara daripada pencemaran akibat pembangunan yang dilakukan.
4.    Kita perlulah menghargai alam sekitar. Udara yang kita sedup dan hirup setiap hari adalah hasil fotosintesis yang dilakukan oleh pokok-pokok dihutan, maka kita kena sedar bahawa pembangunan yang dilakukan mesti seimbang dengan kemusnahan hutan yang digondol.
5.    Kita hendaklah bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Alam sekitar yang indah dan terpelihara akan menjadi pengekalan habitat flora dan fauna, pengawalan suhu bumi yang baik dan kita juga hidup dalam udara yang segar. 