PROLOG:
KAWAI MARU
PERSOALAN
1. Tentang
penggunaan teknologi moden dalam perikanan.Contoh; Kawai Maru menggunakan teknologi satelit dalam kegiatan
perikanannya.
2. Tentang
keadaan geografi kepulauan Orgonshoto. Contoh; terdiri daripada pulau-pulau dan
ibu negaranya ialahTatamanu.
PERWATAKAN
TUAN
KAWAI
1. Seorang
yang memilki kapal Kawai Maru.
2. Seorang
yang arif tentang perikanan. Contoh;
tidak seorang pun daripada anak-anak kapal boleh
mengatasinya tentang dunia laut dan isinya.
3. Seorang
nelayan yang menggunakan teknologi moden. Contoh; dia menggunakan komputer dan sateli dalam kegiatan perikanannya.
4. Seorang
yang tidak pernah serik dalam melakukan
sesuatu. Contoh; dia tetap ke prairan Orgonshoto walaupun terdapat gelombang-gelombang besar.
GAMBARAN
MASYARAKAT
1. Masyarakt
berkerja sebagai nelayan. Contoh ; Tuan Kawai dan anak-anak kapal Kawai Maru merupakan nelayan.
2. Masyarakat
peramah. Contoh;rakyat Orgonshoto tamah-tamah dan kaya raya dengan cerita.
REPUBLIK
ORGONSHOTO
1. Sebuah
republik terdiri dari enam buah pulau lebih kurang 1500 batu di barat laut
Pulau Easter milik Chile.
2. Kepulauan
ini ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman Edo.
3. Terdapat
pengaruh Jepun. Contoh; terdapat generasi kacukan Jepun di Orgonshoto.
4. Terdapat
gunung-gunung berapi. Contoh; Gunung berapi Gora-Gora.
5. Mempunyai
pemandangan yang menakjubkan. Contoh; puncak gunung berapi di Gora-Gora bewarna keemasan pada waktu pagi.
6. Ibu
negaranya ialah Tatamanu iaitu sebuah pelabuhan utama ogonshoto.
7. Terletak
di Teluk Pinavana yng sangat dalam.
8. Rakyatnya
peramah dan kaya-raya dengan cerita. Contoh;
mendengar cerita-cerita penduduk- penduduk
Orgonshoto kami akan lupa segala
perbualan yang menjadi kebiasaan kami.
BAB 1
KOLONIAL
PERSOALAN
1. Tentang
pemerintahan diktator. Contoh; Semua media dimiliki kerajaan.
2. Tentang
pembohongan pemimpin negara. Contoh; dalam biografi presiden dia tidak menyatakan
fakta benar tentang sejarah kehidupannya .
3. Tentang
sistem pemerintahan kapitalis. Contoh; orang-orang presiden menggunakan
kedudukan dan peluang untuk
mengumpul kekayaan.
4. Tentang
pembangunan negara Contoh; beberapa bulan kemudian pandang darat Orgonshoto telah berubah. Tapak-tapak pembangunan
melangkah dan menginjak kawasan petani dan nelayan.
5. Tentang
sikap kolonialisme Eropah yang mengaut hasi negara yang dijajah. Contoh; Mereka
mencantas penentangan dan dalam masa
yang sama memunggah hasil Ogonshoto untuk mereka.
PERWATAKAN
PRESIDEN
1. Seorang
yang diberikan gelaran yang baik-baik. Contoh; gelaran gelaran dewa-dewa.
2. Seorang
diberikan gelaran buruk oleh yang tidak menyukainya. Contoh; terdapat emapt
lima gelaran seperti ‘Belut Selat
Morauka’ , ‘Dewa Badak’ dan ‘kolonial’ atau ‘peribumi sebagai kolonial
baharu’.
3. Seorang
anak luar nikah Malagana. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan di
mana akibatnya banyaklah anak luar
nikah.
4. Seorang
yang tidak jujur. Contoh; pemergiannya ke eropah dengan mencuri masuk ke dalam kapal tidak tercatat dan buku biografinya
tetapi apa yang tercatat ialah dia
dibawa ke eropah oleh nakhoda
kapal eropah kerana kepintarannya dan dijadikan anak angkat nakhoda.
5. Seorang anak angkat
kelasi tua yang telah bersara. Contoh; Sesampainya ke eropah dia dibawa
ke rumah seorang kelasi tua yang tidak mahu belayar lagi.
6. Seorang
yang suka meninggi diri. Contoh; dalam buku biografinya tercatat dalam ucapan nakhoda kononnya nakhoda kagum
dengannya yang cepat belajar menyesuaikan diri, pintar dan dihormati rakan-rakan sebayanya disekolah.
7. Seorang
yang kurang pintar. Contoh; Tidak pernah
mencapai kedudukan di atas nombor dua puluh
di dalam kelasnya.
8. Seorang
yang berjiwa diktator. Contoh; Sebenarnya tesis yang ditulisnya ialah
tentang kediktatoran.
9. Seorang
yang nakal semasa zaman remajanya. Contoh; mencuri makanan dan tesis.
10. Seorang
yang menghormati orang tuanya. Contoh; memeluk
lutut ibunya di pantai setelah 20 tahun
meninggalkan negaranya.
11. Seorang
yang menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Contoh; dia menyertai
parti politik paling popular di Ogonshoto
yang didukung pihak polis, tentera dan karyawan umum.
13. Seorang
yng ditabalkan sebagai presiden setelah kematian presiden. Contoh; setelah tiga
tahun dalam kancah politik
dia dilantik sebagai Timbalan Presiden dan enam bulan kemudian dilantik sebagai presiden setelah presiden
mati.
14. Seorang
presiden yang mengamalkan fahaman kapitalisme dalam pemerintahannya. Contoh; Presiden menyatakan Ogonshoto telah memilih kapitalisme lalu
membenarkan ajaran kapitalisme
di mana setiap individu berlumba-lumba mengumpul kekayaan.
15. Seorang
yang sukakan publisiti. Contoh;Sedozen wartawan dan ribuan penduduk membanjiri pantai menunggu saat dia memeluk lutut
ibunya.
16. Seorang
yang telah beristeri. Contoh; isterinya bergelar 'Ju' dalam bahasa Jepun
bererti sepuluh iaitu mesti
menerima sepuluh peratus komisyen dalam setiap urus niaga pemerintah.
GAMBARAN
MASYARAKAT
1. Masyarakat
tidak bebas bersuara. Contoh; Semua media massa dimiliki kerajaan.
2. Masyarakat
mengalami gejala soaial. Contoh; Malagana
dikenali sebagai pusat hiburan di mana akibatnya
banyaklah anak luar nikah.
3. Terdapat
ramai orang asing dari eropah dalam masyarakat Ogonshoto. Contoh; ramai orang- orang asing bekerja di pejabat-pejabat, menjadi
polis dan tentera.
4 Masyarakat
golongan mahasiswa ialah golongan
penentang yang anggap seperi kuman. Contoh; golongan
pertama yang memberikan reaksi kritis terhadap ucapan presiden ialah mahasiswa.
5. Masyarakat
mempunyai pemikiran bahawa masyarakat harus kaya, bukan individu. Contoh; mereka mahu membina masyarakat kaya
melalui budaya dan gerak komunal.(pemilikan secara bersama)
6. Masyarakat
tidak mementingkan kekayaan kerana kekayaan bukan matlamat akhir mereka. Contoh;mereka hidup secara sedehana sahaja
kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas
mati.
7. Masyarakat
tidak pentingkan pembangunan. Contoh;Pemikiran rakyat Ogonshoto turun- temurun kemajuan akan membawa
implikasi nagatif terhadap nilai kekeluargaan, nilai moral dan alam sekitar.
8. Masyarakat
golongan pemerintah menyalahgunakan kedudukan dan peluang mengumpul kekayaan. Contoh; orang-orang presiden
menggunakan kedudukan dan peluang digembeling untuk
mengumpul kekayaan.
9. Masyarakat
golongan rakyat biasa tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Contoh tidak boleh berfikiran objektif untuk
meleraikan permasaalahan demokrasi dan kapitalisme dan hanya mengikut gerak hati.
10. Masyarakat
takut kepada ketua. Contoh; Presiden mengatakan kepada presiden dari Afrika rakyatnya tidak menghormatinya tetapi
takut kepadanya.
11. Masyarakat
yang suka pujian. Contoh; Presiden berkata rakyatnya tidak suka kritikan oleh
itu dia selalu memuji mereka,
hampir tanpa memberi apa-apa.
NILAI
1. Keberanian.
Contoh; Sewaktu berumur tujuh tahun Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah.
2. Ketabahan.
Contoh; Sewaktu kecil semasa di eropah presiden Tabah menjalani kehidupan di walaupun menjadi bahan jenaka dan usikan.
3. Tolong-menolong; Presiden dan tiga rakannya ditolong
oleh penduduk Ogonshoto semasa perahu
mereka dilanda ribut taufan.
4. Kasih sayang. Contoh;
Presiden sayangkan ibunya misalnya memeluk lutut ibunya.
5. Kesederhanaan. Contoh;bagi rakyat
Ogonshoto hidup dengan pelajaran sederhana, ada rumah kecil,cukup pakaian, cukup makanan.
MESEJ
1. Hendaklah
menjadi pemimpin yang jujur. Contoh; Presiden tidak jujur dalam menulis biografinya.
2. Hendaklah
menghindari gejala sosial. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan di
mana akibatnya banyaklah
anak luar nikah.
3. Janganlah
terlalu mementingkan kekayaan. Contoh; Pemikiran rakyat Oogonshoto hidup secara sedehana
sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati.
4. Hendaklah
memberi kebebasan kepada rakyat
menyuarakan pendapat. Contoh; rakyat Orgonshoto
tiada kebebasan bersuara kerana semua media massa dimiliki kerajaan.
5. Janganlah
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri. Contoh; orang- orang presiden menggunakan kedudukan dan
peluang digembeling untuk mengumpul kekayaan
begitu juga isteri presiden yang menerima sepuluh peratus daripada urus niaga pemerintah.
6. Hendaklah
tolong menolong. Contoh; Penduduk Ogonsontho
menolong menyelamatkan presiden
dan rakannya yang hanyut dilanda ribut.
7. Hendaklah menyayangi ibu bapa.Contoh;
Presiden memeluk lutut ibunya di pantai
walaupun ibunya sudah tua dan agak
berkerepot.
8. Janganlah
lupa asal usul kita.Contoh; Presiden Presiden memeluk lutut ibunya di pantai walaupun
ibunya sudah tua dan agak berkerepot demi rasa hormat seorang anak yang tahu
asal usulnya.
9. Hendaklah
menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Contoh; Pemikiran rakyat Ogonshoto turun-temurun pembangunan akan membawa implikasi nagatif terhadap alam sekitar.
10. Hendaklah
mencintai negara sendiri. Contoh; Semasa pemerintahan kolonial peribumi Ogonshoto
berjuang menghalau penjajah .
BAB 2
JENERAL
PERSOALAN
1. Tentang
perebutan mencari pengaruh dalam masyarakat.Contoh; Jeneral dan Pegawai Kanan masing-masing mencari pengaruh di Ture.
2. Tentang
fitnah menfitnah dalam menjatuhkan
lawan. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan
membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya
dia dilahirkan di Pukana. Jeneral pula meyebarkan cerita tentang Pegawai
Kanan sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam pelayaran dari Tubua ke Ture.
3. Tentang
mencari kemewahan dan kedudukan melalui
politik.Contoh; Jeneral dan Pegawai Kanan
berebut untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan dalam politik kerana parti
politik pemerintah
menyediakan kedudukan dan kemewahan.
4. Tentang
pembangunan kawasan. Contoh; ; Dalam kempen Jeneral dia lebih fokus kepada pembangunan Ture seperti pembinaan
pengkalan dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah,
menaikkan taraf jalan Ture-Runakita dan
membina kawasan pelancongan.
5. Tentang
amalan rasuah dalam politik. Contoh;Dua orang kuat Pegawai kanan mencadangkan hanya merasuah anggota komiti dapat membolehkan
anggota komiti berpaling tadah memilihnya.
PERWATAKAN
JENERAL
1. Seorang
pesara angkatan tentera. Contoh; Dia baru bersara dari angkatan tentera.
2. Seorang
yang bersasal dari Ture. Contoh; katanya dia dilahirkan di Ture, walaupun
beberapa orang tua Futu-Ata
mengatakan dia lahir di Pukana.
3. Seorang
yang peramah. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan dan penduduk Ture yang
dipilih semasa upacara memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk kampung selepas sarapan.
4. Seorang
pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke-kampung-kampung nelayan atau ke
bandar Ture untuk bertanya
khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.
5. Seorang
yang bertubuh besar dan tinggi. Contoh; Tubuh besar tingginya mulai menjadi
umang- umang yang mengenakan pakaian
nelayan atau baju kebanyakan di Ture.
6. Seorang
yang telah menjalani penghapusan identiti. Contoh; Empat bulan sebelum
menjalankan misi di Kiribati
namanya ditukar, tempat lahirnya juga dihapuskan dari rekod pendaftaran.
7. Seorang
yang bijaksana mengatur strategi politik. Contoh; Dia memilih Ture kerana
politiknya yang lemah iaitu Wakil
Dewan Presiden yang uzur dan tiada pembangunan.Dia juga menggembirakan hati pegawai kanan dengan mengatakan dirinya
tidak bertanding sebaliknya itu
semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan.
8. Seorang
yang menganggotai parti politik pemerintah.Contoh; Sebaik-baik sahaja bersara
dan mendapat kad pengenalan awam, dia
menganggotai parti politk pemerintah kerana parti politik pemerintah menyediakan kedudukan
dan kemewahan.
9. Seorang
yang berwawasan. Contoh; Mempunyai
matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam
karier politiknya.
10. Seorang
yang menepati masa.Contoh; Jeneral telah dilatih menepati masa di mana dia tiba
di restoran itu tiga puluh minit
selepas matahari terbenam.
11. Seorang
yang pandai berpura-pura.Contoh; Dia menggembirakan
hati pegawai kanan dengan mengatakan
dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan di
mana lebih baik menyerang ketika musuh lalai.Sebaliknya dia dan orang-orangnya terus
berkempen di mana fokus mereka kepada anggota komiti provinsi.
12. Seorang
yang pentingkan pembangunan. Contoh; Dalam kempennya dia lebih fokus kepada pembangunan Ture seperti pembinaan pengkalan
dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah,
menaikkan taraf jalan Ture-Runakita, membina kawasan pelancongan dan keuntungan akan dibahagi sama rata kepada
anggota kominiti.
13. Seorang
pembunuh .Contoh; Jeneral telah ditangkap polis kerana membunuh Pegawai Kanan sewaktu menunggu ketibaan presiden di pengkalan di mana gambar perbuatannya telah dirakam.
PEGAWAI KANAN
1. Seorang
yang berpengaruh di Ture.Contoh; Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya di Ture.
2. Seorang
yang berjawatan pegawai kanan pemerintahan provinsi.
3. Seorang
yang bersikap dengki. Contoh; Pegawai kanan tidak senang hati dengan kehadiran Jeneral di Ture yang telah mempengaruhi
penduduk di situ.
4. Seorang
yang suka membuat fitnah. Contoh; iaitu menyebarkan cerita kononnya Jeneral
lahir di Pukana bukan di
Ture.
5. Seorang
yang suka menghina. Contoh; menghina ibu Jeneral dengan megatakan ibunya mengerang melahirkan Jeneral
kerana badanya terlalu besar. Bagi
isteri Jeneral pula diskripsi menghina ibu mertuanya , juga menghina
kewanitaannya kerana badannya lebih montok berbanding
wanita Ture.
6. Seorang
yang mempunyai sumber kewangan terbatas.Contoh; Sebagai pegawai kerajaan pendapatannya terbatas.
7. Seorang
yang berwajah buruk. Contoh; mata kiri tersembul keluar macam mata ikan merah, bibirnya paling tebal di selluruh
Ogonshoto, apabila berucap tidak menarik kadang-kadang garau, kadang-kadang halus macam bapuk. Badanya juga berbau busuk
ikan.
8. Seorang
yang mudah diperdaya. Contoh; Kenyataan Jeneral tidak akan bertanding telah menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai pegawai pegawai
kanan kerajaan dan akan menyertai
parti politik kerajaan
kerana yakin mendapat sokongan kominiti parti kerana mendapat sokongan yang kian bertambah lebih-lebih
lagi sokongan Jeneral.
9. Mengamalkan
rasuah. Contoh; Apabila menyedari sokongan lebih memihak kepada Jeneral,dua orang kuat Pegawai kanan mencadangkan hanya merasuah
anggota komiti dapat membolehkan anggota
komiti berpaling tadah memilihnya
lalu dipersetujuinya.
10. Seorang
yang taat setia kepada pemerintah. Contoh; Pada malam perjumpaan dengan
presiden dia akan menyatakan
taat setia kepada presiden.
11. Seorang
yang mati ditembak. Contoh; Jeneral menembak mati Pagawai Kanan setelah pegawai
kanan gagal menembaknya
kerana pistol tidak berpeluru.
PRESIDEN
1. Seorang
yang perihatin. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan
Pegawai Kanan di mana dia
ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
2. Seorang
yang suka menyamar. Contoh; Kononnya dia pernah menyamar sebagai pemandu van di Tatamanu membawa tokoh-tokoh
gerakan non-pemerintah ke suatu seminar.
WAKIL DEWAN PRESIDEN
1. Seorang
yang sudah tua bangka, mula sakit-sakit.
2. Seorang
yang tidak amanah menjalankan tugas sebagai Wakil Dewan Presiden. Contoh;
Selama menjadi Wakil Dewan
Presiden menerajui Ture beberapa penggal
lalu, Ture hampir tidak mendapat
apa-apa pembangunan.
3. Seorang
yang menghidapi penyakit hilang ingatan. Contoh; Pernah tidak masuk semula ke dewan mesyuarat
setelah ke tandas atas alasan tidak tahu ada menyuarat di Malagana.
4. Seorang
yang mendapat mandat baru dalam pemilihan umum akan datang. Contoh; Tuan Wakil mendapat mandat baru setelah
Jenderal ditangkap kerana membunuh Pegawai Kanan.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat
percaya kepada petanda-petanda.Contoh; Jeneral dan isterinya percaya kunjungan paus-paus biru buat pertama
kalinya di mulut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun adalah petanda baik untuk mereka
menetap di Ture.
2. Masyarakat
yang suka membuat fitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia
dilahirkan di Pukana.Begitu juga Jeneral meyebarkan cerita tentang Pegawai Kanan sebenarnya dilahirkan di atas
kapal dalam pelayaran dari Tubua ke
Ture.
3. Masyarakat
yang mempunyai rasa simpati. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati terhadapnya
lalu bergabung kekuatan untuk melawan pengaruh Jeneral.
4. Masyarakat
suka menghina.Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.
5. Masyarakat
Ture mempunyai pemimpin yang lemah. Contoh; Wakil Dewan presiden Ture telah tua bangka, mulai sakit-sakit.
6. Masyarakat
yang tidak mendapat pembangunan. Contoh;Selama Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal
lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan. Hanya terdapat dua deret kedai usang, pengkalan nelayan
merupakan binaan tentera Jepun, jalan
menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.
NILAI
1. Kemesraan.
Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan dan penduduk Ture yang dipilih semasa upacara
memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk
kampung selepas sarapan.
2. Pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke-kampung-kampung
nelayan atau ke bandar Ture untuk
bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.
3. Keperihatinan; Presiden mengikuti perkembangan
antara Jeneral dan Pegawai Kanan di mana dia
ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
4. Simpati.Contoh;
Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati
terhadapnya lalu bergabung kekuatan
untuk melawan pengaruh Jeneral.
5. Ketaatan. Contoh; Pegawai kanan taat kepada
Presiden di mana pada malam perjumpaan dengan
presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.
MESEJ
1. Janganlah
suka menfitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia
dilahirkan di Pukana.
2. Janganlah
suka menghina sesama manusia. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.
3. Hendaklah
amanah menunaikan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan. Contoh; Wakil Presiden tidak menjalankan tanggungjawabnya
di mana tiada pembangunan di Ture.
4. Janganlah
mengamalkan rasuah. Contoh; Untuk mendapatkan sokongan Pegawai Kanan sanggup merasuah anggota komiti
untuk memilihnya.
5. Hendaklah bersikap pemurah.
Contoh; Jeneral dan isterinya ke kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan
bantuan kepada teman-teman sekampung
halaman yang baru dikenali.
6. Hendaklah bersikap perihatin sesama manusia.
Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara
Jeneral dan Pegawai Kanan dan dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
7. Hendaklah taat kepada pemerintah.
Contoh;Pegawai kanan taat kepada Presiden di mana pada malam perjumpaan dengan presiden dia akan menyatakan
taat setia kepada presiden.
8. Janganlah
bersikap kepura-puraan. Contoh; Jeneral berpura-pura mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan untuk menjatuhkan
Pegawai Kanan.
9. Hendaklah
menepati masa. Contoh; Jeneral telah dilatih menepati masa di mana dia tiba di restoran itu tiga puluh minit selepas
matahari terbenam.
10. Hendaklah
mementingkan pembangunan rakyat. ContohSelama Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal
lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan. Hanya terdapat dua deret kedai usang, pengkalan nelayan
merupakan binaan tentera Jepun, jalan
menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.
No comments:
Post a Comment