BAB 5
MAINAN
PERSOALAN
1. Tentang muslihat politik pemerintah.
Contoh; Bagi pembangkang perbuatan Presiden mengambil
pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan Banaba daripada
Karibati.
2. Tentang kekejaman pihak pemerintah
terhadap rakyatnya. Contoh; presiden sanggup Menjadikan
anak angkatnya sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri,tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan
seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya
dikerat oleh tentera elit presiden.
PERWATAKAN
PEMUDA
1. Seorang yang berasal dari Banaba.
Contoh;Sambil berkejar, pemuda itu memahami erti keseronokan permainan ini yang tidak terdapat di
Kiribati termasuk Banaba pulau kelahirannya.
2. Seorang yang terselamat setelah
hanyut lebih enam puluh hari di lautan Pasifik beberapa tahun dahulu.
3. Seorang anak angkat Presiden
Ogonshoto. Contoh; Sebaik sahaja pemuda itu pulih dia dijadikan anak angkat Presiden Ogonshoto
sebagai tanda kemanusiaan dan tanda
persahabatan dua negara tetangga.
4. Seorang yang mempunyai rupa paras
nelayan totok. Contoh; Walaupun dipakaikan pakaian bersih namun wajahnya tetap nelayan totok.
5. Seorang yang tidak banyak bercakap.
Contoh;Pemuda bingung untuk memulakan hidup baru sebagai anak angkat Presiden lalu dia mengambil keputusan untuk
diam daripada berkata-kata.
6. Seorang yang berwajah hodoh. Contoh;
Dia lebih banyak mendengar daripada bertanya, dan kelihatan lebih hodoh berbanding wajahnya yang memang tampak hodoh.
7. Seorang yang berdisiplin dan
berdedikasi tinggi.Contoh; selama dia ditugaskan bekerja di stor istana dia telah memperlihatkan disiplin
serta dedikasi yang tinggi.
8. Seorang yang rajin dan amanah.
Contoh; Beberapa tahun kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan tulangnya, dedikasi,
disiplin serta amanah.
9. Seorang yang merendah diri. Contoh;
Walaupun mendapat kebebesan dalam istana namun dia tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan
bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok
dari Banaba.
10. Seorang yang pandai menggunakan
temiang. Contoh;Beberapa hari lagi sebelum gerhana matahari penuh, semua damak menusuk sasaran.
11. Seorang yang gigih berusaha. Contoh;
Dalam masa beberapa minggu Pemuda Banaba berlatih menggunakan temiang akhirnya dia mahir menggunakannya.
12. Seorang yang bijak dalam pelajaran. Contoh;Pemuda itu mendapat
keputusan cemerlang untuk
Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Karibati dan
menunggu keputusan permohonan
penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia.
13. Sorang berjawatan sebagai ahli lembaga
pengarah dibeberapa buah syarikat besar di Ogonshoto.
14. Seorang yang mengenang budi. Contoh;
Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan
dan kenikmatan kepadanya ,lalu timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayangi
dan amat pemurah.
15. Seorang yang dijadikani bahan mainan
presiden; Contoh;Menjadikan dirinya
sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis
kiri,tembakan keempat menghancurkan
tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua
pergelangannya dikerat oleh tentera elit
presiden.
16. Seorang yang cacat anggota. Contoh;
Dia telah menjadi bisu kerana lidahnya dipotong dan kudung kedua belah tangan akibat dipotong tentera elit
presiden.
17. Seorang yang insaf akan dirinya.
Contoh; Selepas kejadian dirinya dijadikan mainanPresiden dia mula
menyesali betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshotto yang dikenali itu.
PRESIDEN
1. Seorang yang beperikemanusiaan.
Contoh; Mengambil pemuda Banaba yang hanyut itu sebagai anak angkatnya.
2. Seorang yang banyak muslihat.
Contoh; Bagi pembangkang perbuatan
Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana
secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan
Banaba daripada Karibati bukan atas dasar kemanusiaan.
3. Seorang yang bergelar 'Papa'.
Contoh; Anak angkatnya dipinta oleh Presiden untuk memanggilnya 'Papa".
4. Seorang yang tidak pernah
ketinggalan dalam permainan memburu peliharaan.Contoh; Mengikut pekerja istana 'Papa" tidak pernah
ketinggalan berburu sempena peristiwa gerhana matahari
penuh .Binatang buruannya ialah seekor
keluang, seekor musang, babi hutan dan seekor
beruk.
5. Seorang yang kejam. Contoh;
Menjadikan anak angkatnya sebagai mainan
dengan menembak lengan
kanan, betis kiri,tembakan keempat
menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya
lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.
6. Seorang yang tidak mematuhi
peraturan permainan. Contoh; Sepatutnya Presiden meninggalkan anak angkatnya selepas tiga das tembakan dan
pulang sebelum matahari terbenam
kerana itu adalah peraturan permainan.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat tolong menolong. Contoh;
Penduduk Banaba bekerjasama mencari pemuda yang hilang di mana beberapa buah kapal pasukan pencari terus memulakan
gerakan.Resi menolong Pemuda
yang cedera parah.
2. Masyarakat percaya kepada mimpi.
Contoh; Ibu pemuda dan keluarganya mempercayai mimpinya
seekor camar terbang lesu di bawah bebola matahari yang sedang menyingsing membawa alamat anaknya telah mati
lalu mereka ke gereja mengadakan upacara mengigati
roh anaknya.
3. Masyarakat mengadakan permainan
memburu peliharaan. Contoh; Turun temurun selepas gerhana matahari penuh
akan diadakan permainan memburu peliharaan.Permainan diadakan di sekitar kaki gunung berapi hingga ke
pinggang gunung yang berhutan.
4. Masyarakat yang kejam. Contoh; Pada
zaman dahulu bangsawan Ogonshoto menangkap penduduk
asli seminggu menjelang gerhana matahari penuh. Sehari sesudah gerhana itu penduduk asli dilepaskan kemudian
diburu dan di bunuh.
NILAI
1. Tolong menolong. . Contoh; Penduduk
Banaba bekerjasama mencari pemuda yang hilang di
mana beberapa buah kapal pasukan pencari terus memulakan gerakan.
2. Kasih sayang. Contoh; Ibu pemuda menyayangi
anaknya di mana dia memarahi tentera
yang tersenyum di mana pada
sangkaannya bergembira atas kematian anaknya.
3. Mengenang budi.Contoh; ; Presiden
telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepada Pemuda Banaba ,lalu timbul persoalan dalam
dirinya bagaimanakah dia harus
membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.
4. Merendah diri. Contoh; Walaupun
mendapat kebebesan dalam istana namun Pemuda Banaba tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan
bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari
Banaba.
5. Keinsafan. Pemuda insaf betapa
palsunya dunia warna-warni Ogonshoto yang dikenali itu.
MESEJ
1. Hendaklah tolong menolong sesama
manusia. Contoh; Para Resi menolong menyelamatkan Pemuda Banaba yang cedera.
2. Hendaklah kasih dan sayang sesama
manusia. Contoh; Ibu Pemuda menyayangi anaknya yang hilang di laut.
3. Hendaklah mengenang budi orang yang
telah berbudi kepada kita. Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepada
Pemuda Banaba ,lalu timbul
persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.
4. Hendaklah merendah diri walaupun
berada dalam kemewahan. Contoh; Walaupun mendapat kebebesan dalam istana namun Pemuda Banaba tetap mengekalkan
sifat-sifat lamanya untuk kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan
totok dari Banaba.
5. Hendaklah menyesali perbuatan yang
lalu. Contoh; Pemuda insaf betapa palsunya dunia warna- warni Ogonshoto yang dikenali itu.
6. Janganlah bersikap kejam sesama
manusia. Contoh; ; Menjadikan anak angkatnya sebagai mainan
dengan menembak lengan kanan, betis kiri,tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua
pergelangannya dikerat oleh tentera
elit presiden.
7. Janganlah menggunakan tipu muslihat
untuk kepentngan diri.Contoh; Bagi pembangkang perbuatan
Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan
Banaba daripada Karibati.
8. Hendaklah amanah dalam pekerjaan.
Contoh; Beberapa tahun kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan tulangnya,
dedikasi, disiplin serta amanah.
9. Hendaklah gigih berusaha. Contoh;
Dalam masa beberapa minggu Pemuda Banaba gigih berlatih menggunakan temiang di mana akhirnya dia mahir
menggunakannya.
10. Hendaklah pentingkan pelajaran dalam
kehidupan kita. Contoh; Pemuda itu mendapat keputusan
cemerlang untuk Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi
seluruh Karibati dan menunggu keputusan permohonan penempatan
kolej serta biasiswa pemerintah Australia.
BAB 6
PENTAFSIR
PERSOALAN
1. Tentang erti kesucian dan kebenaran
dalam kehidupan ini. Contoh; Ketika menyelam lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri di lautan malah
meninggalkan kekotoran Ogonshoto di atas garis
pantai di mana dengan itu dia menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam
kehidupan.
2. Tentang serpihan-serpihan kehidupan.
Contoh; Kehidupan diibaratkan serpihan-serpihan yang berbagai warna dan bentuk di mana sukar untuk
mencantumkannya membentuk jalinan kehidupan
yang lengkap.
3. Tentang pembangunan di Aitu. Contoh;
Kedatangan Presiden ke Aitu selain mengadili satu sayembara dia juga merancang pembangunan di Aitu.
4. Tentang kemusnahan hidupan laut
kesan daripada pembangunan yang akan dijalankan. Contoh; Tafsiran resi kelapa emas yang di bawa oleh Presiden
sebagai 'hadiah' kepada pemenang sayembara
itu menyerupai hidupan perosak karangan laut .
5. Tentang kebenaran dapat menguasai
kuasa jahat. Contoh;Mengikut pentafsir maksud 'akan tiba' ialah apabila kebenaran dapat
menguasai kuasa jahat kerana di dunia
bukan mudah untuk manusia mencapai dan
menegakkan kebenaran di mana kebenaran akan ditemui di dunia akan datang iaitu dihadapan Tuhan.
PERWATAKAN
LELAKI TUA (RESI)
1. Seorang resi yang dikenali penduduk
di Ogonshoto. Contoh; Kononnya terdapat sejumlah resi di seluruh Ogonshoto namun bagi
penduduk Aitu mereka belum pernah melihat resi lain, kecuali lelaki tua itu.
2. Seorang yang gemar menyelam .
Contoh; Kepercayaan orang-orang Aitu , ketika menyelam dia meninggalkan segala kekotoran
Ogonshoto di atas garis pantai iaitu dia menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan.
3. Seorang yang suka memencilkan diri.
Contoh; Ketika menyelam lelaki tua itu memencilkan diri di lautan
4. Seorang yang berwajah lembut dan tenang.
Contoh; Semakin kerap dan lama dia
menyelam, kebersihan akan menyaluti
kulit luar jasmani dan inti terdalam rohaninya sebab itulah ujar penduduk Aitu dia berwajah lembut
dan tenang.
5. Seorang mempunyai sepasang mata
jernih yang tidak sanggup ditentang. Contoh; Sinar resi yang memancar diwajahnya setiap detik,
menyebabkan tidak ada seorang pun sanggup merenung matanya apabila berbicara dengan lelaki tua itu.
6. Seorang tidak banyak bercakap atau
pendiam. Contoh; Mengikut penduduk Aitu antara bukti wujudnya resi dalam diri lelaki tua itu ialah dia enggan bercakap
banyak.
7. Seorang yang berhati-hati ketika
berkata. Contoh; Jika dia harus bertutur, terlebih dahulu dia mengambil masa untuk berfikir lalu meluahkan
kata-kata paling terpilih yang membawa makna berlapis-lapis
serta perlambangan.
8. Seorang yang bijak mentafsir.
Contoh;Setelah beberapa kali mentafsir ungkapan 'ciptaan yang hidup'.Akhirnya dia berjaya
memenangi sayembara dengan ciptaanya sesuatu yang nampak seakan-seakan hidup iaitu ikan-ikan daripada tanah liat
yang bewarna-warni dilatari lautan
yang menampakkan segala-galanya seolah-olah hidup sedangkan yang hidup ialah
air laut yang mulai pasang.
9. Seorang yang mempercayai Tuhan.
Contoh; Mengikut tafsirannya Tuhan mengganti ciptaannya dan juga hadiah presiden dengan benda hidup iaitu ciptaannya dengan yang indah pancawarna dan 'hadiah' ciptaan Presiden dengan yang kelabu merosak karangan laut.
10. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh;
Walaupun dia manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi
wajarlah dia memusnahkan perosak
karang yang secara perlambangan merupakan pernyataan sikapnya terhadap pemerintah Ogonshoto.Oleh itu mengikut
pentafsir hingga sekarang resi itu bertapa di laut sambil membunuh hidupan laut
perosak karang itu.
11. Seorang yang mudah dibawa bebicara.
Contoh;Lelaki dari Tatamanu mengatakan kepada penafsir
alangkah muda berbicara dengan resi tua kerana tidak perlu penafsiran.
12. Seorang yang berjiwa sensitif. Contoh;
Menangis teresak-esak apabila mendengar tafsiran Penaksir tentang maksud 'akan tiba'
PENTAFSIR
(PENDAMPING)
1. Seorang penduduk Aitu yang cuba
mendampingi resi selama sepuluh tahun.
2. Seorang yang suka berjenaka.Contoh;
Dia berjenaka ketika hendak mengisahkan cantuman- cantumannya kepada teman-temannya yang tidak kelaut menangkap
ikan.
3. Seorang yang bijak membuat tafsiran.
Contoh; Dapat mentafsir kata-kata resi yang berlapis-lapis maknanya misalnya dia dapat membuat
tafsiran tentang kata-kata resi tua 'akan tiba'.
4. Seorang suka menolong. Dia ingin
menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-kata resi tua namun orang tersebut menolaknya kerana katanya apa jua kata-kata resi tua itulah saja maknanya.
5. Seorang yang mempercayai kuasa
Tuhan. Contoh; Dia percaya bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan datang iaitu
dihadapan Tuhan.
PRESIDEN
1. Seorang yang memperbodohkan dirinya.
Contoh; Dia menghentam ciptaan resi muda dengan kelapa emas di mana perbuatannya itu bagi resi cara seorang yang
berasa dirinya paling terpelajar
memperbodohkan dirinya.
2. Seorang yang suka menghina. Contoh;
menghina ciptaan resi muda dengan menghentamnya dengan kelapa emas.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat di mana terdapat sejumlah
resi di dalamnya. Contoh; Kononnya ujar penduduk Aitu, terdapat sejumlah resi
di Ogonshoto. Ada yang bertapa di dalam gua gelap, menyendiri di sela- sela batu lereng gunung, ada yang berkumpul di dalam hutan dan
ada yang menjungkir- balik tubuh di pohonan.
2. Masyarakat percaya kepada
petanda-petanda buruk. Contoh; Mereka percaya
dua petanda buruk melanda
Aitu iaitu dari daratan debu gunung berapi dan dari lautan kematian seekor paus.
3. Masyarakat berubah menjadi
pentafsir.Contoh; Si resi muda mula melihat para tetangga dan ahli keluarganya sendiri mula berubah
menjadi pentafsir iaitu mencari sebab dan akibat, mencari jawapan mengapakah Tuhan menghantar
tanda-tanda seburuk itu.
4. Masyarakat menempatlkan golongan tua
pada kedudukan yang tinggi. Contoh; Penduduk Aitu meramalkan resi muda akan tewas dalam sayembara.
Mereka percaya peserta paling tualah yang
akan memenangi kelapa daripada emas.
5. Masyarakat yang perihatin. Contoh; Mereka
membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak
makanan dan air. Dua tiga hari sekali mereka
memberi ubi dan air kepadanya.
NILAI
1. Bertanggjawab. Contoh; Walaupun resi
tua manusia kerdil tetapi dia tidak
boleh berdiam diri sahaja membiarkan
karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya.
2. Tolong menolong.Contoh;Pentafsir
ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata- kata resi tua.
3 Kebijaksanaan. Contoh;Pentafsir
dapat mentafsir kata-kata resi yang berlapis-lapis maknanya.
4. Keperihatinan. Contoh; Penduduk Aitu
membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan
air.
5. Kebenaran.Contoh; Kebenaran akan
ditemui di dunia akan datang iaitu dihadapan Tuhan.
6. Ketuhanan. Contoh; Resi tua dan pe.ntafsir
percaya kuwujudan Tuhan di mana mereka percaya bahawa
kebenaran akan ditemui di dunia akan datang iaitu dihadapan Tuhan
7. Menghormati.Contoh; Masyarakat Aitu
menempatlkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi.
8. Kasih sayang. Contoh; Resi tua
menyayangi karangan laut yang dirosakkan oleh perosak karang.
9. Ketegasan. Contoh; Orang Tatamanu
tegas tidak mahu pulang ke Tatamanu untuk menunggu kedatangan Tuhan.
MESEJ
1. Hendaklah tolong menolong antara
manusia. Pentafsir ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata- kata
resi tua.
2. Hendaklah bertanggungjawab
menyelamatlan alam sekitar yang tercemar. Contoh; Walaupun resi tua
manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan
karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya .
3. Hendaklah percaya kepada kewujudan
Tuhan.Contoh; Resi tua dan pentafsir percaya kuwujudan Tuhan di mana mereka percaya bahawa kebenaran akan ditemui
di dunia akan datang iaitu dihadapan
Tuhan
4. Hendaklah menjaga alam sekitar dari
dicemari.Contoh; Walaupun resi tua
manusia kerdil tetapi dia
tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan .
5. Hendaklah perihatin kepada golongan
yang daif. Contoh; Penduduk Aitu membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa
peralatan memasak makanan dan air.
6. Hendaklah berhati-hati ketika
berkata; Contoh; Resi tua jika dia harus bertutur, terlebih dahulu dia mengambil masa untuk
berfikir lalu meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa makna berlapis-lapis serta perlambangan.
7. Janganlah menunjukkan kebodohan diri
. Contoh; Presiden menghentam ciptaan
resi muda dengan kelapa emas di mana perbuatannya
itu bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling terpelajar memperbodohkan dirinya.
8. Janganlah suka menghina sesama
manusia. Contoh;Presiden menghina ciptaan resi muda dengan menghentamnya
dengan kelapa emas.
9. Hendaklah menghormati golongan tua.
Contoh; ; Masyarakat Aitu menempatlkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi.
10. Hendaklah mendengar nasihat yang
diberikan.Contoh; Orang dari Tatamanu tidak mahu mendengar nasihat penafsir untuk membuat tafsiran ayat 'akan tiba' yang
dicakapkan oleh resi tua.Akibatnya
dia mati dalam menunggu kedatangan Tuhan.