SYAIR BIDASARI (BUKU
NILAI INSAN)
Maksud
Titah baginda raja
sultani,
“Mengapakah hutan jadi
begini,
Kepanasan kita sekalian
ini,
Baiklah berhenti kita di
sini.”
Ø Raja sultani bertanya kenapa hutan
belantara musnah dan cuaca panas serta menitahkan berehat seketika.
Berhentilah
ia seraya berperi,
Bertitah
kepada tiga menteri,
“Ayuhai
menteri pergilah diri,
Carikan
air bawa ke mari.”
Ø Maka Raja dan tiga menteri berhenti
dan menitahkan menteri bertiga pergi mencari air bawakan kepada raja.
Rasaku
ini sangatlah dahaga,
Barang
sedikit carikanlah juga,
Pergilah
berjalan menteri ketiga,
Mencari
sungai dengan telaga.
Ø Raja memaklumkan dia sangat dahaga dan
meminta menteri ketiga carikan air macam mana cara sekalipun di sungai atau di
telaga.
Berjalanlah
kuliling menteri mencari,
Bertemulah
tamannya Bidasari,
Hairan
tercengang ketiga menteri,
Lalulah
berjalan menghampiri.
Ø Maka ketiga-tiga menteri pun pergi
mencari air dan mereka berjumpa Taman Bidasari dan tercengang kehairan
melihatnya dan menghampirinya.
Menteri
pun sampai ke sana sudah,
Inikah
tanaman yang indah,
Kepada
temannya ia bersabda,
“Dahulu
taman di sini tiada.”
Ø Maka menteri hampiri dan sampai ke
Taman Bidasari dan temannya berkata di sini tidak pernah wujud dan ada tanaman
seperti ini.
Ia
berkata dengan sama teman,
“Siapa
ini mempunyai taman,
Perbuatannya
indah tempatnya nyaman,
Kalaukan
ini rumah siluman.”
Ø Lalu seorang menteri berkata siapakah
yang memiliki taman ini, cara perbuatan dan senibinanya sungguh indah dan
tempatnya nyaman dan adakah ia milik orang bunian.
Menteri
berjalan kuliling belukar,
Lalu
bertemu pintunya pagar,
Dikunci
dengan besi yang tegar,
Hendak
dibuka terlalu sukar.
Ø Maka menteri bertiga pun mencari sekeliling
taman untuk mencari laluan dan pintu namun pintunya dipagar rapi dan dikunci
dengan besi yang cukup kuat, dan jika hendak buka memang sangat sukar.
Kembalilah
seorang menteri yang mudah,
Berdatang
sembah kepada baginda,
:Daulat
tuanku duli seripada,
Berapa
dicari air nan tiada.”
Ø Maka menteri bertiga tadi kembali
semula kepada raja mereka dan datang menghadap memberitahu bahawa mereka tidak
jumpa air sepanjang pencarian mereka.
Tema
Syair
ini mengisahkan kesukaran untuk mendapatkan air sewaktu sesat di dalam hutan.
Persoalan
Persoalan
pentingnya menurut perintah pemerintah atau raja. Menteri bertiga patuh dan
taat kepada perintah raja mereka untuk mencari dan mendapatkan air semasa
mereka sesat di hutan.
Persoalan
kepentingannya berusaha dengan gigih, iaitu menteri bertiga berusaha mencari
sumber air untuk raja mereka dan berjumpa dengan Taman Bidasari namun taman itu
dikunci.
Persoalan
pentingnya air kepada manusia, air adalah salah satu sumber tenaga dan minuman
yang sangat diperlukan badan setelah berpeluh dan berpenat seharian. Manusia
hidup bergantung kepada air dan makanan.
Persoalan
pentingnya menghargai air sumber khazanah ciptaan tuhan kepada manusia. Kita
perlu menjaga dan tidak boleh melakukan pembaziran air dengan
sewenang-wenangnya.
Bentuk
1)
Syair ini mempunyai 8 rangkap yang sekata barisnya.
2)
Syari ini terdiri daripada 4 baris dalam setiap rangkap.
3)
Syair ini mempunyai 4 hingga 6 patah perkataan.
4)
Syair ini mempunyai 8 hingga 13 suku kata.
5)
Syair ini mempunyai rima akhir yang terikat iaitu aaaa
6)
Nada syair ini adalah melankolik.
Gaya
Bahasa
1)
Bahasa Klasik iaitu penggunaan bahasa klasik dari bahasa melayu dan nusantara
contohnya ; siluman – orang bunian
2) Sinkope
– singkatan perkataan atau penyikatan kata
contohnya : ku
3)
Bahasa Istana – Baginda, raja, duli, daulat, tuanku
4)
Perlambangan – air
Nilai
Ketaatan
– taat dan setia kepada seseorang atau ketua
Kesetiaan
– setia dengan ketua
Kejujuran
– jujur dalam perbuatan dan kata-kata
Kerjasama
– bekerjasama dan berganding bahu melakukan sesuatu kerja atau tugasan
Kegigihan
– tekun dan gigih dalam melakukan sesuatu
Kesabaran
– tahan diri atau bertindak dengan waras dan rasional
Pengajaran
Kita
hendaklah taat kepada raja dan ketua. Contohnya menteri bertiga patuh dan
menurut perintah raja.
Kita
mestilah menumpahkan kesetiaan kepada raja. Contohnya, menteri bertiga berusaha
mencari air kepada raja mereka dan setia mengikut dan melakukan apa sahaja
suruhan dan perintah raja.
Kita
perlulah jujur dalam melakukan apa sahaja tindakan. Contohnya, menteri bertiga
jujur mengatakan mereka tidak bertemu sumber air.
Kita
haruslah bekerjasama dalam melakukan tugas dan kerja. Contohnya, menteri bertiga
berganding bahu mencari air kepada raja mereka yang dahaga dan kehausan yang
sesat dalam hutan.
Kita
hendaklah gigih berusaha dengan apa cara sekalipun. Contohnya, menteri berusaha
bersungguh-sungguh dengan gigih untuk mendapatkan air di Taman Bidasari namun
pintu pagar taman itu dikunci dengan sangat kuat menggunakan besi yang tegar
iaitu sukar dibuka.
rimanya bukannya tidak terikat?sebab .....-sudah dan..... -indah,....-bersabda.... -tiada di situ rimanya a,a,b,b???jelaskan?please
ReplyDelete