Tuesday, February 28, 2017

KAJIAN NOVEL NARATIF OGONSHOTO BAB 5 - BAB 6

BAB 5
MAINAN

PERSOALAN
1.            Tentang muslihat politik pemerintah. Contoh; Bagi pembangkang perbuatan Presiden   mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong            idea pemisahan Banaba daripada Karibati.
2.            Tentang kekejaman pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Contoh; presiden sanggup Menjadikan anak angkatnya  sebagai  mainan dengan menembak lengan kanan, betis               kiri,tembakan keempat  menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan         kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera  elit presiden.

PERWATAKAN
PEMUDA
1.            Seorang yang berasal dari Banaba. Contoh;Sambil berkejar, pemuda itu memahami erti                keseronokan permainan ini yang tidak terdapat di Kiribati termasuk Banaba pulau kelahirannya.
2.            Seorang yang terselamat setelah hanyut lebih enam puluh hari di lautan Pasifik beberapa tahun               dahulu.
3.            Seorang anak angkat Presiden Ogonshoto. Contoh; Sebaik sahaja pemuda itu pulih dia dijadikan               anak angkat Presiden Ogonshoto sebagai tanda kemanusiaan dan  tanda persahabatan  dua                negara tetangga.
4.            Seorang yang mempunyai rupa paras nelayan totok. Contoh; Walaupun dipakaikan pakaian        bersih namun wajahnya tetap nelayan totok.
5.            Seorang yang tidak banyak bercakap. Contoh;Pemuda bingung untuk memulakan hidup baru    sebagai anak angkat Presiden lalu dia mengambil keputusan untuk diam daripada berkata-kata.
6.            Seorang yang berwajah hodoh. Contoh; Dia lebih banyak mendengar daripada bertanya, dan     kelihatan lebih hodoh berbanding wajahnya yang memang tampak hodoh.
7.            Seorang yang berdisiplin dan berdedikasi tinggi.Contoh; selama dia ditugaskan bekerja di stor    istana dia telah memperlihatkan disiplin serta dedikasi yang tinggi.
8.            Seorang yang rajin dan amanah. Contoh; Beberapa tahun kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah.
9.            Seorang yang merendah diri. Contoh; Walaupun mendapat kebebesan dalam istana namun dia                tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan    totok dari Banaba.
10.          Seorang yang pandai menggunakan temiang. Contoh;Beberapa hari lagi sebelum gerhana           matahari penuh, semua damak menusuk sasaran.
11.          Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dalam masa beberapa minggu Pemuda Banaba berlatih   menggunakan temiang akhirnya dia mahir menggunakannya.
12.          Seorang yang bijak  dalam pelajaran. Contoh;Pemuda itu mendapat keputusan cemerlang           untuk Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Karibati dan menunggu      keputusan permohonan penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia.
13.          Sorang berjawatan sebagai ahli lembaga pengarah dibeberapa buah syarikat besar di     Ogonshoto.
14.          Seorang yang mengenang budi. Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai               kemudahan dan kenikmatan kepadanya ,lalu timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia   harus membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.
15.          Seorang yang dijadikani bahan mainan presiden; Contoh;Menjadikan dirinya  sebagai  mainan    dengan menembak lengan kanan, betis kiri,tembakan keempat  menghancurkan tapak         tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera  elit     presiden.
16.          Seorang yang cacat anggota. Contoh; Dia telah menjadi bisu kerana lidahnya dipotong dan           kudung kedua belah tangan akibat dipotong tentera elit presiden.
17.          Seorang yang insaf akan dirinya. Contoh; Selepas kejadian dirinya dijadikan mainanPresiden  dia               mula menyesali betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshotto yang dikenali itu.

PRESIDEN
1.            Seorang yang beperikemanusiaan. Contoh; Mengambil pemuda Banaba yang hanyut itu sebagai              anak angkatnya.
2.            Seorang yang banyak muslihat. Contoh;  Bagi pembangkang perbuatan Presiden              mengambil         pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik Presiden menyokong idea   pemisahan Banaba daripada Karibati bukan atas dasar kemanusiaan.
3.            Seorang yang bergelar 'Papa'. Contoh; Anak angkatnya dipinta oleh Presiden untuk         memanggilnya 'Papa".
4.            Seorang yang tidak pernah ketinggalan dalam permainan memburu peliharaan.Contoh;                Mengikut pekerja istana 'Papa" tidak pernah ketinggalan berburu sempena peristiwa gerhana        matahari penuh .Binatang buruannya  ialah seekor keluang, seekor musang, babi hutan dan               seekor beruk.
5.            Seorang yang kejam. Contoh; Menjadikan anak angkatnya sebagai  mainan dengan menembak                lengan kanan, betis kiri,tembakan keempat  menghancurkan tapak tangan kanannya dan           seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.
6.            Seorang yang tidak mematuhi peraturan permainan. Contoh; Sepatutnya Presiden         meninggalkan anak angkatnya selepas tiga das tembakan dan pulang sebelum matahari        terbenam kerana itu adalah peraturan permainan.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.            Masyarakat tolong menolong. Contoh; Penduduk Banaba bekerjasama mencari pemuda yang   hilang di mana beberapa buah kapal pasukan pencari terus memulakan gerakan.Resi menolong              Pemuda yang cedera parah.
2.            Masyarakat percaya kepada mimpi. Contoh; Ibu pemuda dan keluarganya mempercayai              mimpinya seekor camar terbang lesu di bawah bebola matahari yang sedang menyingsing               membawa alamat anaknya telah mati lalu mereka ke gereja mengadakan upacara                mengigati  roh anaknya.
3.            Masyarakat mengadakan permainan memburu peliharaan. Contoh; Turun temurun selepas       gerhana matahari penuh  akan diadakan permainan memburu peliharaan.Permainan diadakan      di sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggang gunung yang berhutan.
4.            Masyarakat yang kejam. Contoh; Pada zaman dahulu bangsawan Ogonshoto menangkap            penduduk asli seminggu menjelang gerhana matahari penuh. Sehari sesudah gerhana itu          penduduk asli dilepaskan kemudian diburu dan di bunuh.

NILAI
1.            Tolong menolong. . Contoh; Penduduk Banaba bekerjasama mencari pemuda yang hilang           di mana beberapa buah kapal pasukan pencari terus memulakan gerakan.
2.            Kasih sayang. Contoh; Ibu pemuda menyayangi anaknya di mana  dia memarahi tentera yang     tersenyum di mana pada sangkaannya bergembira atas kematian anaknya.
3.            Mengenang budi.Contoh; ; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan        kenikmatan kepada Pemuda Banaba ,lalu timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia                 harus membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.
4.            Merendah diri. Contoh; Walaupun mendapat kebebesan dalam istana namun Pemuda Banaba                 tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok        dari Banaba.
5.            Keinsafan. Pemuda insaf betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto yang dikenali itu.

MESEJ
1.            Hendaklah tolong menolong sesama manusia. Contoh; Para Resi menolong menyelamatkan       Pemuda Banaba yang cedera.
2.            Hendaklah kasih dan sayang sesama manusia. Contoh; Ibu Pemuda menyayangi anaknya yang hilang di laut.
3.            Hendaklah mengenang budi orang yang telah berbudi kepada kita. Contoh; Presiden telah          memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepada Pemuda Banaba ,lalu            timbul persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayangi dan amat pemurah.
4.            Hendaklah merendah diri walaupun berada dalam kemewahan. Contoh; Walaupun mendapat kebebesan dalam istana namun Pemuda Banaba tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya    untuk    kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.
5.            Hendaklah menyesali perbuatan yang lalu. Contoh; Pemuda insaf betapa palsunya dunia warna-              warni Ogonshoto yang dikenali itu.
6.            Janganlah bersikap kejam sesama manusia. Contoh; ; Menjadikan anak angkatnya sebagai          mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri,tembakan keempat  menghancurkan             tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh            tentera elit presiden.
7.            Janganlah menggunakan tipu muslihat untuk kepentngan diri.Contoh; Bagi pembangkang            perbuatan Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik               Presiden menyokong idea pemisahan Banaba daripada Karibati.
8.            Hendaklah amanah dalam pekerjaan. Contoh; Beberapa tahun kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah.
9.            Hendaklah gigih berusaha. Contoh; Dalam masa beberapa minggu Pemuda Banaba gigih berlatih                 menggunakan temiang di mana akhirnya dia mahir menggunakannya.
10.          Hendaklah pentingkan pelajaran dalam kehidupan kita. Contoh; Pemuda itu mendapat                 keputusan cemerlang untuk Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh        Karibati dan menunggu                 keputusan permohonan penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia.








BAB 6
PENTAFSIR

PERSOALAN
1.            Tentang erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan ini. Contoh; Ketika menyelam lelaki tua                 itu bukan sahaja memencilkan diri di lautan malah meninggalkan kekotoran Ogonshoto di atas       garis pantai di mana dengan itu dia menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan.
2.            Tentang serpihan-serpihan kehidupan. Contoh; Kehidupan diibaratkan serpihan-serpihan yang                 berbagai warna dan bentuk di mana sukar untuk mencantumkannya membentuk jalinan                kehidupan yang lengkap.
3.            Tentang pembangunan di Aitu. Contoh; Kedatangan Presiden ke Aitu selain mengadili satu         sayembara dia juga merancang pembangunan di Aitu.
4.            Tentang kemusnahan hidupan laut kesan daripada pembangunan yang akan  dijalankan. Contoh;             Tafsiran resi kelapa emas yang di bawa oleh Presiden sebagai 'hadiah' kepada pemenang      sayembara itu menyerupai hidupan perosak karangan laut .
5.            Tentang kebenaran dapat menguasai kuasa jahat. Contoh;Mengikut pentafsir maksud 'akan tiba'             ialah apabila kebenaran dapat menguasai kuasa jahat  kerana di dunia bukan mudah untuk   manusia mencapai dan menegakkan kebenaran di mana kebenaran akan ditemui di dunia akan           datang iaitu dihadapan Tuhan.

PERWATAKAN
LELAKI TUA (RESI)
1.            Seorang resi yang dikenali penduduk di Ogonshoto. Contoh; Kononnya terdapat sejumlah resi di              seluruh Ogonshoto namun bagi penduduk Aitu mereka belum pernah melihat resi lain, kecuali lelaki tua itu.
2.            Seorang yang gemar menyelam . Contoh; Kepercayaan orang-orang Aitu , ketika menyelam dia                 meninggalkan segala kekotoran Ogonshoto di atas garis pantai iaitu dia menyelami erti kesucian               dan kebenaran dalam kehidupan.
3.            Seorang yang suka memencilkan diri. Contoh; Ketika menyelam lelaki tua itu memencilkan diri   di lautan
4.            Seorang yang berwajah lembut dan tenang. Contoh; Semakin kerap dan  lama dia menyelam,    kebersihan akan  menyaluti kulit luar jasmani dan inti terdalam rohaninya sebab itulah ujar             penduduk Aitu dia berwajah lembut dan tenang.
5.            Seorang mempunyai sepasang mata jernih yang tidak sanggup ditentang. Contoh; Sinar resi yang             memancar diwajahnya setiap detik, menyebabkan tidak ada seorang pun sanggup merenung          matanya apabila berbicara dengan lelaki tua itu.
6.            Seorang tidak banyak bercakap atau pendiam. Contoh; Mengikut penduduk Aitu antara bukti    wujudnya resi dalam diri lelaki tua itu ialah dia enggan bercakap banyak.
7.            Seorang yang berhati-hati ketika berkata. Contoh; Jika dia harus bertutur, terlebih dahulu dia     mengambil masa untuk berfikir lalu meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa makna    berlapis-lapis serta perlambangan.
8.            Seorang yang bijak mentafsir. Contoh;Setelah beberapa kali mentafsir ungkapan 'ciptaan             yang hidup'.Akhirnya dia berjaya memenangi sayembara dengan ciptaanya sesuatu yang        nampak seakan-seakan hidup iaitu ikan-ikan daripada tanah liat yang bewarna-warni dilatari              lautan yang menampakkan segala-galanya seolah-olah hidup sedangkan yang hidup ialah air laut             yang mulai pasang.
9.            Seorang yang mempercayai Tuhan. Contoh; Mengikut tafsirannya Tuhan mengganti ciptaannya                dan juga hadiah presiden dengan  benda hidup iaitu ciptaannya dengan yang  indah pancawarna                 dan 'hadiah' ciptaan Presiden dengan yang  kelabu merosak karangan laut.
10.          Seorang yang bertanggungjawab. Contoh; Walaupun dia manusia kerdil tetapi dia tidak boleh    berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan             perosak karang yang secara perlambangan merupakan pernyataan sikapnya terhadap          pemerintah Ogonshoto.Oleh itu mengikut pentafsir hingga sekarang resi itu bertapa di laut   sambil membunuh hidupan laut  perosak karang itu.
11.          Seorang yang mudah dibawa bebicara. Contoh;Lelaki dari Tatamanu mengatakan kepada             penafsir alangkah muda berbicara dengan resi tua kerana tidak perlu penafsiran.
12.          Seorang yang berjiwa sensitif. Contoh; Menangis teresak-esak apabila mendengar tafsiran         Penaksir tentang maksud 'akan tiba'

PENTAFSIR  (PENDAMPING)
1.            Seorang penduduk Aitu yang cuba mendampingi resi selama sepuluh tahun.
2.            Seorang yang suka berjenaka.Contoh; Dia berjenaka ketika hendak mengisahkan cantuman-     cantumannya kepada teman-temannya yang tidak kelaut menangkap ikan.
3.            Seorang yang bijak membuat tafsiran. Contoh; Dapat mentafsir kata-kata resi yang berlapis-lapis              maknanya misalnya dia dapat membuat tafsiran tentang kata-kata resi tua 'akan tiba'.
4.            Seorang suka menolong. Dia ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-kata resi tua namun orang tersebut menolaknya kerana katanya  apa jua kata-kata resi tua itulah saja              maknanya.
5.            Seorang yang mempercayai kuasa Tuhan. Contoh; Dia percaya bahawa kebenaran akan ditemui               di dunia akan datang iaitu dihadapan Tuhan.
PRESIDEN
1.            Seorang yang memperbodohkan dirinya. Contoh; Dia menghentam ciptaan resi muda dengan   kelapa emas di mana perbuatannya itu bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling               terpelajar memperbodohkan dirinya.
2.            Seorang yang suka menghina. Contoh; menghina ciptaan resi muda dengan menghentamnya    dengan kelapa emas.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.            Masyarakat di mana terdapat sejumlah resi di dalamnya. Contoh; Kononnya ujar penduduk Aitu,             terdapat sejumlah resi  di Ogonshoto. Ada yang bertapa di dalam gua gelap, menyendiri di sela-  sela batu lereng  gunung, ada yang berkumpul di dalam hutan dan ada yang menjungkir-     balik       tubuh di pohonan.
2.            Masyarakat percaya kepada petanda-petanda buruk. Contoh; Mereka percaya  dua       petanda buruk melanda Aitu iaitu dari daratan debu gunung berapi dan dari lautan            kematian seekor paus.
3.            Masyarakat berubah menjadi pentafsir.Contoh; Si resi muda mula melihat para tetangga dan     ahli keluarganya sendiri mula berubah menjadi pentafsir iaitu mencari sebab dan akibat,                mencari jawapan mengapakah Tuhan menghantar tanda-tanda seburuk itu.
4.            Masyarakat menempatlkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi. Contoh; Penduduk Aitu                 meramalkan resi muda akan tewas dalam sayembara. Mereka percaya peserta paling tualah                 yang akan memenangi kelapa daripada emas.
5.            Masyarakat yang perihatin. Contoh; Mereka membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari             Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan air. Dua tiga hari sekali      mereka memberi ubi dan air kepadanya.
NILAI
1.            Bertanggjawab. Contoh; Walaupun resi tua  manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri     sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya.
2.            Tolong menolong.Contoh;Pentafsir ingin menolong orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-             kata resi tua.
3              Kebijaksanaan. Contoh;Pentafsir dapat mentafsir kata-kata resi yang berlapis-lapis maknanya.
4.            Keperihatinan. Contoh; Penduduk Aitu membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari        Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan air.
5.            Kebenaran.Contoh; Kebenaran akan ditemui di dunia akan datang iaitu dihadapan Tuhan.
6.            Ketuhanan. Contoh; Resi tua dan pe.ntafsir percaya kuwujudan Tuhan di mana mereka percaya               bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan datang iaitu dihadapan Tuhan
7.            Menghormati.Contoh; Masyarakat Aitu menempatlkan golongan tua pada kedudukan yang       tinggi.
8.            Kasih sayang. Contoh; Resi tua menyayangi karangan laut yang dirosakkan oleh perosak karang.
9.            Ketegasan. Contoh; Orang Tatamanu tegas tidak mahu pulang ke Tatamanu untuk menunggu    kedatangan Tuhan.
MESEJ
1.            Hendaklah tolong menolong antara manusia. Pentafsir ingin menolong orang dari Tatamanu       membuat tafsiran kata-      kata resi tua.
2.            Hendaklah bertanggungjawab menyelamatlan alam sekitar yang tercemar. Contoh; Walaupun resi tua  manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan   laut        dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya .
3.            Hendaklah percaya kepada kewujudan Tuhan.Contoh; Resi tua dan pentafsir percaya kuwujudan            Tuhan di mana mereka percaya bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan datang iaitu           dihadapan Tuhan
4.            Hendaklah menjaga alam sekitar dari dicemari.Contoh; Walaupun resi tua  manusia kerdil tetapi                dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan .
5.            Hendaklah perihatin kepada golongan yang daif. Contoh; Penduduk Aitu membuatkan sebuah pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak     makanan dan air.
6.            Hendaklah berhati-hati ketika berkata; Contoh; Resi tua jika dia harus bertutur, terlebih dahulu                 dia mengambil masa untuk berfikir lalu meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa                makna berlapis-lapis serta perlambangan.
7.            Janganlah menunjukkan kebodohan diri . Contoh; Presiden  menghentam ciptaan resi muda      dengan                 kelapa emas di mana perbuatannya itu bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling                terpelajar memperbodohkan dirinya.
8.            Janganlah suka menghina sesama manusia. Contoh;Presiden menghina ciptaan resi muda           dengan                 menghentamnya dengan kelapa emas.
9.            Hendaklah menghormati golongan tua. Contoh; ; Masyarakat Aitu menempatlkan golongan tua                pada kedudukan yang tinggi.

10.          Hendaklah mendengar nasihat yang diberikan.Contoh; Orang dari Tatamanu tidak mahu               mendengar nasihat penafsir untuk  membuat tafsiran ayat 'akan tiba' yang dicakapkan oleh resi        tua.Akibatnya dia mati dalam menunggu kedatangan Tuhan.

No comments:

Post a Comment