Tuesday, February 28, 2017

KAJIAN NOVEL NARATIF OGONSHOTO BAB 9 - BAB 10

BAB 9
BAHTERA

PERSOALAN
1.            Tentang mempercayai petanda-petanda atau alamat buruk.Contoh; Kehadiran penyu raksaksa                 mempunyai petanda akan berlaku gempa bumi kerana menurut cerita hanya penyu raksaksa              yang dapat merasakan gelisah perut bumi yang akan bergegar.
2.            Tentang pertentangan pendapat antara golongan tua yang buta huruf dengan golongan muda yang terpelajar, Contoh; Anaknya tidak menerima pendapat ayahnya penyu raksaksa membawa              alamat gempa di Ogonshotto dengan memberikan fakta iaitu Ogonshoto jauh dari plat              lingkaran gunung berapi Pasifik di mana gempa mungkin berlaku di Tokyo,C alifonia atau                 nun jauh di Nyiragongo.
3.            Tentang kemusnahan sebuah negara.Contoh; Gelombang besar Tsunami telah meneggelamkan              kepulauan Ogonshotto.
4.            Tentang keadilan impian. Contoh; Kezaliman Presiden selama ini mendapat pembalasan iaitu     turut sakit kerana memakan daging manusia  yang berpenyakit kelamin dan kemusnahan                 negaranya dilanda Tsunami.

PERWATAKAN
NAKHODA BAHTERA
1.            Seorang berumur akhir lima puluhan.
2.            Seorang yang mempunyai anak remaja lelaki. Contoh; Di rumahnya sendiri dia ditentang oleh    anak lelakinya yang tinggal di asrama di Tatamanu.
3.            Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dia gigih menyampaikan berita kepada penduduk               Ogonshotto tentang alamat buruk yang dibawa penyu raksasa.
4.            Seorang yang tabah menerima ejekan.Contoh; Dia tabah apabila diejek dan diperolok-olokan    usahanya membina bahtera.
5.            Seorang yang hampir buta huruf. Contoh; Dia sering berasa sulit sebagai lelaki hampir buta          huruf untuk memberi penjelasan kepada anaknya yang bersekolah tentang 'kebenaran' daripada     rasa dan cerita lampau berbanding ilmu yang dipelajari.
6.            Seorang yang berkemahiran membina bahtera. Contoh; Dua puluh dahulu dia merupakan           tukang bahtera.
7.            Seorang yang perihatin. Contoh; membenarkan dua wanita dan seorang lelaki berpenyakit naik                bahtera.


GAMBARAN MASYARAKAT
1.            Masyarakat tolong menolong. Contoh; Mereka bekerjasama menyiapkan bahtera sebelum        belayar.
2.            Masyarakat menjadikan warung sebagai  tampat lelaki desa berkumpul. Contoh; Di warung         tempat lelaki desanya  berkumpul dia menceritakan kisah penyu raksaksa.
3.            Masyarakat suka mengejek. Contoh; Empat lelaki di warung mengejek lelaki tua yang    menceritakan tentang penyu raksaksa.
4.            Masyarakat suka mencarut. Contoh; Perbualan dalam warung menjadi carut-mencarut.
5.            Masyarakat mempercayai alamat buruk. Contoh; Akhirnya semakin ramai penduduk Ogonshotto                 mempercayai ceritanya tentang penyu raksaksa membawa alamat buruk.




NILAI
1.            Kerjasama/ tolong menolong; Contoh; Mereka bekerjasama menyiapkan bahtera sebelum        belayar.
2.            Kegigihan. Contoh; Nakhoda  gigih menyampaikan berita kepada penduduk Ogonshotto              tentang                 alamat buruk yang dibawa penyu raksasa.
3.            Ketabahan. Contoh; Nakhoda  tabah apabila diejek dan diperolok-olokan usahanya membina    bahtera.
4.            Kerajinan. Contoh; Siang malam para pengikutnya berusaha menyiapkan bahtera itu.
5.            Keperihatinan. Contoh; membenarkan dua wanita dan seorang lelaki berpenyakit naik bahtera.

MESEJ
1.            Hendaklah tolong-menolong dalam masyarakat; Contoh; Mereka bekerjasama menyiapkan       bahtera sebelum belayar sepertimengangkut air, mengatur letak gulungan layar, melingkar tali-   temali.
2.            Hendaklah gigih berusaha. Contoh; Nakhoda  gigih menyampaikan berita kepada penduduk       Ogonshotto tentang alamat buruk yang dibawa penyu raksasa.
3.            Hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. Contoh; Nakhoda  tabah apabila diejek dan             diperolok-olokan usahanya membina bahtera.
4.            Hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Contoh; Anak nakhoda tidak mahu mendebgar nasihat               ayahnya di mana akhirnya maut ditelan Tsunami.
5.            Hendaklah perihatin terhadap golongan yang susah. Contoh; Nakhoda perihatin nasib dua           wanita dan seorang lelaki berpenyakit  lalu membenarkan mereka naik bahtera.
6.            Janganlah melakukan kezaliman kerana pasti mendapat balasan. Contoh; Contoh; Kezaliman      Presiden selama ini mendapat pembalasan iaitu turut sakit kerana memakan daging               manusia  yang berpenyakit kelamin dan kemusnahan negaranya dilanda Tsunami.



















EPILOG:
TSUNAMI

PERSOALAN
1.            Tentang kesan Tsunami kepada negara Ogonsotto. Contoh; Tsunami telah menghancurkan         Republik Ogonshotto.
2.            Tentang kehidupan golongan tua yang kesunyian di kampung halaman. Contoh; Kebanyakan     teman aku yang ke kampung halaman mendapati kehidupan menjadi sunyi dan bisu berbeza            dengan hiruk-pikuk di Kawai Maru.
3.            Tentang kehidupan di rumah orang tua-tua. Contoh; Kehidupan aku di rumah orang-orang tua Daerah Kita, Tokyo.

PERWATAKAN
AKU (Encik Noor)
1.            Seorang yang telah tua. Contoh berumur lapan puluh tahun.
2.            Seorang pernah bekerja sebagai anak kapal Kawai Maru. Contoh; Sudah dua puluh tahun             meninggalkan Kawai Maru.
3.            Seorang yang telah kematian isteri.Contoh; Aku menerima berita kematian isterinya tiga              puluh tahun lalu ketika Kawai Maru berada di Jurang  marianas.
4.            Seorang yang hidup sebatang kara.Contoh; Isterinya meninggal dunia dan tidak mempunyai       zuriat.
5.            Seorang yang menjadi penghuni rumah orang tua. Contoh; Dia memilih untuk tinggal di rumah orang-orang tua Daerah Kita, Tokyo.
6.            Seorang yang berasal dari Okigawa. Contoh; Aku memberitahu Ayako yang aku berasal dari        Okigawa.
7.            Seorang yang berpenyakit yang semakin serius. Contoh; Menjalani pembedahan.
8.            Seorang yang suka berahsia. Contoh; Aku telah lama merahsiakan penyakitnya daripada               pengetahuan keluarga dan sahabat handainya.
9.            Seorang yang taat kepada tuhan. Contoh; Aku semasa di bilik pembedahan berdoa kepada         Tuhan.
10.          Seorang yang berasal dari Malaya.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.            Masyarakat nelayan. Contoh; Aku dan rakan-rakannya pernah bertugas sebagai anakkapal          Kawai Maru dua puluh tahun dahulu.
2.            Masyarakat yang akrab dalam persahabatan. Contoh; Berminggu-minggu lamanya Kawai Maru berlabuh jadi keraplah aku dan rakan-rakannya  bertemu dengan nakhoda bahtera itu dan para            pengikutnya di mana pertemuan-pertemuan ini membuat kami lebih akrab.
3.            Masyarakat golongan tua yang kesunyian di kampung halaman.Contoh; Kebanyakan teman aku               yang ke kampung halaman mendapati kehidupan menjadi sunyi dan bisu berbeza dengan            hiruk-pikuk di Kawai Maru.
4.            Masyarakat golongan tua yang mengalami penceraian. Contoh; Kebingungan kehidupan di          rumah yang sempit dan berduaan sahaja menyebabkan lelaki tua mengekori isterinya ke mana         sahaja. Pergerakan yang merimaskan ini menyebabkan berlakunya penceraian.



NILAI
1.            Keakraban. Contoh; Anak-anak kapal Kawai Maru akrab bersahabat dengan nakhoda bahtera    dan para pengikutnya.
2.            Kemeseraan. Contoh; Ayako seorang jururawat mesra melayan pesakitnya denga memberi       harapan kepada Aku supaya jangan khuatir.



MESEJ
1.            Hendaklah akrab dalam persahabatan. Contoh; Keakraban antara anak kapal Kawai Maru             dengan Nakhoda dan para pengikutnya.
2.            Hendaklah saling faham memahami antara pasangan tua supaya penceraian dapat dielakkan.     Contoh; Penceraian berlaku pada golongan tua akibat tiada pesefahaman misalnya pergerakan          yang merimaskan pun boleh  menyebabkan penceraian .
3.            Janganlah suka berahsia dengan anggota keluarga. Contoh; Aku merahsiakan penyakit yang       dialaminya selama ini dari pengetahuan anggota keluarganya.
4.            Janganlah suka melakukan pencerian antara suami isteri. Contoh; Kebingungan kehidupan di     rumah yang sempit dan berduaan sahaja menyebabkan lelaki tua mengekori isterinya ke mana         sahaja. Pergerakan yang merimaskan ini menyebabkan berlakunya penceraian.
5.            Hendaklah saling memahami antara suami isteri. Contoh; Sikap tidak memahami antara satu       sama lain terutamanya apabila sudah tua boleh menyebabkab berlakunya penceraian di kalangan mereka.



TEMA NOVEL

Tema tentang salahlaku politik dan ekonomi menyebabkan sebuah Negara menjadi mangsa kemusnahan.Huraian; Pemerintahan Ogonshotto merupakan pemerintahan yang kejam yang melakukan kezaliman kepada rakyat seperti pembunuhan, penipuan dan salah guna kuasa. Akibatnya mendapat pembalasan seperti kemarau panjang dan kemusnahan dilanda Tsunami.




No comments:

Post a Comment