Tuesday, February 28, 2017

KAJIAN NOVEL NARATIF OGONSHOTO BAB 3 - BAB 4

BAB 3
PENYAMARAN

PERSOALAN
1.            Tentang benarkah Presiden melakukan penyamaran dalam ' peristiwa Tubua'. Contoh; berbulan-             bulan malah bertahun-tahun setelah peristiwa itu terjadi penduduk Ogonshoto belum dapat               menyelesaikan persoalan ini.
2.            Tentang pembangunan yang mencemar alam sekitar dan keharmonian keluarga. Contoh;            Orang-orang Presiden mendapat restu membangunkan pedalaman Tubua untuk dijadikan    pusat pelancongan,kompleks hiburan dan perjudian. Pembangunan akan menyebabkan   gondolan, hakisan,pencemaran air dan keluarga menjadi tunggang-terbalik kerana perjudian.
3.            Tentang penentangan terhadap pembangunan. Contoh;Penduduk di pedalaman Tubua               mengadakan protes dan menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap serta kaedah-               kaedah protes yang  bukan sahaja demi penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah                menjangkau penghuni Rai-Rapa dan Futu-Ata juga.
4.            Tentang peranan media milik kerajaan. Contoh; Akhbar tunggal Ogonshoto memainkan peranan              dalam mengulas teori penyamaran dengan mengatakan Presiden bertugas di pejabatnya empat           jam selepas kembali dari Peru di mana berita ini menyangkal penyamaran Presiden

PERWATAKAN
LELAKI TUA
1.            Seorang yang berpakaian seperti nelayan Kuri.
2.            Seorang yang berbadan bongkok sabut, berjambang, bermisai dan janggutnya hampir menutup               wajahnya.
3.            Seorang yang berkaca mata gelap, yang murah, yang bisasnya dijual di kaki lima kedai di                Tatamanu.
4.            Seorang yang perihatin. Contoh; Dia lebih pentingkan nasib penduduk-penduduk Tubua              daripada ikan, sotong dan ketam.
5.            Seorang yang suka kepada perundingan dalam menyelesaikan masalah. Contoh; Dia mengajak supaya protes dihentikan dan rundingan dijalankan supaya Tubua tenang semula.
6.            Seorang berperanan menjadi ketua demonstrasi. Contoh; Lelaki tua itu mengepalai demonstrasi              menuju Tatamanu.
7.            Seorang yang bijaksana. Contoh; Bijak berbicara dengan tuan rumah dan juga bijak melepaskan                diri semasa demonstrasi.
8.            Seorang yang berani. Contoh; berani mengepalai demonstrasi walaupun sudah tua.
9.            Seorang penyamar. Contoh; Lelaki tua itu sebenarnya penyamar sebagimana yang digambarkan               oleh ketua protes dan lelaki pertama.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.            Masyarakat menentang pembangunan. Contoh; Mereka menentang pembangunan di Tubua                 denganmengadakan protes dan menubuhkan komiti  yang menentukan tahap serta kaedah-     kaedah                 protes yang  bukan sahaja demi penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah               menjangkau penghuni Rai-Rapa dan Futu-Ata juga.
2.            Masyarakat yang mencintai alam sekitar. Contoh; Mereka menentang pembangunan yang akan                 menyebabkan   gondolan, hakisan,dan pencemaran air.
3.            Masyarakan yang mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan rumah perjudian akan                 menyebabkan  keluarga menjadi tunggang-terbalik.      


4.            Masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi sebagai nelayan dan berdagang kecil- kecilan.Contoh;Selepas peristiwa Tubua kembalilah mereka ke laut menangkap ikan,      berdagang kecil-kecilan di Tubua.
5.            Masyarakat mesra melayan tetamu. Contoh; Kedatangan lelaki tua disambut dengan mesra.
6.            Masyarakat menghormati tetamu. Contoh lelaki tua diajak bermalam di rumah ketua protes dan              dijamu dengan hidangan makan malam dan minuman sake.
7.            Masyarakat nelayan yang terkenal dengan gelaran kaki botol. Contoh; Ada peribahasa di sana    yang bermaksud 'nelayan Kuri hanya dapat mengenal jenis ikan ketika mabuk'.
8.            Masyarakat yang tidak lagi mengamalkan adat turun-temurun. Contoh; Sekarang tidak ada lagi perbincangan antara penduduk dalam menyelesaikan masalah sebagaimana dulu mereka        berkumpul di bawah pokok palma berbicang mencari penyelesaian.
9.            Masyarakat yang mudah diperdaya. Contoh; Kumpulan penentang telah di perdayakan oleh      orang tua yang sebenarnya penyamar.(Presiden)

NILAI
1.            Kemesraan. Contoh; penduduk Tubua mesra menyambut kedatangan lelaki tua.
2.            Keperihatinan. Contoh; Lelaki tua perihatin dengan perjuangan memprotes pembangunan         Tubua.
3.            Kebijaksanaan. Contoh; Lelaki tua bijak melepaskan diri semasa demonstrasi.
4.            keberanian, Contoh; Lelaki tua berani mengepalai kumpulan demonstrasi.
5.            Kasih sayang. Contoh; Penduduk Tubua menyayangi alam sekitar mereka di mana mereka           membuat protes terhadap pembangunan yang akan dijalankan.
6.            Tolong-menolong. Contoh; Ketua protes menolong orang tua dengan memberikannya tempat                 untuk bermalam di rumahnya.

MESEJ
1.            Hendaklah menerima tetamu dengan mesra. Contoh; penduduk Tubua mesra menyambut        kedatangan lelaki tua.
2.            Hendaklah bersikap perihatin kepada yang mengalami masalah. Lelaki tua perihatin dengan        perjuangan memprotes pembangunan         Tubua.
3.            Hendaklah tolong menolong orang yang berada dalam kesusahan;. Contoh; Ketua protes             mengajak  lelaki tua bermalam di rumahnya.
4.            Hendaklah berani memperjuangkan kebenaran. Contoh; Lelaki tua berani mengepalai kumpulan                 demonstrasi.
5.            Hendaklah mencintai alam sekitar daripada dicemari.Contog;. Pembangunan akan           menyebabkan berlakunya gondolan, hakisan dan pencemaran air.
6.            Hendaklah mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan rumah perjudian akan              menyebabkan  keluarga menjadi tunggang-terbalik.      
7.            Hendaklah mengamalkan perundingan dalam menyelesaikan masalah. Contoh; Semasa dulu      dalam menyelesaikan masalah mereka duduk berkumpul di bawah pokok palma berbicang      mencari penyelesaian.
8.            Janganlah meminum arak kerana membawa kesan yang buruk. Contoh; Penyamaran  lelaki tua                 hampir terbongkar akibat mabuk meminum arak (sake).
9.            Hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh; Akibat tidak berhati-hati      kumpulan protes terpedaya dengan penyamaran lelaki tua.


BAB 4
AISBERG

PERSOALAN
1.            Tentang kegagalan mengurus alam sekitar menyebabkan berlakunya kemarau. Contoh;               Mengikut wartawan Japan News Network Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi                untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.
2.            Tentang keghairahan menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba. Contoh; kegairahan rakyat           Ogonshoto menanti ketibaan Aisberg di Teluk Pinavana.
3.            Tentang mementingkan kebendaan dalam masyarakat kapitalisme. Contoh; Pemilik-pemilik kren             dan pemilik gergaji  raksaksa memberi kata dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan               bekerjasama.

PERWATAKAN
LELAKI TUA
1.            Seorang yang berasal dari Runakita.
2.            Seorang yang hidup sebatang kara. Contoh; Tiada anak isteri.
3.            Seorang yang buta huruf. Contoh; Sudah seminggu berita tentang Aisberg di tarik tujuh kapal    barulah dia mendengarnya itupun melalui jiranya kerana ketiadaan TV dan radio ditambah pula        dengan buta huruf.
4.            Seorang yang kurang pendengaran. Contoh; Cerita  yang dibawa tetangganya tentang Aisberg   kurang jelas didengarinya kerana telinganya mungkin mulai tuli disamping suara jirannya yang             bertindih-tindih antara bercerita dengan ghairah yang meluap-luap.
5.            Seorang yang rajin berusaha. Contoh; Rajin berusaha menggali kolam, mencari dan mengumpul               kayu api, memagar kolam,membumbung dapur dan berulang-alik mengangkut air laut.
6.            Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dia tetap  gigih menggali kolam untuk mendapatkan air    biarpun hingga seratus kaki.
7.            Seorang yang  sabar menanti. Contoh; Sabar menunggu dasar kolamnya digenangi air.
8.            Seorang yang bijaksana. Contoh; Dia menggunakan kaedah memanaskan air laut hingga menjadi              wap air lalu titisan air masuk kedalam tongnya.
9.            Seorang yang mempunyai keazaman yang kuat. Contoh; Dia berazam tujuh tong air mesti penuh             akhirnya.


GAMBARAN MASYARAKAT
1              Masyarakat tidak mahu menerima kebenaran. Contoh;Semua orang presiden menutup saluran                enam yang menyiarkan berita tentang Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi      untuk    menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.
2.            Masyarakat yang mudah lupa. Contoh; Angan-angan kehadiran Aisberg menyebabkan mereka                 lupa langit dan bumi Ogonshoto yang mula kering di mana tanah mulai retakdan pohon-pohon        mulai layu.
3.            Masyarakat yang ghairah.Contoh; Mereka ghairah meluap-luap menanti ketibaan Aisberg.
4.            Masyarakat mementingkan kebendaan.Contoh; Pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji             raksaksa memberi kata dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti              dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.


NILAI
1.            Kegigihan.Contoh; lelaki tua  tetap  gigih menggali kolam untuk mendapatkan air biarpun              hingga seratus kaki.
2.            Kesabaran.Contoh;Lelaki tua sabar menunggu dasar kolamnya digenangi air.
3.            Kerajinan. Contoh;Lelaki tua  rajin berusaha menggali kolam, mencari dan mengumpul kayu      api, memagar kolam,membumbung dapur dan berulang-alik mengangkut air laut.
4.            Kebijaksanaan. Contoh;Lelaki tua  menggunakan kaedah memanaskan air laut hingga menjadi   wap air lalu titisan air masuk kedalam tongnya.
5.            Keazaman. Contoh;Lelaki tua berazam tujuh tong air mesti dipenuhi air.

MESEJ
1.            Hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.Contoh; Lelaki tua  tetap  gigih menggali      kolam untuk mendapatkan air biarpun hingga seratus kaki akhirnya usahanya berjaya juga.
2.            Hendaklah sabar dalam melakukan sesuatu supaya beroleh kejayaan.Contoh ;Lelaki tua sabar   menunggu dasar kolamnya digenangi air di mana kesabarannya membawa kejayaan.
3.            Hendaklah mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya. Contoh;Lelaki tua berazam tujuh     tong air mesti dipenuhi air akhirnya keazamannya menjadi kejayaan.
4.            Janganlah terlalu ghairah dalam sesuatu perkara. Contoh;Masyarakat Ogonshoto terlalu ghairah               meluap-luap menanti ketibaan Aisberg namun sudah hampir tiga bulan tetangganya tidak            muncul-muncul lagi untuk bercerita tentang Aisberg.
5.            Janganlah terlalu mementingkan kebendaan. Contoh; Pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksaksa memberi kata dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti              dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.
6.            Hendaklah bijak mengurus alam sekitar jika tidak akibatnya akan berlaku bencana  alam seperti                 kemarau.Contoh; Mengikut wartawan Japan News Network Ogonshoto tidak perlu        mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar          terutama kawasan tadahannya.




No comments:

Post a Comment