BAB 7
JARI
PERSOALAN
1. Tentang kebebasan bersuara rakyat
terhadap pemerintah. Contoh; Golongan pengkritik demokrasi Ogonshoto
mengatakan Presiden sudah tidak mahu
mendengar pendapat orang lain
termasuk peribumu.Namun disangkal Presiden dengan mengatakan sesiapa sahaja bebas memberikan kritikan
konstruktif.
2. Tentang ahli politik yang
berpandangan singkat melupakan daratannya. Contoh; Ahli politik Ogonshoto yang berpandangan singkat menjual
tanah kurniaan Presiden kepada orang-orang asing.
3. Tentang pemilikan hartanah oleh
orang-orang asing. Contoh; Tujuh puluh peratus daratan Futu- Ata dimiliki orang-orang Jepun,
di Rai-Rapa lebih lima puluh peratus daratan dimiliki orang- orang Inggeris, Amerika, Australia dan New
Zealand.
4. Tentang pembangunan yang merosakkan
alam sekitar. Contoh; Pembinaan padang golf di Kuri ditentang oleh Guru kerana kawasan tadahan akan termusnah di mana Ogonshotto pernah mengalami kemarau parah selama
sembilan bulan.
5. Tentang kronisme dalam melaksanakan
sesuatu projek. Contoh; Pembatalan projek padang golf di pedalaman Kuri pada awalnya sebenarnya bertujuan untuk mengambil alih projek tersebut untuk di bahagikan kepada
orang-orang Presiden
PERWATAKAN
SEORANG GURU
1. Seorang yang pernah berkhidmat
sebagai guru sains di Tatamanu dan sekarang masih menjadi guru di pedalaman Kuri.
2. Seorang yang kidal.
3. Seorang yang cacat tangannya.
Contoh; Jari manis tangan kanannya tiada.
4. Seorang yang berkelakuan ganjil.
Contoh; Sepotong jari berendam cecair pengawet dalam sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatanamu.
5. Seorang yang berani menyuarakan
kritikan terhadap kerajaan. Contoh; Menyuarakan kepincangan pemerintah kepada para siswanya dan menulis makalah
berkaitan kepincangan dalam
kepimpinan negaranya.
6. Seorang yang menepati janji. Contoh;
Mengerat jari manisnya tangan kanannya setelah dua bulan makalahnya
diterbitkan tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
7. Seorang yang melakukan pengorbanan
yang sia-sia. Contoh; Pengorbanannya memotong jari manis tangan kanannya sia-sia sahaja kerana dia menerima hukuman
dua minggu kemudian di mana
dia dipindahkan ke pedalaman Kuri dan ahli keluarganya juga turut menerima
hukuman.
8. Seorang yang suka membuat pertaruhan
dalam sesuatu perkara. Contoh; Dia sanggup membuat pertaruhan jari hantunya sekiranya pendalaman Kuri tidak
berubah menjadi padang golf walaupun
jari manisnya telah hilang kerana pertaruhan yang lalu.
9. Seorang yang berkeyakinan tinggi.
Contoh; Dia yakin Ogonshoto sudah belajar daripada kemarau panjang sembilan bulan. Tidak ada hutan akan
dikorbankan lagi termasuk pedalaman Kuri,
jadi tidak mungkin jari hantunya akan bercerai dari tapak tangannya.
10. Seorang yang bersyukur kepada Tuhan.
Contoh; Dia berhasrat mengadakan jamuan thanksgiving
kerana dia berasa wajar untuk
bersyukur kerana hutan pedalaman Kuri selamat.
11. Seorang yang tidak suka
berdolak-dalik. Contoh; Dia mengatakan kepada tetamunya yang telah dijadikan taruhan tetap akan
dilepaskan.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat tiada kebebasan bersuara
terutamanya golongan pengkritik demokrasi walaupun disangkal Presiden.
2. Masyarakat yang mempunyai pemimpin
politik yang berpandangan singkat. Contoh; ; Ahli politik Ogonshoto yang berpandangan singkat
menjual tanah kurniaan Presiden kepada orang-orang asing.
3. Masyarakat peribumi diabaikan haknya
oleh pemerintah. Contoh; Ogonshoto terus menyerahkan
daratannya kepada bangsa-bangsa asing.
4. Masyarakat di mana pemimpin yang
tidak menepati janji. Contoh; Janji Presiden siapa saja bebas untuk memberi kritikan konstruktif tidak ditunaikan di
mana Guru yang mengkritik kepimpinan
Ogonshoto telah diberikan hukuman.
5. Masyarakat tolong menolong.
Contoh;Mereka tolong menolong membuat persiapan
jamuan thanksgiving anjuran Guru.
6. Masyarakat mengamalkan kronisme
dalam projek kerajaan. Contoh; Pembatalan projek padang golf di
pedalaman Kuri pada awalnya sebenarnya bertujuan untuk mengambil alih projek tersebut untuk di bahagikan kepada
orang-orang Presiden
NILAI
1. Menepati janji. Contoh; Guru
mengerat jari manisnya tangan kanannya setelah dua bulan makalahnya
diterbitkan tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
2. Keberanian.Contoh; Guru seorang yang
berani mengkritik kerajaan.
3. Pengorbanan.Contoh; Guru sanggup
mengorbankan jarinya.
4. Keyakinan.Contoh; Guru berkeyakinan
tinggi pedalaman Kuri tidak akan dibangunkan.
5. Tolong menolong. . Contoh;Para
tetamu menolong guru membuat
persiapan jamuan thanksgiving .
MESEJ
1. Hendaklah memberikan kebebasan
menyuarakan pendapat . Contoh; Golongan pengkritik demokrasi Ogonshoto
mengatakan Presiden sudah tidak mahu
mendengar pendapat orang lain
termasuk peribumu.Namun disangkal Presiden dengan mengatakan sesiapa sahaja bebas memberikan kritikan.
2. Hendaklah menepati janji.
Contoh;Guru sanggup mengerat jari manisnya tangan kanannya untuk menunaikan janji.
3. Hendaklah tolong menolong dalam
kehidupan kita. Contoh;Para tetamu menolong
guru membuat
persiapan jamuan thanksgiving .
4. Janganlah menjadi pemimpin yang berfikiran singkat.Contoh; menjual tanah
negara kepada orang asing.
5. Janganlah melakukan pengorbanan yang
sia-sia. Contoh; Guru melakukan pengorbanan yang sia-sia dengan memotong jarinya.
6. Hendaklah berani menyuarakan
kritikan yang membina. Contoh Guru berani menghadapi risiko dikenakan tindakan atas
perbuatannya mengkritik pemerintah.
7. Janganlah mengamalkan kronisme .Contoh;
Orang-orang Presiden membatalan projek padang
golf di pedalaman Kuri pada
peringlat awal sebenarnya bertujuan
untuk mengambil alih projek tersebut
untuk di berikan kepada orang-orang Presiden
8. Hendaklah menjaga alam sekitar dari
tercemar. Contoh; Pembinaan padang golf di Kuri ditentang oleh Guru kerana kawasan tadahan akan
termusnah di mana Ogonshotto pernah mengalami kemarau parah selama
sembilan bulan kesan daripada kemusnahan hutan dan kawasan tadahan.
9. Janganlah mudah diperdaya oleh harta
benda dalam memperjuangkan sesuatu. Contoh; Bekas musuh-musuh politik Presiden setelah menerima kurniaan
tanah terus melupakan perjuangan mereka.
BAB 8
KAMERA
PERSOALAN
1. Tentang penggunaan teknologi moden
dalam mencari kebenaran. Contoh; Dia menggunakan kamera eksperimental dalam mencari kebenaran kehilangan abang
tuanya.
2. Tentang kekejaman pemerintah
terhadap golongan penentang. Contoh; Abang tua aku seorang aktivis hak asasi telah dibunuh oleh komandan atas perintah
sulit presiden di jurang kawah gunung
berapi Gora-Gora.
3. Tentang pemerintahan yang tidak
adil.Contoh ; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan di
mana bekas komandan dan dan tentera yang kelihatan dalam foto itu ke muka pengadilan.
Namun sebaliknya berlaku dia ditahan atas kesalahan memeliki kamera eksperimental yang belum
diluluskan di Ogonshotto.
PERWATAKAN
DIA
1. Seorang yang berasal dari Runakita
iaitu kota pembangkang.
2. Seorang penyelidik. Contoh; Dia
dipilih dan dihantar ke Tokyo di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik.
3. Seorang yang tidak suka membuang
masa. Contoh; Dia mengutuk dirinya sendiri kerana masanya terbuang begitu saja kerana semua barangan
elektronik yang dibelinya berada di kabin,jika
tidak dia boleh memasang kamera eksperimentalnya.
4. Seorang yang bijaksana. Contoh; Dia mencipta
kamera eksperimental yang berjaya merakam peristiwa
yang telah berlaku.
5. Seorang yang berani menegakkan
keadilan. ; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas
komandan dan dan tentera yang kelihatan dalam foto
itu ke muka pengadilan di mana hanya mereka yang tahu pembunuhan abangnya angkara
perbuatan mereka sendiri atau atas
arahan pihak lain.
6. Seorang yang didapati bersalah
kerana menegakkan keadilan. Contoh; Dia ditahan dilokap tentera kerana
kesalahan memiliki kamera eksperimental walaupun yang dituntutnya ialah keadilan kematian abangnya .
7. Seorang yang mati ditembak tentera.
Contoh; tiba-tiba dia tercium belerang.......lembaga bertopeng han'nya
masih mencengkam kukuh lengan kirinya, sambil terus membawanya terbang di
kolong langit malam.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat yang hidup di bawah
pemerintahan yang zalim.Contoh; Aktivis kemanusiaan diarah bunuh oleh Presiden kerana
menjadi penentang dasar pemerintahannyanya.
2. Masyarakat yang tidak mendapat
keadilan pemerintah. Contoh; Dia ditahan dilokap tentera kerana kesalahan memiliki kamera
eksperimental walaupun yang dituntutnya ialah keadilan kematian abangnya .
NILAI
1. Keinsafan. Contoh; Seorang lelaki
bekas komandan memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapan sepanjang perhidmatannya dalam angkatan tentera.
2. Kebijaksanaan.Contoh; Dia mencipta
kamera eksperimental yang berjaya merakam peristiwa
yang telah berlaku.
3. Kasih sayang. Contoh;Walaupun lumpuh
Isteri komandan menjaga komandan yang sedang sakit walaupun tidak dipedulikan anak-anaknya.
4. Ketuhanan. Contoh; Lelaki tegap
berkata kepada komandan betapa besar pun salah dan dosa komandan dia hanya perlu meminta maaf kepada Tuhan kerana Tuhan
pemaaf.
5. Keadilan. Contoh; Setelah mendapat
bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas komandan dan dan tentera yang kelihatan
dalam foto itu ke muka pengadilan.
6. Keberanian. Contoh; Setelah mendapat
bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan
atas kematian abangnya.
7. Bertanggungjawab. Contoh; Komandan
bertanggungjawa atas apa yng telah dilakukan di mana dia memohon maaf atas kesalahannya.
MESEJ
1. Hendaklah tidak membuang masa kerana
masa itu amat berharga. Contoh; Dia mengutuk dirinya
sendiri kerana masanya terbuang begitu saja kerana semua barangan elektronik
yang dibelinya berada di kabin,jika tidak
dia boleh memasang kamera eksperimentalnya.
2. Hendaklah insaf akan perbuatan salah
yang telah kita lakukan. Contoh; Seorang lelaki bekas komandan memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapan
sepanjang perhidmatannya dalam
angkatan tentera.
3. Hendaklah menyayangi kedua ibu bapa.
Contoh; Anak-anak komandan seorang pun tidak mahu menjaganya yang sedang sakit.
4. Hendaklah menegakkan keadilan.
Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan atas
kematian abangnya.
5. Janganlah menjadi pemerintah yang
kejam ; Contoh; Presiden mengarahkan komandan membunuh
abang tua aku.
6. Hendaklah bertanggungjawab atas apa
yang kita lakukan. Contoh; Komandan bertanggungjawa atas apa yng telah dilakukan di mana dia memohon maaf
atas kesalahannya.
No comments:
Post a Comment