Tuesday, February 28, 2017

SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI (BUKU NILAI INSAN)

SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI (BUKU NILAI INSAN)

Maksud

Maksud rangkap 1
Mengkritik anggota masyarakat yang mempunyai keinginan yang tinggi tetapi tidak beriktiar ,sebaliknya suka meminta-minta daripada orng lain.
Maksud rangkap 2
Mengkritik anggota masyarakat yang suka meminta-minta dan memohon pertolongan orang lain ataupun hanya tahu menyusahkan ibubapa.
Maksud rangkap 3
mengkritik sikap anak-anak yang sentiasa mengharapkan ibubapa sedangkan manusia disuruh beramal dan berusaha seharusnya mereka mempunyai perasaan malu kerana tidak berusaha atau bergantung kepada orang lain.
Maksud Rangkap 4
Orang tak berusaha sendiri tidak tahu pahit maung bekerja .
Maksud Rangkap 5
Orang yang tidak berusaha akan mudah mengaku kalah dan dipandang rendah oleh masyarakat .
Maksud Rangkap 6
Orang tidak berusaha akan hilang keyakinan diri dan tidak akan mencapai kejayaan dalam hidup sebaliknya akan mendapat kerugian

Tema
Seloka tak berikhtiar sendiri bertemakan kepentingan berikhtiar untuk berjaya dalam kehidupan.

Persoalan
1. Persoalan sikap meminta-minta tanpa berusaha dalam masyarakat
2. Persoalan sikap bergantung kepada orang lain atau ibubapa
3. Persoalan pentingnya beramal dan berusaha dalam kehidupan
Persoalan pahit maung berusaha sendiri
4. Persoalan kesan buruk tidak berusaha kepada setiap orang

Bentuk
Puisi tersebut mempunyai 6 rangkap
Jumlah baris dalam setiap rangkap ialah antara 5(rangkap 1) hingga 11(rangkap 3)
Jumlah perkataan dalam baris ialah 2(b1,r6) hingga 7(b4,r2)
Jumlah suku kata dalam baris ialah antara 4(b1,r6) hingga 16(b11,r3)
Rima puisi tersebut adalah bebas tetapi masih lagi puisi tradisional.

Gaya bahasa
1) Diksi -pemilihan perkataan sesuai dengan persekitaran orang Melayu .contoh:kata Allah yang berkaitan dengan agama orang Melayu .
2) Metafora -contoh:gelombang manja (b5,r4)
3) Similie -contoh:sebagai anak kecil yang masih menyusu (b5,r2)
4) Personifikasi –contoh:orang yang asyik dipeluk gelombang manja
6) Aliterasi –pengulangan bunyi huru fkonsenan (i).contoh:banyak orang berangan-angan tinggi
7) Asonansi –pengulangan bunyi huruf vokal(i).contoh:ingin mencapai itu dan ini
8) Kata ganda-berangan-angan,cita-cita,tertadah-tadah,meminta-minta
Imegen –puncak yang tinggi –kejayaan
9) Sinkope –kata tak Cth:tetapi tak mahu susah ,tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri,yang tak tahu menelan pahit maung bekerja
10) Anafora –kata atau dalam baris 3-4-rangkap 2
11) Asonasi: pengulangan bunyi huru vokal O-Cth Memohon pertolongan di sana sini
12) Aliterasi- pengulangan bunyi huruh kosonan ‘d- Cth: suka menadah dan tertadah- tadah

Nilai
-Berdikari -- seseorang janganlah mengharapkan ibu bapa tau meminta-minta tetapi sebaliknya harus berusaha sendiri/berdikari
-Kegigihan- Seseorang seharusnya gigih berusaha bukannya dengan menadah- nadah atau meminta- minta.
-Ketabahan dan kesabaran – Perlunya sabar dan tabah dalam berusaha.Cth: Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam.
-Keyakinan diri – Cth:iaitu keopercayaan kepada dirinya senndiri
Menjaga maruah diri – Orang yang beriktiar adalah orang yang menjaga maruah diri.Hal ini mengelakan diri daripada dipandang rendah oleh orang lain.Cth:Akan hilanglah harga dirinya(B5,R5)

Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai cita-cita atau kejayaan atau keinginan kita .
2. Kita hendaklah berdikari dalam kehidupan,bukannya bergantung kepada ibubapa dan bantuan orang lain .
3. Kita hendaklah bekerja bagi menjaga maruah diri .
4. Janganlah kita terlalu bergantung kepada ibubapa .

5. Kita hendaklah beramal dan berusaha dalam kehidupan .

3 comments: